Pengikut

Khamis, Februari 24, 2011

Gambar Prk Upsi Kempen 20/02/2010





















Mpp 2010/2011 - Satu Pengajaran Panjang

Bismillah wal Alhamdulillah.... Pemilihan siapa yang sebeanrnya layak untuk menjadi Ydp telah selesai. Kita melihat banyak strategi dan tektik dimainkan untuk menguasai kerusi tertinggi itu. Dan sesuatu yang menyedihkan ialah apabila orang yang dijangka untuk menjadi Ydp Mpp telah tersingkir bahkan yang menjadi Ydp ialah seorang yang tidak dijangka langsung untuk menjadi Ydp bahkan yang menjadinya bukanlah seorang yang mencatatkan undi popular dalam kerusi umum. Rata-rata mahasiswa kecewa dengan keadaan yang berlaku bahkan ramai yang mempersoalkan apa yang terjadi.
    Walauapa pun yang diluahkan ,ia telah berlaku dan diharapkan Mahasiswa Pendidik pada masa akan datang dapat mengambil iktibar atas apa yang berlaku. Tindakan awal dan strategi perlu dirancang sebaiknya supaya kerusi yang penting itu dapat kepada Mahasiswa Pendidik. Tetapi persoalannya,adakah smile merupakan tajaan aspirasi?. Ini kerana bajet yang digunakan oleh smile bukanlah sedikit bahkan mampu untuk memberikan button badges percuma kepada pengundi. Jika diperhatikan dimana smile mendapat tajaan?. Adakah tajaan datangnya daripada Aspirasi?.Persoalan yang sukar dijawab . Walaubagaimanapun,diharapkan barisan pro-M mengambil pengajaran atas apa yang berlaku dan bersiap sedia dalam menghadapi situasi yang sama lain kali.Jika dilihat kepada pengundian ,dpat kita melihat bahawa ada daripada Mpp pro-M yang tidak menyokong pro M itu sendiri dan sesuatu pihak yang menyedihkan.

CALON YDP: Zahar (7), Afiq (17), Aman (3)Amirul (2)
CALON TYDP: Hazimah (14), Aman (7), Faizal (5), Azli (3)
CALON NYDP: Azli (15), Aman (4)Amirul (1), Zahar (9)


    Laman Kami Sokong Zahar jadi Ydp Mpp telah diwujudkan tanda tidak puas hati pelajar terhadap perkara ini. Dalam masa tidak sapai satu hari,lebih 200 orang telah like laman ini dan ia sesuatu yang amat menakjubkan bagi laman begini. Walau apapun yang berlaku ,semua telah terjadi,cuma kita sekarang ini berdoa supaya Mpp kali ini mampu menjalankan amanah yang baik. Pastikan perkara logistik pada kali ini tidak akan berlaku pada masa yang lain,... Tetapi mahu tidak mahu kali ini kebanyakan mahasiswa betul-betul tidak berpuas hati dengan kabinet Mpp.....
Mahasiswa Pendidik Harapan dan Perubahan

Selasa, Februari 22, 2011

Prk 2010/2011 : Merubah Lanskap Politik Mahasiswa

Bismillah wal Alhamdulillah... Syukur kepada Allah kerana telah menganugerahi kemenangan kepada perjuangan ini,perjuangan yang menuntut penat lelah,perjuangan yang menuntut jalan istiqamah,jalan yang menuntut redha yang panjang.
 Tahniah dan Takziah diucapkan kepada calon yang menang yang akan memperjuangankan hak dan keadilan untuk mahasiswa dan yang akan mencuci segala kekotoran yang dilakukan pihak "mereka" selama ini. Perjuangan kita adalah perjuangan yang manis selepas beberapa tahun kita menanti untuk mewujudkan kerajaan yang mana sebelum ini kita tidak pernah mengharapkannya. Selepas kemenangan pro-kebajikan Upsi tahun 2004/2005 dulu kita telah meniti jalan dan liku-liku yang panjang untuk mencapai ketahap ini. Kemanisan bukan hanya disebabkan kampus kita mencapai kemenangan yang gemilang bahkan diseluruh kampus yang lain seperti UMS,UMK,UKM,UM,UPSI,UMSKL,USM Kubang Kerian dan banyak lagi kampus dan dikatakan sebanyak 8 kampus telah dikuasai oleh Pro-M. Cuma beberapa kampus penting sahaja yang kita tewas seperti USM,UTM dan UPM.


UM: MENANG [Menang 23 dari 43 kerusi]
UKM: MENANG [Menang 22 dari 37 kerusi]
UMK: MENANG [Menang 8 dari 12]
UPSI: MENANG [Menang 11 dari 29 kerusi]
USIM: MENANG [Menang bersih]
UMSKAL: MENANG [Menang 3 dari 6 kerusi]
UPM: KALAH [Menang 11 dari 43 kerusi]
UTM: KALAH [Menang 11 dari 57 kerusi]
USM K. Kerian: MENANG [Menang bersih]
USM Penang: KALAH [Menang 15 dari 39 kerusi]




    Kebangkitan mendadak mahasiswa universiti ini mungkin telah menyebabkan ketakutan pihak kerajaan tambahan lagi dalam suasana yang ingin menghadapi pilihanraya umum dan pilihanraya sarawak yang akan datang tidak lama lagi. Cuma sekarang kita ingin melihat sejauh mana usaha kerajaan untuk membaiki intitusi mahasiswa yang selama ini mereka perlekehkan. Revolusi yang berlaku di luar negara sedikit sebanyak memberi kesan untuk anak muda yang sedar untuk bangkit menyatakan hak mereka.Perbezaan yang ketara berlaku dalam pilihanraya kampus kali ini terutamanya Upsi ialah dalam perkara manifesto. Kebanyakan calon pro-M kurang menyatakan manifesto yang biasa-biasa tetapi menyatakan manfesto yang membawa agenda yang besar. Malah agenda pencerahan terhadap pemikiran mahasiswa lebih ditumpukan berbanding dengan aspirasi yang lebih menumpukan isu dalaman seperti memperbanyakkan watercooler dan memperbanyakkan parking motosikal dilihat sudah tidak relevan lagi untuk menggula-gulakan mahasiswa yang sudah punyai fikiran yang matang.
    Kejatuhan kampus-kampus ketangan pro-M diharapkan dapat mengendurkan tekanan yang dikenakan oleh kerajaan kepada mahasiswa. Ini kerana kejatuhan sesebuah kerajaan kebanyakan dimulakan oleh golongan cerdik pandai yang dikenali sebagai mahasiswa. Oleh itu,saya merasakan bahawa kerajaan tidak berani untuk mengambil risiko ini dan diharapkan pihak kerajaan akan mula melonggarkan tekanan-tekanan yang dihadapi oleh mahasiswa termasuklah AUKU. Auku pada masa kini sudah tidak relevan lagi untuk mahasiswa. Auku telah menyebabkan kelesuan dan ketakutan kepada mahasiswa sehingga kita hanya mampu melahirkan mahasiswa yang terpelajar bukannya mahasiswa yang memimpin dan ini merupakan satu kerugian kepada negara kita.
   Mahasiswa telah buktikan bahawa mereka boleh bangkit dan mereka juga boleh buktikan bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja kerana mahasiswa adalah seorang yang terpelajar yang mampu berfikir dan mampu mencari pengaruh dalam kalangan masyarakat dan mahasiswa adalah bakal pemimpin anak muda,bakal pemimpin negara yang akan memimpin negara dengan jalan kecerdikan dan menjadi seorang pemimpin yang bermaruah bukannya pemimpin roti canai...
~Mahasiswa Pendidik Harapan dan Perubahan~


Isnin, Februari 21, 2011

Sedikit Gambar Mengenai Prk 2010/2011

( sambutan kemenangan )

( kempen malam akhir di KAB )

( menuju ke pusat berucap di khar )

( selepas pengumuman kemenangan pro-M )

( konvoi dari KAB ke Khar pada malam akhir )

( kempen malam akhir di KAB )

( suasana ketika diumumkan kemenangan )

( ucapan malam akhir di khar )


( kempen di KAB )

( suasana hangat kempen di khar )

Alhamdulilah segala kempen yang dijalankan mampu memberikan kesedaran kepada mahasiswa Upsi untuk bangkit dari tidur yang panjang.. Kemenangan 11 daripada 23 kerusi yg dipertandingkan menunjukkan mahasiswa Upsi sudah mempunyai hala tuju,...

Prk Upsi 2010/2011 : Satu Bingkisan mengenai Keputusan

Bismillah wal Alhamdulillah..... Keputusan Prk Upsi telah selesai berlangsung dengan pengumuman keputusan di dewan Sitc. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah mencapai kemenangan dan semoga segala janji akan ditunaikan kerana mahasiswa sekarang sudah berani untuk menuntut hak mereka. 
    Pada pilihanraya kali ini mencatatkan satu persaingan yang sengit di mana kerusi umum sahaja mencatatkan hanya 3 ribu lebih sahaja untuk undi tertinggi. Undi paling tinggi dicatatkan oleh Amirul Afzan daripada Mahasiswa Pendidik yang mencatatkan undi sebanyak 3947 undi diikuti oleh Aman Yasser yang mencatatkan undi sebanyak 3800 undi,Zahar 3411 undi, Afiq daripada Parti Senyum dengan 2921 undi,Faizal Amir dari Parti Tapir 2305,Abdullah daripada mahasiswa pendidik 1976 undi,Nadia dari MP 1907 dan seorang calon LMP di tempat yang ke 10 dengan undi 1667 undi. Ini merupakan satu kebangkitan mahasiswa Upsi bahkan calon-calon Aspirasi untuk kerusi umum telah kalah teruk. 
    Pada pilihanraya kali ini seramai 7070 pelajar Upsi telah "menanda" Undi masing masing ditempat yang disediakan. Daripada itu, fakulti FSK  seramai 2136 pelajar yang keluar mengundi daripada 3212 orang pelajar. Fakulti sains sukan dan kejurulatihan seramai 332 pelajar menanda undi daripada 505 orang pelajar,Fakulti pendidikan dan Pembangunan manusia mencatatkan 1179 pelajar keluar mengundi daripada 1746 pelajar,FSMT mencatatkan 835 keluar mengundi daripada 1219 pelajar,Fakulti Muzik dan Seni Persembahan mencatatkan seramai 103 keluar mengundi daripada 130 orang pelajar,FPE pula seramai 449 daripada 683,Fakulti Teknikal dan Vokasional mencatatkan 653 daripada 1097,FBK 837 daripada 1326 orang pelajar dan FSKIK seramai 546 daripada 922 pelajar. Peratusan mengundi sekitar 60% lebih sahaja.
    Pada pilihanraya kampus kali ini mencatatkan seramai 11 orang calon daripada perikatan MP dan LMP telah berjaya dalam pemilihan kali ini dan jaun meninggalkan parti lain. Peluang untuk membentuk kerajaan adalah amat cerah pada kali ini jika kebanyakan parti yang menang dalam jumlah yang kecil itu bergabung dan membentuk kerajaan. Kejayaan yang disambut oleh Pro-M Upsi seiring dengan kemenanagn di kampus yang lain seperti UM dan Usim. 
    Calon pro-M yang menang di Fakulti ialah saufi ( LMP ) Fasiha ( MP ) Suhaila ( MP ) Fauzi ( LMP ) Ain Balqis ( LMP ) dan Nur fatin ( MP ). Hanya seorang calon fakulti daripada LMP tewas pada kali ini. dan juga 2 orang daripada kerusi umum. Tahniah dan Takiah kepada yang mencapai kemenangan pada kali ini. Semoga harapan dan impian mahasiswa akan dapat dilaksanakan dengan amanahnya....
Mahasiswa Pendidik Harapan dan Perubahan

Prk Upsi : Selamat Mengundi..


Bismillah wal Alhamdulillah... Dalam keadaan masih ramai mahasiswa/i Upsi tertipu dengan pelbagai dakyah yang membabitkan isu posting dan AUKU. Kita telah masuk kepada fasa mengundi yang mana merupakan fasa kemuncak kepada suatu proses demokrasi. Walaupun masih ramai yang tidak tahu calon manakah yang harus dipilih,walaupun masih ramai yang turun ke rapat umum untuk mencari button badges,walaupun masih ramai yang mengkritik kenapa perlu diadakan pilihanraya namun mahu tidak mahu kita telah masuk kesatu episod lagi untuk memilih pemimpin baru yang akan menerajui kampus. Walaupun ada antara golongan yang menggunakan pelbagai helah untuk memenangi undi namun saya yakin mahasiswa/i Upsi pandai dalam memilih pemimpin yang layak untuk diundi.
    Saya menerima maklumat bahawa ada fakulti yang memanggil pelajar untuk dibrainwash untuk memilih mereka namun pada saya itu adalah satu ujian dalam meneruskan perjuangan mahasiswa/i Upsi. Perjuangan akan diteruskan walaupun tersebar gambar yang menunjukkan saya dengan Anwar Ibrahim semata-mata untuk menjatuhkan saya namun saya merasakan mahasiswa tidak akan termakan dengan publisiti murahan yang dilakukan. Harap pada pilihanraya kali ini mahasiswa/i mampu membuka minda untuk memilih calon yang mampu membela nasib mereka bukannya calon yang menabur banyak manifesto kemudian meninggalkan mahasiswa/i Upsi terkapai-kapai..
Undilah untuk Universiti
~Mahasiswa Pendidik:Perubahan & Harapan~

Ahad, Februari 20, 2011

Prk Upsi : Kuatkan Semangat


Bismillah wal Alhamdulillah.... Selepas kempen agresif yang dilancarkan selama 3 hari berturut-turut dan diakhiri pada malam ini,esok tibalah masa untuk kita menjalankan pengundian untuk memilih 23 orang MPP setelah 6 orang menang tanpa bertanding. Dalam Islam memilih pemimpin adalah sesuatu perkara yang besar sehinggakan ini menjadi perkara yang diutamakan dalam Islam. Contohnya semasa kewafatan Nabi S.A.W hanya beberapa orang keluarga yang terdekat sahaja yang pergi menguruskan jenazah Nabi dan kebanyakan sahabat besar yang lain pergi ke tempat untuk melantik khalifah yang baru.. Ini menunjukkan bahawa melantik khalifah @ pemimpin adalah sesuatu yang besar dalam Islam kerana bukan hanya berkait mengenai menjaga sebuah pentadbiran,bukan hanya mengenai menjaga kebajikan rakyat,bukan hanya menjadi ekonomi negara tetapi ia berkait dengan kebangkitan Islam,ia berkait dengan Hak Allah ,ia berkait dengan amanah agama Islam. Menjadi pemimpin bukanlah perkara yang mudah sebagaimana mengupas kulit kacang dan sebagainya namun ia adalah sesuatu yang susah dan sukar kerana perlu menjaga yang dipimpin daripada pelbagai aspek. Malangnya selepas zaman-zaman kegemilangan Islam ramai daripada umat Islam berebut-rebut untuk menjadi pemimpin sedangkan mereka jahil dalam fikrah Islam,sedangkan mereka tidak mengerti menjaga umat Islam sebagai satu jemaah. 
    Pemimpin yang wajib dipilih oleh semua umat Islam samada pemimpin itu pemimpin negara,negeri,kampung mahupun hanyalah MPP adalah pemimpin yang sedaya upaya mahu menjadi amanah Allah dan amanah umat islam dan amanah rakyat. Pemimpin yang dipilih adalah pemimpin yang mahu melaksanakan Islam dalam kehidupannya dan kehidupan sekalian orang dibawahnya. Setiap pilihan terhadap pemimpin akan dipersoalkan oleh Allah. Jika pemimpin yang kita pilih itu mengabaikan agama Allah dengan menjadikan maksiat sebagai perkara biasa maka dosa-dosa yang dilakukan pemimpin itu akan turut ditanggung oleh kita. Dan jika pemimpin itu melakukan kebajikan , pahala -pahala yang dibuat oleh pemimpin itu turut diterima oleh kita. 
    Persoalan pilihanraya kampus juga idak terlepas daripada ini. Ia bukanlah hanya mengenai memilih seorang Mpp dan ia bukanlah mengenai memenangkan calon daripada fakulti mahupun kos yang sama tetapi ia berkaitan dengan persoalan amanah,persoalan dosa pahala,persoalan amanah dan sebagainya. Adakah kita yakin dengan mengundi mereka yang daripada fakulti sendiri akan menjalankan amanah pelajar?.akan menjalankan amanah Islam? akan menjaga kebajikan pelajar? akan menentang kemungkaran yang berlaku?..Pentingnya memilih pemimpin yang mempunyai fikrah Islam wlaaupun mereka bukanlah seorang yang islamik,mereka bukannya seorang yang hafiz,mereka bukannya seorang alim dalam agama. Namun mempunyai fikrah Islam sudah diyakini akan menjaga amanah Allah. Saya yakin ramai daripada kawan-kawan sendiri yang tidak yakin dengan perjuangan saya terutamanya golongan yang telah "dibrainwash" namun pada saya fikrah Islam dan kebajikan pelajar yang ingin dibawa lebih utama daripada persahabatan dan ia bukanlah bermakna cubaan memutuskan persahabatan. Saya sama sekali tidak akan kecil hati dengan mereka kerana mereka mempunyai ideologi yang berlainan. Biarlah mereka menjalankan gerakan untuk tidak mengundi saya tapi dalam hati kecil tetap bimbang mereka akan tersilap pilih pemimpin yang akan merosakkan akhlak peljar. Ini bukanlah brmakna saya akan menohmah orang lain dengan tohmahan yang tidak patut. 
    Sya tidak mengatakan perjuangan mahasiswa pendidik ini perjaungan yang suci tapi saya yakin dalam mahasiswa pendidik ada roh islam yang ingin dibawa. Dan inilah menjadi perjuangan sya. Saya memahami kebanyakan yang menyerang saya kerana bertanding atas tiket mahasiswa pendidik adalah mereka yang tidak memahami perjuangan dibawa. Mereka ini berkata janganlah  kata bahawa golongan yang berbeda pendapat dengan mahasiswa pendidik sebagai golongan yang tidak bersih... Dan saya juga meminta mereka ini untuk tidak mengtakan juga mahasiswa pendidik sebagai tidak bersih. Kita mempunyai perbeaan pendapat dan saya mengakui itu dan jadikanlah sebagai sempadan. Saya bukannya taksub dengan mahasiswa pendidik tetapi saya yakin perjuangan ini menegakkan syariat Allah,menjadi kebajikan mahasiswa dan menentang sedikit sebanyak kemungkaran yang berlaku.
   Sya secara peribadi dan bukan peribadi tidak berminat langsung dengan kerusi MPP tapi disebabkan kerusi Mpp inilah ramai yang menyerang sya dan saya meredhai perkara itu kerana mngkin merasakan saya "gilakan" kerusi tu. Saya tidak pernah ingin dan tidak pernah terfikir sejauh itu. Saya bertanding kerana sayangkan Islam,saya x mahu islam ditindas dibumi Upsi. Saya x mahu artis-artis seksi masuk upsi.Saya sakit hati dengn kezaliman terhadap Islam ini. Dan cukuplah islam diperlakukan dengan biadap diluar negara. Takkanlah kita sanggup memperlakukan Islam dengan kejamnya demi memuaskan hawa nafsu?... Saya bertanding demi Islam dan kebajikan plajar bukannya kerana Mpp...... Moga Islam akan terus subur di Upsi..
~ Mahasiswa Pendidik: Harapan dan Perubahan ~

Prk Upsi : Posting Masih Ada Yang Punyai Pikiran Zaman Penjajah


Bismillah wal Alhamdulillah... Bersyukur kepada Allah kerana masih memberi keizinan kpd sya untuk meneruskan agenda dakwah yang diperjuangkan. Tidak lupa juga selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sempena bulan yang mulia,bulan rabiulawwal yang mana terdpat kerahmatan didalamnya dengan kemuliaan junjungan besar kita.
    Saya secara peribadi melihat bahawa kebanyakan mahasiswa/i Upsi masih tidak terbuka fikiran mereka dan mudah menerima segala tohmahan tanpa usul periksa. Pada saya,setiap kali pilihanraya bukan manifesto yang ingin diperjuangankan dan perlu diperjuangkan. Yang perlu diperjuangkan ialah pembukaan minda oleh mahasiswa Upsi. Masih ada mereka yang beranggapan ( walaupun mereka ini pointer tinggi ) bahawa mengundi mahasiswa pendidik tidak akan posting. Saya secara peribadi begitu sedih dengan apa yang berlaku. Pemikiran penjajah yang masih digunapakai menyebabkan mereka menjadi jumud dan penakut untuk menuntut hak mereka. Sesungguh Malaysia amat malang kerana melahirkan graduasi seperti ini kerana tidak mampu menggunakan akal yang waras untuk berfikir yang mana betul dan yang mana salah.
   Jika betul mengundi mahasiswa pendidik tidak akan dapat posting maka sya umumkan bahawa sayalah yang pertama tidak akan posting namun sya yakin rezki itu datangnya daripada Allah bukannya daripada mana-mana pihak bahkan kita hanya mencari tpi Allah yang memberikan. Ingin saya tegaskan bahawa mereka yang befikiran bahawa kerajaan atau lebih tepat KPM yang memberi rezeki kepada mereka,memberi pekerjaan mereka maka mereka ini telah gelincir akidah mereka kerana menafikan sifat "Qudrah" dan "Iradat" Allah. Dan saya yakin bahawa saya tetap akan dapat posting walaupun dilebel sebagai "menentang arus". Allah telah membuktikan perkara ini apabila kebanyakan hardcore mahasiswa pendidik semua dapat posting bahkan sesetengah mereka dapat posting dikawasan/daerah/negeri mereka sendiri. 
    Sya menyeru kepada semua mahasiswa/i Upsi untuk mengubah pemikiran penjajah mereka,gunakan akal yang diberikan Allah untuk berfikir dengan tohmahan yang dilakukan terhadap mahasiswa pendidik. Posting mahupun tidak bukanlah soal JHEPA ataupun universiti tetapi berkaitan dengan KPM. Saya yakin dan percaya KPM merupakan sebuah kementerian yang professional dalam menjalankan amanah rakyat. Kebanyakan yang "tersangkut" posting adalah mereka tidak pandai bercakap atau jika bercakap sekalipun hanya membawakan isu kosong sahaja. Mahasiswa yang berminda kosong adalah tidak bernilai pun utk pembangunan negara. Jika material yang diambil kira dalam setiap undi yang dibuang nescaya mengundi mahasiswa pendidik adalah jalannya kerana kami bukan memperjuangkan golongan pentadbiran tetapi kami memperjuangkan mahasiswa. Kami menjadi pendesak untuk kebajikan bukannya penunggu kebajikan datang... Kita mahukan pemimpin yang mampu menjaga amanah mahasiswa,yang mampu berkhidmat dengan mahasiswa bukannya pemimpin yang menghabiskan duit mahasiswa bukannya pemimpin yang memperguna duit mahasiswa untuk kepentingan peribadi...... Pilih lah pemimpin yang mampu menjaga amanah dan cuba menjalankan sistem Islam.
~Mahasiswa Pendidik : Harapan & Perubahan~

Sabtu, Februari 19, 2011

Prk Upsi : Isu Posting Bergema - Mahasiswa Cuba DiJumudkan

    Bismillah Wal Alhamdulillah..... Pilihanraya kampus kali ini sebagaimana pilihanraya kampus sebelum ini menjadi hangat dengan isu posting. Walaupun isu ini sudah tidak relevan untuk dimainkan namun ia betul-betul mencuit hati warga Upsi kerana ia berkenaan dengan masa depan warga Upsi itu sendiri. Isu Posting sengaja dimainkan oleh pihak tertentu untuk menarik undi "kecemasan" mahasiswa/i yang buta politik dan tidak mengetahui lebih lanjut mengenai isu ini. Sasaran mereka yang memainkan isu ini ialah pelajar-pelajar yang baru masuk ke ke Upsi kerana mereka ini mudah terpedaya dengan segala tohmahan yang dilemparkan oleh pihak tertentu. Pilihanraya kampus sesi 2009/2010 menjadikan isu ini sebagai isu utama untuk menarik sokongan mahasiswa sehingga seorang calon fakulti Fsk daripada Bitara menjanjikan posting jika menjadi MPP walaupun Datuk NC sendiri tidak mampu untuk menyelesaikan. Disebabkan oleh mahasiswa terpedaya dengan isu dimainkan,calon tersebut telah menang dalam pilihanraya namun hakikatnya tiada langsung isu posting kerana ramai yang tidak dapat posting adalah mereka yang tidak lulus ujian INSAK.
    Pilihanraya kali ini turut dimainkan bahkan "senior" yang dipercayai orang kuat Bitara yang telah posting turun untuk menakutkan pelajar Upsi yang "kosong" sekaligus mempengaruhi undi daripada mereka. Kemuncaknya adalah tersebarnya mesej-mesej daripada pihak -tertentu yang menyatakan bahawa mereka yang menyokong mahasiswa pendidik tidak akan dapat posting sebagaimana yang berlaku dalam tahun 2005 selepas mahasiswa pendidik menawan Biatarasiswa. Dalam mesej itu juga menyatakan bahawa ramai pelajar tahun tersebut tidak dapat posting kerana pentadbiran jatuh kepada mahasiswa pendidik @ Pro-Kebajikan. Ia adlaah suatu pembohongan yang besar kerana kebanyakan yang tidak dapat posting bukannya kerana menyokong pro-Kebajikan pada masa itu. Gejala menakutkan mahasiswa dengan "periuk nasi" ini dilihat berjaya dilakukan kerana kejumudan pemikiran mahasiswa/i Upsi yang brlaku sekarang. Ia sesuatu yang amat malang kepada negara kerana melahirkan mahasiswa/i yang malas berfikir dan jika berfikir pun hanya mengenai posting dan periuk nasi.
    Sejarah telah membuktikan bahawa sejarah adalah kuasa politik. Jika dahulu kerajaan awal mengharamkan sejarah ditulis tanpa kebenaran raja@maharaja perkara yang sama juga berlaku bagi mengekalkan hegemoni kekuasaan mereka. Dalam hal ini,sejarah posting Upsi telah diputarbelitkan oleh mereka yang berkepentingan bahkan semasa pentadbiran Bitara sendiri pun ramai daripada pelajar Upsi yang tidak dapat posting. Membangkitkan isu yang bukan dalam bidang kuasa mahasiswa ini adalah perkara yang tidak bertanggungjawab. Seharusnya mereka memperjuangkan perkara ini bukannya menjadikan ianya satu isu. Ia menunjukkan ketidak ikhlasan sesetengah pihak yang dalam menyuarakan perkara ini. Diharapkan semua mahasiswa mahasiswi akan terbuka minda,terbuka fikiran,melakukan penilaian yang mana betul yang mana salah...
Mahasiswa Pendidik : Harapan & Perubahan

Prk Upsi : Kab Panas


   Rapat umum yang diadakan pada malam tadi 18/02 telah dicemari oleh provokasi "melampau" oleh pihak Pendidik Bitara sehingga menimbulkan sedikit kekecohan. Provokasi melampau "terpilih" yang dilakukan oleh Pimpinan Bitara ditujukan kepada bekas penyokong mereka yang berpaling tadah dan bersama pro-M dalam pilihanraya kali ini. Suasana aman rapat umum yang dilakukan oleh Mahasiswa Pendidik dicemari oleh provokasi   yang dipercayai dilakukan oleh penyokong kuat Pimpinan Bitara yang sudah bekerja dan berpraktikum. Campur tangan "orang asing" ini telah menyebabkan suasana kempen pilihanraya kampus yang sedia aman bertukar menjadi kecoh.
   Kekecohan dikatakan bermula apabila kumpulan lelaki daripada Pimpinan Bitara cuba menghampiri ( tiada istilah ikhtilat pada Pimpinan Bitara ) kumpulan muslimat Mahasiswa Pendidik sehingga muslimat meminta tolong. Ini menyebabkan beberapa orang daripada "unit amal" Mahasiswa Pendidik telah bertindak cuba menghalang daripada berlaku kejadian buruk. Pimpinan bitara telah melancarkan provokasi melampau kepada Nur Ain Balqis yang merupakan bekas penyokong mereka yang berpaling tadah kepada LMP. Laungan yang tidak menggambarkan sahsiah seorang guru bergema oleh pihak pimpinan bitara namun apabila diminta penjelasan atas apa yang mereka ucapkan mereka hanya diam membisu kerana ketiadaan hujah.
    Selepas giliran mereka berucap,kebanyakan mereka menghentam Mahasiswa Pendidik dan bukannya menyatakan manifesto masing-masing. Hanya beberapa daripada meraka yang masih "suci" terus menyatakan manifesto tanpa menghentam mana-mana pihak. Kebanyakan calon Pimpinan Bitara merupakan mereka yang tidak mempunyai ideologi bitara tetapi mereka telah dipaksa untuk bertanding atas nama bitara kerana kekurangan calon. Namun begitu dalam ucapan bitara satu perkara kelakar mungkin hasil daripada nak tunjuk pandai telah berlaku apabila seorang calon Pimpinan Bitara menyatakan bahawa retorik sebahagian daripada pemujukan/persuasif sedangkan hakikatnya pemujukan/persuasif merupakan salah satu daripada sub-topik daripada retorik. 
     Kekecohan yang berlaku di KAB diharapkan tidak berlaku lagi di masa yang lain. Berpolitiklah secara matang, tunjukkan kita sebagai seorang siswa ,kita seorang pendidik. InsyaAllah pada malam ini 19/02 Mahasiswa Pendidik akan mengadakan kempen di Khar.... Semua mahasiswa/i dijemput hadir..
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters