Pengikut

Jumaat, Mac 05, 2010

ADAB DENGAN NABI

 

   Sempena maulid Nabi ni,ingin saya masukkan artikel tentang adab dengan Nabi.Ini kerana manusia sekarang semakin  jauh dengan baginda semakin kurang adab dalam berkata dengan Baginda S.A.W.Ada manusia sekarang yang sudah berani menyamakan maqam Nabi dengan makam diri mahupun dengan orang lain sedangkan mereka telah keluar islam tanpa sedar.Saya ambil artikel ini tentang menjaga adab dengan Nabi yang mana sebahagian mereka yang mengaku Islam tetapi tidak mempunyai langsung adab dengan Nabi..


ust ..apakah hukum org yang panggil nabi dengan perkataan "DIA".kalau boleh kemukakan dalil sekali. Tq”

Ustaz Menjawab: Dalam Islam, selain bab akhidah, syariat, di sana ada bab akhlak. Dari Nabi Adam as sehingga Muhammad Saw, tauhid yang dibawa adalah satu, iaitu menyembah Allah swt tuhan yang satu. Selain itu, akhlak juga adalah sama. Dari Nabi Adam as sehingga Muhammad saw semuanya menyuruh melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang dilarang. Tiada satu pun nabi yang keluar dari landasan akhlak mahmudah ini. Akhlak ini adalah sebagai perhiasan dari kita untuk menunjukkan bahawa kita adalah orang yang beradab. 

Contohnya untuk orang lelaki sah sekiranya solat sekadar memakai kain sarung menutupi pusat dan lutut tanpa memakai baju. Tetapi dari segi akhlaknya adalah tidak beradab dengan Allah swt. Sekiranya ada janji temu dengan kekasih maka akan berhias, tetapi kenapa bila mahu bertemu dengan Allah swt dalam keadaan ala kadar sahaja. Begitulah juga adab dengan nabi kita Muhammad saw. Antara adab dengan baginda saw adalah bagaimana mahu memanggil nabi Muhammad saw. Adakah memadai sekadar memanggil nama baginda saw sahaja atau sebaliknya. Firman Allah swt  yang bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyadari. Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar. Sesungguhnya orang-orang yang memanggil kamu dari luar kamar (mu) kebanyakan mereka tidak mengerti.               (Qs. Al-Hujarat 49 : 2-4)

Dalam ayat tersebut Allah mengajarkan adab yang mulia kepada kaum mukminin, iaitu berupa larangan mengangkat suara keras di hadapan Rasulullah Saw, baik dalam mengucap salam atau selawat kepadanya, atau sedang membicarakan sesuatu yang lain. Ini adalah penghormatan dan pengagungan terhadap kedudukan baginda saw, sebab mengangkat suara di hadapannya bererti tidak menjaga rasa hormat kepadanya.Dalam surat An-Nur 24 : 63 Allah swt berfirman:


Janganlah kamu jadikan panggilan Rasul di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain). Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang beransur-ansur pergi di antara kamu dengan berlindung (kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih.

Para ulama menjelaskan, Allah swt menyerukan kepada kaum muslimin untuk tidak memanggil Nabi saw seperti memanggil temannya sendiri, misalnya dengan mengatakan wahai Muhammad atau Ahmad, gunakanlah suara yang perlahan, tenang dan beradab ketika memanggilnya, Yaa nabiyallah atau Yaa Rasulallah Saw.

Allah pun memberikan alasan di balik diisyaratkannya adab ini, (kerana bimbang akan gugur amal-amal kamu), yakni dilarang bersuara keras dan meninggikan suara, sebab hal itu bisa menyebabkan hilangnya amal tanpa si pelaku sedar akan keadaan itu.

Maka Allah mengajarkan adab yang mulia dalam memanggil Nabi-Nya dan memberikan pujian-Nya kepada orang-orang yang telah mempraktikannya dengan bersuara perlahan di hadapan Rasulallah saw, penuh ketenangan dan kesopanan. Allah kemudian menganugerahkan khabar gembira kepada mereka ini, berupa maghfiroh (ampunan) dan pahala yang besar iaitu Surga.

Adapun firman Allah selanjutnya ( sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu…), dalam ayat ini Allah mencela sikap dan perangai sesetengah golongan dan sekaligus mensifatkannya sebagai kaum yang tidak berakal, kerana kaum yang dimaksudkan itu tidak menggunakan adab yang semestinya memanggil Rasulallah saw, mereka meninggikan suara dari belakang kamar.

Nas-nas yang dibawakan menetapkan bahawa adab ini harus dilakukan sama ada ketika hayat Rasulallah saw ataupun sesudah baginda wafat. Abu Bakar Al-Siddiq ra berkata, “Tidak sewajarnya mengangkat suara dihadapan Nabi Saw, baik ketika masih hidup ataupun sesudah meninggal”.

Begitulah pendapat para ulama, bahawa meninggikan suara pada makam Nabi Saw sangat tidaklah disukai sebagaimana ketika baginda saw masih hidup, sebab kehormatan baginda Saw tetap harus dijaga dengan baik dalam kehidupan baginda ataupun selepas kewafatan.

Maka bagi para peziarah, hendaknya beradab dan tidak meninggikan suaranya di dalam Masjid Nabawi atau di makam Nabi Saw, ketika mengucap selawat dan salam, atau ketika membaca Qur’an, zikir atau bertasbih. Adab ini hendaknya dilakukan sebagai rasa tunduk terhadap perintah wahyu dan penghormatan terhadap penghuni kamar yang mulia (Rasulallah Saw).

Untuk itu, ketika mengucapkannya dia harus memulai dengan, “Assolatu wassalamu alaika ya Rasulallah way a Nabiyallah”, dan jangan mengucapkan “assolatu wassalamu ya Muhammad” atau ya Ahmad. Ayat berikut ini tertulis di atas gerbang makam Nabi Saw untuk mengingatkan para peziarah, iaitu ayat :



Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar.                         (Qs. Al-Hujarat 49 : 3)

Yang bertanya soalan itu adalah saya sendiri..Soalan ditanya kepada Ust  saipul barin..melalui blognya


The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters