Pengikut

Selasa, April 19, 2011

Sungai Lembing : Dulu dan Kini


Kerja Lapangan di Muzium Sg Lembing


Sungai Lembing semasa Pendudukan Jepun
Pendudukan Jepun di Sg Lembing tidak banyak sumber yang boleh didapati. Kemajuan perlombongan bijih Timah di Sg Lembing tentunya menarik perhatian Jepun untuk mendudukinya. Lombong sg Lembing terkenal pada 1940-1950 kerana peningkatan harga biji timah namun telah ditutup pada 1986 kerana kos selenggara yang tinggi dan kejatuhan harga timah pada masa itu. Muzium yang terdapat sekarang merupakan tapak sebuah rumah kediaman orang Inggeris yang digelar The Eroupean Bangalow yang pada asalnya diperbuat daripada atap nipah dan berdindingkan kayu. Semasa penduduka Jepun,muzium tersebut telah dijadikan markaz tentera Jepun untuk mentadbir kawasan sekitar. Semasa kemaraan tentera Jepun,British telah menlancarkan gerakan bumi hangus dengan membakar semua kelengkapan ekonomi bagi mengelakkan diambil alih oleh Jepun. Lombong Sungai Lembing juga tidak ketinggalan apabila dibanjirkan oleh British untuk merosakkan lombong tersebut daripada digunakan oleh Jepun.  Selepas Jepun mnyerah kalah bangunan tersebut diambil alih oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) .
Sungai Lembing kini.
Dahulu sungai lembing merupakan lombong yang kedua terbesar selepas Bolivia bahkan memiliki kolong-kolong yang terpanjang dan terdalam didunia. Namun selepas sahaja lombong ini ditutup pada 1986,telah menyebabkan kesuraman kepada kawasan ini. Kebanyakan pelancong hanya datang untuk melihat tinggalan yang ada seperti lombong mahupun bekas kilang peleburan bijih timah yang jenis batu. Walaupun kawasan sungai lembing merupakan kawasan yang popular suatu masa dulu namun tidak ada pembangunan yang pesat dapat dilihat. Kebanyakan menggelarkan pekan koboi dek kurangnya pembangunan yang dikecapi. Kemudahan untuk pelawat juga amatlah kurang jika dibandingkan dengan kawasan lain. Kemajuan yang dicapai disini dari segi peluang pekerjaan amatlah kurang sehingga ramai penduduk disini akan berhijrah ke Kuantan atau Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Kin sungai Lembig hanya menjadi kawasan penanda aras untuk banjir dikawasan sekitarnya. Ini kerana kedudukan sungai Lembing dikawasan lembah yang mana apabila banjir kawasan lombong ini akan mengalaminya dahulu.

Gua Charas
Gua Charas berada brdekatan dengan Sungai Lembing. Tidak banyak maklumat yang boleh didapati mengenai Gua Charas melainkan sumber mengenai pelancongan. Gua Charas adalah gua batu kapur jenis karst ( iaitu hasil larutan dan hakisan pada batu kapur sehingga menjadikannya bukit batu kapur mempunyai kecuraman yang hampir menegak )  yang  terletak di Pancing yang dikelilingi oleh ladang kelapa sawit  26 kilometer di barat laut Kuantan. Gua ini menjadi kuil Buddha Siam selepas beberapa orang sami telah melakukan pertapaan di kawasan ini kira-kira 50 tahun dahulu. Ia menempatkan patung Buddha tidur yang besar ( Wofo Dong ) selain daripada patung lain seperti Guanyin,Puxian,patung-patung dalam agama Buddha  dan Botthisatvva.  Antara gua-gua di sini ialah gua Buddha,Gua Gajah,Gua tiga beradik,Gua Putri Bersikat,Gua pecah,Gua Lubang Dalam,Gua Lubang Hidung dan Gua Batu Raja.
   Gua ini berbentuk jutaan tahun dahulu sehingga seperti sekarang. Untuk sampai ke puncak gua batu kapur iaitu tempat yang menempatkan patung-patung,kita perlu naik setinggi 20 kaki untuk sampai dengan menggunakan tangga yang disediakan. 

Dasar-Dasar Pendidikan Negara ( Tanah Melayu )


Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Semasa Malayan Union,British mahu mewujudkan sekolah yang berasaskan bahasa Ibunda. Dalam Education Bill,bahasa Melayu pada masa itu tidak pernah pun dicadangkan untuk diajarkan di sekolah Tamil. Lebih malang lagi,Pengarah Pelajaran Malayan Union pada masa itu Cheesemen telah mencadangkan supaya diwujudkan sekolah rendah secara percuma dan juga diwujudkan 2 jenis sekolah menengah iaitu sekolah menengah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya dan satu lagi sekolah yang menggunakan bahasa Ibunda sebagai pengantar. Antara perkara yang dicadangkan dalam laporan ini ialah menyusun semula sistem persekolahan,menghapuskan yuran sekolah rendah. Ini bermakna pada peringkat sekolah rendah,pendidikan percuma akan diberikan. Lebih hebat lagi,Cheesemen telah mencadangkan untuk mewujudkan sekolah vakasional namun tidak berjaya kerana kos yang diperlukan amat tinggi. Namun penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union kerana menggugat “ketuanan Melayu” pada masa itu telah menyebabkan Malayan Union dihapuskan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
    Selepas kegagalan Cheesemen,selepas itu telah diwujudkan satu lagi jawatan kuasa pendidikan yang bertujuan mengkaji satu dasar pendidikan untuk Tanah Melayu. Oleh itu,Laporan Barnes 1950 telah diwujudkan bagi menjalankan tugas ini. Sebelum itu,pada 1949,kerajaan telah menubuhkan Pusat Penasihat Pelajaran yang akhirnya tertubuhnya Jawatankuasa Barnes.  Barnes mencadangkan supaya hanya diadakan 2 jenis sekolah rendah sahaja iaitu yang menggunakan pengantar bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu. Laporan ini juga mengcadangkan supaya darjah 1- 6 diberi pendidikan secara percuma. Bahasa India dan Cina hanya akan diajar jika terdapat 15 orang pelajar yang ingin belajar bahasa tersebut. Selain itu,bahasa Melayu perlu diajarkan di sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris di ajar di sekolah Melayu. Ini secara tidak langsung orang India terpaksa mempelajari bahasa Melayu jika bersekolah kerajaan. Laporan ini juga bermaksud terhapusnya sekolah vernakular Tamil dan juga vernakular Cina. Penentangan hebat dilakukan oleh orang Cina dan India kerana berpendapat bahawa bahasa dan kebudayaan mereka terancam. Selain alasan itu, Ordinan ini tidak berjaya kerana kekurangan kewangan kerajaan pada masa itu dan juga ketiadaan guru terlatih di sekolah kebangsaan pada waktu itu. Oleh itu,telah diwujudkan jawatankuasa Fenn Wu dan Indian Education Committee.
    Laporan Fenn Wu telah dianggotai oleh Dr.W.P.Fern dan Dr Wu The Yau. Dalam laporan Fenn Wu,penekanan perlu diberikan kepada bahasa Cina yang mana menjadi satu symbol bangsa Cina. Dalam Laporan Fenn Wu turut mencadangkan bukan sahaja bahasa Cina diajar namun bahasa Melayu dan bahasa Inggeris juga turut diajar. Dalam penggubalan jawatankuasa ini,tiada wakil India menyebabkan orang India berasa terpinggir. Maka mereka telah mewujudkan satu jawatankuasa yang lain untuk kepentingan kaum India ini.
     Masyarakat India telah mewujudkan satu jawatankuasa yang berlainan yang dikenali sebagai Indian Education Committee.  Jawatankuasa ini telah diwujudkan pada tahun 1951 dan dipengerusikan oleh K.L Devasar. Jawatankuasa ini menerima bahasa Melayu untuk diajarkan di sekolah-sekolah namun ada beberapa penambahbaikan seperti bahasa ibunda juga turut diajar. Ini merupakan tuntutan yang dilakukan oleh masyarakat India. Ini menunjukkan sekitar tahun 1950,masyarakat Cina dan India menerima bahasa Melayu diajar di sekolah-sekolah disamping bahasa Inggeris. Kedua-dua jawatankuasa ini pada dasarnya menerima laporan Barnes dengan beberapa penambahbaikan.
     Selepas Laporan Fenn Wu dan Indian Education Committee,satu lagi jawatankuasa pendidikan telah diwujudkan pada 1952 yang dikenali dengan Ordinan Pendidikan 1952. Ordinan ini menegaskan bahasa bahasa Inggeris dan bahasa Melayu akan diajarkan di sekolah-sekolah. Pengunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar juga ditekankan disekolah vernakular namun mendapat tentangan yang hebat dalam kalangan orang India dan Cina. Akhirnya Ordinan Pelajaran 1952 ini kurang berkesan dalam pelaksanaannya.
    Selepas “kegagalan” Ordinan Pelajaran 1952,maka 4 tahun kemudian telah diwujudkan satu lagi jawatankuasa pendidikan yang dikenali sebagai Penyata Razak 1956. Penyata Razak telah memberi banyak sumbangan dalam industri pendidikan negara. Abdul Razak yang merupakan Menteri Pelajaran pada waktu itu telah melihat bahawa sekolah vernakular Melayu,Cina dan India tidak deberi peluang yang adil.  Ia juga sebagai tanda bersungguh-sungguh kerajaan pada masa itu untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Penyata Razak telah mewajibkan bahasa Melayu dan Inggeris di ajar di sekolah tetapi bagi sekolah Jenis Kebangsaan boleh menggunakan pengantar dalam bahasa Inggeris,Cina dan Tamil.  Dalam penyata ini juga dinyatakan bahawa,mereka perlu lulus bahasa Melayu untuk menjadi pegawai kerajaan dan untuk masuk sekolah menengah bantuan kerajaan.
     Dalam Penyata Razak ini juga ditegaskan bahawa hanya wujud 2 jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Sekolah Jenis Kebangsaan menggunakan bahasa ibinda masing-masing. Ia secara tidak langsung memberi peluang lebih besar untuk kanak-kanak Tamil mempelajari bahasa Melayu dan mereka tentulah akan bersungguh-sungguh untuk menguasainya untuk naik ke sekolah menengah ataupun untuk menjadi pegawai kerajaan. Dalam mempelajari bahasa Melayu,bahasa ibunda mereka tidak diabaikan sama sekali sekalius menunjukkan kaum India tidak diabaikan dalam pendidikan.
    Pada 1959,diwujudkan satu lagi jawatankuasa penyemak pelajaran yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran pada masa itu iaitu Abdul Rahman Talib. Laporan ini mengesorkan supaya semua sekolah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Dalam Laporan ini,hanya sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sahaja akan diberikan bantuan manakala sekolah yang  diberi separa bantuan akan ditarik bermula  1Januari 1962. Sekolah yang enggan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar menjadi sekolah persendirian. Semua yuran sekolah rendah dimansuhkan tetapi sekolah dibenarkan mengutip yuran tahunan sebanyak $ 4.50 dan sekolah menengah $6.50 dan yuran bulanan sebanyak $5.00. Pelaksanaan dasar pendidikan ini telah memaksa kebanyakan sekolah vernakular India menerima bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Namun jaminan meneruskan pembelajaran Tamil tetap diberikan sebagaimana yang disebut dalam penyata Razak.




The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters