Pengikut

Khamis, Oktober 20, 2011

Berita Malai

A.Samad Ismail
Berita Malai telah ditubuhkan pada tahun 1943 selepas beberapa bulan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Ia merupakan gabungan daripada Akhbar Warta Malaya dan Utusan Melayu. Warta Malaya telah dibeli oleh Ibrahim Yaacob dengan wang yang diberikan oleh Jepun. Antara penulis yang terkenal yang menyertai akhbar ini ialah A.Samad Ismail,Pak Sako dan Yusof Ishak. 
Menurut A.Samad Ismail, akhbar Berita Malai atau Malay Sinpo digunakan untuk menyebarkan propagnda dan mesej Wawasan Timur Raya yang dicanang oleh Jepun sebelum menjajah kawasan Asia Tenggara. Isu-isu yang dimainkan sebelum ini, seperti isu takrif Melayu yang hebat diperjuangkan oleh Utusan Melayu,isu Tanah Simpanan Melayu,Imigresen,Penyertaan orang Melayu dalam pentadbiran dan kemajuan orang Melayu sudah tidak dimainkan lagi atas perintah Jepun. Namun begitu,semangat nasionalis Melayu tetap dimuatkan dalam akhbar bertulisan rumi ini. Semangat nasionalis yang dianjurkan lebih kepada semangat membenci British. 
Sebagaimana yang diketahui, semua akhbar zaman Jepun berada dibawah Jabatan Propaganda Tentera Jepun dan akhbar Berita Malai juga tidak terlepas daripadanya. Sebelum akhbar ini diluluskan untuk siaran,ia perlu mendapat kelulusan daripada censor Jepun dan jika perlu dibuat pengubahan maka akan dilakukan pengubahan pada apa yang patut. Pekerja pengaturan huruf adalah daripada bekas pekerja NST. Pada asalnya,kebanyakan daripada pekerja syarikat inipenuh dengan semangat untuk merdeka kerana mereka menganggap Jepun akan memberi kemerdekaan kepada Malaya dan Singapura. Tetapi selepas seberapa ketika, ada wartawan yang kecewa pada dasar Jepun yang dilihat tidak mahu memberikan kemerdekaan kepada Malaya. Yusof Ishak yang kecewa dengan dasar Jepun ini telah berhenti daripada Berita Malai dan menjadi petani di Pulau Bintan dan tempatnya diganti oleh A.Samad Ismail yang pada masa itu masih berumur dalam lingkungan 20-an. Dalam akhbar ini,dapat dilihat pengaruh bahasa Indonesia yang mulai semakin kuat di Singapura dan bahasa Indonesia mula meresap dalam akhbar ini. Orang Indonesia yang berada di Singpura pada masa itu banyak memainkan peranan dalam bidang seni dan budaya sehingga banyak wartawan Berita Malai terpengaruh dengan kumpulan seni Bactiar yang mendokong wawasan Asia Timur Raya.
Akhabar Berita Malai ini memainkan peranan dalam bidang kesusasteraan apabila menyiarkan sastera Melayu moden seperti sajak dan carpen yang ditulis oleh Kesatuan Melayu Muda dan orang-orang Inidonesia. Akhbar ini memainkan peranan yang besar dalam menyebarkan propaganda Jepun kerana memiliki alat percetakan yang tercanggih pada zaman itu kerana akhbar ini beroperasi di NST yang memiliki teknologi percetakan yang termoden pada masa itu. Selain itu, akhbar ini yang diterbitkan di Singapura makin menyerlahkan kepentingannya apabila Singapura menjadi tempat tumpuan orang Melayu bekerja dan mencari makan berbanding di Melaka,Penang dan Kuala Lumpur. Semasa zaman perang ini,banyak anak muda yang mula berminat menjadi wartawan dan dalam akhbar Berita Malai ini juga banyak tenaga muda yang  terlibat dalam kewartawanan. Akhbar ini menjadi pelopor kepada semangat rumpun Melayu dan banyak mebicakan mengenai kemajuan orang Melayu,mengajak orang Melayu berdikari,patriotik,percaya diri sendiri. Semangat Asia merupakan akhbar bulanan kepada Berita Malai.
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters