Pengikut

Sabtu, Disember 04, 2010

Himpunan Hadith tentang Jihad






    Bismillah wal Alhamdulillah...Sedikit himpunan hadith tentang jihad yang diambil dari kitab Riyadus Solihin Imam Nawawi....

1338. Dari Abu Hurairah r.a katanya : "Rasulullah S.A.W bersabda : "Barangsiapa yang mati dan belum pernah melakukan peperangan,juga tidak pernah tergerak hatinya untuk melakukannya itu-yakni tidak ada keinginannya sama sekali untuk berjihad fisabilillah,maka ia mati menepati satu cabang dari kemunafikan."
( Riwayat Muslim )

1335. Dari Abu Yahya yaitu Khuraim bin Fatik r.a,katanya Rasulullah s.a.w bersabda : Barangsiapa yang menafkahkan sesuatu sesuatu nafkah  untuk peperangan fisabilillah , maka catatlah untuknya pahala sebanyak 700 ratus kali lipatnya". ( Diriwayatkan oleh Tarmizi dan ia mengatakan ini hadith hasan ).

1336. Dari Abu Said r.a,katanya "Rasulullah s.a.w bersabda : Tiada seorang hambapun yang berpuasa sehari dalam sabilillah melainkan Allah menjauhkan diri orang itu dengan sebab puasanya sehari tadi sejauh perjalanan 70 tahun neraka". ( Muttafaqun 'alaih )

1337. Dari Abu Umamah r.a dari Nabi s.a.w sabdanya : " Barangsiapa yang berpuasa sehari dalam sabilillah maka Allah embuatkan antara orang itu dengan neraka sebuah khandak - tanah yang digali - sebagaimana jauhnya antara langit dan bumi". Diriwayatkan oleh Tarmizi dan ia mengatakan ini hadith hasan sahih..

1333. Dari Salamah bin al Akwa r.a katanya,," Nabi s.a.w berjalan melalui suatu kelompok  orang saling berlumba untuk memanah lalu Nabi s.a.w bersabda "Pandaikanlah dirimu untuk melempar - dengan panah itu - hai keturunan Ismail,sebab sesungguhnya ayahmu-yakni Nabi Ismail- adalah seorang yang pandai melempar-dengan panah". ( Riwayat Bukhari ).

1334. Dari 'Amr bin 'Abasah r.a katanya"saya mendengar Rasulullah bersabda : "Barangsiapa melempar dengan sebatang anak panah dalam peperangan fisabilillah , maka baginya adalah pahala yang sama dengan memerdekakan seorang hamba sahaya".Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi dan Tarmizi mengatakan ianya hadith hasan sahih.

1328. Dari Abu Mas'ud r.a katanya " ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor unta yang diikat hidungnya - semacam kendali untuk kuda - lalu ia berkata : "ini untuk sabilillah" .Kemudian Rasulullah bersabda : " Engkau adalah memperoleh besok pada hari kiamat sebanyak 700 ekor unta yang semuanya juga diikat hidungnya seperti ini".( Riwayat Muslim ).

1329. Dari Abu Hammad,ada yang mangatakan Abu Su'ad ada pula yang menyatakan Abu Usaid ada pula yang menyatkan Abu Amir ada pula Abul Aswad dan ada yang mngatakan abu 'Abs yaitu Uqbah bin 'Amir al Juhani r.a katanya " saya mendengar Rasulullah bersabda diatas mimbarnya : "Dan persiapkan untuk memerangi kaum kafirin itu segala kekuatan yang engkau semua dapat menyiapkannya.Ingatlah bahawasanya kekuatan ialah memanah ingatlah sesungguhnya kekuatan ialah memamnah dan ingatlah sesungguhnya kekuatan ialah memanah". ( Riwayat Muslim ).

1342. Dari Abu Umamah r.a bahawasanya ada seorang lelaki berkata " ya Rasulullah ,berikanlah izin kepada saya untuk merantau kenegeri lain.Nabi S.A.W bersabda "Sesungguhnya cara perantauan untuk umatku ialah jihad fisabilillah Azzawajalla...Diriwayatkan oleh imam Abu Dawud dengan isnad yang baik...

1341. Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a katanya .Rasulullah s.a.w bersabda : "tiada pasukan tentera atau sekelompok barisan tempur yang berperang lalu memperoleh ghanimah - harta rampasan perang-dan selamat-dari kematian,melainkan mereka itu telah mempercepatkan 2/3 pahala yang harus diperolehinya .Tiada sepasukan tentera atau sekelompok pasukan tempur yang kembali dengan tangan hampa -yakni tidak memperolehi ghanimah- dan terkena bencana -mati syahid atau luka-luka melainkan telah sempurnalah pahala yang haru mereka perolehi itu". ( Riwayat Muslim ).

" Barangsiapa yang berperang dengan tujuan supaya kalimatullah - yakni agama Allah itu menjadi tinggi-maka orang sedemikian itulah yang disebut jihad fisabilillah". ( Muttafaqun Alaih )
      


Makna "membuka" dalam Bahasa Sejarah


    Bismillah wal Alhamdulillah...... merujuk kepada kenyatan Sanusi Jamadi di laman kami sokong mahasiswa pendidik bahawa :

"salam...tahukah kalian,buku2 teks sejarah Malaysia telah banyak melakukan kesilapan, di mana orang yang membuka Pulau Pinang sebenarnya ialah dato' Jannatun dan Nakhoda Kecil yg meneroka kawasan Batu Uban, bukannya si penjajah Francis Light!!! So,apa tindakan kita utk memurnikan fakta2 berkaitan dgn sejarah Malaysia dl...m buku teks tersebut??Rupa2nya kita ditipu sblm ni..."

    Saudara penulis di laman itu telah membawa satu fakta yang tidak diketemukan oleh ramai orang... Apa yang saya ingin katakan masih ramai ahli sejarah itu sendiri masih tidak faham mengenai  konsep "membuka" dalam istilah sejarah dan pada saya ia juga sama dengan sesetengah orang yang mempertikaikan konsep "menemui" dalam bahasa sejarah.Saya tidak berani menafikan fakta mengenai penerokaan Batu Uban oleh Dato' Jannatun dan Nakhoda Kecil cuma yang saya ingin bawakan disini ialah konsep "membuka" dalam sudut pandang sejarah. 

    Kenapa kita mengatakan Francis Light yang membuka Pulau Pinang?.Saya tidak menafikan pendapat orang lain namun pada pendapat saya dan beberapa orang pensyarah mereka mengatakan bahawa konsep membuka dalam erti kata sejarah adalah "memajukan".Perkara ini saya pernah bincangkan dengan pensyarah subjek Malaysia saya iaitu Dr Khairi Ariffin dan beliau mengatakan membuka ialah memajukan sesuatu kawasan itu bukannya hanya singgah sekejap atau duduk disitu sahaja.Perkara yang lebih jelas lagi kita boleh lihat kepada sejarah Melaka.Melaka telah dibuka oleh Paremeswara.. Tetapi kenapa kita mengatakan Paremeswara ?.. Ini kerana Paremeswara telah memajukan dan juga memerintah kawasan itu.Sedangkan jika kita hendak menafikan Paremeswara sebagai "pembuka" Melaka itu sudah tentu amat mudah sekali kerana sudah mempunyai fakta bahawa kawasan Melaka asal adalah kawasan perkampungan nelayan.Kita tidak mengatakan nelayan sebagai"pembuka" kawasan itu kerana kawasan itu tidak dimajukan dan juga tidak mempunyai pemerintah.Pada saya setiap subjek mepunyai bahasa yang tersendiri sebagaimana bahasa undang2,bahasa perniagaan dll.Oleh itu,kita perlu saling memahami bahasa subjek masing-masing dan kita tidak boleh mnyalahkan sejarah kerana menggunakan bahasa yang berbeza.

Sekian pendapat saya..

   


Konflik Residen Di Pahang Abad ke 19

( Datuk Bahaman )

    Dalam kekayaan Negeri Pahang pula beberapa pegawai British seperti Weld,Clifford,Clark,Smith telah menyatakan bahawa Pahang merupakan negeri yang terkaya dan lebih kaya daripada Perak.Oleh itu,sekitar tahun 1880,saudagar-saudagar British telah mendesak British supaya campurtangan di Negeri Pahang atas dasar ekonomi dan kepentingan politik.Di Pahang British tidak mempunyai sebab untuk campurtangan seperti Negeri Perak,maka semasa pemerintahan Wan Ahmad,Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir Andrew Clark dan juga penggantinya Sir William Jervois telah menawarkan khidmat nasihat untuk pentadbiran Negeri Pahang namun ditolak. Penolakan ini mungkin disebabkan Wan Ahmad melihat apa yang berlaku di Perak dimana Sultan kehilangan kuasa melainkan dalam urusan keagamaan dan adat resam Melayu sahaja. Semasa Sir Frederick Weld menjadi Gabenor,beliau melihat bahawa Tanah Melayu sebagai tempat yang sesuai untuk pelaburan modal British. Oleh itu,usaha gigih dilakukan oleh British untuk campurtangan di Pahang melalui pelbagai cara seperti ugutan,pujukan,tawaran,amaran dan juga manipulasi.Kebanyakan pegawai British ini bertindak sendirian tanpa persetujuan daripada Pejabat Tanah Jajahan di London.Mereka bertindak demikian kerana pegawai British ini melihat kepentingan yang ada pada Negeri-Negeri di Tanah Melayu.
    Lord Kimberley selaku pegawai tinggi di Pejabat Tanah Jajahan British di London telah mengarahkan supaya Sir Andrew Clark mengambil langkah untuk meluaskan kuasa di Tanah Melayu pada waktu itu walaupun kerajaan tidak bersetuju kerana takut akan memberi bebanan kepada Kerajaan British.Atas arahan Kimberley tersebut,pegawai British sering mengintai peluang yang ada di Negeri Melayu untuk campurtangan dan kemasukan imigran cina dan eropah ke Pahang telah membuka peluang tersebut kerana kedatangan imigran ini telah menimbulkan masalah kepada keamanan kepada Pahang.Bendahara yang memerintah Pahang telah memberikan banyak konsesi kepada saudagar cina ini dibuktikan dengan pemberian tanah seluas 518 000 hektar kepada seorang saudagar cina yang bernama Lim Ah San pada tahun 1882.Selain itu,Bendahara Pahang juga telah memberikan konsesi tanah seluas 233 100 hektar kepada George Scaife. Selain itu,Maharaja Johor turut mendapat konsesi di Raub yang kaya dengan pengeluaran hasil emas.Oleh itu,British melihat peri pentingnya campurtangan di Pahang bagi membolot segala kekayaan Pahang.
    Selain itu,campurtangan keatas Pahang perlu dilakukan kerana British bimbang dengan kedatangan kuas barat lain seperti Jerman dan Perancis yang berminat dengan dengan Tanah Melayu.Disebabkan itu,Pejabat Tanah Jajahan di London telah mengubah dasarnya yang tidak mahu campurtangan kepada dasar yang campurtangan.Oleh itu,pegawai British sering mencari peluang bagi meletakkan seorang residen di Pahang bagi menguasai negeri ini.Kematian Salim bin Akil yang dipercayai seorang rakyat British yang dilahirkan di Pulau Pinang telah cuba di ambil kesempatan oleh Sir Federick Weld untuk campurtangan.Beliau telah meminta bantuan sebuah kapal perang untuk mengalahkan Pahang namun permintaannya ditolak.Frank Swetteham telah memujuk Bendahara Pahang untuk menerima seorang residen British namun Bendahara tetap enggan kerana dipercayai nasihat daripada Maharaja Johor.Oleh itu,pada 1885,telah ditandatangani satu perjanjian antara British dan Maharaja Johor dimana Johor dilarang campurtangan urusan negeri lain tanpa pengetahuan Gabenor British.Maharaja Abu Bakar telah menolong British dalam rancangan kali ini kerana baginda telah berhutang 140,000 dolar dengan British dan ini merupakan cara baginda untuk berbaik dengan British sekaligus dapat menjaga kemerdekaan Johor dan menaikan imej baginda.Pada Oktober 1887,satu perjanjian telah ditandatangani dimana seorang ejen British  telah diletakkan di Pahang iaitu Hugh Clifford namun taraf sebagai ejen ini masih mempunyai kuasa yang sedikit dan British masih cuba mencari jalan untuk meletakkan seorang residen.Hugh Clifford telah menjadi pegawai British pertama di Pahang selepas menandatangi satu perjanjian di Pekan antara British dan Wan Ahmad.
    Pada April 1888,Maskelyn selaku Pengarah Syarikat Pahang Corporation Limited telah menulis surat kepada Setiausaha Negeri bagi Tanah Jajahan,Lord Knutsford bagi menyatakan bahawa Bendahara Pahang telah menamatkan konsesi syarikat atas alasan pihak syarikat gagal membayar wang sepatutunya dibayar.Maskelyn telah meminta knutsford campurtangan di Pahang bagi melindungi syarikat.Ini turut disokong oleh akhbar British di Singapura yang menyatakan bahawa apa-apa pertolongan perlu diberikan kepada Pahang Corporaion Limited.Pada Febuari,seorang cina yang bernama Chan You Wee atau Goh Hui dalam rekod British telah mati ditikam di hadapan Istana Pahang.Bendahara Pahang juga telah mengakui tanggungjawab keatas kematian Goh Hui dan dengan itu meminta kerjasama dengan British. Ini merupakan peluang baik untuk British campurtangan.Gabenor Cecil Smith telah menulis surat kepada Lord Knutsford menyatakan ini merupakan peluang baik untuk campurtangan.
    Kematian Goh Hui telah membuka peluang kepada British untuk meletakkan seorang Residen di Pahang.Perjanjian tersebut ditandatangani pada 24 Ogos 1888.Dengan penempatan Residen,keadaan negeri Pahang tidak ubah seperti yang berlaku di Perak.Residen pertama adalah J.P.Rodger.Beliau menghadapi masalah dalam menjalankan tugas apabila Wan Ahmad tidak menyenanginya apabila membawa 25 orang Sikh sebagai pengiringnya.Sistem Residen hanya dilaksanakan secara sepenuhnya pada Julai 1889.Pada waktu itu,Hugh Cliffor yang pernah menjadi pegawai di Pahang menjadi penguasa kepada pasukan Polis yang terdiri dari 50 sikh dan 150 Melayu di Hulu Pahang.Pahang tidaklah sekaya Perak dan Selangor yang banyak mengeluarkan bijih timah.Sultan Ahmad sebetulnya tidak bersetuju dengan campurtangan yang berlaku.Oleh itu,baginda telah melantik Tengku Mahmud sebagai pemangku raja di Pulau Tawar Hulu Pahang.Oleh itu,J.P.Rodger terpaksa berulang alik ke Pulau Tawar untuk memaklumkan sesuatu kepada pemangku raja.Hugh Clifford yang menjadi pemangku residen telah melakukan risikan bagi memudahkannya jika berlaku sesuatu yang laur jangka.Penentangan oranng Melayu berlaku pada masa ini bila mana hak mengutip cukai telah diserahkan kepada British.Antara penentang ialah Datuk Bahaman atau Orang Kaya Pahlawan Semantan yang mendapat gelaran Datuk Setia Perkasa Pahlawan kerana menunjukkan kehandalan semasa perang Selangor dan Perang Pahang.Belaiu enggan berhenti mengutip cukai dikawasan Semantan walaupun telah ditegah oleh British.British telah membina balai polis di Lubuk Tena bagi memerhatikan gelagat Datuk Bahaman.Tok Raja telah diperintahkan untuk memujuk Datuk Bahaman dan datang ke Pulau Tawar.Datuk Bahaman tidak mengendahkan perkara itu bahkan telah pergi ke Kelantan untuk membeli senjata.
    Selepas pulang dari Kelantan ,beliau melihat British masih berkawal di Lubuk Tena.Memikirkan kemungkinan sesuatu yang buruk berlaku beliau telah menghantar surat kepada British untuk menyerahkan hak memungut cukai kepada British dengan ganti rugi 6000 dolar setahun.Namun beliau masih memungut cukai dikawasan Semantan.British telah menuduh Datuk Bahaman memungut cukai secara haram dan telah memaksa Sultan Ahmad melucutkan pangkat Datuk Bahaman sebagai Datuk Setia Perkasa Pahlawan.Datuk Bahaman telah mengugut untuk menyerang Lubuk Tena.British telah menghantar 25 tenaga tambahan bagi mempertahankan balai polis berkenaan.Ketua balai telah diberi kuasa menangkap Datuk Bahaman.3 orang pengikut Datuk Bahaman telah ditangkap atas alasan mengeluarkan hasil hutan tanpa kebenaran,perbicaraan dilakukan di Lubuk Tena juga.Datuk Bahaman telah menyerang Lubuk Tena dan mencerakan 3 orang polis dan berjaya menawan balai polis tesebut.J.P.Rodger yang berada di Selangor segera pulang dan apabila tiba di Raub beliau mengarahkan supaya semua balai polis yang bersempadan dengan Semantan dilengkapkan dengan anggota yang mencukupi.
    Atas desakan British ,Sultan Ahmad dan Tengku Ali memimpin 1000 tentera Melayu dan berjaya menewaskan Datuk Bahaman.Sultan Ahmad memberi pengampuan penuh kepada meraka yang pulang ke kampung dalam masa sebulan.Pada Mac 1882,Datuk Bahaman telah menyerang kembali Lubuk Tena tetapi berjaya ditewaskan pula oleh pemangku raja.British telah menawarkan 2000 dolar kepada mereka yang berjaya menangkap Datuk Bahaman.Penentangan Datuk Bahaman telah menyebabkan beberapa lagi pembesar Pahang turut menetang British antaranya Tok Gajah,Mat Kilau dan Tok Raja.British dan Sultan Ahmad bersetuju melantik Tok Raja untuk memujuk Datuk Bahaman dan Tok Gajah unutk menyerah.Datuk Bahaman telah ke Terengganu dan Kelantan.Selepas mendapat kekuatan,mereka telah menyerang balai polis di Kuala Tembeling pada 14 Jun 1894.Tok Raja telah mengetui pasukan polis menyerang Datuk Bahaman dan berjaya menewaskannya.Lt Kolonel Walker dan Hugh Clifford telah ditugaskan untuk memburu Datuk Bahaman sehingga ke Kelantan dan Terengganu.Serangan keatas Kuala Tembeling merupakan serangan yang terakhir dalam siri penentangan di Pahang apabila Datuk Bahaman telah menyerah kepada Siam dan telah dibawa ke Bangkok pada November 1895.Tok Gajah dan Mat Kilau diura-ura meninggal di Terengganu.


The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters