Pengikut

Isnin, November 14, 2011

Kerajaan Kuntala

Kerajaan Kuntala ( Kan To Li ) telah muncul sekitar kurun ke 5 atau 6 Masihi di Sungai Kuntal atau Tungkal di sebuah daerah yang berdekatan dengan Jambi sekarang. Kerajaan Kuntala telah muncul lebih awal daripada kerajaan Sriwijaya dan merupakan sebuah kerajaan yang maju dalam bidang perdagangan sehingga pernah menghantar sebanyak 7 kali utusan ke negeri China iaitu pada tahun 441,445,502,518,520 dan pada 563 M. Mengikut mitos, raja Kuntala telah bermimpi didatangi oleh seorang pendeta Buddha yang mendorongnya untuk menghantar ufti kepada China. Penghantaran ufti oleh Kuntala ke China telah mendatangkan kemakmuran kepada kerajaan ini apabila mendapat pengiktirafan daripada China dan juga berjaya menarik kedatangan pedagang. Namun hayat kerajaan ini tidaklah panjang. Kemunculan kerajaan Malayu di Jambi telah menyebabkan kemerosotan kerajaan Kuntala dan berakhir dengan kemunculan kerajaan baharu tersebut. 
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters