Pengikut

Isnin, Februari 28, 2011

Konflik Kerajaan Kedah dengan Kuasa Luar Abad ke 19


    Penulisan ini berdasarkan sinopsis kepada sebuah Jurnal yang dihasilkan oleh Prof Dr. Abdullah Zakaria Ghazali pensyarah Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi di email berikut.. azdha@um.edu.my..

Jurnal/artikel/kertas kerja yang ditulis oleh Abdullah Zakaria bin Ghazali ini membincangkan sejarah perkembangan politik awal di Kedah sekitar tahun 1786-1923.Ia memaparkan tentang pergolakan,krisis yang berlaku dalam kalangan istana dan rakyat Kedah itu sendiri.Jurnal/artikel/kertas kerja ini menerangkan susur galur terhadap penentangan orang Kedah terhadap penjajah samada Siam ataupun British itu sendiri.
    Kedah merupakan sebuah negeri yang sering tersepit antara kuasa Siam dan Burma.Dalam perang yang berlaku di antara Burma dan Siam menjadikan Kedah tersepit antara dua kuasa besar di Asia Tenggara itu.Burma telah mengarahkan Kedah untuk memberikan bantuan kepadanya sebegitu juga Siam.Keadaan geografi Kedah yang berada dibawah daripada Siam dan Siam menganggap Kedah sebagai wilayah jajahannya menjadikannya terpaksa menurut kehendak Siam.Dalam pada itu,bagi melindungi negeri Kedah daripada kuasa Siam dan Kedah maka Sultan Kedah telah menandatangani satu perjanjian dengan pihak British bagi menyerahkan Pulau Pinang kepada British dengan syarat British melindungi Kedah dari ancaman musuh Kedah dan membayar 30,000 peso Sepanyol setahun kerana baginda melepaskan monopoli di Kedah.
    Namun British telah mungkir janji dalam perjanjian ini dimana pada tahun 1787,surat telah dihantar kepada Kedah yang menyatakan Syarikat Hindia Timur Inggeris tidak akan melindungi Kedah sekiranya diserang.Wang 30,000 peso yang dijanjikan juga tidak ditunaikan oleh Francis Light.Ini menimbulkan kemarahan Sultan Abdullah Mukarram Syah dan baginda telah menyediakan tentera untuk menghalau Bitish daripada Pulau Pinang.Pada 20 Mac 1791,sebanyak 90 perahu daripada Kedah telah berkumpul untuk menyerang Pulau Pinang.British telah bersetuju membayar 10,000 peso dn menghantar 5000 peso pada awalnya dan akan membayar selebihnya jika tentera tersebut ditarik balik.Apabila British tidak membayar 5000 peso lagi Sultan Kedah telah menghantar wakil untuk berunding dengan British.Dalam pada itu,Francis Light telah menhantar kapal Dolphin,Princess Augusta,Valiant serta 4 buah kapal lainnya untuk menyerang Kedah.Disebabkan kurang bersedia,pasukan Kedah telah tewas dan terpaksa berundur ke Seberang Prai dan diserang lagi sehingga memaksa Sultan Kedah menandatangani perjanjian pada 1 Mei 1791 dan menerima bayaran 6000 peso setahun.
    Selain peristiwa diatas,jurnal/artikel/kertas kerja ini juga turut membawakan tentang peristiwa serangan Siam melalui Raja Ligor pada 1821.Pada 12 November 1821 seramai 7000 tentera Siam dibawah pimpinan Raja Ligor telah berlepas dari Trang dan mendarat di Kedah atas alasan mendapatkan bekalan makanan untuk menentang Burma.Namun serangan mengejut telah dilakukan sehingga menyebabkan Kedah berjaya ditawan.Pada masa itu,Sultan Ahmad Tajudin Kedah tidak berada di Istana tetapi berada di Kuala Muda bagi menggali terusan disana.Bendahara dan Laksamana cuba melawan tetapi disebabkan tiada persediaan mereka telah tewas dengan mudah.Baginda Sultan telah berundur ke Seberang Prai dan seterusnya ke Pulau Pinang.Serangan itu bertujuan untuk menangkap Sultan Kedah.Dalam serangan itu,ramai orang lelaki telah dibunuh dan wanita dan kanak-kanak lebih kurang 1000 orang telah dibawa ke Bangkok untuk menjadi hamba raja,wagna dan menteri Siam.
    Selepas serangan terbabit,Chao Phraya Ligor telah meletakkan 2 orang anaknya iaitu Phya Nuri Saknuton dan Phya Sina Nunchit untuk mentadbir Kedah dan disahkan jawatan oleh Rama 111 pada tahun 1826.British telah cuba menyelesaikan kes ini dengan mengahantar John Crawford ke Siam bagi membuat perjanjian namun gagal.Pada 1826,satu lagi utusan telah dihantar ke Siam iaitu Henry Burney yang mana telah berjaya menandatangani perjanjian yang berat sebelah dengan Siam.
    Namun begitu,penaklukan Siam keatas Kedahh telah menimbulkan beberapa siri penentangan oleh warga Kedah.Pada 1826,Tunku Kudin atau nama sebenarnya Syed Zainal Abidin iaitu anak saudara Sultan Tajudin Halim Syah bersama dengan Tunku Long Putih yang merupakan saudara ipar Sultan dan juga Tunku Sulaiman telah melancarkan serangan keatas Siam di Kuala Kedah namun gagal.
     Pada 1829,berlaku sekali lagi penentangan oleh orang Kedah yang diketuai oleh Tunku Kudin yang turut melibatkan kebanyakan pembesar Kedah pada masa itu.Namun serangan kali ini pun gagal.Sultan Ahmad Tajudin juga pernah merancang serangan keatas Siam namun terpaksa dibatalkan kerana surat tentang perkara tersebut telah diketahui oleh Siam.
    Pada 1930,berlaku sekali lagi serangan keatas Siam dimana turut diketuai oleh Tunku Kudin.Seramai 5000 orang menyertai perang ini termasuklah 80 orang tentera sepoi.Dalam serangan ini,Siam terpaksa mengundurkan tenteranya Namun mereka yang terlibat dalam serangan ini telah dianggap sebagai lanun.Chao Prhya Ligor yang menyetahui perkara ini telah mengahantar 7,500 tentera bersama 3000 ekor gajah berangkat ke Siam.Dalam serangan Siam keatas Kota Kuala ini seramai 50 orang Melayu telah mati termasuk Tunku Kudin.Mayat Tunku Kudin telah dipotong kepala dan dibawa ke Bangkok.Serangan Siam kali ini mendapat bantuan British.
    Walaupun berlaku beberapa siri penentangan di Kedah namun kebanyakan penentanagn itu bukanlah secara besar-besaran dan mudah untuk diatasi oleh pihak Siam.Penentangan yang paling hebat dalam waktu ini berlaku dibawah pimpinan Tunku Muhammad Saad.Semboyan jihad telah diseur dan penduduk Kedah digesa untuk berkumpul di Sungai Merbok.Antara yang membantu Tunku Muhammad Saad ialah Dato Muhammad Ali dari Langkawi,Tunku Muhammad Taib dan Tunku Muhammad Arkid dari Setul,Syed Husin dan Wan Mohammad Arsyad dari Kayang,Tunku Abdullah,Tunku Sulaiman,Bomoh Idris dari Perupok,Dato Syahbandar Wan Daud dari Pulai,Dato Madi dari Bandar Baru dan turut disertai oleh ulama tasauf yang terkenal di Tanah Melayu iaitu Syeikh Abdul Samad al Palembangi.Dato Panglima Bukit Gantang turut menghantar 100 orang dan 5 buah perahu dan usaha membantu Kedah.
    Angkatan perang ini,berjaya menawan Kedah dan memukul mundur pasukan Siam.Serangan diteruskan oleh Tunku Muhammad Saad berjaya menawan Setol.Dalam pada itu,Bangkok telah menuduh British membantu penentangan di Kedah ini.Serangan mereka ini berjaya sampai ke Hadyai.Namun apabila serangan balas dilakukan oleh Chao Phya Ligor dan Chao Phya Senggora,mereka telah tewas dan Syeikh Abdul Samad al Palembangi telah terkorban.Sebagaimana penentangan sebelumnya,pada penentangan kali ini juga British telah membantu Siam.Namun penentangan yang berlaku ini telah menyebabkan Siam meletakkan Tengku Anum sebagai Gabenor di Kedah.Kedah telah dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Kedah,Perlis,Kubang Pasu dan Setul-Lingu.Sultan Ahmad Tajudin Halim Syah dibenarkan kembali ke Kedah dan mentadbir Kedah pada 1842.
     Selain peristiwa diatas Abdullah Zakaria bin Ghazali turut membawakan peristiwa konflik yang berlaku antara Pembesar Melayu Kedah dengan Pegawai British.Krisis ini melibatkan sebelum dan selepas perjanjian Bangkok 1909.Sebelum perjanjian Bangkok 1909,Kedah telah berhutang dengan Siam dan seorang pegawai Siam yang berbangsa Inggeris telah diletakkan untuk memantau kewangan negeri Kedah.Keadaan kewangan Kedah yang sebelum itu telah kering selepas berlangsungnya perkahwinan 5 orang putera dan puteri Kedah yang berlangsung selama selama 3 bulan pada 1904.Krisis ini berlaku hanya disebabkan tafsiran mengenai tugas penasihat kewangan yang dihantar oleh Siam namun tiada pertumpahan darah yang berlaku.
    Konflik di Kedah berlaku apabila perjanjian Bangkok ditandatangani oleh Siam dan British tanpa penyetahuan Kedah.Kedah telah memfailkan bantahan melalui peguam Adam Athur dan Adam Athur telah menulis surat kepada Penang Gazzate mengenai perkara itu.Dalam pada itu,Sultan Abdul Halim Kedah telah menghantar surat kepada Putera Damrong mengenai jajahan Kedah yang dimasukkan kedalam wilayah Siam.Hubungan Goerge Maxwell dengan Pembesar Kedah tidaklah baik apabila Goerge Maxwell memotong elaun putera dan puteri Sultan yang berumur bawah 15 tahun.George Maxwell juga mengsyaratkan bahawa surat rasmi kerajaan mesti melalui Residen Jeneral.Goerge Maxwell juga tidak memasukkan nama Kedah dalam surat rasmi tanpa merujuk Majlis Musyuarat Negeri.Pembesar Kedah turut mempertikaikan Goerge Maxwell mengibar bendera British di kediamannya kerana undang-undang British tidak terpakai di Kedah.Pergeseran juga berlaku apabila Sultan Abdul Halim gering dan mengenai bidang kuasa Pemangku Raja yang disandang oleh Tunku Ibrahim.
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters