Pengikut

Memaparkan catatan dengan label kawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kawan. Papar semua catatan

Khamis, Mei 03, 2012

Autobiografi Siri 2 ....


Dewan Semekar
( sumber : Alumni Semekar )
Saya sering merindui suasana di sekolah terutamanya selepas waktu asar. Mungkin kerana hembusan angin yang mendamaikan pada petang ini menyebabkan memori lama kembali berkunjung ke benak fikiran. Selama  13 tahun berada di alam sekolah, saya amat merindui yang berlaku di Tingkatan 3, tingkatan 5 dan tingkatan enam atas. Kenangan pada masa ini amat banyak.  Pada tingkatan 3 saya telah naik ke kelas no 1 ( kelas 3RK ) yang sebelumnya dari kelas 203. Kenaikan kelas ini merupakan perkara yang tidak dijangka sama sekali kerana saya bukanlah pelajar yang cerdik dan bukanlah seorang pelajar yang berdisiplin. Rekod ketidakhadiran ke sekolah amat teruk, tingkatan satu sahaja dalam rekod tidak hadir selama lebih 61 hari ( lebih 2 bulan tu ), semasa tingkatan 2 pula rekod yang hampir sama dikekalkan. Semasa tingkatan 2 itu juga saya pernah tidak hadir ke sekolah selama 11 hari berturut-turut pada bulan Febuari dan hanya hadir selama 8 hari sahaja pada bulan tersebut. Saya juga pernah menerima sebanyak 3 surat amaran kerana tidak hadir ke sekolah tapi satu pun daripada surat tersebut tidak diserahkan kepada ibubapa sebagaimana arahan Cikgu Jamilah.[1] Kebetulan GPK HEM[2] pada masa itu menunaikan umrah. Jadi urusan tatadisiplin saya tersebut terpaksa ditangguhkan. Guru yang memang tidak boleh dilupakan pada masa ini adalah cikgu Rezmi dan Cikgu Juraimi.
Cikgu Rezmi agak slow and steady namun semasa kelas beliau pelajar boleh dikatakan pasif dan dilarang membuat bising. Jika buat bising juga, pelajar tersebut akan dipanggil kedepan dan diadakan upacara halau syaitan dengan memukul dahi pelajar. Pernah suatu ketika beliau terkena air liur yang diludah oleh pelajar di blok dekat surau tu, Beliau tangkap pelajar tersebut dan membawa ke kelas kami untuk di”tarbiyah”.[3]  Kedua Cikgu Juraimi[4] walaupun agak kelawar tapi agak tegas. Kami hampir satu kelas yang tidak menyiapkan tugasan matematik telah dibariskan di luar kelas lebih tepat dikawasan longkang kemudian kami perlu melakukan ketuk ketampi secara serentak. Bukannya sedikit kena ketuk ketampi tu tapi mujurlah saya pada masa tu masih seorang yang kurus.  Semasa kelas beliau juga, kami sering menjadi mangsa “penderaan” terutamanya kerana tidak dapat menjawab soalan yang diberi. Berdiri atas kerusi dan meja adalah perkara biasa pada masa tu. Semasa tingkatan dua ini juga berlaku peristiwa yang menyayat hari bagi saya apabila rakan sekelas saya semasa tingkatan 1, iaitu Aizuddin meninggal dunia akibat kemalangan bersama sepupunya di hadapan Masjid Kampung Tok Dor . Saya sendiri sempat melihat jenazah beliau yang berada dibawah lori dan masih berpakaian sekolah. Al-Fatihah.
Pada tahun ini, Pengetua[5] telah bersara. Beliau merupakan pengetua yang “happy” dan sukar untuk marah kepada pelajar walaupun pelajar bising semasa ucapan beliau di perhimpunan pagi. Semasa pentadbiran beliau juga, disebabkan sifat baik beliau, banyak pelajar yang ponteng sekolah dan kelas atau sekurangnya lompat pagar untuk membeli makanan diluar semasa rehat. Masalah moral juga banyak berlaku disekolah pada masa itu. Saya sendiri secara peribadi pernah melihat “aksi ringan” pelajar didalam kelas di blok bilik pengawas. Lebih daripada itu, saya pernah melihat seorang pelajar lelaki dari Tok Dor ( nama dirahsiakan ) memberi air mani kepada pelajar perempuan di tempat yang terbuka dan perempuan tersebut hanya ketawa sahaja. Bukan niat hendak memburukkan sekolah tapi iaitulah yang berlaku pada masa itu. Kejadian lawan guru juga adalah perkara biasa pada masa itu bahkan guru sendiri seolah-olah takut dengan pelajar. Mungkin pelajar yang mencecah 2000 orang itu sukar untuk dikawal oleh pihak sekolah itu sendiri. Pada tahun 2003, juga Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila telah dibuka dan pelajar di SMK Renek telah berkurangan. Semasa pengetua[6] baru mengambil alih, tindakan tegas mula diambil. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah akan dirotan oleh guru yang bertugas. Paling seronok apabila yang merotan adalah guru perempuan sebab perlahan berbanding guru lelaki yang menggunakan sehabis tenaga untuk merotan pelajar. Pengetua Ayahanda pun tidak kurang garangnya. Semasa awal beliau disini, boleh dikatakan banyak kes-kes disiplin diselesaikan dengan cara “kekerasan” sehingga pelajar yang paling samseng pun takut dengan beliau. Keadaan disiplin semakin terkawal apabila pelajar semakin berkurang sehingga lebih kurang 800 orang sahaja apabila beberapa buah sekolah berhampiran dibuka seperti SMK Tok Dor, SMK Jabi dan SMK Guntong. Keadaan ini memudahkan urusan pentadbiran di sekolah itu sendiri. Jika ditanya kepada saya siapakah tokoh reform SEMEKAR, pasti saya akan menjawab 2 orang pertama Tn Haji Abdul Rahman Jusoh dan Ustazah Latifah. Dua orang guru ini menyumbang jasa yang besar dalam pembangunan sekolah terutamanya dari segi sahsiah pelajar tanpa mengabaikan sumbangan yang diberikan oleh guru lain.




[1]  Saya pun tidak berapa ingat nama cikgu tapi kuat mengatakan bahawa cikgu tersebut bernama Cikgu Jamilah. Beliau adalah guru kelas 203 pada tahun 2003. Seorang yang baik dan betudung labuh. Beliau berpindah sekolah kalau tidak silap pada tahun 2005.
[2]  GPK HEM pada masa ini kalau tidak silap adalah Cg Husin.
[3] Faham-faham je la maksud tarbiyah tu
[4]  Beliau mengajar mata pelajaran matematik
[5]  Kalau tidak silap, pengetua pada masa ini ialah Hajah Kalthom.
[6] Ayahanda Tuan Haji Abdul Rahman,

Sabtu, April 16, 2011

Autobiografi Diri { Maaf Jika Ayat Tidak Sedap }


Kehidupan asrama bagi setiap orang adalah berlainan dan begitu jugalah kehidupan aku diasrama. Ramai orang merasakan kehidupan asrama ibarat berada disebuah penjara yang dikelilingi oleh geriji tajam[1] dan juga diawasi oleh beberapa orang warden penjara yang berwajah kejam.[2] Mungkin inilah antara yang menyebabkan ramai pelajar yang takut untuk berada di asrama tambahan lagi pelajar yang dikira berada. Aku berada diasrama dalam 4 waktu  iaitu semasa sekolah rendah,tingkatan 3,tingkatan 5 dan tingkatan 6. Dan setiap daripada satunya mencungkil pengalaman yang berbeza.

    Semasa sekolah rendah sejak daripada darjah empat lagi aku adalah pelajar yang paling malas untuk pergi kesekolah mungkin kerana beberapa sebab. Antara sebab yang sering aku berikan kepada kawan yang sering bertanya ialah aku suka tengok kartun Dragon Ball dan memang aku minat dengan kartun tu. Masih aku ingat guru kelas pada darjah empat itu ialah cikgu Osman yang merupakan guru sains ku sendiri. Beliau merupakan seorang yang amat baik dan sering “melepaskan”[3] aku daripada hukuman apabila tidak datang kesekolah walaupun alasan yang diberikan adalah sama iaitu tertidur,sakit perut dan pening kepala. Alasan ini bukan sahaja digunakan oleh aku tetapi juga oleh kebanyakan pelajar yang mempunyai hobi seperti aku. Tetapi sebenarnya da sebab yang lain kenapa aku betul-betul malas untuk kesekolah pada masa itu. Semasa aku darjah 3,aku merupakan pelajar yang paling cemerlang di kelas 3M[4] dan sepanjang setahun itu tidak pernah ada seorang pun yang mampu merampas tempat aku dan itu membawa makna aku mendapat tempat nombor 1 dalam setiap peperiksaan selama setahun di kelas itu.[5] Pada darjah 4 aku telah naik kekelas 4 Teratai seorang diri dan dalam keadaan yang belum dapat membiasakan diri didalam kelas itu ada seorang pengawas perempuan dalam kelas itu yang yang suka marah kepada saya sehingga saya sering menangis dan pada saya mungkin inilah sebabnya aku menjadi seorang yang malas pergi ke sekolah sehingga tingkatan 2.[6] Namun keseronokan aku tidak kesekolah tidak lama kerana guru yang baik itu ditukar kepada seorang lagi guru. Guru yang menjadi guru kelas kepada aku masa itu ialah Puan Rohaya dan agak cerewet dalam bertanya pelajar yang tidak datang kesekolah namun aku pada masa itu masih tidak takut untuk memonteng kerana cikgu Rohaya masih diketogorikan sebagai guru yang baik.

    Semasa darjah 6,saya mendapat seorang guru kelas yang garang yang bernama cikgu Siti.[7] Walaupun takut,saya tetap beranikan diri untuk ponteng sekolah. Namun setiap kali masa kelas cikgu Siti Rogayah itu,saya berasa amat takut kerana cikgu Siti sering tidak “melepaskan” peluang untuk menghukum kami. Saya masih ingat,suatu hari saya tidak bila saya pergi sekolah setelah hari sebelumnya saya ponteng dan kebetulan kelas Cikgu Siti waktu pagi. Pada pagi itu, ada musyuarat dalam kalangan guru sekolah di perpustakaan. Saya mengintai dari kelas saya yang kebetulan berada dekat dengan kelas saya. Dalam hati saya,saya amat berharap supaya musyuarat itu lama dan memohon supaya cikgu siti tidak akan sempat masuk ke kelas. Malangnya musyuarat yang diadakan adalah singkat sahaja dan cikgu siti masuk ke kelas dan perkara pertama yang akan ditanya apabila masuk kelas ialah mengenai kehadiran. Perkara yang paling menakutkan mengenai cikgu Siti ini ialah beliau suka mencubit perut pelajarnya yang tidak datang ke kelas. Alasan yang diberikan adalah sia-sia sahaja.
    Pada tanggal 22 Febuari 2001,yang juga merupakan Hari Tahun Baru Cina,saya seorang diri telah turun dari rumah sejak awal pagi lagi untuk melihat pancing yang dipasang pada hari sebelumnya. Saya tidak pasti pukul berapa saya turun dari rumah dengan berbasikal namun seingatan saya waktu itu masih gelap lagi mungkin sekitar pukul 7 pagi. Pada pagi tu,saya mendapat seekor ikan tapah dan dengan hanya memegang sebelah sahaja “handle” basikal dan sebelah lagi ikan saya mengayuh balik,tetapi malangnya,setelah sampai dipersimpangan jalan ke rumah,basikal yang dinaiki oleh saya telah terbabas dan terbalik sehingga menyebabkan tulang tangan sebelah kiri saya mengalami kepatahan. Saya hanya mampu menahan diri daripada menangis dan menyorong basikal hingga ke rumah. Ikan yang saya dapat itu dilepaskan di sebuah alur yang ada sebelum sampai dirumah saya. Saya masih ingat pada masa itu,lalu seorang tua yang mahu kekebun getahnya,tapi saya hanya menyembunyikan sahaja daripadanya. Saya berusaha berjalan untuk sampai ke rumah dan apabila sampai di rumah saya terus mengambil kain pelikat untuk membuat kain sandang dan hanya air mata yang bercucuran. Saya pada masa itu menyembunyikan kejadian ini daripada ibu saya kerana takut dimarahi. Kebetulan pada waktu datang seorang tua yang bertanya kepada saya apa yang berlaku dan orang itu yang dipanggil Mak Da Jenab telah memaklumkan ibu saya mengenai perkara ini.

   Sudah adat dikampung, ibu saya telah memanggil seorang bomoh patah untuk merawat saya yang mana saya sendiri sudah tidak pasti siapa namanya namun seingat saya namanya ialah Pok We Patah. Urutan yang dibuat amat menyakitkan,semakin kuat suara yang keluar semakin kuat urutan yang dilakukan menyebabkan saya hanya menahan sahaja apa yang ingin dilakukannya. Saya dilarang untuk memakan banyak benda antaranya yang paling ditegah ialah sebarang jenis kacang kerana katanya kacang akan menyebabkan tulang yang sudah pulih kembali sakit. Saya hanya diberi makan makanan yang dibakar terutamanya ayam kampung[8] bakar dan juga ikan haruan kering yang dibakar. Disebabkan peristiwa patah tangan itu,saya tidak pergi ke sekolah hampir 2 bulan[9] dan mungkin lebih sehinggalah 2 orang guru saya datang iaitu Cikgu Siti dan Cikgu Rohaya. Seiingat saya mereka datang pada hari rabu dan saya hanya pergi ke sekolah pada hari Ahad minggu berikutnya. Sehingga sekarang saya masih ingat perkataan yang diucapkan oleh cikgu Siti pada masa itu kepada ibu saya “ dio ni cerdik sebab tu saya mari turut suruh dio sambung”.
    Saya telah dipaksa oleh cikgu Siti untuk tinggal diasrama bagi mengelakkan supaya saya tidak lagi ponteng sekolah namun saya bertahan selama beberapa minggu untuk tidak ke asrama. Desakan untuk duduk di asrama bukan sahaja datang daripada guru bahkan datang daripada Guru Besar pada waktu itu yang bernama Che Embong. Saya masih ingat suatu hari saya telah dipaksa keluar kelas oleh Cikgi Siti semata-mata untuk mengambil borang asrama daripada warden pada masa itu iaitu Ustaz Rahimi.
    Diasrama sekolah kebangsaan Bintang terdapat 2 dorm untuk lelaki dan 3 dorm untuk perempuan. Dorm lelaki dipasahkan oleh sebuah bilik computer namun jaraknya amat dekat. Apabila lepas waktu studi pada malamnya,banyak perkara yang dimainkan dan saya masih ingat bahawa kami bermain lontar baldi didalam dorm. Saya berada di dorm A dan kami di dorm A akan menyelinap masuk ke dorm B tanpa disedari untuk melontar baldi yang berisi air kepada pelajar yang berada di dorm B,dan begitu lah seterusnya. 
Serangan timbale bali sering berlaku. Kawan saya yang digelar Idi Pendek[10] telah menangis apabila penyelia petang telah menambah nasi semasa makan petang. Mungkin kerana Idi pada masa itu masih kecil dan agak cuak apabila penyelia petang pada masa itu bertindak begitu dan mungkin cara dia menyelamatkan diri dengan menangis.
    Banyak peristiwa yang menarik semasa berada di asrama pada masa itu. Masih saya ingat semasa semua orang dah balik dari asrama,saya dan seorang lagi kawan saya telah masuk ke dorm perempuan dengan diiringi oleh Syikin yang merupakan palajar darjah 5 pada masa itu. Saya melihat bentuk asrama perempuan pada masa itu berlainan sekali dengan dengan asrama lelaki. Dorm perempuan pada hakikatnya seperti 1 dorm sahaja kerana dari dorm ke dorm ada gerbang untuk masuk dan ini bermakna bahawa mereka tidak perlu menggunakan pintu luar untuk masuk dorm lain kerana mereka memiliki dorm yang sama.
   Suatu hari,kami telah masuk ke bilik computer ditepi dorm lelaki semasa waktu studi waktu petang. Pada masa itu,saya amat takut untuk bermain komputer sehingga ingin memegang tetikus pun takut. Saya hanya melihat kawan-kawan bermain dan tanpa disedari kami telah terlewat untuk solat asar sehingga diketahui oleh warden. Kami didenda untuk mengangkat sampah yang telah berulat di rumah warden,bayangkan terseksanya kami dahlah jarak antara rumah warden dengan tempat pembuangan sampah terlalu jauh dan dengan kudrat kanak-kanak pada masa itu ia boleh dikira terseksa. Ustaz Rahimi merupakan seorang yang tegas,setiap pagi beliau akan mengetuk pintu asrama untuk solat subuh dan dengan itu kami akan bergegas bangun dan terus memakai baju yang telah disediakan di bucu katil. Selain itu,ada seorang lagi guru yang tegas . Guru itu bernama Cikgu Tengku.[11] Pada suatu hari, sebelum solat magrib saya telah menyampaikan “ceramah” di kawasan perhimpunan sekolah yang terletak ditengah-tengah antara asrama dan surau. Saya masih ingat antara isi kandungannya ialah:
“ Yang berbahagia batang bendera dikiri saya,yang dirahmati pasir dan kerusi dikanan saya.. ............. saya terjumpa ikan bau yang mati tertelan tulang ayam...”
Ucapan itu seingat saya agak panjang dan ia dilakukan dalam keadaan main-main sahaja dan saya tidak mengjangkakan pelajar lain melaporkan perkara itu kepada cikgu Tengku.Tetapi mujurlah tiada hukuman “kejam” yang dilaksanakan. Zaman sekolah rendah merupakan zaman yang paling gembira kerana tiada apa yang perlu difikirkan.

    Semasa tingkatan 5,saya sekali lagi berada diasrama. Pada masa itu,wataknya sudah berlainan sekali dengan kenakalan semasa sekolah rendah namun tahap kenakalan tetap tidak jauh bezanya. Satu penyakit bila berada diasrama ialah kita akan mudah terikut dengan apa yang dilakukan kawan dan antara penyakit yang berlaku diasrama Sekolah Menengah Kebangsaan Renek pada masa itu ialah pelajar akan tidur lewat sehingga jam 2 pagi semata-mata untuk bermain daun terup. Setiap pagi diasrama pada waktu itu kami akan memeriksa dorm yang berlainan. Ini bermakna lelaki akan memeriksa dorm wanita dan begitulah sebaliknya.
    Kami lelaki sering menjadi mangsa. Kami cuba bertolak ansur dengan perempuan namun perkara itu seakan-akan sia-sia sahaja. Pakaian lelaki yang terjatuh dari sidaian akan dibawa keluar ketempat perhimpunan pelajar. Demi membalas dendam pelajar lelaki yang memeriksa[12] dorm perempuan akan mengcampakkan pakaian dalam perempuan ke jalan raya diluar dorm perempuan.
 Suatu hari kawan saya berdendam dengan seorang wanita yang telah memarahinya didalam kelas Peluang ini telah diambil kesempatan olehnya dengan kencing dikain perempuan itu. Saya hanya boleh menggiling kepala sahaja. Semasa akhir tahun,asrama desa sekolah saya telah ditambah baik. Mozek telah dipasang di asrama dan kami telah menjadi 2-3 kelas sebagai markas kami dan kelas yang saya duduki itu dipanggil sebagai “rumah puaka”. Kami akan mengangkat tilam yang berada didalam dorm untuk dibawa kedalam kelas. Disini berlaku satu peristiwa yang melucukan dimana berlakunya peristiwa “ hantu tilam”.[13]
    Peristiwa hantu tilam betul-betul menggemparkan asrama sekolah pada waktu itu sehinggakan seorang pengawal keselamatan yang memang minat mistik turut percayakannya dan terus menyebarkan cerita ini kepada pelajar perempuan. Tetapi hantu tilam sebenarnya 3 orang rakan saya yang mengusung tilam kekelas. Apabila kisah ini terbongkar kami dapat melihat muka pengawal keselamatan yang malu kerana menyebarkan cerita yang palsu.

     Semasa tingkatan 6 sekali lagi saya berada di asrama namun asrama pada masa itu sudah jauh berbeza daripada tingkatan 5 dahulu. Pelajarnya lebih bertambah baik dan kebanyakan pelajar adalah tingkatan 3 dan 2. Saya masih ingat bahawa pada awal tahun kami telah kenakan 2 orang pelajar junior. Pertama sekali kami kenakan seorang pelajar yang juga merupakan anak saudara kepada warden. Kami bangun sekitar jam 2.00 pagi dan buat seolah-olah sudah masuk waktu subuh. Jam dinding yang ada telah kami putarkan kepada pukul 6.30 pagi. Tanpa berlengah pelajar itu terus bangun dan kami mendesak supaya pelajar itu pergi azan tanpa menggunakan speaker. Kisah yang kedua juga hampir sama dimana pelajar dikejutkan jam 2.15 pagi dan kami turut mendorongnya untuk azan. Mungkin kerana pelajar itu merupakan pelajar baru maka dia menangis apabila dikenakan. Perkara yang paling melucukan banyak yang berlaku. Diasrama desa itu,terlalu ramai yang mahu bermain daun terup,bukan sahaja yang sudah dianggap dewasa tetapi juga yang masih “kecil”. Bagi mengelakkan budak yang kecil itu bermain,kami akan mengenakan syarat untuk bermain iaitu siapa yang kalah perlu membuat apa yang kami suruh.
    Anak saudara kepada warden asarama pada masa itu turut bermain. Kami telah berpakat untuk mengenakannya walaupun dalam permainan itu “orang” kami yang kalah namun penipuan yang berlaku telah menyebabkan diatas kertas anak saudara warden itu yang kalah. Kami memaksa dia untuk mencium seorang budak lelaki yang suka tidur awal dan selalu mengeluarkan air liur basi yang bernama farid namun disebakan selalu keluar air liur basi maka kami namakannya sebagai longkang.
Kisah zaman persekolahan terlalu banyak untuk diceritakan dan semestinya dalam ruangan yang ringkas ini tidak mampu untuk mengungkapkan segala kenangan manis mahupun pahit semasa waktu persekolahan.



[1]  Pintu pagar asrama.
[2]  warden asrama
[3]  tidak menghukum walaupun tidak hadir ke sekolah tetapi beliau hanya bertanya mungkin sekadar untuk menakutkan aku yang sering tidak hadir ke sekolah.
[4]  Di Sekolah Kebangsaan Bintang pada masa itu,hanya ada 3 kelas untuk setiap darjah iaitu kelas Teratai ( T ) yang merupakan kelas no 1,Kelas Melor ( M ) kelas no 2 dan kelas Kenanga ( K ) kelas no 3.
[5]  Saya semasa darjah 1 merupakan pelajar yang berada dikelas teratai namun telah menukar kelas ke kela 1 mawar kerana sering dibuli oleh kawan yang lain dan mungkin juga kerana kawan sepermainan aku yang juga semuanya perempuan berada dikelas tersebut.
[6]  Semasa saya tingkatan 1 saya berada dikelas 1E2 yang merupakan kelas nombor 6 daripada 11 kelas. Di tingkatan 1 saya telah dipanggil oleh guru disiplin pada waktu itu iaitu cikgu Shuhaimi untuk mengugut akan membuang saya dari sekolah jika terus tidak hadir kerana dalam rekod pada waktu itu saya telah tidak hadir selama 61 hari dan semasa tingkatan 2 saya tidak hadir selama 62 termasuklah ponteng 11 hari berturut-turut semasa bulan Febuari.
[7]  Cikgu Siti merupakan guru yang paling digeruni oleh pelajar disekolah itu. Beliau sering marah kepada pelajar dan jika pelajar tidak menyiapkan kerja sekolah,cikgu siti akan menggunakan pemadam papan hitam untuk memukul bahu kami.
[8]  Pada waktu ini,ayam dikampung telah diserang oleh satu penyakit yang tidak dikenal pasti. Ayam itu akan menjadi gila dan kemudiannya akan mati. Ibu telah memasukkan ubat “pinisilin” kedalam air untuk diminum oleh ayam namun masih ramai yang mati. Ayam yang gila ini kebiasaannya akan disembelih.
[9]  Sebenarnya,tangan yang patah telah sembuh dalam masa lebih kurang 2 minggu sahaja. Sebelum cikgu datang kerumah saya,saya sudah pun boleh menggali telaga pada masa itu.
[10]  Idi Pendek ( sekarang Arwah ) telah meninggal dunia dalam kemalangan motosikal dalam tingkatan 2.
[11]  Cikgu Tengku merupakan antara cikgu yang paling digeruni di Sekolah Kebangsaan Bintang pada waktu itu. Beliau suka menghukum pelajar yang tidak mampu menjawab soalan matematiknya dan juga kepada pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah.
[12] Saya merupakan pekerja tetap dalam memeriksa dorm perempuan ni,dan perbezaan kekemasan antara dorm lelaki dan perempuan amat jauh berbeza.
[13]  Peristiwa hantu tilam ini menjadi semakin memberi pengaruh ketakutan diasrama pada waktu itu kerana sebelum itu berlaku peristiwa dimana seorang pelajar yang studi seorang diri di sebiah kelas telah telah diganggu oleh makhluk yang dipercayai makhluk halus. Tubuhnya sebesar cawan kecil sahaja yang melekat di cermin dan apabila dilihat kesan pada cermin itu bukan kesan cermin yang dilap... Sehingga sekarang peristiwa ini masih dianggap misteri.



Selasa, November 23, 2010

Arwah Azmi dalam Kenangan..


     Bismillah wal Alhamdulillah,Bersyukur kepada Allah dengan sebenar-benar syukur atas nikmat yang diberikan kepada kita yang tidak tebilang banyaknya..Apabila berbalas mesej di facebook bersama kawan PLKN dulu,maka timbullah perkara yang agak menyedihkan bagi kami iaitu kehilangan arwah Azmi yang merupakan sahabat baik kami.Selepas 3 bulan kami balik dari PLKN,saya menerima mesej daripada cikgu/pelatih saya disana mengenai kewafatan kawan kami iaitu arwah Azmi yang berda di Felda Krau.Arwah yang berda di kiri barisan hadapan merupakan antara pelatih yang rapat dengan saya dan memiliki badan yang agak pendek dan besar.Sebelum kami berpisah beliau pernah berkata kepada saya iaitu apabila saya kenduri ajaklah dia namun kini semuanya dah berubah saya sudah tidak lagi boleh mengajaknya ke kenduri saya bahkan ia membuatkan saya berfikir bahawa mampukah saya berkenduri..Marilah kita sama-sama mensedekahkan Al fatihah kepada arwah dan semoga Allah akan menjadikan beliau antara hambanya yang soleh...--saya menulis rencana ini adalah kerana kerinduan saya kepadanya--semoga aman disana sahabatku...

Selasa, Januari 12, 2010

TAKZIAH BUAT KELUARGA FAIZOL DAN FADHIRI

         Kes kemalangan pelajar UPSI pada pagi itu bukan sahaja seorang bahkan dua orang iaitu faizol dan fadhiri dan keduanya merupakan orang yang paling baik sahsiah yang saya jumpa di UPSI.Allahyarham Fadhiri adalah salah seorang pelajar yang sering memakai jubah serban dan kain sandang dan sepanjang pengenalan saya dengannya baru sekali saya berjumpa dengannya dalam keadaan dia tidak memakai jubah.Sebagaimana saudara faizol Allahyarham fadhiri juga seorang yang menjaga tutur kata dan pernah berguru dengan Allahyarham TG Haji Abdullah ( TG HAJI LOH PONDOK LUBUK TAPAH ).Jika ditanya kepada saya siapa mereka paling baik di sini nescaya akan saya kata mereka berdua ini.
          Allahyarham fadhiri merupakan seorang yang lebih suka menerima pendapat orang lain dari mengeluarkan pendapat sendiri.Pada petang zohor 11.1.10 saya dan rakan mengikuti rombongan mengiringi jenazah Allahyarham faizol ke Pasir mas dan satu lagi rombongan ke Tanah Merah iaitu tempat fadhiri.Kami sampai pun agak lewat sekitar pukul 12 malam dan jenazah Allahyarham ditanam sekitar pukul sepuluh lebih.Mungkin menjadi kekesalan saya apabila tidak dapat menatap wajahnya buat kali terakhir,.Adik  Allahyarham Faizol,Amin berkata kepada saya apa yang boleh dibuat redha sajalah.Bagaimanapun mereka akan saya ingati terutama sahsiah mereka yang baik dan mungkin sukar untuk saya meniru sahsiah mereka namun sekurangnya ia mendatangkan kesan dan keinginan kepada diri saya untuk menirunya..AL FATIHAH UNTUK MEREKA YANG BANYAK MENABUR BAKTI JUANG DI UPSI.

Ahad, Oktober 18, 2009

Pengumuman untuk Ahli Alumni Semekar..

        Setelah mendapat respon yang positif dari ahli alumni maka pihak alumni setuju untuk mengadakan aktiviti dan pengisian sepanjang cuti sem ini.Antara aktiviti yang di cadangkan ialah mendaki bukit keluang dekat pantai air tawar.Dann pihak MT telah bersetuju untuk mengadakan program tersebut dan mengharapkan pihak ahli setuju dan mampu memberi komitmen yang utuh.Kita akan bincang perkara ini bila balik cuti nanti dan mungkin akan mewujudkan ahli jawatankuasa.Kepada ahli alumni yang berminat anda boleh menyerahkan nama kepada Ariff melalui blog atau henfon nya.Kita juga boleh berbincang jika ingin membuat aktiviti ditempat lain seperti peladang setiu atau lata belatan .Harap maklum...


Ahad, September 27, 2009

Ronda-ronda kampung

Gambar masjid hadhari jerteh yang diambil pada waktu malam.Masjid ini mempunyai 2 tingkat,tingkat atas untuk sembahyang dan yang bawah dewan.Masjid ini juga mempunyai 2 buah lif untuk ke dewan sembahyang.

Majlis picnic yang diadakan di rumah Najah.Antara yang terdapat didalam gambar ialah amir (um),arif (uitm) borhan (uitm).Majlis ini diadakan bagi menemukn rakan seperjuangan yang berada berjauhan.

Masjid kg.Benting Lintang berdekatan dengan taman ilmu dan kampus UDM yang di bina di besut.

Kawan-kawan yang turut serta ke pantai budu (benting lintang).dari kanan Zul,Epul,Arif dan Amir.Ini sebahagian daripada aktiviti riadah yang kami lakukan sebelum pulang.


Gelagat kawan-kawan di pantai budu.Turut kelihatan bangsal tempat budu di proses.

Keadaan paya bakau yang memukau.Gambar ini turut diambil di pantai budu.Tempat ini juga merupakan tempat orang mencari longkang,udang,dan ikan seperti siakap.
                                                                                              

Pija kelihatan tidak sabar untuk mandi pantai.Beliau merupakan calon ketua pengawas sekolah bersama dengan najah.Maaf kerana dia berpakaian separa bogel.

Baru sudah selesai solat jumaat.kami nak bertolak ke belatan pula.

Papan lebel yang mengigatkan pengunjung supaya tidak membuat maksiat di pusat peranginan Lata Belatan.Tempatnya sungguh menarik.Ada masa pergilah.

Peta untuk ke gunung tebu.Sebuah gunung yang menarik dan penuh mistik.

Melepaskan penat lelah di Belatan.
   
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters