Pengikut

Memaparkan catatan dengan label cerita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita. Papar semua catatan

Ahad, Mei 06, 2012

Sinopsis Kartun Seafood

SeeFood

Seefood adalah sebuah cerita kartun Malaysia versi bahasa Inggeris yang pertama. Dan ia juga merupakan cerita kartun Malaysia yang pertama mendapat sambutan yang luar biasa sehingga berjaya menembusi ke 90 buah negara lain. File mini telah dihasilkan oleh SilverAnt dan diedar oleh Grand Billion bagi Malaysia. Filem arahan Goh Aun Hee memang menarik dari segi kualiti video dan juga jalan ceritanya setanding dengan filem-filem kartun lainnya.
Kisah bermula apabila Julius ( Jerung berinsang putih ) dan Pup ( Yu Bodoh/Bamboo Shark ) pergi bermain di kawasan yang banyak telur ikan Yu Buluh. Tetapi malangnya telur itu telah dicuri oleh 2 orang budak untuk dijual. Pup yang boleh bernafas di atas darat telah didorong oleh seekor ikan pari untuk menyelamatkan telur-telur Yu Buluh daripada budak-budak tersebut. Disebabkan yang lain tidak dapat bernafas maka Pup telah pergi seorang diri untuk menyelamatkan telur tersebut. Dan akhirnya Pup berjaya untuk menyelamatkannya.
 Namun masalah mula timbul apabila Julius telah pergi ke daratan untuk menjadi Pup. Julius naik kedarat dengan sebuah mesin ciptaan Octo ( seekor sotong ). Banyak dugaan yang terpaksa dihadapi oleh Julius. Pertama sekali, dia telah diserang oleh 3 ekor ayam jantan yang ingin membalas dendam. Sebelum itu, Julius telah cuba untuk membaham seekor ayam betina yang juga merupakan kekasih kepada salah seekor ayam yang menyerangnya. Sebelum itu juga, Julius telah dibantu oleh ketam sebagai penunjuk jalan selepas selepas Julius menolong ketam tersebut mendapatkan buah kelapa.
Selepas Pup naik kedarat untuk mencari Julius, Pup telah menjumpai ayam tersebut dan menerangkan mengenai Julius yang sebenarnya. Ayam tersebut sebelum itu telah menangkap Julius dengan menggunakan jarring dan menggolekkannya ke rumah nelayan tersebut. Untuk menebus salah faham tersebut, Ayam tersebut telah bersetuju menolong Pup menyelamatkan Julius.
Akhirnya Julius berjaya diselamatkan dengan bantuan ketam dan ayam ( untuk tahu lebih lanjut kena tengok ceritanya sendirila… ).Cerita ini diakhiri dengan ketiga-tiga ekor ayam tersebut mencipta mesin untuk menyelam ke dalam laut.

Khamis, Mei 03, 2012

Autobiografi Siri 2 ....


Dewan Semekar
( sumber : Alumni Semekar )
Saya sering merindui suasana di sekolah terutamanya selepas waktu asar. Mungkin kerana hembusan angin yang mendamaikan pada petang ini menyebabkan memori lama kembali berkunjung ke benak fikiran. Selama  13 tahun berada di alam sekolah, saya amat merindui yang berlaku di Tingkatan 3, tingkatan 5 dan tingkatan enam atas. Kenangan pada masa ini amat banyak.  Pada tingkatan 3 saya telah naik ke kelas no 1 ( kelas 3RK ) yang sebelumnya dari kelas 203. Kenaikan kelas ini merupakan perkara yang tidak dijangka sama sekali kerana saya bukanlah pelajar yang cerdik dan bukanlah seorang pelajar yang berdisiplin. Rekod ketidakhadiran ke sekolah amat teruk, tingkatan satu sahaja dalam rekod tidak hadir selama lebih 61 hari ( lebih 2 bulan tu ), semasa tingkatan 2 pula rekod yang hampir sama dikekalkan. Semasa tingkatan 2 itu juga saya pernah tidak hadir ke sekolah selama 11 hari berturut-turut pada bulan Febuari dan hanya hadir selama 8 hari sahaja pada bulan tersebut. Saya juga pernah menerima sebanyak 3 surat amaran kerana tidak hadir ke sekolah tapi satu pun daripada surat tersebut tidak diserahkan kepada ibubapa sebagaimana arahan Cikgu Jamilah.[1] Kebetulan GPK HEM[2] pada masa itu menunaikan umrah. Jadi urusan tatadisiplin saya tersebut terpaksa ditangguhkan. Guru yang memang tidak boleh dilupakan pada masa ini adalah cikgu Rezmi dan Cikgu Juraimi.
Cikgu Rezmi agak slow and steady namun semasa kelas beliau pelajar boleh dikatakan pasif dan dilarang membuat bising. Jika buat bising juga, pelajar tersebut akan dipanggil kedepan dan diadakan upacara halau syaitan dengan memukul dahi pelajar. Pernah suatu ketika beliau terkena air liur yang diludah oleh pelajar di blok dekat surau tu, Beliau tangkap pelajar tersebut dan membawa ke kelas kami untuk di”tarbiyah”.[3]  Kedua Cikgu Juraimi[4] walaupun agak kelawar tapi agak tegas. Kami hampir satu kelas yang tidak menyiapkan tugasan matematik telah dibariskan di luar kelas lebih tepat dikawasan longkang kemudian kami perlu melakukan ketuk ketampi secara serentak. Bukannya sedikit kena ketuk ketampi tu tapi mujurlah saya pada masa tu masih seorang yang kurus.  Semasa kelas beliau juga, kami sering menjadi mangsa “penderaan” terutamanya kerana tidak dapat menjawab soalan yang diberi. Berdiri atas kerusi dan meja adalah perkara biasa pada masa tu. Semasa tingkatan dua ini juga berlaku peristiwa yang menyayat hari bagi saya apabila rakan sekelas saya semasa tingkatan 1, iaitu Aizuddin meninggal dunia akibat kemalangan bersama sepupunya di hadapan Masjid Kampung Tok Dor . Saya sendiri sempat melihat jenazah beliau yang berada dibawah lori dan masih berpakaian sekolah. Al-Fatihah.
Pada tahun ini, Pengetua[5] telah bersara. Beliau merupakan pengetua yang “happy” dan sukar untuk marah kepada pelajar walaupun pelajar bising semasa ucapan beliau di perhimpunan pagi. Semasa pentadbiran beliau juga, disebabkan sifat baik beliau, banyak pelajar yang ponteng sekolah dan kelas atau sekurangnya lompat pagar untuk membeli makanan diluar semasa rehat. Masalah moral juga banyak berlaku disekolah pada masa itu. Saya sendiri secara peribadi pernah melihat “aksi ringan” pelajar didalam kelas di blok bilik pengawas. Lebih daripada itu, saya pernah melihat seorang pelajar lelaki dari Tok Dor ( nama dirahsiakan ) memberi air mani kepada pelajar perempuan di tempat yang terbuka dan perempuan tersebut hanya ketawa sahaja. Bukan niat hendak memburukkan sekolah tapi iaitulah yang berlaku pada masa itu. Kejadian lawan guru juga adalah perkara biasa pada masa itu bahkan guru sendiri seolah-olah takut dengan pelajar. Mungkin pelajar yang mencecah 2000 orang itu sukar untuk dikawal oleh pihak sekolah itu sendiri. Pada tahun 2003, juga Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila telah dibuka dan pelajar di SMK Renek telah berkurangan. Semasa pengetua[6] baru mengambil alih, tindakan tegas mula diambil. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah akan dirotan oleh guru yang bertugas. Paling seronok apabila yang merotan adalah guru perempuan sebab perlahan berbanding guru lelaki yang menggunakan sehabis tenaga untuk merotan pelajar. Pengetua Ayahanda pun tidak kurang garangnya. Semasa awal beliau disini, boleh dikatakan banyak kes-kes disiplin diselesaikan dengan cara “kekerasan” sehingga pelajar yang paling samseng pun takut dengan beliau. Keadaan disiplin semakin terkawal apabila pelajar semakin berkurang sehingga lebih kurang 800 orang sahaja apabila beberapa buah sekolah berhampiran dibuka seperti SMK Tok Dor, SMK Jabi dan SMK Guntong. Keadaan ini memudahkan urusan pentadbiran di sekolah itu sendiri. Jika ditanya kepada saya siapakah tokoh reform SEMEKAR, pasti saya akan menjawab 2 orang pertama Tn Haji Abdul Rahman Jusoh dan Ustazah Latifah. Dua orang guru ini menyumbang jasa yang besar dalam pembangunan sekolah terutamanya dari segi sahsiah pelajar tanpa mengabaikan sumbangan yang diberikan oleh guru lain.




[1]  Saya pun tidak berapa ingat nama cikgu tapi kuat mengatakan bahawa cikgu tersebut bernama Cikgu Jamilah. Beliau adalah guru kelas 203 pada tahun 2003. Seorang yang baik dan betudung labuh. Beliau berpindah sekolah kalau tidak silap pada tahun 2005.
[2]  GPK HEM pada masa ini kalau tidak silap adalah Cg Husin.
[3] Faham-faham je la maksud tarbiyah tu
[4]  Beliau mengajar mata pelajaran matematik
[5]  Kalau tidak silap, pengetua pada masa ini ialah Hajah Kalthom.
[6] Ayahanda Tuan Haji Abdul Rahman,

Rabu, Mei 02, 2012

Mujahid Agung: Kisah Seorang Pejuang Kemerdekaan Karya Afifuddin Omar

Kulit Buku
Ni buku kedua Afifuddin Omar keluarkan selepas karyanya yang pertama iaitu Paradok. Buku ini saya telah beli di MPH Book Store di Mid Valley tidak lama dulu. Mungkin kerana minat dengan gaya penulisan beliau yang ringkas tapi berkesan menyebabkan hati ini tergerak untuk membelinya. Tambahan lagi, perasaan ingin tahun mengenai pengalaman beliau dalam kerajaan membuak-buak. Tapi buku ini tidak menceritakan tentang pengalaman beliau dalam kerajaan seperti bukunya yang lepas. Buku Mujahid Agung ini menceritakan pengalaman ayah beliau semasa menjadi exco dalam kerajaan Kedah suatu masa dulu. Buku ini menggambarkan beberapa konflik dalam kerajaan Kedah pada masa itu sehingga berlaku pertembungan antara group Menteri Besar dengan group ayah beliau iaitu Haji Omar. Ayah beliau dan beberapa orang ADUN Kedah yang terdiri daripada Tok Guru-Tok Guru pada masa itu tidak suka dengan pentadbiran Menteri Besar yang banyak melakukan penyelewengan dan maksiat. Antara penyelewengan yang berlaku ialah dalam bidang pembalakan dimana rasuah berleluasa berlaku. Tauke-tauke Cina akan membawa wang rasuah kepada exco yang menjaga bidang perhutanan ini untuk mendapatkan tander. Bahkan semasa Haji Omar memegang exco perhutanan ada Tauke Cina yang cuba merasuah beliau namun ketegasan yang ditunjukkan oleh beliau menyebabkan tiada tauke Cina yang berasa merasuahnya lagi.
Perkara ini menimbulkan ketidakpuasan group Menteri Besar yang mencari hasil dengan jalan penyelewengan ini. Haji Omar akhirnya ditukar kepada portfolio agama. Disini sekali lagi beliau menjadi mangsa kemarahan Menteri Besar sebab meruntuhkan rumah pelacuran di Lorong Pattani atau Lorong Selak Kain. Rumah pelacuran murah tersebut dibina di hadapan Sultan Abdul Hamid Collage. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peristiwa menarik yang diceritakan dalan novel ini, bolehlah dapatkan di pasaran. Pada saya novel yang dihasilkan oleh Afifuddin Omar ini amat menarik untuk dibaca oleh semua peringkat umur. 

Selasa, April 03, 2012

Sejarah Hidup King Gwanggaeto the Great

King Gwanggaeto the Conqueror
King Gwanggaeto atau Damdeok merupakan raja ke-19 dalam dinasti Goguryo/Koguryo. Goguryo merupakan dinasti yang berada di utara korea termasuk manchuria yang beribukota di Gunaesong atau sekarang ini dikenali sebagai Pyongyang Korea Utara. Dalam sejarah Korea, hanya 2 orang raja sahaja yang diberi gelaran "The Great" iaitu Raja Gwanggaeto dan Dae Joyoung ( Raja Go ) kerana kehebatannya dalam mempertahankan Korea daripada acaman China dan Jepun. Sekarang ini ditayangkan sebuah drama mengenai sejarah hidup Raja ini dengan sebanyak 80 episod dan terpaksa ditambah sebanyak 20 episod atas permintaan orang ramai. Setiap minggu pasti saya akan ternantikan drama ini. Ia sebuah drama sejarah yang terbaik yang berjaya dihasilkan selama ini.
King Gwanggaeto telah dilahirkan pada tahun 374 - 413 M. Beliau memakai gelaran Maharaja Yeongnak dengan gelaran yang agunng. Sebelum menjadi raja, beliau terpaksa bergelut dengan kekuasaan perdana menteri yang terlalu berkuasa di istana. Beliau pada mulanya bukanlah calon untuk menjadi raja namun peluang itu telah terhidang apabila abangnya iaitu putera Dammang telah terbunuh semasa sedang berburu. Disebabkan tiada putera lain, beliau telah diangkat untuk menjadi putera mahkota bagi dinasti Koguryo. Beliau telah dihantar ke Mohe ( utara China ) untuk menumpaskan suku kaum barbar tersebut. Semasa pulang daripada peperangan itu, di istana telah berlaku satu rampasan kuasa oleh Perdana Menteri Gae Yoon Soo. Namun pemberontakan tersebut berjaya dihapuskan oleh Damdeok/King Gwanggaeto dengan bantuan datuk saudaranya Komeander Ko Mu. Selepas itu beliau telah diangkat menjadi raja. Semasa kematian beliau, Goguryo menguasai semua kawasan di Sungai Amur dan Sungai Han yang sekarang ini meliputi separuh daripada Korea moden, Manchuria,Monggolia dan wilayah maritim Rusia.( Separuh lagi daripada semenanjung Korea dikuasai oleh Baekje dan Silla yang mana kedua-duanya tunduk kepada kekuasaan Goguryo. Pencapaian Gwanggaeto telah dicatatkan di pada batu bersurat yang didirikan di makamnya di Jian berdekatan sempadan korea utara dan korea selatan pada hari ini, Bati bersurat ini merupakan batu bersurat yang terbesar di dunia. 
Pelakon King Gwanggaeto the Conquerer
Goguryo bukanlah sebuah negara yang kuat semasa pemerintahan ayahnya raja Gogukyang. Semasa pemerintahan Gogukyang, boleh dikatakan yang menguasai semenanjung korea pada masa itu ialah Baekje. Namun semasa pemerintahan Yeongnak yang agung beliau telah membangunkan semula tentera berkuda dan juga tentera laut. Pada tahun 392, kempen menentang Baekje telah dimulakan dan Maharaja Yeongnak telah berjaya menawan sebanyak 10 benteng Baekje. Semasa pemerintahan Yeongnak, hampir semua kempen yang dilakukan oleh Baekje keatas Goguryo telah gagal kerana kepintaran Maharaja Yeongnak dalam strategi perang. 

Pada tahun 395, Raja Gwanggaeto/Maharaja Yeongnak telah menyerang Beili sebuah wilayah yang dikuasai oleh puak Khitan yang berpusat di tengah Manchuria berdekatan dengan sungai Song Hua. Namun kejayaan terbesar King Gwanggaeto ialah mampu mangalahkan Houyan sebuah kuasa besar pada masa itu. Houyan merupakan ancaman terbesar yang dihadapi oleh Koguryo selain daripada Baekje. Walaupun perkahwinan diraja telah dilakukan dimana adik Raja Gwanggaeto iaitu Dam Ju telah dikahwinkan dengan Murong Bao ( Maharaja Houyan ) namun itu tidak menamatkan persengketaan antara mereka. Raja Gwanggaeto telah berjaya mengambil keseluruhan Semenanjung Liaodang semasa kempen ini . Liaodang hanya jatuh semasa Mahajara Dinasti Tang iaitu Li Shimin melakukan penaklukan keatas Goguryo dengan bantuan Silla. 

Khamis, Oktober 13, 2011

Memoir A.Samad Ismail Di Singapura

Kulit Depan
Tajuk: Memoir A. Samad Ismail di Singapura
Pengarang: A. Samad Ismail (lahir 1924)
Penerbit: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia
Tahun: 1993 (Cetakan pertama)
Mukasurat: 275 halaman
Design kulit: Hassan Majid

Memoir A.Samad Ismail memuatkan kisah sejarah kehidupannya semasa berada di Singapura. Selepas menamatkan pengajian di sekolah Inggeris, beliau telah diminta untuk bekerja di Utusan Melayu yang pada masa itu baru ditubuhkan. Antara orang kuat Utusan Melayu ialah Rahim Kajai dan Yusof Ishak. Rahim Kajai telah berhenti daripada menjadi pengarang di Warta Malaya kerana semangatnya untuk memperjuangkan nasib orang Melayu. Antara sebab keluarnya Rahim Kajai daripada Warta Malaya adalah kerana warta Malaya dimiliki oleh orang Arab bukannya orang Melayu. A.Samad Ismail sebenarnya lebih berminat untuk menjadi kerani yang pada masa itu memiliki gaji yang mahal berbanding menjadi seorang wartawan. Tetapi beliau telah bekerja tanpa gaji di utusan kerana permintaan daripada Kesatuan Melayu Singapura yang telah menaja pengajiannya selama ini. Banyak dugaan yang dihadapi olehnya semasa bekerja dibawah Rahim Kajai yang dikenali sebagai seorang yang garang dan suka mencarut. Dalam memoir ini juga banyak memuatkan mengenai masalah sosial orang Melayu yang berada di kawasan bandar. Boleh dikatakan semua pengarang atau pekerja akhbar adalah kaki botol dan kaki perempuan. Dalam memoir ini, kita seolah-olah dibawa untuk menyelami keadaan sosial masyarakat pada zaman sebelum merdeka. Pelacuran dalam kalangan orang Melayu,Cina dan Jawa adalah perkara biasa bahkan antara pelanggan tetap mereka adalah pekerja akhbar itu sendiri. A.Samad Ismail tanpa berselindung menceritakan kisahnya yang diminta oleh kawannya minum arak dan juga menceritakan kisahnya yang dibawa oleh Kadir Yahudi ke rumah pelacuran. Banyak peristiwa yang akan kita fahami dengan membaca buku memoir A.Samad Ismail ini. Ia adalah antara buku yang boleh dijadikan bahan kajian untuk mengetahui budaya masyarakat Melayu sebelum zaman perang.

Khamis, September 22, 2011

Pertaruhan Gongsu Ce dengan Bao Zheng


Kepintaran Bao Zheng memecahkan kes pembunuhan Tengku Kao Li telah menyebabkannya terkenal dalam kalangan penduduk kota Lu Zhao. Gongsu Ce yang tidak berpuas hati dengan pujian orang ramai berikan kepada Bao Zheng telah mencabar Bao Zheng untuk mengadakan satu permainan bagi menentukan kepintaran Bao Zheng. Pertandingan mencari lima keeping syiling yang diletakkan ditempat tertentu di Maktab Dian Hung mengikut unsur-unsur tertentu.
Selepas siap meletakkan 5 keping syiling di tempat tertentu. Gongsu Ce telah ke dewan maktab tersebut untuk diperiksa oleh Bao Zheng. Masa pertandingan hanyalah nyalaan satu batang colok sahaja. Bao Zheng dengan teliti telah memeriksa seluruh tubuh Gongsu Ce untuk mencari bukti dimana Gongsu Ce meletakkan 5 keping lilin tersebut. Selepas memeriksa tubuh Gongsu Ce,Bao Cheng serta merta bergegas mencari syiling yang diletak oleh Gongsu Ce. Pertama sekali Bao Zheng mencari kepingan syiling tersebut di bilik muzik kerana melalui bau yang ditinggalkan oleh Gongsu Ce mendapati ada bau bauan yang dipakai oleh guru Meng Feng seorang pemuzik.
Melalui unsur api dan kekotoran debu arang yang terdapat dikasut Gongsu Ce,Bao Zheng telah mencari syiling tersebut di kawasan dapur. Seterusnya melalui petunjuk bulu yang ditinggalkan Bao Zheng telah mencari syiling tersebut di atas atap. Kemudian melalui unsur air dan kelembapan pada jed Gongsu Ce ,Bao Zheng telah mencari kepingan keempat dibilik ais maktab tersebut. Dan kepingan keempat syiling tersebut berada di salah satu kepingan ais.
“Bao Zheng telah menemukan syiling keempat” tempik kawan semaktab Bao Zheng memberitahu kawan yang lain dan gurunya.
Selepas menemui 4 keping syiling tersebut,Bao Zheng lantas kembali ke dewan dan menyerahkan 4 kping syiling tersebut kepada gurunya.
“Kayu,air,api,tanah sudah diketemukan...kini hanya tinggal unsur emas...dimanakah kepingan terakhir?” soal salah seorang kawan Bao Zheng
“Menurut aku..berada digudang senjata” balas seorang lagi kawan Bao Zheng
“Bukan” jawab Bao Zheng ringkas lantas bergerak menuju kepada Gongsu Ce yang sudah sedia berada didewan tersebut
“Kepingan-kepingan terdahulu aku tidak berniat untuk menyulitkan kamu tapi kepingan terakhir ini baik kamu menyerah sahaja” ujar Gongsu Ce dengan yakin kerana dia percaya Bao Zheng tidak akan mampu menyelesaikannya
“Aku kemari bukan untuk menyerah tetapi untuk mencari kepingan kelima” balas Bao Zheng yakin dengan tekaannya.
“Kepingan kelima adalah logam dan menurut aku didalam ini tiada logam” kata Gongsu Ce yang masih kurang yakin bahawa Ba Zheng mengetahui jawapannya
“Tiada hubungan dengan logam..kau sengaja menciptakan unsur emas,kayu ,api,air dan tanah untuk mengelaburi aku” balas Bao Zheng
“Kepingan yang ada diruangan muzik,letaknya dibawah tali er-hu bukannya dibawah er-hu maka itu bukanlah unsure kayu”terang Bao Zheng
“Kepingan yang terakhir itu harus ada ditubuhmu kerana namamu ada unsur kayu...kepingan yang terakhir ada disini” jawab Bao Zheng lantas mengambil dompet Gongsu Ce dan mengeluarkan syiling terakhir tersebut.
Keadaan dewan pada masa itu menjadi riuh dengan sorakan daripada pelajar dan juga guru-guru maktab tersebut. Kejayaan Bao Zheng menyelesaikan masalah tersebut telah menyebabkan Gongsu Ce semakin tidak berpuas hati dan perkara itu tentunya tidak menyenangkan Bao Zheng.

Selasa, September 20, 2011

Paradoks - Karya Afifuddin Omar


 Novel ini menceritakan kisah mengenai golongan Aristokrat,korporat,golongan pemerintah dalam negara. Ia menceritakan bagaimana cara para menteri,menteri besar,ahli pernigaan melarikan duit ke luar negara terutamanya di sebuah bank di Singapura yang mana tidak akan dapat diokesan oleh orang lain. Mereka yang "menyeludup" keluar duit negara ini akan singgah terlebih dahulu di Singapura sebelum melanjutkan perjalanan ke negara yang lain. Ia turut memuatkan pelbagai skandal dalam kerajaan seperti rasuah,penggelapan duit rakyat,projek Ali baba,kronisme,nepotisme dan segala macam penyelewengan yang tidak diketahui umum. Ia juga turut memuatkan mengenai peragai para datuk yang suka menghisap "madu" di luar dan juga bagaimana para datin yang digelar "tante girang" ini bersama dengan "anak ikan" mereka di Thailand mahupun di Dubai. 
  Pengarang telah menggunakan watak Arifin sebagai watak utama dalam novel ini. Arifin merupakan seorang ahli politik "kerajaan" yang betul-betul berkhidmat untuk rakyat di dalam kawasannya. Daripada menjadi ahli korporat yang bergaji rm 15,000 sebulan akhirnya beliau telah berhenti untuk bertanding dalam satu pilihanraya dan berjaya memenangi pilihanraya tersebut untuk meraih gelaran sebagai Yang Berhormat. Namun begitu, sifat Arifin yang suka menolong rakyat tidak disukai oleh King Maker atau pembuat keputusan partinya di Alor Star bahkan ada usaha untuk membunuh karier politiknya di peringkat pusat. Namun beliau hadapinya dengan tabah sehingga bersara dari menjadi seorang Ahli Yang Berhormat.
   Noraini yang memegang watak isteri Arifin merupakan seorang ahli perwakilan parti "kerajaan" daripada Terengganu berkahwin dengan Arifin setelah beberapa tahun menjalin hubungan. Sifat Noraini yang terlalu suka menggunakan bomoh dalam menentukan jawatan suaminya turut digambarkan. Selepas Arifin berhenti daripada menjadi ahli politik dan menjadi ahli korporat,hubungan mereka ini telah menjadi semakin renggang sehingga Noraini telah masuk kedalam kumpulan "tante girang" yang dikelola oleh Datin Salmah. Disebabkan ghairah bermain dengan "anak ikan" Noraini telah mengalami kekejangan otot dan akhirnya telah dijangkiti penyakit kelamin. Arifin masih mengharapkan Noraini akan kembali kesisinya tetapi Noraini malu untuk kembali kepangkuan Arifin kerana penyakit kelamin yang dialaminya kerana hubungan dengan Adam Silcock.
   Mahmud merupakan salah seorang kawan baik kepada Arifin bahkan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri sehinggalah beliau hanya menang tipis dalam pilihanraya 1990 dengan majoriti kurang daripada seratus undi. Mahmud merupakan seorang kaki betina walaupun telah berkahwin dua. Beliau sering "menghisap madu" Catherina Chin yang beragama Khatolik. Selepas pendedahan skandal mereka berdua,akhirnya Chaterina Chin telah memeluk Islam dan berkahwin dengan Chaterina Chin.
    Subramaniam merupakan seorang pemegang kepada sebuah koperasi partinya. Subra telah menyalahgunakan kuasanya dengan mengambil komisen 6 juta diatas pembelian sebuah bangunan. Wang hasil "komisen haram" itu telah disimpan didalam bank sulit di Singapura. Subra juga telah menjalin hubungan dengan Usha yang merupakan setiausahanya tetapi sudah berkahwin,. 
     Dalam novel ini banyak mendedahkan penyelewangan,kekurangan moral dalam golongan elit dalam negara dan amat sesuai untuk dibawa oleh semua peringkat usia kerana menyedarkan kita apa sebenarnya yang berlaku dalam negara yang kita cintai ini.

Ahad, September 18, 2011

Pembunuhan Tengku Kao Li Part 6 ( Akhir )


“Aku mula menyedari adanya petugas yang lebih selepas melihat orang bermain catur dan petugas yang lebih tersebut adalah pembunuhnya” ujar Bao Zheng cuba merungkai cara pembunuh meloloskan diri dalam keadaan pintu terkunci dari dalam. Bao Zheng telah mengarahkan pengawal yang terlibat pada malam itu untuk mengingati kembali siapa disamping mereka.
“Jadi siapa pembunuhnya” tanya Tn Kungsun tidak sabar untuk mengetahui siapa pembunuhnya
“Dialah pembunuhnya” ujar Bao Zheng sambil menunjukkan jarinya kearah pengawal Sem.
Orang ramai didalam dewan tersebut seperti tidak percaya dengan kajian tersebut. Keadaan balai sidang tersebut menjadi hingar bingar. Mereka dalam keadaan percaya tidak percaya dengan tekaan Bao Zheng tersebut.
“Bukan..bukan malam itu aku baru sahaja kemari lagipun aku tiada alasan untuk membunuh mereka ” nafi pengawal Sem dalam nada ketakutan
“Ada..kamu ada..kamu membunuh mereka supaya tentera Gao Li datang menyerang Song dan membuatkan Song tersepit kerana engkau suku Liao” jawab Bao Zheng dalam nada yang lemah kerana pengawal Sem merupakan salah seorang kawan baiknya. Untuk membuktikan pengawal Sem suku Liao,Bao Zheng telah membuka lengan naju pengawal Sem dan menampakkan tatu yang melambangkan suku Liao.
“Bagaimana kamu tahu aku suku Liao..puluhan tahun aku hidup dinegeri Song..aku yakin mampu untuk mengelaburi mata sesiapa sahaja” soal pengawal Sem
“Aku mula tahu melihat cara engkau minum semasa keluar berkelah bersama Siang Ai..aku pernah mendengar cerita Tengku Lian yang pernah menjadi diplomat di Liao bahawa suku Liao amat berwaspada dengan binatang buas semasa mereka minum. mereka akan mengjongkokkan badan kerana dengan itu mereka akan tahu jika ada serangan haiwan atau musuh” ujar Bao Zheng
“Betul aku suku Liao tetapi itu tidak membuktikan bahawa akulah pembunuhnya” balas pengawal Sem.
“Apakah mereka boleh bangkit memberitahumu” soal pengawal Sem
“Ya.. kedua mayat tersebut bangkit memberitahuku ... Siang Ai yang kau bunuh telah memberitahuku” balas Bao Zheng.
Pengawal Sem telah meniru tulisan Siang Ai yang sangat tidak rapi tersebut. Tetapi malangnya tulisannya yang agak kemas mudah dikenali diantara tulisan-tulisan Siang Ai. Pengawal Sem mengajarkan Siang Ai menulis untuk melengkap kes pembunuhan tersebut bagi mengelakkan dikesan oleh Bao Zheng. Pada malam terakhir sebelum Siang Ai ditemui mati menggantung diri,pengawal Sem telah mengajarkan Siang Ai beberapa aksara sebelum membunuhnya. Pengawal Sem memang berniat untuk membunuh Siang Ai kerana Siang Ai telah mengetahui identitinya sebagai orang Liao. Selepas kes tersebut selesai dirungkai oleh Bao Zheng,pengawal Sem telah ketawa kerana segala muslihatnya selama ini telah terbongar.
“Tergamak engkau membunuh Siang Ai” ujar Chu Chu geram
“Wanita itu,benar-benar bodoh..bodoh yang tidak mampu ditolong oleh sesiapa” balas pengawal Sem sambil ketawa
“Saat itu,pada malam terakhir aku mengajarnya menulis,aku telah mencekiknya...hahaha” kata pengawal Sem mendedahkan perbuatannya
“Sheng Liang..cukup..engkau sudah tidak boleh ditolong lagi” tempik Chu Chu dalam keadaan yang marah
Tengku Lian telah sampai dan telah mengarahkan pengawal untuk menangkap pengawal Sem. Tidak mahu mengalah dalam keadaan yang tersepit,pengawal Sem telah menjadikan Puteri Kao Li sebagai tebusan.
“Abang Sem” jerkah Bao Zheng
“Baik..dalam keadaan ini kau masih sudi memanggil aku abang..kau memang seorang yang tulus” balas pengawal Sem
“Abang Sem .menyerahlah” pinta Bao Zheng
“Tiada istilah menyerah bagi suku Liao.... Bao Zheng mari kesini” pinta pengawal Sem kembali.
Keadaan menjadi semakin gawat. Gongsu Ce yang berada disitu cuba menghalang Bao Zheng daripada mendekati pengawal Sem takut akan diapa-apakan oleh pengawal Sem. Namun Bao Zheng dengan hati yang tenang telah pergi dekat dengan pengawal Sem.
“Bao Zheng ketahuilah namuku Yeriria daripada suku Liao berumur 30 tahun..Aku merupakan Jeneral Besar tentera Liao anak kepada Yeri Suron..telah 10 tahun menyelinap ke negeri Song untuk mewujudkan pertelingkahan dengan Kao Li bagi memudahkan Liao menyerang Song” beritahu pengawal Sem
“Ketahui namuku Bao Zheng,umur 20 tahun,tinggal di Lu Zhao,salah seorang siswa di Lembaga Dian Hung dan berkulit hitam sejak lahir” balas Bao Zheng dalam nada yang sedih
Selepas itu,pengawal Sem telah bertindak membunuh diri kerana tidak mahu menyerah kepada pihak berkuasa. Selepas peristiwa ini,hubungan antara negara Song dengan Kao Li pulih seperti biasa. Tentera Kao Li yang bersiap sedia untuk menyerang Song telah menarik kembali tentera 50 kilometer keluar kawasan sempadan manakala tentera Liao yang telah siap untuk bergabung dengan Kao Li telah mundur kembali kenegara mereka. Kes ini telah memberi kesan mendalam kepada Bao Zheng kerana melibatkan salah seorang yang karib dengannya. Mayat pengawal Sem telah ditanam ditepi kubur Siang Ai kerana hubungan cinta antara mereka yang pernah berputik. Pembunuhan keatas Siang Ai hakikatnya bukan atas kehendak peribadi pengawal Sem namun tugas negara telah menyebabkan beliau terpaksa bertindak demikian.


Jumaat, September 16, 2011

Kes Pembunuhan Tengku Kao Li Part 5


“Apa yang kau cari” ujar Chu Chu
“ehhh” tegah Bao Zheng supaya Chu Chu diam tapi sudah cukup untuk membuatkan Chu Chu mengerti akan permintaan Bao Zheng itu. Apabila memikirkan kes,dahi Bao Zheng yang mempunyai bulan sabit itu pasti berkerut sebagaimana kita memikirkan sesuatu yang sukar. Kini hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk Bao Zheng menyelesaikan kes tersebut setelah menteri Phang memberikan waktu tambahan selama sehari untuk menyiasat kes berkenaan.
“Huuukk..hukkk” ajuk Chu Chu yang meniru suara anjing dan membuat bayang tangannya di dinding seperti anjing yang sedang menyelak.
“Chu Chu .. jom” tiba-tiba Bao Zeng terfikirkan sesuatu dan terus menarik tangan Chu Chu ke bilik kejadian bunuh.
“Aikkk..kenapa ni” soal Chu Chu
“Aku mencari sesuatu” balas Bao Zheng tanpa menghiraukan pertanyaan lanjut oleh Chu Chu. Beliau terus mencari sesuatu dibilik kejadian yang boleh membuatkan wujudnya bayang. Akhirnya Bao ZZheng berjaya menjumpai tanglung yang memuatkan lampu sehingga mewujudkan bayang di dalam bilik.
“Rupanya begitu..aku telah berjaya memecahkan huruf sepuluh ( + ) itu” ujar Bao Zheng dalam keadaan yang serius.
“Bagaimana dengan pembunuhnya” kata Chu Chu
“Tabir ini sudah aku jumpa..pembunuhnya ada diantara kita” balas Bao Zheng dalam keadaan yang tidak bertenaga kerana sudah mengetahui siapa pembunuhnya. Semua telah dipanggil ke balai sidang untuk mendengar penjelasan Bao Zheng siapa pembunuh kedua-dua orang Tengku negara Kao Li.
Tengku Kao Li telah mati dibunuh dengan kesan kelaran yang banyak diseluruh tubuh yang dipercayai dilakukan oleh seseorang yang mempunyai kungfu yang hebat. Klu yang ditanggalkan kedua orang Tengku terbabit hanyalah huruf sepuluh ( + ). Utusan Kao Li tersebut ke negara Song untuk menghantar puteri Kao Li untuk dinikahkan dengan Maharaja Song. Namun ketika sampai di daerah Liu Zhao rombongan Kao Li telah diserang oleh sekumpulan lelaki berbaju hitam. Kematian Tengku Kao Li iaitu Li Shih berlaku semasa baginda cuba mrogol Siang Ai dan kematian Tengku ke 7 Kao Li berlaku selepas baginda dibongkar terlibat dalam serangan semasa kadatangan rombongan ke Lu Zhao. Siasatan awal menjurus kepada Siang Ai dan Chu Chu yang dituduh berkomplot membunuh Tengku Kao Li kerana ingin membalas dendam atas tindakan Tengku Kao Li tersebut yang cuba merogol Siang Ai.  Tuan Cen dan Puteri Kao Li juga telah dituduh terlibat dalam pembunuhan tersebut namun selepas dibuktikan mereka tidak bersalah mereka telah dibebaskan. Kini nyawa 30,000 penduduk Liu Zhao dan negara Song bergantung kepada Bao Zheng yang diamanahkan untuk menyiasat kes berkenaan. Selepas.Bao Zheng menjumpai alat yang digunakan untuk mengaburi kes tersebut,semua yang terlibat telah dikumpulkan dibalai sidang untuk mendengar keputusan penyiasatan Bao Zheng.
“Menteri Phang..aku ingin bertanya satu soalan.. yang anda betul-betul inginkan kes ini diselesaikan ataupun kepalaku dipancung?” soal Bao Zheng ingin mengetahui niat sebenar Menteri Phang memberi masa hanya satu hari kepadanya untuk menyiasat kes tersebut.
“Bergantung kepada dirimu..yang jelas aku akan pilih salah satu daripada yang tersebut” balas Menteri Phang
“Kalau kepalaku yang kamu harapkan..hari ini kamu akan kecewa” ujar Bao Zheng tenang
“Jangan cakap banyak..nasibmu,keluargamu dan seluruh rakyat negara ini berada ditanganmu” pintas Menteri Phang
“Kalau sedikit salah bicara akan aku terus pnggal kepalamu” tambah Menteri Phang
“Baiklah..pertama sekali akan aku jelaskan mengenai huruf sepuluh” sahut Bao Zheng.
“Pengawal Sem tutup lampu” arah Bao Zheng.
Lampu lantas dipadamkan dan muncul huruf salib ( huruf sepuluh ) diatas palang dibilik tesebut. Huruf sepuluh itulah huruf yang Chu Chu ternampak semasa berada didalam bilik Tnegku Kao Li semasa menyelamatkan Siang Ai.
“Apakah ada orang diatas” tanya Jeneral Kao Li
“Benar... pada saat itu pembunuh berada diatas palang tersebut” tambah Bao Zheng
Namun huruf salib yang kelihatan di palang tersebut hanyalah untuk melindungi diri daripada dilihat. Di dalam tanglung tersebut terdapat ulat kecil dan jika semakin jauh kesan gelap tersebut akan menjadi semakin besar dan ini telah dapat melindungi pembunuh yang berada diatas palang daripada dilihat oleh mangsa. Klu huruf sepuluh yang ditinggalkan oleh kedua orang tengku tersebut bukanlah huruf sepuluh yang berada diatas palang tersebut tetapi lencana pegawai yang berbentuk bintang yang dipakaikan dipinggang. Ini bermakna yang membunuh kedua-dua orang tengku tersebut ialah pegawai kerajaan.
“Huruf salib yang mereka ketemukan ada disini” kata Bao Zheng sambil menunjukkan bintang yang berada di pinggang salah seorang petugas.
“Dengan kata lain,tengku ingin memberitahu yang membunuhnya adalah petugas kerajaan yang berpakain seragam?” tanya Tuan Cen
“Betul” balas Bao Zheng
Semasa peristiwa pembunuhan terbabit,dalam cahaya yang samar,kedua orang tengku telah melihat bintang yang berada dipinggang petugas yang berpakaian seragam tersebut yang bersinar. Dan sebelum mati,mereka sempat melukiskan lambing tersebut diatas lantai dengan menggunakan darah mereka.
“Tetapi bagaimana dengan teriakan tengku tersebut... bukankan kita berada berdekatan tempat kejadian tetapi tidak masih tidak dapat melihat siapa pembunuhnya” soal Tuan Kungsun
Kedua-dua orang tengku tersebut sebenarnya tidak sempat untuk berteriak. Teriakan yang kedengaran oleh pengawal yang bertugas merupakan teriakan yang dihasilkan oleh pembunuh bukannya dihasilkan oleh mangsa. Oleh itu,ramai yang hairan kenapa mereka tidak nampak pembunuh sedangkan teriakan sepatutnya dihasilkan sebelum berlakunya pembunuhan. Dan jika teriakan dihasilkan semasa pergelutan berlaku sudah semestinya pembunuh tersebut berjaya ditangkap. Mangsa telah dilukai kemudiannya mulut mereka disumbat dengan kain agar mereka tidak dapat untuk menjerit meminta pertolongan kemudian setelah dibunuh maka pembunuh pun berteriak. Ini berjaya mengaburi orang ramai yang menyangka bahawa mangsa telah dibunuh dalam waktu yang amat singkat agar Chu Chu yang menjadi Syaitan Wanita dituduh sebagai pembunuh.
“Lalu kenapa pembunuh membuat keadaan kedua orang tengku dalam keadaan yang menyeramkan?” soal Puteri Kao Li
“Benar,sesuai dengan yang kamu katakana ketika petugas memasuki kamar,pembunuh tersebut masih ada..bagaimana pembunuh meloloskan diri?” soal Tuan Cen pula
“Haha.. bahagian inilah yang paling menarik” balas Bao Zheng
Pembunuh sebenarnya tidak meloloskan diri tetapi telah bersama dengan petugas tanpa disedari.
“Adakah kalian menyedari bahawa orang diantara kita telah bertambah seorang?” tanya Bao Zheng
“Mustahil..kita mari bersama-sama” ujar Tuan Kungsun
“Tidak benar..aku orangnya yang baharu masuk semasa teriakan itu” kata Gongsu Cen
“Betulke?..bukankah tadi kamu bersama kami” soal Tuan Kungsun kehairanan
“Tn Kungsun..dia adalah anak kamu .. kamu sudah pun tidak menyedari dia ada atau tidak bersama kamu tadi” jawab Bao Zheng
“Ketika masuk kemari kita semua ada disini...Orang kita begitu ramai.. dia ada bersama kita..logiknya begitu” balas Tn Kungsun
“Kamu benar.. sebetulnya pembunuh telah menggunakan helah ini dalam usaha meloloskan diri” ujar Bao Zheng
Oleh kerana pembunuhnya merupakan salah seorang petugas yang memakai pakaian seragam,maka semasa bilik kejadian dimasuki oleh petugas,pembunuh tersebut telah bersama petugas.. ketika semua orang sedang panic maka kehadiran pembunuh tersebut tidak diperasan oleh petugas yang lain. Kemunculan pembunuh dalam kalangan petugas tersebut sedikitpun tidak dicurigai. Selepas melakukan pembunuhan,pembunuh telah berteriak disebalik pintu dan pengawal telah bergegas masuk untuk melihat keadaan dan kedudukan pembunuh disebalik pintu tersebut tidak disedari oleh petugas lain dan sekaligus memberi peluang kepada pembunuh untuk mnyelinap disebalik petugas yang turut memakai pakaian seragam. 

Selasa, September 13, 2011

Kes Pembunuhan Tengku Kao Li part 4


“Tuan..kami sudah berusaha tetapi masih tidak dapat untuk melaksanakan tugas ini” kata salah seorang daripada lelaki berpakaian hitam. Tanpa bercakap ketuanya it uterus mengeluarkan padang dan dalam sekali libas sahaja semua lelaki berbaju hitam itu tersebut mati dibunuh. Dalam pada itu,penduduk sedang sibuk mengumpulkan barang makanan kerana tentera Kao Li sudah berada diperbatasan bersedia untuk menyerang Song. Tiba-tiba masuk seorang pengawal melaporkan kejadian pembunuhan yang berlaku semalam.
“Tuan..menurut laporan berlaku kebakaran di selatan kota dan kami telah menemukan beberapa lelaki yang berbaju hitam telah dibunuh kemudiannya dibakar”.
“Mereka ini pasti dibunuh oleh ketuanya,lihat mereka berdiri sebaris dan melihat kepada lukanya mereka ini dibunuh dengan sekali tebas’ ujar Bao Zheng membuat kesimpulan terhadap kejadian bunuh tersebut. Tanpa disengajakan semasa ingin mengangkat mayat tersebut, Bao Zheng telah melihat luka seperti kesan lecur yang terdapat pada tubuh salah seorang mangsa bunuh tersebut. Bao Zheng lantas mengambil kain putih dan mengukur kesan lecur tersebut dan terus berlari ke restoran yang berlaku pergaduhan dengan Tengku ke 7 dan meminta cerek daripada pelayan restoran dan mendapati kesan lecur dengan luas cerek tersebut adalah sama. Untuk mengetahui lebih lanjut Bao Zheng telah membuat rujukan di mahkamah mengenai undang-undang negara Kao Li dan mendapati bahawa selepas kematian Tengku Kao Li yang akan menggantikan takhta ialah Tengku ke 7.
“Saya telah ketemukan siapa ketua lelaki yang berbaju hitam itu,,ia ialah Lie Shi Tengku ke 7 Kao Li” ujar Bao Zheng menjelaskan perkara tersebut kepada Tengku Lian dan Tuan Kungsu.
“Pengawal tangkap Lie Shi” perintah  Tengku Lian
“Tunggu..banyak lagi persoalan yang bermain difikiran contohnya bagaimana dia boleh masuk untuk melakukan pembunuhan” bantah Bao Zheng.
“Kamu sudah tidak perlu menyiasat lagi,ini sudah cukup untuk menyelesaikan kes ini..saya mempunyai alasan tersendiri” balas Tengku Lian.
Pengawal telah bergegas ke bilik Tengku ke 7 tersebut dan setelah sampai mereka mendapati Tengku ke 7 juga dibunuh dengan modus operandi yang sama. Dan ditempat pembunuhan tersebut juga terdapat huruf 10 yang dilukis oleh Tengku ke 7 sebelum mati. Pagi pagi hari tersebut,tentera negara Kao Li telah menyerang pekan tersebut. Penduduk dibunuh tanpa belas kasihan demi membalas dendam atas kematian tengku Kao Li. Tengku Lian telah bertindak cuba membantu menghalang serangan yang bertali arus tersebut yang sudah tidak mampu disekat oleh tentera Song yang belum bersedia. Tetapi mujurlah dalam keadaan genting itu, Menteri Phang datang dengan membawa 5000 tentera untuk menghentikan serangan oleh Kao Li tersebut.
“Ahhh..Saya datang lambat,,mungkin telah menakutkan tengku” Kata Menteri Phang menyindir Tengku Lian
“Mari kita ke kediaman saya” ujar Tengku Lian untuk menenangkan keadaan.
Semasa berjalan-jalan di pekan,Bao Zheng dan Chu Chu telah ternampak pelayan Kao Li yang memakai pakaian Song membeli ubat “Bunga Merah” iaitu untuk kegunaan pengguguran anak. Bao Zheng dan Chu Chu telah mengikut pelayan tersebut sehingga ke kem tentera Kao Li untuk mengesahkan perkara tersebut. Bao Zheng telah bergegas  meminta bantuan Tuan Kungsu untuk masuk kem tentera. Mereka telah masuk ke kem tentera tersebut namun dihalang oleh Jeneral. Selepas itu mereka terdengar pekikan daripada Puteri Kao Li yang sakit selepas memakan ubat Bunga Merah. Melalui pekikan itu,Bao Zheng sudah mendapat tahu bahawa Puteri Kao Li telah mengandung. Pada malamnya Bao Zheng telah memerintahkan Pengawal Sem untuk berpura-pura ingin membunuh Puteri Kao Li untuk mengetahui pedang yang disimpan oleh Tuan Cen Kao Li. Tuan Cen Kao Li pernah bertarung dengan pengawal Sem semasa awal kedatangannya namun Tuan Cen tidak menggunakan pedang miliknya yang disembunyikan.
“Berhenti...” tempik Bao Zheng setelah Tuan Cen mengeluarkan pedang yang disembunyikan tersebut semasa serangan di Kem Tentera Kao Li.
“Kami datang bukan untuk membunuh” kata Bao Zheng
“Masih membantah,yang 2 orang memakai baju hitam kesini untuk apa?” bantah Jeneral
“Kami hanya datang mencari pedang yang membunuh Tengku ke 7,yang mana pedang itu nipis,jika melukai bekasnya setipis tali dan ditangan Tuan Cen itulah pedangnya” jawab Bao Zheng
“Mengarut,,..saya tiada alasan untuk membunuh” balas Tuan Cen
“Kamu ada... mereka sudah tahu rahsia kamu berasmara dengan puteri sehingga puteri hamil” balas Bao Zheng.
“Sudahlah Kuang Hau,sudah terbongkar..jangan korbankan yang lain lagi” ujar puteri
Tuan Cen lantas menyerah dan berkata
“Saya dan Su Chi dari dahulu sudah jatuh cinta..ingin memohon baginda untuk menikahkan kami..tidak sangka baginda menyerahkan Su Chi kepada maharaja Song,..tetapi kami tidak pernah melakukan hubungan terlarang” kata Tuan Cen dalam nada yang sedih
“Perut Su Chi ini adalah hasil perbuatan Tengku Kao Li yang merogolnya semasa dalam perjalanan kemari” tambah Tuan Cen.
“Tengku ke 7 memang telah mengetahui rahsia kami.. tetapi kami tidak membunuhnya” ujar Tuan Cen
“Memang bukan kami yang membunuhnya” tambah Puteri lagi
“Tengku ke 7 orang baik,kenapa kamu sanggup membunuhnya” tengking Jeneral
“Kami tidak membunuhnya” balas Tuan Ce
“Baiklah... semua sudah jelas.. bawa mereka pulang... mujurlah masalah ini sudah selesai” perintah Tengku Lian mengelakkan kes tersebut berlarutan. Tengku Lian segera bertindak demikian bagi mengelakkan Kao Li menyalahkan Song diatas pembunuhan keatas Tengku negara tersebut. Negara Kao Li dan negara Liao sememangnya telah bergabung untuk menyerang Song yang sudah sedia lemah itu. Dalam kes itu,Bao Zheng mendapati bukan Tuan Cen yang melakukan pembunuhan namun penyiasatan lanjut telah dihalang oleh Tengku Lian atas faktor politik. Namun setelah berkeras,akhirnya Tengku Lian memberikan peluang kembali kepada Bao Zheng untuk meneruskan penyiasatan pembunuhan terhadap 2 orang Tengku Kao Li. Siang Ai yang sudah pulih daripada trauma kerana cubaan dirogol oleh Tengku Kao Li kini kembali pulih dan sering menghabiskan masanya dengan belajar menulis. Selain daripada Chu Chu,pengawal Sem adalah salah seorang yang menjadi rujukannya disebabkan oleh Siang Ai sudah jatuh cinta pada pengawal Sem. Namun pada malam tersebut,Siang Ai telah mengetahui rahsia yang dimiliki oleh pengawal Sem dan menyebabkan mereka bergaduh. Untuk menenangkan keadaan itu,Chu Chu telah mengajak mereka untuk berkelah bagi menyelesaikan masalah tersebut. Pagi keesokannya,Siang Ai didapati mati menggantung diri. Pengawal Sem yang turut mencintai Siang Ai telah bertekad untuk berhenti daripada menjadi petugas. Bao Zheng hanya diberikan masa sehari lagi oleh Menteri Phang untuk menyelesaikan penyiasatan.
“Aku sudah fikirkan kes ini semalam..bagaimana pembunuh boleh meloloskan diri daripada bilik yang berkunci daripada dalam?” soal Gongsu Ce
“Betul... andai teka teki ini boleh diselesaikan sudah tentu pembunuh dapat diketemukan” tambah Bao Zheng
“Ehhhh..kau telah mengacau permainan kami” kata seorang pemain catur di restoran tempat Bao Zheng berada
“Jadi anehnya disini tiada buah hitam...kenapa menjadi begitu” ujar pemain catur seorang lagi
“Apakah kau sudah lupa permainan sendiri...jika ada satu biji hitam disini sudah aneh jadinya” ujar pemain catur yang tadi
“Betul..betul..dengan bertambahnya satu biji catur hitam permainan akan jadi lain” ujar pemain catur yang kedua
“Ya..kenapa aku tidak terfikirkan perkara ini...Gongsu Ce kumpulkan petugas dihadapan rumah gabenur..aku akan tanya mereka” ujar Bao Zheng tegas setelah terfikirkan cara menyelesaikan kes tersebut.
Sementara Gongsu Ce mengumpulkan petugas,Bao Zheng pula bergegas ke tempat pengawal Sem yang sudah menyiapkan barang untuk meninggalkan tempat tersebut. Disitu Bao Zheng telah meminta tulisan yang ditulis oleh Siang Ai untuk diteliti jika Siang Ai meninggalkan klu yang lain. 

Isnin, September 12, 2011

Kisah Pembunuhan Tengku Kaoli Part 3


“Tidak boleh,,kita mesti menyiasat perkara ini dan jika perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik maka semuanya akan selesai” bantah Tengku Lian.
Di istana Song, Menteri Phang dan Tengku Lian merupakan menteri yang paling berkuasa kerana masing-masing memiliki kekuatan ketenteraan. Menteri Phang merupakan guru kepada maharaja Renzong manakala Tengku Lian merupakan bapa saudara maharaja yang telah menjaga maharaja sejak dari kecil. Dalam menyelesaikan kes ini maharaja tidak dapat membuat satu keputusan muktamad samada perang ataupun menyelesaikan kes tersebut dengan baik. Kao Li sememangnya menanti peluang untuk menyerang Negara Song dan kerana itulah puteri Kao Li dijodohkan dengan Maharaja Song bagi mengelakkan berlakunya peperangan antara 2 negara. Dalam pada itu,penyiasatan terus dilakukan.
“Ya,ini dia,malam itu memang dia minum arak disini,lalu bergaduh dengan seorang yang mabuk,selepas itu pemabuk berkenaan telah menyiram air panas kepada orang itu” kata pelayan kedai
“ Saya tidak mahu hidup lagi,,saya ingin bunuh diri” tiba-tiba terdengar pekikan perempuan tersebut. tetapi gadis tersebut sempat diselamatkan oleh seseorang.
“Kenapa engkau begitu bodoh sekali sehingga mahu bunuh diri..hutang akan dibayar hutang,,aku tidak akan sesekali menjualmu” kata ayah gadis tersebut
“Bagus..bagus..hutang dibayar hutang..tempoh hari kamu telah berhutang 20 tahil..jika tidak mampu membayar hutang maka anakmu akan dijadikan pelacur” kata pemiutang tersebut
Tiba-tiba seorang dalam tandu telah memerintahkan pengawalnya untuk membayar hutang lelaki tersebut. Namun ditolak oleh pemiutang tersebut. Ini telah menyebabkan penduduk marah dengan pemiutang terbabit yang tidak mahu bertolak ansur. Kes ini telah diselesaikan apabila Bao Zheng berjaya meyelesaikan tipu muslihat yang digunakan oleh pemiutang. Lelaki yang berhutang tersebut perlu meneka yang mana dadu putih dan yang mana dadu hitam tetapu lelaki tersebut telah menggunakan dadu hitam keduanya dan kes tersebut telah dibongkarkan oleh Bao Zheng.
“Tuan,tuan saya mahu bicara” kata pengawal kepada orang bertandu tersebut
“Nama saya Bao Zheng”
Tiba-tiba terdengar pekikan pengangkat tandu dari belakang.
“Ketepi,tuan besar mahu lalu” kata pengawal kepada lelaki yang mengangkat tandu lelaki tersebut. Disebabkan pengawal tandu dihadapan tidak mahu berganjak. Tuan Kungsun telah menjadi marah dan telah membuka pintu tandu lelaki tersebut dan serta merta Tuan Kungsun telah melutut kerana lelaki tersebut adalah Tengku Lian yang telah diutuskan oleh istana untuk menyelesaikan kes tersebut dalam masa 5 hari sahaja.
“Maafkan saya,saya tidak tahu kamu raja,saya memang patut dihukum” rayu Tuan Kungsun.
Selepas itu semua penduduk yang berada disitu telah sujud kepada Tengku Lian sebagai tanda hormat.
“Saya telah diperintah untuk menyiasat punca kematian Tengku Kao Li supaya kedua-dua buah negara saling tidak menyalahkan satu sama lain” kata Tengku Lian
“Penduduk telah menemui Siang Ai” beritahu seorang pengawal
Mereka semua bergegas ketempat kejadian. Siang Ai didapati pengsan didalam hutan Syaitan tetapi yang peliknya ialah disekeliling Siang Ai tidak mempunyai tapak kaki seperti sahaja Siang Ai diterbangkan oleh sesuatu.
“Kalau yang berilmu tinggi sekalipun tidak mungkin terbang dari kota kesini tanpa meninggalkan jejak sedikitpun” kata Pengawal Sem menjelaskan keadaan tersebut.
Cuba pengawal Sem bayangkan,adakah ilmu sehebat itu didunia?” soal Bao Zheng
“Ilmu yang sehebat itu tidak pernah saya lihat” kata pengawal Sem
Bao Zheng lantas melihat disekeliling tempat kejadian jika ada bukti yang tertinggal. Beliau telah melihat satu batang buluh ditempat kejadian dan tiba-tiba ada kanak-kanak yang melastik mereka sehingga Bao Zheng memikirkan sesuatu bahawa kemungkinan yang berlaku adalah silap mata. Hasil daripada perbuatan kanak-kanak tersebut Bao Zheng mendapati bahawa buluh yang dipegangnya pernah digunakan oleh seseorang untuk meletakkan Siang Ai dikawasan padang tanpa meninggalkan jejak kaki. Bao Zheng mencari dikawasan sekitar dan menjumpai tali yang digunakan untuk meletakkan Siang Ai tersebut.
“Saya sudah ketemu siapa syaitan wanita itu” kata Bao Zheng dengan yakin. Bao Zheng telah bertindak mengekori Siang Ai untuk mengetahui rahsia syaitan wanita tersebut. Bao Zheng,pengawal Sem dan Gongsu Ce mengekori Siang Ai sehingga ke sebuah sungai yang mengalir ke kawasan hutan syaitan.
“Sekarang sudah 30 Julai,bukankah sudah membakar lampion pada malam tadi,,kenapa kamu berada disini” tegur Bao Zheng kepada Siang Ai yang tidak menyedari kehadiran mereka di sungai itu.
“Pengawal Sem,sungai ini mengalir ke mana?” tanya Bao Zheng
“Sungai ini mengalir ke hutan syaitan wanita” jawab pengawal Sem
Tidak lama kemudian muncul bayangan sebagaimana yang berlaku keatas Tengku Kao Li. Tetapi muslihat yang digunakan oleh bayangan tersebut sudah diketahui oleh Bao Zheng menyebabkan pengawal Sem dapat menangkapnya dengan mudah. Bayangan tersebut telah menggunakan tali untuk menerbangkan dirinya.
“Kau tidak boleh lari lagi,aku sudah menangkap kau,aku sudah tahu bahawa Siang Ai sering menghantar makanan melalui lampion kepada kamu” kata Bao Zheng
“ooooo .. kamu pengemis cilik,,Len Chu Chu rupanya syaitan wanita itu” kata Bao Zheng setelah melihat bayangan wanita terbang tersebut.
Kemudiannya Chu Chu telah dihadapkan ke mahkamah namun Chu Chu didapati tidak bersalah dalam kes bunuh berkenaan. Chu Chu hanya bertindk menolong Siang Ai daripada dirogol oleh Tengku Kao Li namun pembunuhnya masih bebas. Tengku Lian yang terkenal dengan sifat keadilah telah buat-buat mengantuk bagi mengelakkan Chu Chu dihukum kerana kesalahan yang tidak diakuinya. Persidangan telah ditangguhkan untuk menyiasat lebih lanjut siapa dalang disebalik kes pembunuhan tersebut. Chu Chu telah dipenjarakan bersama dengan Siang Ai namun pada malamnya muncul lelaki yang memakai baju hitam menyelamatkan Chu Chu dan Siang Ai didalam penjara. Namun apabila keluar saja daripada penjara mereka bertiga telah dikepung oleh Tengku ke 7 Kao Li bersama dengan pengikutnya.
“Saya sudah tahu kamu semua mesti melakukan perkara ini,jadi saya telah susun strategi untuk menangkap kamu” kata Tengku ke 7 dengan tegas. Selepas itu berlaku pertarungan antara mereka dan dalam pertandingan itu Chu Chu hampir dibunuh oleh Jeneral namun sempat dihalang oleh Bao Zheng dan Gongsu Ce.
“ Berhenti... rencana ini telah saya susun,pengawal Sem telah disuruh untuk membantu kamu berdua melepas diri daripada penjara” kata Bao Zheng
“Tengku Kao Li mempunyai ilmu yan tinggi namun dalam masa yang singkat terdapat 40 tusukan pada tubuhnya dan ini membuktikan bahawa pembunuhnya adalah seorang yang mempunyai ilmu persilatan yang lebih hebat daripadanya..ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka berdua bukannya yang membunuh Tengku Kao Li tetapi orang lain” tambah Bao Zheng. Selepas peristiwa tersebut Chu Chu dan Siang Ai telah dibebaskan. Kesempatan ini terus digunakan oleh Bao Zheng untuk menanyakan Chu Chu mengenai keadaan dalam bilik semasa Chu Chu menyelamatkan Siang Ai.
“Waktu diluar jendela samar-samar,saya telah melihat bayangan huruf sepuluh ( dalam tulisan cina ialah + ) tergantung di tiang kira-kira sebesar 2 kali 2 meter tetapi saya juga tidak jelas” kata Chu Chu.
“Tengku mati dengan meninggalkan tanda huruf sepuluh,sekarang juga huruf sepuluh..apakah huruf sepuluh senjata yang digantung di tiang?” soal Bao Zheng sendirian memikirkan kes tersebut. Bao Zheng telah memfokuskan siasatannya kepada 3 perkara perkara pertama mengenai huruf sepuluh,kedua mengenai gerombolan orang yang berpakaian hitam yang menyerang rombongan Kao Li dan orang yang ke sidang yang mungkin berbohong.
Pada malamnya.pertemuan antara lelaki yang memakai baju hitam yang menyerang rombongan Tengku tersebut berlangsung disebuah tokong lama.

Rabu, Julai 20, 2011

Pembunuhan Tengku Kao Li Part 2

“ Tenang,aku akan membawa kau ke Kao Li.disana engkau akan mendapat kemewahan” kata Tengku Kao Li dengan angkuh.


“Saya tidak mahu..dewi malam,kalau kau dengar tolong saya” pinta Siang Ai

“Hahahah... hari ini syaitan pun tidak mampu untuk menjaga dirinya,apata lagi menjaga kau” tempik Tengku Kao Li dengan ketawa yang berdekah-dekah.

Tengku Kao Li telah bergelut dengan Siang Ai untuk merogolnya. Tetapi tiba-tiba terdapat bayangan yang melintas dikawasan tersebut. Tengku Kao Li merasa amat terkejut dan takut jika bayangan tersebut adalah syaitan seperti yang diperkatakan oleh penduduk setempat. Tengku Kao Li lantas mengambil pedang untuk membunuh bayangan yang melintas tersebut. Tiba-tiba Tengku Kao Li telah dilempar dengan debu kedalam matanya sehingga menyebabkan baginda pengsan tidak sedarkan diri. Tidak lama selepas itu,rombongan memburu negara Kao Li sampai dan menyelamatkan Tengku Kao Li di tokong tersebut. Kejadian ini telah membuatkan Tengku Kao Li merasa amat marah,seperi biasa pegawai daerah tersebut telah menjadi sasaran kemarahannya.

“Pandanganku samar-samar sehingga kamu semua pun aku tidak nampak” tempik Tengku Kao Li dengan nada marah.

“Mata tengku terkena abu,tetapi ia tidak membahayakan mata tengku tetapi dalam masa dua hari tengku tidak akan dapat melihat ” kata tabib menenangkan keadaan.

“Kamu orang Song tidak berguna,kamu tidak berhati-hati,kamu semua harus bertanggungjawab dengan kejadian ini,saya akan melaporkan perkara ini kepada maharaja kamu supaya kamu semua akan dihukum” ugut Tengku Kao Li kepada pegawai daerah tersebut.

“Tengku tenang,saya akan hantarkan orang untuk menyiasat dan pesalah akan ditangkap” kata pegawai daerah tersebut dengan nada ketakutan. Semua yang ada disitu telah dimarahai oleh Tengku Kao Li tersebut namun tiba-tiba adik kepada tengku tersebut iaitu Tengku ke 7 mencelah menenangkan keadaan yang sedia tegang tersebut.

“Bagaimana kamu terlepas dari cengkeman tengku itu?” soal ibu Bao Zheng kepada Siang Ai.

“Saya tidak tahu,saya sangat takut dan tiba-tiba sahaja ada bayangan,, dia telah menarik saya dan saya terus pengsan. Setelah sedar daripada pengsan tersebut saya mendapati saya telah berada di luar kawasan hutan dan saya terus berlari kesini” jawab Siang Ai.

“Kamu tidak melihat siapa yang menyelamatkan kamu?” soal ibu Bao Zheng lagi.

“Saya takut..saya tidak melihat siapa yang menolong saya tetapi saya merasakan yang itu merupakan syaitan,,pada malamnya saya memohon pertolongan dewa dan dewa terus keluar menolong saya” jawab Siang Ai lagi.

“Benar atau tidak ini masalah tengku tersebut, saya mesti berjumpa dengan tuan Kung Sun yang untuk menuntut keadilan bagi pihak Siang Ai” sampuk Bao Zheng dengan nada yang serius.

Namun hasrat tersebut telah dihalang oleh ibu Bao Zheng kerana pertama sekali tentu Tuan Kung Sun selaku pegawai daerah disitu tidak berani untuk menghakimi perkara tersebut dan keduanya kerana perbezaan darjat antara tengku tersebut dengan rakyat biasa.

“Tidak boleh,Tengku Kao Li melakukan kesalahan tidak seperti rakyat biasa melakukan kesalahan..raja boleh mengadili rakyat tetapi rakyat tidak boleh mengadili raja” kata ibu Bao Zheng

“Jadi dia akan terlepas?” bantah Bao Zheng

“Bao Zheng, jika engkau menuntut keadilan untuk orang susah ibu sangat suka tetapi dalam kes ini,,kerajaan Song ada penjodohan dengan negara Kao Li dan semestinya kerabat Kao Li akan menjadi orang penting dalam negara ini,siapa yang akan berani menyakitinya?,,buat apa kita tuntut keadilan untuk masalah kecil ini” tambah ibu Bao Zheng.

Bao Zheng hanya bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh ibunya walaupun hatinya tidak bersetuju dengan kenyataan ibunya. Selepas menerima rawatan tersebut tidak lama kemudian Siang Ai telah pulang kembali ke hutan Syaitan.

“Perintah daripada Tuan Kung Sun bahawa sesiapa pun tidak boleh masuk ke bilik Tengku Kao Li jika tiada urusan penting” kata ketua pengawal dan disambut “baik” oleh semua pengawal dikawasan tersebut dengan serentak. Tiba-tiba terdengar orang berjalan masuk kekawasan kawalan.

“Siapa” kata pengawal

“ooo..Tengku ke 7.. dah lewat malam kenapa tidak tidur lagi?” tanya pengawal kepada lelaki tersebut.

“Banyak orang diluar bersenang-senang,saya dengar malam ni ada perayaan..jadi saya ingin melihatnya” kata Tengku ke 7 negara Kao Li.

“Oooo. jadi perlukah saya menyediakan pengawal untuk tengku” kata pengawal tersebut.

“Tidak perlu...kamu orang Song ada peribahasa yang berbunyi nasib yang baik akan selamat,nasib yang buruk tidak akan boleh bersembunyai” balas Tengku ke 7 Kao Li.

Tidak lama kemudian muncul Jeneral Kao Li bersama pengawalnya ingin bertemu Tengku Kao Li atas alasan ingin menghantar mantel. Mantel ialah sejenis jubah yang tebal yang kebiasaannya dipakai oleh mereka yang tinggal di kawasan utara iaitu kawasan yang lebih sejuk. Jeneral Kao Li masuk ke bilik Tengku Kao Li dan menyerahkan Siang Ai yang telah diculik pada petangnya dan diletakkan didalam mantel tersebut.

“Tengku,nikmatinya perlahan-lahan” kata Jeneral kepada Tengku Kao Li.

“Hahahah.. kamu beritahu orang Song,mereka dilarang masuk” kata Tengku Kao Li.

“Baik” sambut pengawal serentak. Tengku Kao Li telah cuba memperkosa Siang Ai didalam biliknya namun tiba-tiba Siang Ai telah tersedar dari pengsannya dan terus berlaku pergelutan. Tiba-tiba tanpa disedari bayangan yang sama sebagaimana di tokong telah muncul kembali untuk menakutkan tengku. Tengku Kao Li yang sedang ketakutan sedang sahaja diperbodohkan oleh bayangan tersebut.

“Kenapa tengku” tanya pengawal yang masuk selepas terdengar pekikan tengku.

“Ada hantu..ada hantu..” tempik Tengku Kao Li.

Keadaan sekali lagi menjadi gegak gempita dengan kes tersebut. Sekali lagi kawalan diperketatkan di kediaman Tengku Kao Li. Tidak lama kemudian pengawal terdengar pekikan

Iakkk......

Pengawal terus meluru masuk dan melihat Tengku Kao Li telah mati dibunuh.

“Jangan kemana-mana, pengawal Sem cari orang yang mencurigakan” kata Gongsu Ce yang telah ada ditempat kejadian.

“Kung Sun Cen..kenapa abangku boleh terbunuh,kau perlu perlu bertanggungjawab atas kejadian ini..aku berikan kamu tempoh 5 hari untuk menyelesaikan perkara ini..kalau tidak kamu orang pertama yang akan aku bunuh” kata Tengku ke 7 kepada pegawai daerah dengan keras.

Autopsi mayat telah dilakukan oleh ibu Bao Zheng. Ibu Bao Zheng mendapati Tengku Kao Li memiliki luka cakar, terdapat sebanyak 34 luka,kematiannya disebabkan oleh kehabisan darah, dan tangan tengku menegang menandakan sebelum kematian berlaku pergelutan dengan pelakunya.

“Tadi saya memeriksa dan mendapati semua tingkap ditutup diri dalam” kata seorang pengawal

“Saya akan menyoal siasat semua yang ada disini” kata Bao Zheng.

“Kamu berada dimana semasa kejadian tadi?”

“Saya berada di bilik,2 orang pelayan saya boleh menjadi saksi” kata Puteri Kao Li

“Saya berada di kedai arak,waktu memeriksa jenazah baru saya pulang,,semasa minum saya telah berkelahi dengan semua orang yang ada dikedai tersebut” kata Tengku ke 7 Kao Li.

“Mungkinkah ini kerja Syaitan wanita?” Tuan Kungsun menambah setelah setiap orang yang disyaki memilki alibi masing-masing.

“Tidak salah,saya telah diperintahkan oleh tengku untuk membawakan Siang Ai dari hutan Syaitan” kata Jeneral Kao Li.

Kes pembunuhan Tengku Negara Kao Li itu telah sampai kepengetahuan istana.

“ Kita mesti berperang” Kata Menteri Phang

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters