Pengikut

Jumaat, April 15, 2011

Minkan Shinto - Kepercayaan Awal Masyarakat Jepun


Minkan Shinko merupakan satu falsafah yang banyak melahirkan ritual dan Matsuri yang diamalkan oleh masyarakat Jepun. Minkan Shinko bermaksud kepercayaan rakyat iaitu amalan agama yang merupakan reaksi kepada keperluan harian masyarakat yang diwarisi sejak turun temurun. Minkan Shinko merupakan amalan penduduk semata-mata dan tidak mempunyai doktrin mahupun kitab suci untuk dibuat rujukan bahkan ia merupakan campuran kepada beberapa ajaran yang diamalkan penduduk Jepun seperti Buddha,Shinto,Tao, dan Konfucius. Ia melambangkan kemakmuran,kesuburan,perlindungan dan pelbagai lagi perkara yang mendatangkan kebaikan dalam kehidupan.
     Masyarakat Jepun zaman awal amat percaya bahawa setiap daripada sesuatu daripada ala mini mempunyai semangat ataupun roh. Mereka amat percaya bahawa hujan,api,petir,hutan dan banyak lagi mempunyai roh sehingga melahirkan konsep kami. Mereka menyembah apa yang dikatakan sebagai kami tanah,kami tempat,kami keluarga namun daripada banyak kami hanya kami bendang dan kami menuai sahaja yang amat popular kerana masyarakat Jepun pada masa itu bergantung kepada sumber pertanian. Mereka juga menyembah kami tempat dan juga kami keturunan. Kami keturunan iaitu nenek moyang akan berada mengikut musim yang berlaku. Jika musim sejuk kami keturunan ini akan berada di gunung tetapi apabila masuk musim bunga kami ini akan turun ke bendang untuk menjadi kami bendang,kami kesuburan dan juga kami produktiviti. Apabila menerima peyembahan daripada anak cucu mereka percaya kami ini akan kembali semula ke gunung. Walaupun Minkan Shinko tidak mempunyai satu panduan seperti kitab suci namun dalam menjalankan upacaranya ia mempunyai beberapa pantang larang seperti mereka yang mengalami pengebumian dan yang datang haid dilarang keras untuk mengikuti upacara ini. Perayaan ini terus diraikan sehingga sekarang bagi mengenang tradisi lampau masyarakat itu pada masa ini. 

Kristian di China


Agama Kristian yang diajarkan di China pada peringkat awal bukanlah agama Kristian yang dibawa masuk pada kurun penjajahan di China namun agama Kristian ini merupakan agama Kristian yang bermazhab Nestorian yang bertapak di Asia Barat. Agama Kristian ini telah diajar secara bebas kepada masyarakat China sehinggalah agama ini di sifatkan sebagai agama Barbarian oleh pemerintah China pada abad ke 9. Masyarakat China merupakan sebuah masyarakat yang amat mengagungkan maharaja kerana ajaran kosmologinya yang menganggap maharaja merupakan anak tuhan. Oleh itu,perintah yang dikeluarkan oleh istana telah menyebabkan penyebaran agama Kristian di China telah terbantut.
    Tekanan yang dihadapi oleh agama Kristian ini mula kendur apabila Mongol berjaya mewujudkan dinasti Yuan dan mengamalkan dasar yang liberal terhadap pengamalan agama. Kerajaan Mongol tidak mampu bertahan untuk 100 tahun. Selapas kejatuhan yang dialami telah menyebabkan sekali lagi agama Kristian tidak diterima oleh Pemerintah. Agama Kristian mula dibawa masuk pula oleh orang barat sekitar abad ke 16-17 oleh orang Itali. Penentangan oleh Maharaja mungkin kerana orang Kristian menganggap Pepe sebagai kuasa agung sekaligus bertentangan dengan ajaran bahawa China adalah middle Kingdom.

Buddha Di China


Agama Buddha telah diasaskan oleh Sidaharta Gautama Buddha sekitar 2500 tahun yang lalu. Ia hidup sekitar 563 S.M-483 S.M. Beliau merupakan anak kepada raja kerajaan Kosala iaitu Cudhodana yang mana kerajaan ini berpusat di Kapilawartu. Buddha sebenarnya bukanlah nama namun panggilan kepada sang Buddha yang telah mencapai tahap nirwana yang tertinggi. Buddha telah dilahirkan di Taman Lumbini utara India berdekatan banjaran Himalaya yang kini berada di Nepal semasa bulan purnama. Buddha dikatakan anak kepada seorang pembesar di sana namun lebih berminat terhadap spiritual. Buddha meninggalkan isteri iaitu Yasodhara dan anak iaitu Rahula yang baru dilahirkan untuk melakukan pertapaan di hutan Uruvela. Buddha telah bertapa dibawah pokok Bodhi yang mana pokok ini dianggap suci oleh penganut Buddha. Sidharta Gautama hanya mendapat gelaran Buddha selepas enam tahun menjalankan pertapaan iaitu semasa berumur 35 tahun.  Buddha telah mengajar selama 45 tahun tanpa mencatat apapun dan itu semestinya akan merugikan agama tersebut. Maka selepas kematian Buddha telah diadakan satu persidangan antara sangha untuk menyepakati apa yang dikatakan Buddha dan ia berlangsung selama beberapa bulan. Buddha telah dibawa masuk ke China oleh Fa Hsien pada tahun 399 S.M. Ajaran Buddha semakin berkembang selepas kitab-kitab ajaran Buddha diterjemahkan kedalam bahasa Cina.
Agama Buddha terpecah kepada 2 mazhab yang besar iaitu Mahayana dan juga Hinayana. Mazhab ini berlaku selepas kematian Buddha. Ajaran Hinayana dikatakan mirip kepada ajaran Buddha yang asal. Manakala Mahayana lebih kepada pengkajian mengenai cara hidup Buddha dan bagaimana untuk mencapai nirwana. Mazhab Mahayana ialah yang berkembang ke kebanyakan negara Asia seperti Tibet, China, Jepun dan lain-lain.
    Semasa pemerintahan Wangsa Tang,Maharaja Tang Tai Sung telah berjaya melakukan beberapa pembaharuan sehingga dinasti ini dianggap sebagai dinasti yang paling agung di China. Banyak kawasan berjaya ditakluk seperti Bukhara,Samarkand dan Manchuria. Serangan daripada orang Turki dan Mongolia juga dapat dipatahkan. Kehebatan ini menyebabkan pengaruh China mula mula tersebar ke luar dari Tanah Besar. Agama Buddha tidak terlepas daripada mengalami proses ini dimana Ajaran Buddha ini telah tersebar ke Jepun dan Korea.

Falsafah Undang-Undang

Falsafah ini telah diasaskan oleh Han Fei atau lebih dikenali sebagai Xun Zi yang meninggal pada tahun 233 S.M. Beliau telah mengarang satu buku yang bertajuk Hanfeizi yang bermaksud Book of Master Hanfei. Beliau asalnya mengamalkan ajaran Konfusius namun telah kembali menentang Konfusius. Dalam ajaran Konfusius,semua manusia dilahirkan dalam keadaan baik namun dalam ajaran legalisme menganggap semua manusia dilahirkan dalam keadaan yang jahat. Falsafah ini digunakan pada zaman dinasti Qin oleh Qin Shi Huang. Semasa pelaksaan falsafah ini kebanyakan daripada pengikut ajaran falsafah lain telah mengalami penderitaan teruk termasuklah pengikut Konfusius. Kebanyakan karya-karya Konfusius telah dibakar begitu juga dengan sumber sejarah kerajaan lain Dalam bukunya ini,beliau mengecam falsafah yang berunsur moral kerana baginya falsafah moral ini hanya berjaya mempengaruhi sedikit daripada penduduk sedangkan kebanyakan penduduk tidak berpegang kepada ajaran itu menyebabkan kerajaan terpaksa menghadapi penduduk yang ramai. Oleh itu, baginya falsafah undang-undang amat penting untuk mengawal keadaan masyarakat pada waktu itu. Ini dibuktikan lagi dengan kejayaan Shih Huang Ti menyatukan China dibawah dinasti Qin. Baginya,hanya kekerasan dapat menundukkan ego dan mampu mengawal keadaan masyarakat. Kekuatan Dinasti Qin ini adalah hasil daripada disiplin tentera dan kerja kuat sebagaimana yang terdapat dalam falsafah legalisme sehingga aspek ini mempengaruhi kerajaan Qin mewujudkan sekolah falsafah legalisme. Legalisme amat menitik beratkan konsep kuasa pemerintahan dimana raja harus mempunyai kuasa yang kuat untuk memaksa menteri mematuhi peraturan yang ditetapkan olehnya. Ajaran ini melarang keras subjek sejarah diajarkan kerana pada mereka tidak perlu tahu apa yang berlaku pada masa lepas. Muzik dan sebarang kesenian juga ditentang kerana dianggap sebagai melalaikan rakyat.

    Dinasti Qin sememangnya berpegang kuat dengan ajaran legalisme ini. Ini dapat dibuktikan apabila dinasti ini telah menghapuskan sistem feudal yang diamalkan China selama ini. Ying Zheng telah bertindak menyatukan China melalui beberapa cara iaitu dengan menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantik gabenor dan pemerintah tentera bagi mentadbir wilayah. Beliau juga telah bertindak memindahkan 1 200 keluarga diraja ke beberapa kawasan di China untuk melemahkan kuasanya yang mungkin akan menentangnya,buku-buku Konfusius telah dibakar,rakyat telah dilarang menyimpan senjata bagi mengelakkan pemberontakan,mengenakan cukai tanah dalam bentuk hasil pertanian,cukai turut dikenakan kepada bangsawan dan pengenalan kod undang-undang baru,penyelarasan terhadap sistem timbangan,tulisan,serta ukuran,sistem pembinaan jalan raya dan saliran turut diselaraskan dan pembinaan pusat pemerintahan di Hsian Yang dekat dengan sungai Wei. Segala tidakkan yang diambil oleh Ying Zheng adalah tindakan yang berbentuk kekerasan demi mengekalkan kuasanya daripada dirampas. Pembinaan tembok besar China ,contohnya telah menyebabkan 300,000- 1000 000 orang rakyatnya terkorban akibat penyakit dan juga keletihan. Namun begitu,falsafah legalisme telah memberi banyak sumbangan kepada pembangunan tamadun China. Selapas kejatuhan Qin dan diganti dengan kerajaan Han,maka falsafah legalisme mula luntur pengaruhnya dalam kalangan masyarakat apabila wangsa Han mula menggunakan falsafah yang lebih bermoral dan beretika dalam membentuk rakyatnya.
    Selain daripada ajaran Han Fei terdapat dua lagi falsafah yang seakan sama dengannya iaitu Yang Chu yang lahir dalam ensklopedia pertengahan abad ke 3. Dalam falsafah ini lebih mementingkan kesihatan dan juga umur yang panjang bahkan bagi falsafah ini kehilangan empayar lebih baik dari keguguran rambut. Doktrin ini juga menekankan bahawa lebih baik meneruskan hidup yang sedia daripada menjadi pegawai dan mengahdapi pelbagai risiko yang mungkin berlaku. Bahkan ini selari dengan kehendak orang Cina itu sendiri yang mementingkan kesihatan.
    Selain daripada gerakan Yang Chu,Gerakan Nong Xia yang terdiri daripada petani telah mendesak supaya cukai dihapuskan dan kerajaan mencari hasil sendiri. Golongan ini menentang pemusatan kuasa dan juga birokrasi yang berlaku. Walaupun ia hanyalah gerakan rakyat biasa namun ia mampu menggugat kerajaan. 


The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters