Pengikut

Khamis, Mac 03, 2011

Peristiwa Serangan Siam keatas Kedah


Penulisan ini berdasarkan ulasan pengarang kepada sebuah Jurnal yang dihasilkan oleh Prof Dr. Abdullah Zakaria Ghazali pensyarah Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi di email berikut.. azdha@um.edu.my..
    Peristiwa penentangan terhadap Siam yang dilakukan oleh Pembesar Kedah.Siam dengan diwakili oleh wakilnya di Ligor telah bertindak menyerang Kedah:
“Pada Ahad 12 November 1821,perahu pasukan Siam telah berlepas dari Trang dan tiba di Kuala Kedah.Berikutnya melancarkan serangan dan berjaya menawan Kedah.Pasukan Siam yang mengandungi 7000 orang tentera dibawah arahan Raja Ligor berlepas dari Trang ke Sungai Kedah dengan alasan untuk mendapatkan bekalan makanan bagi melancarkan serangan keatas Burma”.
Tindakan Siam yang membawa 7000 tentera dengan alasan untuk mendapatkan bekalan makanan sepatutnya diketahui oleh Kedah akan motifnya.Dalam rujukan saya mengenai angka tentera Siam tersebut tiada satupun yang menyatakan yang member angka yang berlainan.Dalam serangan mengejut itu,pertahanan Kedah tidak dapat berbuat apa-apa melainkan berlaku pelawanan yang sedikit sahaja.Serangan Siam ini sebenarnya bertujuan untuk menangkap Sultan Ahmad Tajudin Halim Syah 11 yang dikatakan mengingkari kehendak Siam:
“Diantara matlamat serangan itu ialah menangkap Sultan Kedah”.
Pada masa itu Sultan Kedah berada di Sungai Muda untuk menggali terusan sekaligus menyelamatkan baginda daripada menjadi tawanan Kedah.Banyak pembesar negeri Kedah telah ditangkap dan dibunuh.Diperkirakan seramai 1000 orang lelaki Kedah telah dibunuh dan banyak orang Kedah telah menjadi tawanan:
“Dianggarkan sejumlah 1000 orang Kedah ditawan dan dibawa ke Bangkok untuk dijadikan hamba….”.
Perbuatan Siam yang keji itu sememangnya tidak dapat dimaafkan oleh orang Kedah sehingga berlakunya peperangan.Sebenarnya Sultan Ahmad Tajudin 11 merupakan Sultan yang taat dan patuh kepada kepimpinan Siam.Baginda banyak membantu Siam dalam pelbagai peperangan seperti membantu Singgora menentang Patani,membantu Siam menyerang Kedah sehingga Sultan Ahmad Tajudin 11 mendapat gelaran Chao Phya daripada Siam.Namun sekitar tahun 1820,Siam telah mengesyaki Kedah membantu Burma dan Sultan Akmad Tajudin telah dipanggil mengadap Raja Rama 111 namun Sultan Ahmad Tajudin tidak berbuat demikian sehingga menimbulkan kemarahan Raja Rama 11 sehingga membawa kepada penaklukan Kedah.
    Kesalahan serangan ini mungkin tidak boleh diletakkan kesalahan sepenuhnya keatas Siam kerana perkara utama disini ialah Sultan Ahmad Tajudin 11 tidak mengadap kepada Raja Siam.Kedegilan Sultan Ahmad Tajuddin 11 ini mungkin penyebab utama kepada Penaklukan tersebut.
    Dalam kertas kerja ini,penulis hanya membawakan secara agak lengkap mengenai peristiwa penaklukan itu namun perkara yang lebih penting telah ditinggalkan oleh penulis iaitu sebab Siam menyerang Kedah.Sebab serangan Siam ini adalah penting bagi memperjelaskan kepada pengkaji mengenai peristiwa terbabit.Kesan social turut dinyatakan dalam kertas kerja ini tetapi ia hanyalah perkara sampingan:
Dianggarkan sejumlah 1000 orang Kedah ditawan dan dibawa ke Bangkok untuk dijadikan hamba…”
Banyak lagi kesan sosial yang tidak dinyatakan sebagaimana dalam buku sejarah yang lainnya,seperti pemusnahan harta benda penduduk Kedah,perahu,sampan dan segala kelengkapan rakyat dan kerajaan Kedah telah dimusnahkan.Pembesar Kedah dan juga Sultan Kedah telah lari mendapatkan perlindungan British di Pulau Pinang.Dikirakan seramai kira-kira 70,000 penduduk Kedah melarikan diri ke Pulau Pinang bagi mengelakkan kekejaman pendudukan Siam.
    Dalam peperangan ini,menyaksikan campur tangan British yang ketara sehingga penentangan yang dilakukan oleh pembesar gagal walaupun penentangan oleh Muhammad Saad sampai ke Senggora atau sekarang dikenali sebagai Songkla.Selepas menawan Kedah,tindakan awal yang dilakukan oleh Nakhon Sri Tammarat ialah meletakkan kedua anaknya menjadi Gabenor dan juga timbalan gabenor.Phya Buri Saknuton mennjadi gabenor manakala Phya Sina Nunchit menjadi timbalan gabenor.Namun tindakan yang dilakukan oleh Raja Ligor ini masih tidak mendapat persetujuan daripada Raja Rama 111 sehinggalah 1826.
    Dalam kertas kerja ini ada menyatakan tentang perjanjian Burney secara sepintas lalu dan tidak diambil berat.Bagi menyelesaikan krisis yang berlaku di Kedah,British telah menghantar John Crawford untuk berunding namun gagal.Utusan kedua dihantar oleh British iaitu Henry Burney dan berjaya menandatangani perjanjian dengan Siam:
“……utusan Kapten Henry Burney ke Bangkok pada tahun 1825,salah satu matlamatnya untuk mengembalikan kuasa Sultan Ahmad Tajudin Halim Syah keatas takhta kerajaan Kedah”.
Dalam menerangkan perjanjian yang penting ini dalam krisis ini,penulis hanya menyatakan sedikit sahaja daripada isi perjanjian Burney:
“Antara syaratnya,British mengakui kedaulatan Siam keatas Kedah dan British tidak akan membenarkan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah,keluarganya atau pengikutnya menyerang Kedah”.
Antara sebab British menghantar wakil dalam perundingan ini ialah bagi merisik kekuatan sebenar Siam dan British telah berhasil mengetahuinya dan mengakui Siam bukanlah sebuah negara yang kuat.Berbalik kepada isu isi kandungan yang tidak dinyatakan oleh penulis tadi,sebenarnya perjanjian Burney 1826 mengandungi beberapa perkara penting iaitu:
1) Kedah kekal sebagai jajahan takluk Siam.British bersetuju untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal negeri Kedah atau membantu Sultann Kedah mendapatkan semula takhta kerajaan.
2) Sultan Kedah tidak dibenarkan menduduki Seberang Perai,Pulau Pinang,Perak, Selangor dan mendapat perlindungan Burma.
3) British tidak akan membenarkan Sultan Kedah menyerang Kedah atau mana-mana jajahan Siam
4)  Siam mengiktiraf hak pemerintahan Perak dan Selangor.Negeri tersebut bebas menjalankan pentadbiran sendiri.
5) British tidak akan menyekat Sultan Perak menghantar bunga emas ke Bangkok jika Perak sudi berbuat demikian.
6) British dan Siam bebas menghantar perwakilan ke Perak atau Selangor namun tidak boleh campur tangan dalam hal ehwal negeri terbabit.
7) Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai.
8) Siam tidak akan mengganggu perdagangan British di Kelantan dan Terengganu manakala British bebas mengadakan perdagangan dan hubungan dengan bebas tetapi tidak campur tangan dan menyerang negeri terbabit.British juga tidak boleh menghalang mereka menghantar bunga emas.
9) British bebas menjalankan perdagangan dengan Siam dan bersetuju cukai diturunkan oleh kedua-dua pihak.
Jika dilihat Perjanjian Burney atau Perjanjian Bangkok 1826 mempunyai 9 perkara yang dipersetujui 
    Dalam kertas kerja ini,Prof Dr.Abdullah Zakaria menerangkan dua siri penentangan penting yang berlaku pada masa itu iaitu yang dipimpin oleh Tunku Kudin yang berlaku pada 1826,1828 dan 1830 sehinggalah beliau syahid dan kepalanya dipancung dan dihantar ke Bangkok.Dalam siri peperangan ini tidak dapat dinafikan bahawa British dan orang Cina telah bertindak membantu Siam.British telah mematahkan segala percubaan yang dilakukan pihak Kedah untuk mengusir pihak Siam.Bahkan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah sendiri telah ditekan oleh British dan segala pergerakannya telah dikawal sama sekali.Bermula dengan tinggal di Pulau Pinang kemudian diusir ke Melaka.
    Pertempuran/penentangan kedua berlaku tidak lama selepas peperangan pertama tersebut,Penentangan kedua telah dilakukan oleh Tunku Muhammad Saad dan dibantu oleh kebanyakan rakyat dan pembesar Kedah.Perjuangan pada kali ini ditiup dengan semangat jihad bagi mendapatkan sokongan daripada rakyat Kedah.
“…dan mendapat rahmat Allah berkumpul di Sungai Merbok”.
Semangat Jihad dan kebencian terhadap penjajah Siam kafir telah menyebabkan penduduk Kedah bangkit bersama penentangan ini.Namun penentangan ini akhirnya walaupun telah berjaya mendapatkan Senggora.Dalam penentangan terhadap Siam ini menyedarkan Siam bahawa mereka tepaksa menanggung banyak kerugian sehingga memaksa takhta Kedah dikembalikan dengan penghantaran Tengku Daie atau Tengku Zainal ke Bangkok.Bagi mengelakkan Kedah terus mengancam kekuasaan Siam,Siam telah membahagikan Kedah kepada 4 bahagian iaitu Kubang Pasu,Kedah,Setul dan Perlis.Peristiwa ini dilihat sebagai satu sebab kenapa Kedah pada hari ini tidaklah seluas sebagai mana yang dipelajari dalam sejarah negara.

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters