Pengikut

Memaparkan catatan dengan label khasiat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label khasiat. Papar semua catatan

Selasa, Januari 25, 2011

Tentang Habbatus Sauda - Jintan Hitam

 
  Jintan Hitan telah diguna sejak zaman berzaman bahkan sebelum daripada zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kerana khasiatnya yang banyak..
    Masyarakat yunani purba telah menggunakan Habbatus Sauda sejak 5000 tahun yang lampau untuk tujuan perubatan. Mayat raja Yunani pada masa itu akan ditanam bersama dengan Jintan Hitam untuk berfungsi sebagai pengawet mayat. Ahli perubatan Yunani Kuno,Galen telah menggunakan Habbatus Sauda dalam rawatan perubatan . Beliau merupakan tabib diraja bagi Maharaja Aurelius. Ahli perubatan Firaun telah mengenali Habbatus Sauda sejak 4000 tahun lampau. Dalam kubur Tuthakamun ditemui bekas khas Amphora yang digunakan untuk menyimpan minyak Habbatus Sauda. Ratu Nefertiti zaman firaun menggunakan habbatus sauda untuk menjadi cantik. Cleopatra seorang ratu Mesir,merawat tubuhnya dengan menggunakan minyak habbatus sauda dalam susu untuk mandian baginda. Bani Israel telah mengamalkan memakan minyak habbatus sauda bahkan ia menjadi ladang pertanian semasa zaman Nabi Sulaiman,Nabi Daud dan Nabi Musa.
Ibnu sina dalam Qanun fil al tibb menyatakan habbatus sauda merangsang tenaga ,membantu memulihkan kepenatan,membantu dalam kelelahan kronik serta memberi kesan terapi. Albiruni pula menyebut bahawa orang China dan India menggunakan bahan pemakanan sejak kurun ke 10 lagi.  Banyak penyakit yang boleh sembuh dengan habbatus sauda dengan izin Allah iaitu kembung,susu ibu,sakit gigi,kulit berkudis,buasir,kusta ,gigitan anjing gila dan banyak lagi.....

Isnin, Oktober 18, 2010

Jaga pemakanan

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal  inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara  lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung,  keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda  telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg  lainnya.Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz  Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah  sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga  makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut  diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit  perut ataupun keracunan makanan. 

Jangan makan SUSU bersama DAGING 
Jangan makan DAGING bersama IKAN 
Jangan makan IKAN bersama SUSU 
Jangan makan AYAM bersama SUSU 
Jangan makan IKAN bersama TELUR 
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD 
Jangan makan SUSU bersama CUKA 
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH: KOKTEL 


2.      CARA MAKAN
1. JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA  MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI. 

2. TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. 

3. JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA
AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA. 

4. Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat  bercampur dengan makanan laut. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya...  cobalah... Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek....
Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. karena akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+
sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan  maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat  merusak usus kita.
Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat amalan antara lain:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam  sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap
kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita  boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan  tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk  (bukan air ais ye) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah  jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur  (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah
membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala  atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang  membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud.  Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang  udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi  darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir  ke ruang tersebut.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan  bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli  saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung  di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam  air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)

Wallaahua'lam

Sabtu, Januari 16, 2010

KHASIAT HALIA

HALIA atau dalam bahasa Inggerisnya Ginger dan bahasa Indonesianya di kenal sebagai Jahe adalah adalah sejenis rempah ratus yang banyak digunakan dalam masakan orang melayu, orang-orang timur malam orang barat. Halia adalah dari keluarga Zingiberaceae atau nama botaninya Zingiber officinale Ross.

Pokok halia mempunyai batang berbentuk bulat, bewarna dan agak keras. Daunnya tersusun berselang-selang dan teratur. Tinggi tanaman ini di sekitar 30 – 60cm. Jika tumbuhan ini mendapat cahaya matahari yang mencukupi halianya akan menjadi lebih besar daripada biasa.

Halia adalah antara rempah ratus yang terpenting diperniagaan di dunia. Tanaman ini berasal dari Asia Tenggara dan sekarang di tanam secara meluas di seluruh dunia. Antara Negara yang mengeluarkan banyak halia ialah India. China, Nigeria, Australia dan Thailand.

Di Negara ini halia diusahakan secara kecil-kecilan dan menjadi tamanan selingan di antara tanaman utama seperti nenas, getah dan kelapa sawit.

Dikalangan orang melayu halia terkenal bahan makanan yang mempunyai nilai perubatan tradisional yang dipercayai dapat menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambah air mani dan membuang angina yang terdapat dalam usus besar dan kecil.

Ubat-ubatan yang dibuat daripada halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti demam, batuk, margin, sakit gigi, sakit tulang, segugut dan sakit dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat.

Halia boleh diproses untuk mengeluarkan minyak dan ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerois dan eleoresin. Minyak halia boleh dijadikan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubat-ubatan.

Lazimnya dalam peruibatan tradisional melayu halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia. Manakala dalam masakan pula halia digunakan dalam bentuk segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses menjadi sebuk halia, halia jeruk dan bahan perisa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.

Rabu, Januari 13, 2010

KHASIAT BUNGA CENGKIH




       Apa bila disebut bunga cengkih pasti suri rumah kita mengenalinya sebagai bahan masakan yang tidak boleh dipisahkan dalam ramuan membuat kuih atau masakan. . TG Ayah Sin Pondok Pasir Tumbuh  selalu mengunyah nya sejak berumur 17 tahun lagi dan  beliau yang berumur sudah mencecah 90an masih sihat dan  masih boleh mengaji al quran dan mengajarnya  dengan baik sehingga sekarang.  Cara tuan guru tersebut amal ia lah dengan mengunyahnya 10 kuntum bunga  setiap hari  dan menghisap air nya.  Memandangkan bahan ini mudah diperolehi ,murah dan tidak merbahaya apa salahnya kita mencubanya!

Kajian Saintifik Bunga Cengkih.

Cengkih atau nama saintifiknya Eugenia Aromaticum mengandungi bahan bahan seperti manganese ,bitamin c, bitamin k,omega 3 (fatty acid),magnesium,kalcium dan fiber yang tinggi.Lain lain kandungan ialah  B acetyl eugenol, beta-caryophyllene and vanillin; crategolic acid; tannins, gallotannic acid, methyl salicylate (painkiller);  flavonoids eugenin, kaempferol, rhamnetin, dan eugenitin; triterpenoids like oleanolic acid, stigmasterol dan campesterol; dan  sesquiterpenes.[9]  . Bunga cengkih  ini mengeluarkan aroma disebabkan bahan aktif nya yang bernama  eugenol dan ekstrak bahan ini mempunyai nilai  antiseptic dan juga  "anaesthetic" .
 Khasiat  Bunga Cengkih.
 

1        Menguatkan Paru Paru dan sistem pernafasan.
   

2.      Menguatkan jantung
   

3.      Kesihatan Mata
   

4.     Ketahanan Gigi
   

5.     Menguatkan Ingatan
6         Menghilangkan Sakit Gigi

 

Cara nya : Sakit Gigi - Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan pepesan tersebut ke dalam gigi yang lubang. Keredaan sakit gigi akan beransur pulih. Boleh di kunyah bersama halia
 

7         Menghilangkan rasa mual dan pening
 

Caranya : Kemam atau hisap bunga cengkih dan mamah sedikit dengan kemenyan putih
 

8        Menghilangkan Bau Mulut

   

Caranya : Ambil sekuntum bunga cengkih hidup atau yang telah kering dan kunyah, nafas anda akan berbau harum atau tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih  kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih  lakukannya tiga hari sekali
 

9      Menghilangkan Bau Peti Sejuk
 

 Cara nya:  Untuk menghilangkan bau yang kurang enak, masukkan segelas kecil bunga cengkih kedalamnya selain daripada seketul arang kayu.

 
 

10      Radang Hati
 

Cara nya :  Minum susu kambing yang dicampur dengan bunga cengkih dan madu asli. Susu tersebut hendaklah dipanaskan setiap pagi dan petang.


 

11      Selsema 
 

Caranya  :Rebuskan jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sulah dengan sukatan sama banyak (satu sudu besar) kedalam 1liter air. Minum air rebusan tersebut ketika masih suam.
 
 

12      Sembelit

  Caranya :  Buah manjakani, buah pala, bunga lawang dan bunga cengkih digiling halus kesemuanya. Bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak. Minum sebanyak tiga pagi bersama air suam yang dicampurkan dengan madu dan telur ayam.

 
 

13      Mengelak Semut

   Cara :  Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula bagi mengelakkan semut. Semut akan hilang dan gula berbau harum.
 

14      Zahir Batin - Masakkan bunga cengkih dengan minyak zaitun dan biarkan sejuk. Sapu dan urutkan minyak tersebut pada alat kelamin lelaki beberapa ketika sebelum bersetubuh. Hasilnya kelazatan yang tidak terhingga serta mempercepatkan inzal wanita.
 


Rabu, Januari 06, 2010

khasiat habbatussauda




Habbatus sauda’ atau di Indonesia dikenal dengan sebutan jintan hitam (Black Seed) adalah salah satu anugerah yang Allah berikan kepada manusia. Dia menganjurkannya untuk dikonsumsi oleh manusia, baik ketika mereka sedang sakit, maupun di
kala sehat (untuk menjaga stamina).
Hal ini sebagaimana yang disampaikan melalui Hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,
“Sesungguhnya pada al-habbatus sauda’ itu terdapat obat dari segala penyakit, kecuali “maut”. 1
Dan sebagai salah satu keutamaan para sahabat adalah semangat mereka dalam
melaksanakan segala perintah bahkan anjuran rasulullah walaupun itu amalan
sunnah, terlebih lagi yang wajib. Hal ini merupakan bentuk cinta mereka
terhadap beliau.
Mungkin ada sebagian dari kaum muslimin ketika membaca hadits di atas
terbesit dalam hati kita, “Apa iya, semua penyakit?” Sebagian yang lain
(termasuk orang kafir pun) justru menambah semangat mereka untuk meneliti
zat tersebut.
Nigella Sativa, nama latin dari habbatus sauda’, sudah dikenal sejak zaman
yunani kuno. Konon, raja-raja Yunani dikubur bersama dengan biji-biji Nigela
Sativa yang berfungsi untuk mengawetkan mayat.
Ahli pengobatan Yunani kuno, Dioscoredes, pada abad pertama mencatat bahwa
Nigella Sativa digunakan untuk mengobati sakit kepala, saluran pernafasan,
sakit gigi, dan cacing usus. 2
Penelitian terbaru membuktikan, si biji hitam ini mempunyai kemampuan untuk
memperkuat sistem kekebalan tubuh, asma bronkial dan bronkitis, rematik dan
meningkatkan produksi ASI.

Kandungan nigella:3
Oleat (Omega 9), Linoleat (Omega 6), Linolenat (Omega 3)
Minyak-minyak volatile atau minyak esensial Fitosterol Alkaloid (Nigelleine dan Nigellamine-n-oxide)
Asam-asam Amino
Jika dicampur dengan ginseng bersungsi sebagai adaptagon untuk menormalkan
fungsi organ tubuh dengan cara melancarkan peredaan darah. Ginseng juga
berfungsi menguatkan vitalitas.
Khasiat Nigella Sativa4
Berdasarkan kandungan Nigella seperti tersebut di atas, maka dapat diperoleh
berbagai macam manfaat seperti dibawah ini:

Menguatkan sistem kekebalan

Berdasarkan hasil penilitian, jintan hitam dapat meningkatkan jumlah cells
T, yang baik untuk meningkatkan sel-sel pembunuh alami. Evektifitasnya
hingga 72% jika dibandingkan dengan plasebo (hanya 7%). Dr. Basil Ali dan
koleganya dari College of Medicine, di Universitas King Faisal,
mempublikasikannya dalam jurnal Pharmasetik Saudi.
Keampuhan ekstrak Nigella diakui oleh Prof. G Reitmuller, Direktur Institut
Immonologi dari Universitas Munich, dapat meningkatkan sistem kekebalan
tubuh dan dapat digunakan sebagai bioregulator. Dengan demikian, Nigella
dapat dijadikan obat untuk penyakit yang menyerang kekebalan tubuh seperti
kanker dan AIDS.

Meningkatkan daya ingat, konsentrasi dan kewaspadaan
Dengan kandungan asam linoleat (Omega 6) dan asam linolenat (Omega 3),
Nigella merupakan nutrisi bagi sel otak yang berguna untuk meningkatkan daya
ingat dan kecerdasan. Nigella juga memperbaiki mikro (peredaran darah) ke
otak dan sangat cocok diberikan pada anak usia pertumbuhan dan lansia.
Meningkatkan bioaktivitas hormon
Hormon
adalah zat aktif yang dihasilkan oleh kelenjar endoktrin, yang masuk dalam
peredaran darah.
Dalam tubuh manusia terdapat berbagai jenis hormon, di antaranya hormon
reproduksi yang berhubungan dengan gairah seksual. Salah satu kandungan
Nigella adalah setrol yang berfungsi sintesa dan bioaktivitas hormon.
Menetralkan racun dalam tubuh
Racun dapat mengganggu metabolisme dan menurunkan fungsi organ penting
seperti hati, paru-paru dan otak. Gejala ringan keracunan dapat berupa
diare, muntah, pusing, gangguan pernapasan dan menurunkan daya konsentrasi.
Nigella mengandung saponin yang dapat menetralkan dan membersihkan racun
dalam tubuh.
Selain menjelaskan khasiat-khasiat dari Habbatus Sauda’ lebih lanjut, pada
bagian kedua ini juga terdapat penutup yang membahas Habbatus Sauda’ dari
sisi lain yang patut untuk dijadikan bahan renungan karena ia merupakan
salah satu contoh dari untaian hikmah terhadap apa-apa yang datang dari
Allah dan tasul-Nya.
Mengatasi gangguan tidur dan stress
Sapion terdapat pada Nigella mempunyai fungsi seperti kortikosteroid yang
dapat mempengaruhi karbohidrat, protein dan lemak serta mempengaruhi fungsi
jantung, ginjal, otot tubuh, dan syaraf. Sapion berfungsi untuk
mempertahankan diri dari perubahan lingkungan, gangguan tidur dan dapat
menghilangkan stress.
Anti histamin
Histamin
adalah sebuah zat yang dilepaskan oleh jaringan tubuh yang memberikan reaksi
alergi seperti pada asma bronchial.
Minyak yang dibuat dari Nigella dapat mengisolasi dithymoquinone, minyak ini
sering disebut nigellone yang berasal dari Volatile Nigella. Pemberian
minyak ini berdampak positif terhadap penderita asma bronchial.
Penelitian yang dilakukan oleh Nirmal Chakravaty MD pada tahun 1993,
membuktikan kristal dari negellone memberi efek suppressive. Kristal-kristal
ini dapat menghambat protemkinase C, sebuah zat yang memicu pelepasan
histamin.
Penelitian lain juga membuktikan hal serupa. Kali ini dilakukan oleh Dr.
Med. Peter Schleincher, ahli immonologi dari Universitas Munich ia melakukan
pengujian terhadap 600 orang yang menderita alergi. Hasilnya cukup
meyakinkan, 70% yang menderita alergi terhadap debu, serbuk, jerawat, dan
asma sembuh setelah diberi minyak Nigella. Dalam praktiknya, DR. Schleincher
memberi resep Nigella ke pasiennya yang menderita influenza.
Memperbaiki saluran pencernaan dan anti bakteri
Nigella mengandung minyak atsii dan minyak volatil yang telah diketahui
manfaatnya untuk memperbaiki pencernaan. Secara tradisional mminyak atsiri
digunakan untuk obat diare.
Pada tahun 1992, Jurnal Farmasi Pakistan memuat hasil penelitian yang
membuktikan volatile lebih ampuh untuk membunuh strain bakteri V Cholera dan
E Coli dibandingkan dengan anti biotik seperti ampicillin dan tetrasiklin.
Melancarkan air susu ibu
Koordinasi bagian lemak tidak jenuh dan struktur hormonal yang terdapat pada
Nigella dapat melancarkan air susu ibu. Penelitian ini kemudian dimuat dalam
literatur penelitian Potchestroom, tahun 1989.
Tambahan nutrisi pada ibu hamil dan balita
Pada masa pertumbuhan, anak membutuhkan nutrisi untuk meningkatkan sistem
kekebalan tubuh secara alami, terutama pada musim hujan, anak-anak akan
mudah terkena flu dan pilek. Kandungan Omega 3, Omega 6 dan Omega 9 yang
terdapat pada Nigella merupakan nutrisi yang membantu perkembangan jaringan
otak balita dan janin.
Meremajakan sel-sel kulit dan menunda proses penuaan
Kulit merupakan salah satu organ tubuh terluar yang penting. Fungsinya
melindungan tubuh dari benturan fisik, kuman, dan jamur. Nigella sangat baik
untuk menjaga kelembaban, kehalusan, dan keremajaan kulit.
Nutrisi bagi lansia dan food suplement
Kaya akan kandungan nutrisi sebagai tambahan energi sangat deal untuk orang
yang berusia lanjut, terutama untuk menjaga daya tahan tubuh dan relativitas
sel otak agar tidak cepat pikun.
Nigella juga mengandung 15 macam asam amino penyusun isi protein termasuk di
dalamnya 9 asam amino esensial. Asam amino tidak dapat di produksi oleh
tubuh dalam jumlah yang cukup, oleh karena itu harus diperoleh dari makanan.
Pada kongres kanker internasional di New Delhi pada musim gugur yang lalu,
minyak Nigella diperkenalkan ilmuan kanker Immono Biology Laboratory, dari
California Selatan.
“Nigella sativa dapat merangsang sumsum tulang dan sel-sel kekebalan.
Interferon-nya menghasilkan sel-sel normal terhadap virus yang merusak
sekaligus menghancurkan sel-sel tumor dan meningkatkan antibodi.
Penutup
Sebagai penutup, ada yang harus diingat dan disadari oleh kaum muslimin
yaitu berupa hikmah bahwa semua yang datang dari Allah dan rasul-Nya
mengandung hikmah yang sangat tinggi dan tak terbatas. Dan habbatus sauda’
hanyalah contoh kecil dari sekian banyak hal dari Allah dan rasul-Nya.
Dahulu, akal manusia belum sampai untuk bisa mengungkap khasiat dan kegunaan
habbatus sauda’, namun sekarang dan insya Allah di masa depan, seiring
dengan perkembangan ilmu pengetahuian manusia, sebagian khasiatnya
diketahui.
Begitu juga dengan hal-hal yang Allah syari’atkan lainnya. Akal kita terlalu
lemah untuk bisa mengungkap hikmah dibalik semua yang disyariatkan-Nya.
Cukuplah bagi kita merupakan suatu keutamaan kalau kita bisa mengungkapkan
sebagiannya saja.
Akhirnya, untuk menyempurnakan penutup ini, simak perkatan Ibnul Qoyyim,
sebagai wakil dari orang alim yang mengungkap berbagai hikmah di dalam
bukunya Miftah Daris Sa’adah mengenai keutamaan dari apa yang Allah
syari’atkan, namun beliau tidak mengedepankan akal, bahkan akal itu tunduk
kepada apa yang dibawa Allah dan rasul-Nya. Beliau berkata,
Jika engkau perhatikan hikmah yang menakjubkan dari syariat agama Islam ini,
tidak ada untaian kalimat yang bisa menerangkannya dan tidak ada satu pun
akal yang bisa mengusulkan sebuah syariat yang lebih sempurna darinya. Maka
cukuplah sebagai sebuah kesempurnaan akal kalau kita mengetahui keagungan
dan keutamaannya.

Sabtu, Oktober 24, 2009

MADU LEBAH....KELEBIHAN DAN KHASIAT.

        Lebah merupakan antara binatang yang disebutkan dalam Al Quran dan hadith nabi.Banyak khasiat yang terdapat pada seekor lebah.Disebabkan khasiat madu yang banyak maka kita dapat lihat pada hari banyak madu tiruan pelbagai jenis di pasaran.Antara ciri keaslian madu ialah tidak dihinggapi sebarang serangga.Kepada orang hamil anda tidak digalakkan mengambil madu.


Dalam al-quran pun ada menyebut kebaikan madu,mafhumnya:

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “ buatlah sarang-sarang di bukit-bukit dan ditempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat obat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan” (An-Nahl: 68-69)
       
        Dalam madu mempunyai banyak bahan mineral dan  vitamin antaranya
1.vitamin A untuk meningkatkan pertumbuhan tulang,menahan diri dari penyakit dan meningkatkan struktur tubuh badan.
2.vitamin B untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi,meningkatkan selera makan,pencernaan,dan menjaga tisu mata.
3.vitamin C untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan meningkatkan kekebalan sistem tubuh.
4.vitamin D untuk menormalkan pertumbuhan dan meningkatkan paras sitras dan juga menggalakkan menyerap kalsium.
5.vitamin E untuk mempetahankan fungsi saraf dan otot serta melindungi fungsi membran dan mengekalkan pertumbuhan normal.
6.vitamin K amat sesuai bagi yang baru menjalani pembedahan.
Menurut PROF SUSAN PERCIVAL madu lebah mengandungi vitamin B6,Thiamin,Miacin,Ribotlorina,asid Plotohenic dan dll.


Madu lebah juga boleh mengubati sejuta jenis penyakit antaranya
LUMPUH,JERAWAT,LEMAH JANTUNG,PENING,PEKAK,SEMBELIT,INSOMNIA,UBAN,
BERSALIN,BATUK,PENYAKIT KULIT,PENYAKIT TELINGA,SENDI,KENCING MANIS,BARAH,
MATA KELABU,LEMAH SHAHWAT,KAHAK,PENYERI MUKA,AWET MUDA,
PENDARAHAN OTAK,GASTRIK,GAGAP,DLL
 Dalam madu lebah ada 172 vitamin..
    
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters