12/27/2009 10:01:00 PM
|
By pak lah
Ceramah Perdana:
Wahabbi, Pulanglah Ke Tempat Asalmu...
(Isu Semasa Mengenai Fahaman Songsang WAHHABI Di Malaysia )
Anjuran :
Biro Dakwah Masjid As-Salam
Pada Hari Yang Mulia :
31 Disember 2009
Bersamaan
14 Muharram 1431 Hijrah
Pada Masa Yang Dierkati Allah :
Selepas Solat Maghrib
Di Tempat Yang DiRahmati Allah :
Masjid As-Salam, Puchong Perdana,
Puchong, Selangor
Pendakwah Yang Membimbing Ke Jalan Allah :
Ustaz Hj. Zamihan Bin Mat Zin
Al-Ghory
Penolong Pengarah
Institut Latihan Islam Malaysia JAKIM.
12/23/2009 01:01:00 PM
|
By pak lah
HIMPUNAN RIBUAN UMAT DI DALAM :
MAJLIS BERSAMA ULAMA' BESAR
DARI HADHRAMAUT
AL-'ALLAMAH AL-HABIB 'UMAR BEN HAFIZ AL-HADHRAMI
AHAD , 10 JAN. 2010
(23 MUHARRAM 1431)
6 PTG - 10 MLM ,
.
DI :
MASJID AL-FALAH , USJ 9 ,
SUBANG JAYA , SELANGOR
.
sebarang info :
013-330 9474 (imam azian)
emel : MasjidalFalahUSJ9@gmail.com
.
ANDA ADALAH DIJEMPUT HADIR
& TOLONG SEBAR-SEBARKAN
.
Kami mengajak anda sama-sama sebarkan maklumat ini demi kesejahteraan usaha Dakwah Islam melalui saluran2 anda : website, blog, email group, masjid2 , surau2 atau sms anda ..
Semoga Allah mengurniakan ganjaran Dakwah Fi Sabilillah dan memberkatinya ...
jazakumullahu khairan kathiran
12/23/2009 10:15:00 AM
|
By pak lah
Kepada semua warga UPSI keputusan peperiksaan mungkin akan keluar pada 24.12.09 ni.Tapi ada juga khabar angin yang mengatakan pada 28 haribulan ini.Juga kedengaran kuliah di TMNU mungkin akan ditukar ke PROTON CITY.SEKIAN WASSALAM
12/21/2009 06:31:00 PM
|
By pak lah
(sekadar gambar hiasan)
Sebagaimana biasa bila ada saja cuti saya akan menyambung pelajaran seminggu 2 kali di pondok.
Dalam kitab Akidah saya sempat belajar tentang khilaf antara mazhab maturidiyyah dan Assyairah terutamanya dalam bab iman dan celaka.Bagi Assyairah seseorang yang kafir itu belum tentu diseksa oleh Allah teristimewa bagi orang yang fasik dan ini bersalahan bagi mazhab Maturidiyyah.Ini kerana tidak ada benda yang wajib bagi Allah termasuklah menyeksa orang kafir tetapi disebabkan Allah telah berjanji maka Allah akan melakukannya dan ini bersalahan bagi puak muttazilah dimana mereka mewajibkan Allah berbuat baik.Tuan Guru yang mengajar juga telah membidas salah satu puak yang bertindak mengangkat kitab FARIDATUL FARAID FI ILMI AQOID dan mengatakan kitab tersebut adalah kitab kafir.Sedangkan kitab itu merupakan kitab yang sudah digunakan selama lebih 700 tahun bagi merujuk aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Saya harap mereka yang terlibat supaya kembali bertaubat.Kitab ini telah digunakan secara zaman berzaman sebagai rujukan aqidah umat islam terutama di pondok-pondok.Adakah niat mereka itu untuk mengkafirkan ulama sanad dari pondok.Belaja biarlah bersanad.Jangan kerana manis mulut seseorang kita terjerumus ke lembah kesesatan.
Bila dikata Ahli Sunnah Wal Jamaah mestilah merujuk kepada Mazhab salaf Assyairah wal maturidiy.Mana-mana yang bertentangan dengan mazhab ini telah terkeluar dari Aqidah sebenar ahli sunnah wal jamaah.
11/19/2009 05:18:00 PM
|
By pak lah
11/14/2009 06:54:00 PM
|
By pak lah
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti kepada semua siswa dan siswi upsi .Sehingga tulisan ini ditulis sudah ramai dari siswa/i telah pulang terutamanya yang mngambil subjek kenegaraan.Bagi yang mengambil EC akan pulang pada 17 hari bulan ini.SELAMAT BERCUTI
11/06/2009 04:46:00 PM
|
By pak lah
Kami putra putri semekar,
berimu,beramal,dan berdisiplin,
usaha gigih tangga kejayaa
demi putra putri semekar yang disihi.
Warga semekar bersamalah kita,
menimba ilmu luaskan minda
ayah dan bonda menghulur doa moga menjadi insan bertaqwa.
(ulang)
10/30/2009 07:44:00 AM
|
By pak lah
IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN,
OBOR DIMALAM GELAP,
BINA BUDI PENYEBAR TEKAD,
PANCARAN SMANGAT WAJA,
IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN,
IBU PUJAAN KAMI,
YANG BERJASA PADA MASYARAKAT,
IBU GAGAH BERANI,
IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN,
DENGARLAH SUMPAH SUMBANGSIH NAN SUCI,
SLAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN,
KAMI TETAP BERBAKTI,
10/28/2009 02:32:00 AM
|
By pak lah
Sambutan majlis terakhir usrah Rakan Penggerak Addin bagi kumpulan 5 telah diadakan dengan jayanya di bilik 2-6-3.Majlis tersebut dihadiri oleh semua ahli kumpulan kecuali 2 orang iaitu amirul mukminin dan anwar yang balik kerumah.Majlis tersebut diadakan pada hari Isnin 26.10.2009.Majlis dimulai dengan usrah mengenai makanan halal dan haram serta syarikat pengeluar bukan islam yang banyak menggunakan nama ala Islam bagi menarik minat pengguna Islam.Selepas halaqoh terdapat sedikit jamuan yang disediakan petang sebelumnya.Dengan ini saya sertakan sedikit gambar mengenai majlis tersebut.
(syafiq sedang berehat)
ijat tekun memasak walaupun tukang masak yang sebenar adalah syafiq.
berbual sambil menunggu makanan masak
antara lauk yang dimasak
majlis makan usrah.
Naqib usrah group 5..Saudara Ukashah b.Zubi
10/27/2009 12:29:00 PM
|
By pak lah
Dewasa ini banyak remaja mahupun golongn tua yang terlibat dengan tabligh.Seiring dengan itu ramai la jugak yang menentang golongan ini.Yang menjadi masalah ialah si penentang tadi tidak tahupun apakah tujuan tabligh dan kaidah tabligh itu sendiri ini juga mungkin di sebabkan oleh kesempitan cara menjawab tohmahan oleh segelintir anggota tabligh itu.
Ayat yang biasa di gunakan oleh tabligh ialah taskeel iaitu mengajak orang keluar selama 1,2,1 bulan,40 hari,4 bulan dan sebagainya.Taskeel atau keluar ini sebenarnya bukan sahaja berdakwa tetapi juga untuk membaiki diri sendiri supaya mematuhi perintah Allah dengan mengikut apa yang terkandung di dalam Al Quran dan sunnah.Timbul pula persoalan kenapa di hadkan tempoh waktu itu.Sebenarnya tempoh waktu itu tidak terikat kepada yang dinyatakan.Mungkin waktu dimasakan sebagai begitu rupa kerana mengikut waktu yang ada disebut dalam hadith.Namun tidak semestinya mereka yang keluar itu boleh faham akan isi kandungan kenapa keluar.Ini sama juga bagi mereka yang mengikuti kursus kedoktoran itu.Masa yang dihadkan contohnya 3 tahun.Semestinya 3 tahun itu tidak mencukupi.Dalam bab masa ini tidak menjadi halnya.
Tabligh sesekali tidak menyalahi akan ajaran islam,tetapi malangnya ada yang mengkafirkan tabligh iaitu Bin Baz bekas mufti wahabi Arab Saudi.
Bukti wahabi kafirkan jemaah tablifh,ikhwanul muslimun dan hamas sebagaimana yang di nyatakan dalam kitab wahabi yang bertajuk "hazihi jamaat min al ithnain wa sab'iin firqotan"..Jikalau anda tidak percaya anda boleh merujuk kepada kitab yang dinyatakan.Ini adalah satu fitnah semata-mata,jemaah tabligh tidak boleh di hukum sebagai sesat.Walaupun orang tabligh segelintirnya tidak berpolitik pada saya ini kesalah tafsiran kepada jemaah itu sendri.Hazrat Illiyas tidak menggalakkan jemaah berpolitik kerana beberapa faktor iaitu bagi menjaga keselamatan diri serta mengelak tekanan penjajah sehingga boleh menggugat garakan islam.Pada saya jika ada jemaah yang tidak mahu masuk politik maka itu adalah kesalahan individu bukannya jemaah itu.
Mungkin rami yang pandang serong pada jemaah ini.Jemaah ini amat penting kepada masyarakat itu sendiri kerana dari banyak golongan mereka sahaja biasanya yang mengajak kepada makruf.Walaupun mereka ini dilihat tidak mencegah mungkar mungkin ini kerana taktik dakwah iaitu menyampai bukan menghukum.Kerana perbuatan menghukum itu boleh menyebabkan orang lari daripada kita.Mungkin sesetengah hal orang memandang serong kepada jemaah ini.Mungkin mereka perlu mengperkemas teknik dakwah supaya dakwah itu bersesuaian dengan diri orang yang didakwah.