Pengikut

Isnin, April 25, 2011

Apakah Kata Kerja Terbitan



Menurut Abdullah Hasan dan Ainon Mohd ( 1994:248 ) kata kerja terbitan ialah kata sifat,kata kerja transitif,dan kata kerja sendi  yang boleh menjadi kata dasar untuk menerbitkan kata kerja transitif. Abdullah Hasan dan Ainon Mohd turut menyatakan bahawa terdapat tiga imbuhan yang membentuk kata kerja transitif,iaitu ‘per-‘.’-kan’,dan ‘-i’. Setiap daripada satu itu boleh berlaku secara sendirian ataupun bergabung.
    Manakala Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:151 ) medefinisikan sebagai kata kerja yang terhasil daripada proses pengimbuhan,iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan melahirkan perkataan-perkataan terbitan.
    Menurut Arbak Othman ( 1984:14 ), imbuhan kata kerja terdiri daripada awalan ber-,me-,ter-,di-,ke-, kemudian imbuhan terbahagi ber-.....-an,ber-.....-kan,me-......-kan,me-....-I,memper-...,memper-....-kan,memper-...-i,ke-....-an imbuhan akhiran –kan,-i dan –an.
    Kata kerja imbuhan adalah kata kerja yang menerima sebarang imbuhan samada daripada kata nama,kata kerja,kata adjektif,kata tugas. Selepas imbuhan kata-kata ini menjadi sifat kata kerja walaupun berasal bukan daripada kata kerja. Kebanyakan kata kerja terbitan ialah kata kerja transitif namun ada juga yang bertindak sebagai kata kerja terbitan pasif.

.Kata kerja terbitan awalan

Kata kerja terbitan dengan imbuhan awalan terdiri daripada meN-,beR-,teR-,di-,mempeR-,dan dipeR-.
Menurut Kamus Tatabahasa Dewan, awalan meN- ialah awalah yang membentuk kata kerja aktif,sama ada transitif atau tak transitif. Awalan ini mempunyai empat bentuk varian,iaitu me-,mem-,mem-,dan meng- ( Nik Safiah Karim et al. 2008:151 ).

Mengikut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ,imbuhan meN- boleh dipecahkan kepada bahagian tertentu mengikut maksud tertentu.
( a ) melakukan sesuatu,contohnya:
i.                    memasak - Ibu memasak nasi
ii.                   menggaul - Kakak menggaul ulam dengan ikan untuk dibuat kerabu.
( b ) mengeluarkan bunyi, contohnya:
         mengembek - Kambing itu dari tadi lagi mengembek.
( c ) membuang,mencari atau mengumpulkan sesuatu,contohnya :
              mencandan - Ismail mencandan sebagai mata pencarian.
( d ) menuju sasaran, contohnya :
            mendarat - Kapal terbang itu mendarat di landasan.
( e ) berlaku seperti atau menyerupai sesuatu,contohnya:
               membelit - Soalan itu telah membelit fikirannya.
dan akhir sekali yang memberi makna menyatakan keadaan. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu
( a ) hidup sebagai,contohnya:
             menjanda - Aisah telah lima tahun menjanda.
( b ) menjadi,contohnya:
              membujur - Ali duduk dalam keadaan membujur untuk sembahyang.

 Awalan beR- juga boleh membentuk kata kerja. Perkataan yang menerima awalan ini menjadi kata kerja yang bersifat tidak transitif. ( Nik Safiah Karim et al. 2008:161 ). Manakala menurut Arbak Othman ( 1984 : 14 ) kata kerja dengan awalan ber- boleh berupa kata kerja tak transitif atau kata kerja yang menerima pencukup sesudahnya.Menurut Kamus Tatabahasa Dewan,apabila awalan ber- bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r maka dua r tadi akan berubah menjadi satu r melalui proses peleburan bunyi,contohnya:
       ber + rantai = berantai
      ber + ranjau = beranjau.
Awalan beR- boleh digabungkan pada kata dasar daripada kata nama,kata kerja,kata adjektif,dan kata tugas. Awalan beR- mempunyai banyak makna mengikut golongan kata yang bergabung dengannya. Awalan beR- boleh membawa makna melakukan perbuatan,mengenai diri sendiri,perbuatan bersalingan,keadaan yang sudah sedia berlaku,membawa makna mempunyai,makna memakai,mengerjakan sesuatu,membawa makna menghasilkan,meminta bantuan,berada dalam keadaan,memperoleh,membawa pengertian menjadi,bersama-sama,dan beroleh. Manakala pencukup yang dimaksudkan oleh Arbak Othman ialah kata dasar yang berada sesudah imbuhan ber- tersebut,contohnya;
                  berlari. ber- merupakan imbuhan manakala lari itu merupakan pencukup.

 Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:170 ) menyatakan bahawa hanya terdapat satu bentuk awalan teR-,iaitu ter- yang digabungkan dengan kata dasar,contohnya:
nampak – ternampak
jatuh – terjatuh
Bagi kata dasar yang bermula dengan huruf r maka satu daripada r tersebut akan digugurkan. Terdapat dua jenis kata kerja awalan ter- ,iaitu kata kerja aktif dan kata kerja pasif. Kata kerja aktif pula terbahagi kepada kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
( a ) kata kerja transitif
         terlihat – Ali terlihat kucing dilanggar.
( b ) kata kerja tak transitif
         terjatuh -  Ali terjatuh dari katil
Bagi kata kerja pasif pula ialah:
        terlanggar- Kereta itu terlanggar oleh Ali.
Imbuhan teR- mempunyai makna tidak sengaja,keupayaan dan keadaan tersedia.

 Awalan di- akan membentuk kata kerja pasif,contohnya;
jahit – dijahit
    Baju itu dijahit oleh Abu.
Mengikut Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:177 ) tidak terdapat makna khusus untuk awalan di-.

 Awalan mempeR- juga awalan pembentuk kata kerja wujud dalam satu bentuk,iaitu memper-.Dalam bahasa Melayu bentuk ini hanya dirujuk sebagai awalan per-.( Nik Safiah Karim et al. 2008:177 ). Awalan per- bergabung dengan kata dasar bagi menerbitkan kata kerja transitif. ( Abdullah Hasan dan Ainon Mohd ( 1994: 248 ). Menurut Abdullah Hasan lagi,bentuk ejaan awalan per- tidak berubah. Contoh kata kerja imbuhan mempeR- ialah;
hamba – memperhamba
   Majikan itu memperhamba pekerja.
lebar -  memperlebar.
    JKR telah memperlebar jalan raya itu.
Kata kerja berimbuhan mempeR- ini boleh membawa makna menjadikan,menjadikan lebih atau bertambah,dan mendapat sesuatu.

 Awalan dipeR- ialah awalan yang membentuk kata kerja pasif. ( Nik Safiah Karim et al 2008:181 ). Awalan dipeR- wujud dalam satu bentuk sahaja ,iaitu diper- contohnya:
halus – diperhalus
    Cadangan itu akan diperhalus oleh Menteri Besar.
Awalan diper- mempunyai beberapa makna,iaitu dijadikan,dijadikan lebih atau bertambah dan terdapat sesuatu

Akhiran kata kerja.

Hanya terdapat dua akhiran yang membentuk kata kerja bahasa Melayu ,iaitu
i. -kan
ii. –i
2  Akhiran –kan.
Akhiran –kan membentuk kata kerja transitif dan hanya wujud dalam dua jenis ayat sahaja,iaitu
( a )dalam ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan kedua contohnya:
tuliskan – saya tolong tuliskan untuk artikel itu.
( b ) jenis yang kedua,iaitu dalam ayat suruhan,contohnya:
pastikan – pastikan lampu dipadam.
Akhiran –kan dikaitkan dengan dua makna khusus,iaitu menyebabkan jadi dan melakukan sesuatu untuk manfaaat orang lain.

. Akhiran -i.
Akhiran -i membentuk ayat transitif. Akhiran –i wujud hanya dalam dua bentuk,iaitu
( a ) dalam ayat pasif orang pertama dan kedua,contohnya:
sertai – Majlis itu akan saya sertai.
( b ) dalam ayat suruhan,contohnya:
sayangi – tolonglah kasihani anak itu.
Akhiran – i mempunyai dua makna khusus iaitu memberi makna menyebabkan jadi dan juga menyatakan unsur tempat.

Apitan kata kerja

Apitan ialah unsur imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar,iaitu dua bahagian imbuhan hadir pada awal dan akhir perkataan secara serentak. Imbuhan apitan juga dikenali sebagai imbuhan terbahagi ( Nik Safiah Karim et al. 2008:190 ).
Kata kerja apitan terdiri daripada : meN-...-kan,beR-...-kan,beR-...-an,di-...-kan,memper-...-kan,memper-...-I,meN-...-I,di-...-I,ke-...-an,diper-...-kan,diper-...-i.
( i ) Imbuhan meN-...-kan terdiri daripada me-...-kan,mem-...-kan,men-...-kan,meng-...-kan, dan menge-...-kan. Kebiasaannya,kata kerja yang bergabung dengan apitan meN-...-kan ialah kata kerja transitif. Kata kerja apitan meN-...-kan terdiri daripada dua jenis, iaitu;
( a ) yang menerima satu objek,contohnya:
         Abu melontarkan lembing kepada Ali.
( b ) yang menerima dua objek, contohnya:
         Ibu menjahitkan baju untuk saya dan kakak.
Apitan meN-...-kan membawa beberapa makna,iaitu membuat sesuatu,menyebabkan jadi,dan manfaat.
( ii ) Pada dasarnya hanya satu sahaja imbuhan beR-...-kan iaitu ber-...-kan. Imbuhan ber-...-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja dan membentuk kata kerja tak transitif berpelengkap,contohnya:
( a )  beratapkan – Rumah yang dibina itu beratapkan daun nipah.
Imbuhan apitan ber-...-kan memberi makna menjadikan sesuatu sebagaimana contoh diatas,
beratapkan – memberi makna menjadikan atap.
( iii ) Apitan meN-...-i boleh bergabung dengan kata nama,kata adjektif,kata tugas dan kata tugas untuk membentuk kata kerja. Imbuhan meN-...-i membentuk kata kerja transitif yang terdiri daripada dua jenis,iaitu:
( a ) ayat aktif yang menerima satu objek,contohnya:
menjahiti -  Ibu menjahiti kami sepasang baju.
( b ) ayat aktif yang menerima dua objek,contohnya:
menolongi – Saya menolongi makcik membaiki motor.

 Sisipan kata kerja
Dalam bahasa Melayu tiada sisipan yang dapat membentuk kata kerja. Namun demikian,bentuk perkataan yang terdiri daripada kata nama dan kata adjektif yang mempunyai sisipan dapat dijadikan kata kerja dalam proses pengimbuhan                                ( Nik Safiah Karim et al.2008:217 ). Mengikut Arbak Othman ( 1984:7 ) pula,sisipan adalah imbuhan yang tersisip di tengah kata. Menurutnya lagi,imbuhan sisipan dianggap ditinggalkan oleh sejarah dan pemakaian dalam bahasa Melayu tidak lagi produktif. Dalam kedua-dua buku tatabahasa ini,imbuhan sisipan tidak dibincangkan secara mendalam kerana penggunaannya amat jarang. Bahkan Abdullah Hasan juga mengatakan bahawa imbuhan sisipan tidak lagi produktif kerana bilangannya yang sedikit.
Dalam sisipan kata kerja terbitan hanya ada tiga sisipan yang membentuk kata kerja terbitan,iaitu sisipan -el-,-er-, dan –em-. Contohnya,
guruh – gemuruh
sabut – serabut
getar – geletar
contoh ayat :
        Jantung Ahmad gemuruh dengan majlis pertunangan yang akan diadakan.

Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters