Pengikut

Rabu, April 13, 2011

Sitem Kepercayaan Masyarakat China



Masyarakat China walaupun mengamalkan falsafah dan agama namun mereka tetap tidak terlepas untuk mempercayai beberapa konsep kosmologi seperti Tian,Ti,Tao,Yin Yang,Zhongyong dan Datung. Kepercayaan mereka ini telah dibentuk sejak nenek moyang mereka lagi sehingga menjadi berakar umbi. Mereka amat percaya kepada konsep tien ataupun syurga. Tien pada asalnya bermaksud langit. Mereka percaya bahawa dewa berada di langit dan menggunakan istilah tien untuk merujuk kepada kosep syurga. Sejak zaman dinasti Chou lagi,kerabat diraja sering mengaitkan mereka daripada keturunan syurga dan mendapat mandat daripada syurga untuk memerintah. Masyarakat China percaya bahawa Tien ini merupakan dewa yang terpenting yang mengatur seluruh kehidupan mereka sehinggakan dalam ajaran Konfusius mereka mengatakan bahawa Tien menentukan keseluruhan hidup manusia.
    Selain percaya kepada langit ( tien ) masyarakat China juga percaya kepada konsep Ti yang bermaksud Bumi. Dalam perkahwinan masyarakat China mereka akan menyembah langit dan bumi menandakan bahawa konsep ini berkait rapat dengan kehidupan mereka. Tien dikatan mencipta makhluk manakala Ti pula menjaga makhluk. Bagi masyarakat biasa,mereka menganggap bahawa Ti itu sebagai dewa yang tertinggi yang menguasai dewa yang lain.
    Selain penyembahan objek alam dan dewa,masyarakat China juga tidak terlepas daripada penyembahan terhadap roh nenek moyang. Sebagai mana tien,masyarakat Cina juga percaya bahawa roh manusia adalah hidup dan boleh mempengaruhi kehidupan manusia. Mereka percaya bahawa roh nenek moyang perlu disembah kerana beranggapan nenek moyang mereka telah banyak berjasa kepada keturunannya. Mereka menyediakan makanan dan minuman alam penyembahan roh nenek moyang itu kerana beranggapan dapat mengembirakan roh tersebut. 

Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters