Pengikut

Rabu, Mac 10, 2010

Syeikh Tantawi wafat



KAHERAH: Ulama tertinggi Islam Sunni, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi, meninggal dunia selepas serangan jantung hari ini, ketika sedang menaiki tangga kapal terbang untuk ke Arab Saudi.

Agensi berita MENA, berkata Sheikh Mohammed, Imam Besar Al-Azhar (kedudukan tertinggi dari segi pembelajaran Islam Sunni), berada di Riyadh bagi menghadiri Majlis Anugerah Raja Faisal.

Televisyen Mesir berkata, tokoh kontroversi Mesir yang meninggal dunia pada usia 81 tahun itu, mengadu dalam kesakitan ketika menaiki kapal terbang awal pagi tadi sebelum rebah di tangga.
Allahyarham kemudiannya dikejarkan ke Hospital Amir Sultan di Riyadh, di mana doktor mengumumkan beliau meninggal dunia.

Sejurus selepas Sheikh Mohammed disahkan meninggal dunia, televisyen di Mesir mula menunjukkan rakaman video masjid Al-Azhar sambil diiringi muzik suram.

Anaknya, Amr Tantawi, berkata berita bapanya meninggal dunia adalah satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.

"Ahli keluarga Allahyarham sudah membuat keputusan, iaitu Allah sudah memilih beliau untuk meninggal di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, iaitu tanah suci kedua Islam Madinah," katanya. - AFP
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters