Pengikut

Isnin, Mei 28, 2012

Gerakan Penubuhan Pakistan


Kedudukan Pakistan

Pada tahun 1905, British telah melakukan pemisahan wilayah Bengal yang mempunyai ramai penduduk Islam dari India. Setahun kemudian ditubuh Liga Muslim yang mungkin merupakan pengaruh daripada pemisahan wilayah ini. Pemisahan ini mungkin perancangan awal yang dilakukan oleh British untuk memisahkan India kepada dua negara yang berbeza. Pemisahan Pakistan diripada India dikaitkan dengan idea yang diutarakan oleh Syad Ahmad Khan dan juga penggerak dan penyokong beliau yang berada di Aligarh yang menggerakkan semangat separatisme India. Namun hakikat yang perlu diterima ialah kesedaran komunal yang berlaku kepada masyarakat Islam tidak menyeluruh dan mempunyai tahap yang berbeza diantara  satu sama lain berdasarkan kepada keadaan kehidupan sosial dan juga doktrin yang dipegang oleh mereka.
Dalam pilihanraya India tahun 1937, Parti INC telah memenangi kerusi sebanyak 74 peratus secara keseluruhan dan berjaya membentuk kerajaan tanpa memerlukan gabungan daripada parti lain melainkan dibeberapa kawasan seperti di Bombay, Assam dan Bengal dan kalah di Sind dan Punjab. Saingan INC iaitu Liga Muslim mengalami kekalahan yang tidak sepatutnya dialami oleh parti tersebut tambahan lagi bertanding di kawasan majoriti Islam di Bengal, Punjab dan Sind. Liga Muslim terpaksa menerima hakikat bahawa parti yang bersifat kebangsaan lebih diterima oleh rakyat berbanding dengan Liga Muslim. Keadaan ini tentunya menggusarkan pemimpin Liga Muslim terutamanya Muhammad Ali Jinnah. Oleh itu, Muhammad Ali Jinnah telah menggunakan isu-isu berkaitan kelangsungan politik Islam untuk menarik sokongan masyarakat Islam. Pelbagai isu yang dimainkan seperti slogan Islam dalam bahaya dan INC parti yang hanya memperjuangkan masyarakat Hindu. Semasa kepimpinan Liga Muslim oleh Muhammad Ali Jinnah pada 1934, Liga Muslim merupakan organisasi yang tidak terurus dan berpecah belah.Oleh itu beliau telah melakukan penyatuan organisasi dengan penetapan tujuan dalam bentuk teori dua bangsa.
Slogan yang dimainkan oleh Liga Muslim tersebut ternyata mampu untuk menarik sokongan daripada masyarakat Islam. Muhammad Ali Jinnah juga mendesak wilayah-wilayah yang mempunyai majoriti masyarakat Islam supaya berjuang dibawah payung Liga Islam. Muhammad Ali Jinnah telah berjaya mendesak parti-parti wilayah di Sind dan Punjab termasuklah parti Unionist yang dipimpin oleh Srikander Hyatt Khan. Desakan yang dilakukan oleh Muhammad Ali Jinnah telah diambil berat oleh masyarakat Islam. Sejak itu, sokongan kepada Liga Muslim telah bertambah dan menjadi penentu kepada perkembangan nasionalisme Islam di India. Sokongan kuat masyarakat Islam ini kepada Liga Muslim telah menyebabkan persaingan sengit berlaku dengan parti INC sekaligus menjadi asas kepada pemisahan Pakistan daripada India.
Sokongan umat Islam kepada Liga Muslim telah memberi roh baru kepada “ gagasan Pakistan” yang selama ini hanya menyepi. Muhammad Ali Jinnah secara terang-terangan telah memegang teori dua bangsa. Teori dua bangsa ialah teori yang menyatakan masyarakat Islam dan Hindu di India ialah terdiri daripada dua bangsa yang berbeza bukan hanya daripada segi agama bahkan kebudayaan, cara hidup, sejarah dan sebagainya yang mempunyai banyak perbezaan yang ketara dengan masyarakat Hindu. Berdasarkan teori inilah , Muhammad Ali Jinnah telah mengemukan Resolusi Pakistan ( Resolusi Lahore ) pada Mac 1940 semasa persidangan Liga Muslim di Lahore. Resolusi itu mendesak supaya sebuah negara Islam diwujudkan di kawasan yang mempunyai majoriti penduduk Islam. Kewujudan Wilayah Islam itu dipercepatkan lagi dengan wujudnya pergaduhan komunal antara masyarakat Islam dan Hindu lebih-lebih lagi dikawasan yang mempunyai penduduk Islam yang tinggi seperti di Bengal, Sind dan Punjab. Oleh itu, menjadi salah satu sebab British memikirkan untuk mewujudkan satu wilayah khusus untuk orang Islam.
Umat Islam yang telah berkuasa selama berates tahun di India telah merasa kehilangan kuasa apabila British dan kerajaan Hindu-India telah mula menghapuskan beberapa kepentingan masyarakat Islam India contohnya pengambilalihan beberapa jawatan penting kerajaan daripada masyarakat Islam sehingga menyukarkan pengamalan Islam di India selain kecurigaan British dan masyarakat Hindu kepada orang Islam yang semakin memuncak. Memburukkan keadaan apabila pemerintah Hindu cuba menukarkan bahasa Lingua Franca Urdu yang merupakan bahasa identiti Islam kepada bahasa Hindi sebagai bahasa kebangsaan India. Keadaan umat Islam yang terhimpit dari segi ekonomi, politik dan pendidikan telah menguatkan lagi semangat orang Islam untuk memisahkan diri daripada India.
Semasa berlakunya perang dunia yang kedua, British telah mengalami masalah kewangan yang agak meruncing. Jepun pada masa itu, telah menjajah China dan Asia Tenggara dan telah menyebabkan kebimbangan British jika Jepun bertindak menyerang mereka di India. Oleh itu, British cuba bersekutu dengan mana-mana parti di India yang boleh menjadi penyokong kepada mereka. British cuba mendapatkan sokongan daripada INC namun gagal kerana pada masa itu, INC sedang melancarkan gerakan non koperasi ( dasar tidak bekerjasama ). Selain itu, INC juga melancarkan kempen “Gerakan Meninggalkan India” yang bertujuan supaya British meninggalkan India.  Pemimpin-pemimpin INC seperti Mahatma Ghandi, Jawahalal Nehru dan 20,000 yang lain telah ditangkap oleh British kerana melakukan pengucapan anti-peperangan. Seorang ahli akademik telah menyebut bahawa kegagalan pimpinan Parti Kogress semasa perang dunia kedua telah menyebabkan kewujudan Pakistan.
Dalam pada INC tidak mahu bekerjasama dengan British. Liga Muslim telah mengambil langkah yang berbeza. Liga Muslim telah bertindak melakukan kerjasama dengan British bagi menghadapi perang dunia yang kedua tersebut. Bagi menghargai kerjasama tersebut, British telah berjanji untuk mempertimbangkan dengan wajar permintaan Liga Muslim untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Selepas perang, telah berlaku kekacauan yang melibatkan masyarakat Islam dan Hindu terutamanya di Bengal yang telah membunuh hampir 4000 nyawa dan 10,000 lagi cedera. Pertelingkahan ini berlaku apabila Liga Muslim ingin menjadikan 16 Ogos 1946 sebagai hari kelepasan am untuk perjuangan Pakistan. Masyakat Hindu yang tidak memberi kerjasama telah diugut dengan dibakar kedai dan pelbagai cara lain. Pada April 1946, Jawahalal Nehru mengatakan kepada Lord Mountbatten ( Gabenor Jeneral India yang baru ) bahawa wilayah-wilayah yang mempunyai majoriti penduduk Islam boleh dikeluarkan daripada India dan menjadi sebuah negara yang merdeka.
Rancangan pemisahan India-Pakistan telah dirangka pada April 1947 manakala dibentangkan pada Jun tahun yang sama. Namun tidak semua yang mempersetujui pemisahan ini antaranya Mahatma Ghandi yang menentang keras pemisahan ini. Selain Mahatma Ghandi, ada juga beberapa kumpulan Islam yang menentang pemisahan ini contohnya Abul Kalam Azad dan pemimpin Islam di Madrasah Deoband juga turut menentang pemisahan ini. Darul Ulum Deoband ini memainkan peranan penting dalam menuntut kemerdekaan India dan menentang keras teori dua bangsa kerana mereka masih mengharapkan pelaksanaan syariah Islam didalam negara India selepas mendapat kemerdekaan. Selepas berlakunya pemisahan ini, penduduk Islam secara besar-besaran berpindah ke wilayah Pakistan dan begitulah sebaliknya. Sebagai sebuah negara yang baru dibentuk, Pakistan telah mengalami zaman kesulitannya. Penghijarahan berjuta- juta Muslim kewilayah Pakistan ditambah dengan pengusiran yang dilakukan oleh pemerintah India telah menyebabkan bebanan ekonomi kepada Pakistan.  Bahkan lebih sadis apabila umat Islam telah dibunuh semasa proses pemindahan tersebut. Keretaapi yang sarat dengan Muslim telah disekat oleh tentera India kemudian umat Islam telah dibunuh semasa dalam perjalanan.
Ketempangan yang berlaku dalam bidang sosio-ekonomi, diskriminasi politik telah menyebabkan ketidakpuasan hati penduduk Pakistan Timur dengan pemerintah pusat sehingga menyebabkan perpecahan bangsa berlaku di Pakistan Timur dan Pakistan Barat. Akhirnya pada tahun 1971, sebuah negara baru telah diwujudkan di Pakistan Timur yang dikenali sebagai Bangladesh.
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters