Pengikut

Jumaat, November 26, 2010

Doa wehdah - Penyatuan hati para pejuang


     Doa wehdah merupakan doa penyaksian keagungan Allah S.W.T. Doanya dipenuhi dengan lafaz pemujian kepada Allah yang mana doa ini mampu memberi kekuatan kepada para pejuang kerana lafaz-lafaz kekuasaan yang ada pada doa ini..Doa wehdah biasanya dibaca dalam keadaan memegang tangan kawan yang lain bukannya seperti bacaan doa yang biasa.Doa ini boleh dibaca bila-bila masa sahaja tetapi kebiasaannya ia dibaca selepas program selesai...

Tiada Tuhan yang disembah selain ALlah
Tuhan yang Maha Esa
dan kami berserah kepadaNya
Tiada Tuhan yang disembah selainNya
kami tidak menyerah selain kepadaNya
kami mengikhlaskan tunduk kepada Nya
walaupun dibenci oleh org musyrik
Tiada Tuhan selain Allah
Tuhan kami dan Tuhan nenek moyang kami
yang terdahulu

Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa
Dia telah menunaikan janjiNya
Dia telah memenangkan hambaNya
Dia telah memuliakan tenteraNya
dan Dia telah mengalahkan musuhNya berseorangan

Bagi ALlah segala kerajaan,bagi segala pujian
Dia yang menghidupkan dan mematikan
Dia yang mematikan dan menghidupkan
sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak mati
Dalam segala kekuasaan dan kebajikan
dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu
ALlah Maha Besar

Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters