Pengikut

Rabu, April 13, 2011

Islam di China


Tidak ada satu tarikh yang tepat mengenai bila Islam datang ke China. Ada juga mengatakan bahawa sejak zaman Rasulullah telah menghantar utusan untuk berdakwah di China seperti Saad bin Abdul Qais,Qais ibn Hudhafah,Urwah bin Uthman dan Abu Qais bin Al Harith. Namun dalam “ Buku Lama Dinasti Tang” menyatakan bahawa khalifah Uthman telah menghantar satu lawatan rasmi ke China semasa pemerintahan Maharaja Tang Zuan Zong. Utusan yang dihantar ialah Saad bin Abi Waqas. Utusan ini dihantar dengan maksud supaya China tidak lagi memberi bantuan kepada Parsi yang diserang hebat oleh tentera Islam. Perkembangan Islam di China semakin pesat semasa pemerintahan Khalifah Walid Ibn Malik yang mana panglima Islam pada masa itu seperti Qutaibah bin Muslim berjaya membuka kawasan Samarkhan,Khawarazim dan Farqana yang menjadi pusat penyebaran Islam di Asia Tengah. Kejayaan penaklukan ini berjaya membuka laluan perdagangan dan penyebaran Islam di China. Pada tahun 755,berlaku pemberontakan An Shi yang menyaksikan banyak kota-kota telah ditawan sehingga memaksa raja China turun taktha dan digantikan dengan anaknya Tang Suzong. Bagi memadamkan pemberotakan yang semakin kuat ini, Tang Suzong telah meminta bantuan tentera Islam dalam jumlah yang besar dan mampu memadamkan pemberontakan tersebut.
     Maharaja Tang Suzong amat menghargainya dan telah membenarkan tentera Islam untuk tinggal di Fang dalam wilayah Xian. Perkembangan Islam berlaku di sini apabila ramai tentera Islam berkahwin dengan penduduk tempatan. Bukti perkembangannya Islam ialah terbinanya banyak masjid oleh umat Islam dan juga atas perintah Maharaja dan nama masjid itu turut diberikan oleh maharaja China. Perkembangan Islam lebih pesat berlaku semasa dinasti Yuan. Pemerintahan Dinasti Yuan di China hakikatnya tidak memiliki kekuatan ketenteraan sehingga menyebabkan mereka mencari rakyat luar China seperti Parsi dan Asia Tenggara untuk mengisi jawatan kerajaan. Banyak orang Islam telah dilantik menjadi pegawai tinggi pada masa itu. Walaupun Islam pesat tersebar semasa dinasti ini namun masih wujud pemberontakan yang dilakukan oleh orang Islam sendiri yang dipimpin oleh Jeneral Kok Tzen Hind dan kemudian menyerahkan kuasanya kepada menantunya Chu Yuan Chang sehinggalah diganti oleh Wangsa Ming. Dinasti Ming telah mencatatkan keagungan Islam apabila maharajanya iaitu Hong Wu adalah seorang yang beragama Islam. Maharaja Hong Wu memiliki seramai 10 orang jeneral yang beragama Islam. Agama Islam amat dihormati oleh Orang China sehinggalah abad ke 19. Contohnya keluarga Syed Ajjal telah dilantik untuk memimpin Yunnan dan Syed Ajjal sendiri pernah menjadi Gabenor Yunnan pada 1259.
    Selain daripada perkahwinan tentera Islam dengan penduduk tempatan,sejarah juga mencatatkan perkembangan Islam melalui kegiatan perdagangan.Orang Arab yang tinggal di Kanton telah memeluk Islam dengan bantuan Saad bin Lubaid. Semasa misi dakwah ini berlaku,2 buah masjid tertua telah didirikan di China iaitu masjid Kwang Tah Se di Kanton dan Masjid Chee Lin Se . Semasa dinasti Ming,umat Islam terus diberi tempat bahkan Maharaja Ming telah menulis pendahuluan kepada artikel yang bertajuk “ 100 perkataan yang memuji Rasulullah.
    Pada masa ini muncul empat orang ulama yang terkenal di China iaitu Wang Daiyu,Yusuf Ma Zhu,Liu Zhi,Yusuf Deixin. Mereka banyak menyumbang kepada perkembangan Islam di China contohnya Wang Daiyu telah mengasingkan antara budaya China dengan budaya Islam. Mereka banyak mengarang buku seperti “Penjelasan Yang Benar Mengenai Agama Yang Betul”, “ Arah Dalam Islam”,Etika Dalam Islam dan banyak lagi. Masyarakat Islam bertapak kukuh di Yunnan dan kawasan yang dikenali sebagai Muslim Belt seperti di Xinjiang,Qinghai,Gansu dan Ning Xia. Manakala penganut Islam terdiri daripada suku Tajik,Turk,Hui dan Mongolia.
    Pada zaman dinasti Qing,dasar anti-Islam telah diamalkan. Penduduk Islam yang tertindas telah memulakan pemberontakan dibawah pimpinan Sulaiman Tu Wenxiu,Ma Hualong,Ma Zhanao dan Bei Yanhu. Namun pemberontakan ini tidak berjaya sehingga menyebabkan lebih kurang 2 juta umat Islam dibunuh sepanjang 12 tahun. Umat Islam dikawasan Bandar telah dihalau keluar dari kawasan Bandar seperti di Qinghai,Shanxi dan Ninxia Gansu. Semasa dinasti ini sebanyak 5 siri peperangan antara orang Mancu dengan Orang Islam iaitu perang Lanchu 1821-1828,Perang Che Kanio 1830,Perang Sinkiang 1847,Perang Yunnan 1857 dan juga perang Shansi 1861. Siri peperangan ini telah menyaksikan banyak masjid dibakar dan penduduk Islam diseksa sehingga ramai yang berhijrah keluar dari China. Namun penyeksaan ini berkurangan selepas kejatuhan Qing pada 1911 dan orang Islam mula menggiatkan kembali pengamalan ajaran Islam dan telah mula menghantar anak mereka ke luar negara untuk mempelajari Islam.

Sitem Kepercayaan Masyarakat China



Masyarakat China walaupun mengamalkan falsafah dan agama namun mereka tetap tidak terlepas untuk mempercayai beberapa konsep kosmologi seperti Tian,Ti,Tao,Yin Yang,Zhongyong dan Datung. Kepercayaan mereka ini telah dibentuk sejak nenek moyang mereka lagi sehingga menjadi berakar umbi. Mereka amat percaya kepada konsep tien ataupun syurga. Tien pada asalnya bermaksud langit. Mereka percaya bahawa dewa berada di langit dan menggunakan istilah tien untuk merujuk kepada kosep syurga. Sejak zaman dinasti Chou lagi,kerabat diraja sering mengaitkan mereka daripada keturunan syurga dan mendapat mandat daripada syurga untuk memerintah. Masyarakat China percaya bahawa Tien ini merupakan dewa yang terpenting yang mengatur seluruh kehidupan mereka sehinggakan dalam ajaran Konfusius mereka mengatakan bahawa Tien menentukan keseluruhan hidup manusia.
    Selain percaya kepada langit ( tien ) masyarakat China juga percaya kepada konsep Ti yang bermaksud Bumi. Dalam perkahwinan masyarakat China mereka akan menyembah langit dan bumi menandakan bahawa konsep ini berkait rapat dengan kehidupan mereka. Tien dikatan mencipta makhluk manakala Ti pula menjaga makhluk. Bagi masyarakat biasa,mereka menganggap bahawa Ti itu sebagai dewa yang tertinggi yang menguasai dewa yang lain.
    Selain penyembahan objek alam dan dewa,masyarakat China juga tidak terlepas daripada penyembahan terhadap roh nenek moyang. Sebagai mana tien,masyarakat Cina juga percaya bahawa roh manusia adalah hidup dan boleh mempengaruhi kehidupan manusia. Mereka percaya bahawa roh nenek moyang perlu disembah kerana beranggapan nenek moyang mereka telah banyak berjasa kepada keturunannya. Mereka menyediakan makanan dan minuman alam penyembahan roh nenek moyang itu kerana beranggapan dapat mengembirakan roh tersebut. 
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters