Pengikut

Jumaat, April 15, 2011

Minkan Shinto - Kepercayaan Awal Masyarakat Jepun


Minkan Shinko merupakan satu falsafah yang banyak melahirkan ritual dan Matsuri yang diamalkan oleh masyarakat Jepun. Minkan Shinko bermaksud kepercayaan rakyat iaitu amalan agama yang merupakan reaksi kepada keperluan harian masyarakat yang diwarisi sejak turun temurun. Minkan Shinko merupakan amalan penduduk semata-mata dan tidak mempunyai doktrin mahupun kitab suci untuk dibuat rujukan bahkan ia merupakan campuran kepada beberapa ajaran yang diamalkan penduduk Jepun seperti Buddha,Shinto,Tao, dan Konfucius. Ia melambangkan kemakmuran,kesuburan,perlindungan dan pelbagai lagi perkara yang mendatangkan kebaikan dalam kehidupan.
     Masyarakat Jepun zaman awal amat percaya bahawa setiap daripada sesuatu daripada ala mini mempunyai semangat ataupun roh. Mereka amat percaya bahawa hujan,api,petir,hutan dan banyak lagi mempunyai roh sehingga melahirkan konsep kami. Mereka menyembah apa yang dikatakan sebagai kami tanah,kami tempat,kami keluarga namun daripada banyak kami hanya kami bendang dan kami menuai sahaja yang amat popular kerana masyarakat Jepun pada masa itu bergantung kepada sumber pertanian. Mereka juga menyembah kami tempat dan juga kami keturunan. Kami keturunan iaitu nenek moyang akan berada mengikut musim yang berlaku. Jika musim sejuk kami keturunan ini akan berada di gunung tetapi apabila masuk musim bunga kami ini akan turun ke bendang untuk menjadi kami bendang,kami kesuburan dan juga kami produktiviti. Apabila menerima peyembahan daripada anak cucu mereka percaya kami ini akan kembali semula ke gunung. Walaupun Minkan Shinko tidak mempunyai satu panduan seperti kitab suci namun dalam menjalankan upacaranya ia mempunyai beberapa pantang larang seperti mereka yang mengalami pengebumian dan yang datang haid dilarang keras untuk mengikuti upacara ini. Perayaan ini terus diraikan sehingga sekarang bagi mengenang tradisi lampau masyarakat itu pada masa ini. 

Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters