Pengikut

Isnin, Mei 21, 2012

Sejarah Ringkas Peristiwa 13 Mei 1969


Mangsa yang Terbunuh

Peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 merupakan peristiwa hitam dalam sejarah Malaysia. Pada waktu ini, semangat perkauman amat kuat berlaku dalam kalangan orang Melayu dan juga Cina di Tanah Melayu. Parti-parti politik seperti MCA, MIC, PAS, GERAKAN dan Parti Buruh dan lain-lainnya menyuburkan perasaan perkauman kerana tujuannya semata-mata menarik populariti seseorang pemimpin. Kebanyakan parti pada masa itu ditubuhkan pada dasar perkauman ataupun keagamaan. Parti yang terbuka kepada semua kaum boleh dikatakan tidak akan mendapat sambutan sebagaimana Parti IMP oleh Dato’ Onn. Walaupun Parti Gerakan pada asalnya namun hakikatnya parti ini dikuasai oleh orang-orang Cina.
Dalam peristiwa ini, DAP dan Parti Buruh merupakan kelompok yang paling kuat bermain dengan sentiment perkauman. Walaupun Parti Gerakan  cuba untuk meneutralkan sifat perkaumannya namun parti in tetap memberi sumbangan kepada berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Dalam kempen DAP dan Gerakan, persetujuan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan telah dipersoalkan seperti hak-hak orang Melayu dan juga penggunaan bahasa Melayu. Peristiwa ini berlaku apabila parti Gerakan dan DAP memenangi pilihanraya di Kuala Lumpur ( Dulu Selangor ). Pilihanraya tersebut berlaku pada 10 Mei 1969. Selepas pengumuman kemenangan tersebut, penyokong parti Gerakan dan DAP telah melakukan perarakan tanpa permit sehinggalah malam 12 Mei. Dalam perarakan yang disertai oleh kaum Cina itu, pelbagai perkataan yang menyinggung perasaan orang Melayu telah dikeluarkan seperti “Melayu Mati”, “Malai Si”,”Kuala Lumpur Sekarang Cina Punya”, “ Melayu Balik Kampung”, “Halau Semua Polis” sehinggalah menunjukkan kemaluan mereka. Perarakan yang diadakan oleh DAP dan Gerakan ini lebih kepada perarakan perkauman dan bukannya perarakan untuk menyambut kemenangan. Mereka telah berarak pada 11 Mei hingga malam 12 Mei secara haram dengan melalui Jalan Campbell dan Jalan Hale ( sekarang Jalan Raja Abdullah menghala masuk ke Kampung Baharu yang merupakan kawasan orang Melayu yang juga merupakan kubu kuat UMNO di Kuala Lumpur. Oleh itu, Tun Dr Ismail telah mengatakan bahawa sistem demokrasi telah mati ditangan parti pembangkang.
Dalam pilihanraya 1969, pembangkang telah memenangi sebanyak 51.5% undi berbanding dengan Perikatan yang hanya menang sebanyak 48.5% undi sahaja. MCA pada kali ini kalah teruk dan Perikatan hanya bergantung kepada kekuatan UMNO sahaja. Namun keengganan Gerakan untuk mewujudkan kerajaan campuran telah menyebabkan Perikatan masih berkuasa di Negeri Selangor.
Perarakan yang diadakan oleh parti pembangkang daripada kalangan kaum Cina telah menyebabkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu tambahan pula mereka merasakan mereka hampir hilang kuasa di bumi sendiri. Melihat perarakan yang diadakan oleh pihak pembangkang ini telah menyebabkan orang Melayu risau dengan masa depan yang akan mereka hadapi. Oleh itu, mereka telah mengambil keputusan untuk turut mengadakan perarakan sebagai tindak balas kepada pihak pembangkang. Oleh itu, Haji Ahmad Razali telah mencadangkan supaya diadakan satu perarakan orang Melayu bagi meraikan kemenangan UMNO dan perarakan ini mendapat kebenaran daripada Datuk Haji Harun Idris yang merupakan Menteri Besar Selangor.
Rumah Menteri Besar telah dijadikan pusat untuk berkumpul oleh pemuda Melayu. Khabar angin yang menyatakan akan berlaku rusuhan kaum tersebar menyebabkan orang Melayu yang menyertai perarakan tersebut telah menyediakan senjata bersama mereka seperti parang, keris, buluh runcing dan lain-lain bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Pergaduhan berlaku di Setapak dengan cepat telah merebak ke Jalan Tunku Abdul Rahman, Kampung Baharu, Pudu dan Kampung Pandan. Ramai yang terkorban dalam rusuhan ini sehingga Yang Di Pertuan Agong terpaksa mengistiharkan darurat di Kuala Lumpur. 
Keadaan yang genting tersebut, telah menyebabkan Tuanku Yang Di-Pertuan Agung telah mengistiharkan darurat atas nasihat Tunku Abdul Rahman. Sebuah majlis iaitu Majlis Gerakan Negara telah ditubuhkan oleh Tunku Abdul Rahman dengan melantik Tun Abdul Razak sebagai pengerusi dan Tun Abdul Razak pula melantik Tun Dr Ismail sebagai Timbalan Pengerusi MAGERAN. Tun Dr Ismail pada waktu dalam keadaan uzur dan cuba mendapatkan rawatan di London, namun terpaksa dibatalkan apabila Tun Razak meminta beliau membantunya dalam menangani masalah rusuhan tersebut. Parlimen kembali berfungsi pada 23 Febuari 1971 dan sistem demokrasi mula dipulihkan. Tunku Abdul Rahman telah meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan tersebut kepada Tun Abdul Razak. Peristiwa 13 Mei tersebut dan juga slogan Malaysia Malaysian telah membunuh sistem demokrasi negara selama 22 bulan.

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters