Pengikut

Sabtu, Mac 27, 2010

kem remaja islam ( Keris ) anjuran KHAR

sekadar iklan sahaja

majlis ilmu

SYARAHAN PERDANA BERSAMA ULAMA BERKETURUNAN RASULULLAH.





SEMUA DIJEMPUT KE
SYARAHAN PERDANA
BERSAMA ULAMA BERKETURUNAN RASULULLAH.

- BERTAJUK:
"ISLAM ANTI TERRORIST" .

- PENCERAMAH:
DR. SYEIKH SALIM ALWAN AL-HASANIY.

- JAWATAN:
PENGERUSI MAJLIS TERTINGGI ISLAM AUSTRALIA.

- KETURUNAN:
BERKETURUNAN NABI MUHAMMAD DARI SILSILAH CUCU BAGINDA SAIDINA HASAN.

- KEPAKARAN:
ILMU AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH & ILMU HADITH NABAWI.

- KITAB TERBARU BELIAU:
TAFSIR ULIN NUHA FI SYARHI AYAT ARRAHMAN 'ALAL 'ARSYI ISTAWA.

- SUMBANGAN DALAM DIDIKAN DAKWAH:
MEMPUNYAI ANAK MURID DI SELURUH DUNIA TERUTAMA DI ASIA & PEMILIK IJAZAH KUTUB SAB'AH (KITAB-KITAB HADITH NABAWI).

- BELIAU JUGA ADALAH PEMEGANG AMANAH KESAN NABI MUHAMMAD SEPERTI RAMBUT DAN KESAN-KESAN (AATHAR) NABI MUHAMMAD YANG LAIN.
___________________________________________________


JADUAL CERAMAH-CERAMAH BELIAU DI MALAYSIA PADA TAHUN 2010M ADALAH SEPERTI BERIKUT:


1- 29/03/2010M (ISNIN) SELEPAS MAGHRIB,
BERTEMPAT DI SELANGOR:
MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR (MASJID NEGERI SELANGOR).
_______________________________________

2- 30/03/2010M (SELASA) SELEPAS MAGHRIB,
BERTEMPAT DI KUALA LUMPUR:
MASJID AMANIAH KEPONG, KUALA LUMPUR.
_______________________________________

3- 31/03/2010M (RABU) SELEPAS MAGHRIB,
BERTEMPAT DI PAHANG:
MASJID BESAR ASY-SYAKIRIN, MARAN PAHANG.
_______________________________________

4- 1/4/2010M (KHAMIS) SELEPAS MAGHRIB,
BERTEMPAT DI PAHANG:
MASJID TOK SIRA, KUANTAN PAHANG.
________________________________________

5- 2/4/2010M (JUMAAT) PAGI HINGGA MALAM,
BERTEMPAT DI KELANTAN.
________________________________________


* PENCERAMAH ADALAH MEMPUNYAI TAULIAH
+ TERJEMAHAN KE BAHASA MELAYU DISEDIAKAN.

Jika ada apa-apa kemusykilan dan mahu info terbaru sila hubungi :

019-3801979

Sabtu, Mac 20, 2010

TANZIM ALUMNI SEMEKAR

   Alhamdulillah setelah lama perjumpaan tidak menjadi akhirnya pada malam tadi iaitu pada 19.03.2010 kami akhirnya berjaya membuat tanzim bagi alumni semekar di upsi ini yang memakai motto Dari sekolah Ke Sekolah.
Secara keseluruhan hanya seorang dari 8 orang yang tidak hadir kerana ada urusan yang penting.Kami terdiri dari KERI,POKLOH,PEJO JONGAN,UYU,CHE ANI,WAHIDAH DAN ESOH TADIKA.Kami sebulat seara telah melantik Keri selaku pengerusi pertama Alumni di sini.Penolong di sandang oleh Che ani dan setiausaha oleh uyu..Tetamu istimewa juga telah tiba dari klang iaitu kawan lama syahrazan..

SENARAI TANZIM



( SYUKRI selaku Pengerusi pertama )
( Nor Najihah Selaku Timbalan Pengerusi )
( Nurul Azira selaku Setiausaha )
( Syahrazan selaku tetamu )
   Alhamdulillah dengan adanya tanzim ini diharapkan rakan sekalian mampu mejalankan tugas dengan baik dan lebih aktif dalam meningkatkan ukhwah sesama rakan lama..InsyaAllah Taala..



Rabu, Mac 17, 2010

tok Janggut pejuang Sufi




Perjuangan sebenar Tok Janggut cuba dinafikan penjajah,malah istilah perjuangan ‘jihad’ itu ditukar kepada ‘penderhakaan kepada raja’ dan ‘pemberontakan melawan Inggeris’.Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama pejuang jihad ini dengan meletakkan nama ‘Tok Janggut’ kepada Haji Mat Hassan Bin Panglima Munas yang merupakan seorang ulama dan pendekar sufi yang pernah menjadi murid bersama Tok Kenali kepada Tokku Paloh dan beliau juga adalah murid kepada Sheikh Wan Ahmad Al-fathani semasa menuntut di Mekah.Ini adalah kerana Inggeris ingin memperlekehkan perjuangan suci Tok Janggut untuk membela agama,bangsa dan negara.

Gelaran tok janggut iaitu satu jolokan atau ejekan kepada seorang tua yang menyimpan janggut panjang ini sudah cukup untuk menutup kebenaran sejarah perjuangan bangsa kita menentang penjajah.Jika tidak ,nama baik dan maruah Inggeris akan terjejas sebagai kuasa besar dunia.Oleh itu manusia bernama Tok Janggut ini harus dibunuh dengan apa cara sekalipun dan pengaruhnya perlu dihapuskan di muka bumi melayu ini. Apabila tokoh yang juga ulama itu dibunuh, mereka sedar yang ‘aura perjuangan’ Hj Mat Hassan juga perlu dihapuskan bagi mengelakkan peristiwa itu berulang.Tidak cukup dengan itu mereka menjalankan perang saraf pula untuk terus memburukkan nama Hj Mat Hassan sehinggalah beliau dilabel sebagai penderhaka, pemberontak dan pengkhianat negara.

Hj mat Hassan atau Tok Janggut dilahirkan di Kampung Saring, daerah Jeram,Pasir Puteh , Kelantan pada tahun 1850. Ayahnya ,Panglima Munas adalah seorang panglima istana yang setia kepada raja.Dia turut dibesarkan dalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram dan beliau juga adalah seorang pendekar yang mewarisi darah dan bakat ayahandanya iaitu seorang panglima raja.

Setelah pengisian ilmu fizikal dan bela diri sudah dikuasai sepenuhnya,beliau merantau pula untuk belajar ilmu agama hingga ke Makkah. Beliau pernah berguru dengan Syeikh Wan Ahmad Al-Fathani. Tahukah kita siapa Syeikh Wan Ahmad Al-Fathani ini? Beliau adalah merupakan guru agama bertaraf wali kepada hampir seluruh ulama nusantara ini pada masa itu!Hebatnya beliau ialah kerana beliau adalah orang melayu yang telah diiktiraf menjadi guru agama mengajar di Makkah kerana ketinggian ilmunya! selain itu Syeikh Ahmad ini merupakan pengasas kepada persatuan orang Melayu di luar negara iaitu Jami’atul Fathaniyah di Mekah dan dilantik oleh Sultan Abdul Hamid II sebagai Ketua Jawatankuasa Percetakan Kerajaan Othmaniyyah. Malah beliau juga dianugerahkan kerakyatan Uthmaniyyah pada 1889.

Sebenarnya penjajah ketika itu amat gerun dan takut kepada ulama atau haji yang baru pulang dari Makkah atau negara timur tengah.Gerak geri dan tindak tanduk mereka sering diperhatikan dan dikaji apatah lagi perhatian yang serius perlu diberikan kepada Hj Mat Hassan ini yang pulang membawa amanah jihad gurunya perlu dihapuskan segera.Di Indonesia,Orientalis barat seperti Dr. Christian Snouck Hugronje telah membuat satu penyelidikan khusus bagi mendalami amalan agama dan adat budaya masyarakat setempat khususnya di Acheh.

Hasil dari penyelidikan Snock Hugronje, beliau mengatakan:

“Belanda tidak perlu takut kepada pengaruh Haji Indonesia kerana mereka hanya pulang dengan serban, iaitu simbol Haji semata-mata dan tidak semestinya bersikap benci kepada orang kafir. Tetapi jika mereka pulang dengan ilmu pengetahuan Islam sebagai satu cara hidup lengkap, termasuk politik maka kelompok Haji ini mesti diawasi oleh pihak penguasa….”


Betapa hebatnya pengaruh orang bergelar ‘Haji’ ketika itu sehinggakan pihak British mengeluarkan arahan memaksa Sultan Kelantan iaitu Sultan Muhammad IV mengeluarkan titah perintah melarang rakyat (yang dikalangannya terdapat ramai ulama) menyokong kerajaan Turki Uthmaniyyah. Malah British juga memaksa mufti Kelantan ketika itu mengeluarkan satu surat sokongan supaya menyokong kerajaan British dalam peperangan!


Ketika Hj Mat Hassan atau Tok Janggut berusia 52 tahun dan masih menuntut di Makkah, Patani dikuasai Siam. Gurunya, Syeikh Wan Ahmad yang berasal dari Patani memberi amanat supaya muridnya itu pulang, berikhtiar dan berjuang untuk membebaskan tanah jajahan Patani yang dikenali sebagai Serambi Makkah itu. Ketika itu, Inggeris juga mula melebarkan penjajahan mereka ke negeri Melayu di utara dan timur Semenanjung selepas berjaya menguasai negeri di pantai barat Semenanjung. Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam.

Hj Mat Hassan pulang ke kampung halamannya di Kelantan pada tahun 1910, tatkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota Bharu tidak terdaya melawan Inggeris. Dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Siam 1909, Kelantan telah jatuh di bawah naungan kerajaan Inggeris. Kelantan pada masa itu dibawah pemerintahan Tuan Long Senik Mulut Merah dengan gelaran Sultan Muhamad Shah IV. Pada 22 Oktober 1910, kerajaan Inggeris telah membuat perjanjian dengan kerajaan Kelantan. Semenjak itu bermulalah campur tangan kerajaan Inggeris di Kelantan. Pihak kerajaan Inggeris juga memperkenalkan institusi pentadbiran baru seperti Balai Polis dan Mahkamah di peringkat daerah termasuk juga di daerah Pasir Putih yang sebelumnya dikenali sebagai Pangkalan Limbungan. Sebelum kedatangan Inggeris, daerah tersebut ditadbir oleh seorang pembesar kerajaan Kelantan yang dikenali dengan gelaran Seri Maharaja Tua.Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui oleh orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk tempatan.


Pada tahun 1914, seorang wakil Inggeris yang berasal dari Singapura bernama Abdul latiff telah dilantik menjadi Ketua Daerah di Daerah Pasir Putih. Abdul Latiff telah menguatkuasakan semua undang-undang cukai Kerajaan Kelantan iaitu agenda Inggeris termasuk tiap-tiap seorang dikenakan cukai kepala RM1.00 setahun, pokok buah-buahan 12.5 sen sepokok, pokok kelapa 3 sen sepokok, sirih 5 sen sejunjung, kerbau dan lembu 20 sen seekor, anjing dan babi 50 sen seekor, pokok kayu keras seperti tembusu, medang dan lain-lain yang boleh dijadikan bahan binaan rumah RM1.00 sepokok, hasil tanah 60 sen seekar. Penduduk yang enggan membayar cukai dikenakan hukuman denda atau penjara.


Pada pendapat saya Abdul Latif yang dihantar oleh Inggeris khas dari Singapura ini mungkin seorang talibarut Inggeris atau mungkin hamba The Hidden Hand,semata-mata untuk mencetuskan isu atau api kemarahan penduduk dengan memperkenalkan sistem cukai yang tinggi dan tidak munasabah.Bila api kemarahan tercetus,maka senanglah Inggeris menjalankan agendanya yang tersembunyi dengan alasan untuk menyelesaikan isu pemberontakan dan dalam masa yang sama mengambil kesempatan untuk membunuh Hj Mat Hassan atau Tok Janggut yang menjadi satu ancaman besar dan amat merbahaya bagi mereka.

Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu. Pada mulanya Tok Janggut dan pengikutnya turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati.Ini adalah kerana beliau cuba taat pada perintah raja ketika itu.Namun ,setelah melihat penindasan kepada rakyat selepas kerajaan kelantan menjalankan sistem sistem yang diperkenalkan Inggeris,semangat perjuangannya mula membara lalu beliau menawarkan diri kepada Ungku Besar Jeram untuk menubuhkan barisan menentang penjajah itu.


Hj Mat Hassan ketika itu,juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman. Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Ogos 1914. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi England dalam peperangan itu.

Keputusan Kerajaan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia Pertama mengecewakan Hj Mat Hassan kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya. Sebagai reaksinya, British telah mengeluarkan enakmen MELARANG akhbar-akhbar tempatan dari menyiarkan berita mengenai peperangan antara British dengan Turki Utmaniyyah pada 21 November 1914.


Kekacauan di Pasir Putih bermula apabila pejabat jajahan mengambil masa tiga hari untuk mengutip hasil kerana hanya ada seorang petugas hingga menyukarkan orang kampung. Berikutan itu, Hj Mat Hassan memutuskan untuk tidak membayar cukai dan memulakan kempen penentangan. Keengganan membayar cukai tersebut menyebabkan Tok Janggut dan pengikutnya disaman oleh pemerintah Pasir Putih dan dikehendaki hadir ke mahkamah di Pasir Putih. Tetapi Tok Janggut dan pengikutnya enggan hadir ke mahkamah .Disebabkan tidak sanggup menahan derita, ramai penduduk menyebelahi Tok Janggut dan kesedaran membela agama, bangsa dan tanah air itulah menjadi prolog kisah perjuangannya.

Ramai yang tidak tahu,sebenarnya masih ada lagi sebab utama mengapa Hj Mat Hassan atau Tok Janggut dan pengikutnya bangkit menentang penjajah.Sebab itu ialah apabila Pihak Inggeris memperkenalkan satu sistem pemilikan tanah yang baru iaitu Sistem Pemilikan Tanah Torrens menggantikan Undang-Undang Tanah Tradisional Melayu yang sudah sedia ada.Pada zaman pemerintahan Sultan Mansur sebelum Sultan Muhammad IV yang memakai gelaran Sultan Muhammad III,baginda merupakan seorang sultan yang taat beragama dan warak. Baginda termasuk umara’ yang mendampingi ulama. Antaranya adalah, Haji Abdul Malik Sungai Pinang, Tok Ku Syed Hakim@Syed Muhammad bin Syed Alwi, Imam Haji Nik Wan Daud, Imam Haji Abdullah, Imam Haji Mahmud Tuan Padang, Haji Muhammad Ta’, Haji Ismail Langgar, Haji Daud Kampung Menuang, Haji Taib anak Tuan Padang dan Haji Nik Abdul Rahman Dakwat.

Sultan Mansur Syah telah menguatkuasakan perlaksanaan undang-undang SYARAK dalam acara guaman sama ada jenayah ataupun mal. Selain perlaksanaan undang-undang hudud ke atas pencuri dan qisas ke atas pembunuh, baginda juga menguatkuasakan undang-undang ta’zir ke atas orang-orang yang tidak berpuasa dan perempuan yang tidak menutup aurat.Sebenarnya HUKUM HUDUD telahpun berjalan pada masa itu di Kelantan.Sesungguhnya, zaman Sultan Mansur merupakan suatu zaman gemilang dalam sejarah perundangan Islam dan kehidupan keagamaan rakyat negeri Kelantan. Daulat Tuanku.

Kelantan menerima pengaruh British yang bertindak sebagai penasihat semenjak tahun 1903 namun British terlibat secara lansung dalam pentadbiran Kelantan selepas 1910 setelah Kelantan membantah Perjanjian British-Siam 1909.

Campurtangan British dalam pentadbiran Sultan Muhammad IV menyaksikan British memperkenalkan peraturan baru. Antaranya adalah Sistem Pemilikan Tanah Torrens! Bilamana sistem ini diperkenalkan, secara automatiknya ia menolak undang-undang tanah tradisional Melayu iaitu undang-undang tanah mengikut ISLAM!!, iaitu berdasarkan prinsip ihya(usaha) dan thajir(tanda). Maka pengenalan sistem tanah baru iaitu Sistem Torrens itu sekaligus MENOLAK undang-undang Islam!

Cuba kita fikirkan bersama,bila satu sistem yang telah sekian lama berjalan mengikut hukum islam dan sudah diterima pakai oleh rakyat cuba diubah atau dihapuskan terus oleh penjajah ,maka apakah reaksi Ulama seperti Hj Mat Hassan dan rakyat kelantan yang lain ?Oleh itu,sebenarnya perjuangan Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya bukan setakat menentang cukai yang tinggi tapi yang lebih penting daripada itu adalah perjuangan MENENTANG PENGHAPUSAN UNDANG-UNDANG ISLAM!

Rakyat mula membantah cadangan British ini. Surat-surat bantahan dihantar oleh rakyat kepada pihak berkuasa. Salah satunya, datang dari penduduk Kampung Cherang Tuli iaitu sebuah kampung dari daerah Pasir Puteh.Ia merupakan salah sebuah kampung yang terlibat dalam kebangkitan ini. Nah, lihatlah sendiri, penentangan ini BUKANLAH penentangan cukai semata-mata,tetapi adalah perjuangan jihad MENENTANGAN PENGHAPUSAN UNDANG-UNDANG ISLAM!

Pada 29 April 1915, Hj Mat Hassan bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib mengenai strategi menentang Inggeris dan memutuskan mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh dan mengisytiharkan jajahan itu merdeka. Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang berasal dari Singapura iaitu Abdul Latiff, yang kemudian mengeluarkan waran kepada Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman, untuk menangkap Hj Mat Hassan.


Sarjan Che Wan Sulaiman yang diiringi 6 orang anggota polis bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29 April 1915 bagi memaksa Hj Mat Hassan menyerah diri. Ketika tiba di kampung itu, Hj Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata. Tok Janggut bersetuju mengikut polis ke pejabat jajahan untuk memberi penjelasan mengenai tindakannya. Layanan polis terhadapnya ketika itu menyebabkan timbul persengketaan. Beliau tidak setuju polis berjalan di belakangnya kerana kelihatan seolah-olah dia menjadi seorang pesalah dan mereka mengawal tindakannya daripada melarikan diri ,sebaliknya beliau mahu polis berjalan seiring atau di hadapannya. Bagaimanapun polis tetap berkeras menyebabkan pergaduhan berlaku lalu Hj Mat Hassan menikam Sarjan Che Wan dengan kerisnya sehingga mati. Melihat peristiwa tersebut, polis yang lain tidak berani melawan dan telah dibiarkan pergi oleh Tok Janggut setelah merampas senapang mereka.Itulah permulaan peperangan antara Tok Janggut dengan Inggeris.Jika kita semua dapat menyaksikan semula bagaimana hebatnya pendekar sufi pada usia 65 tahun ini menumpaskan seorang sarjan yang lengkap bersenjata itu,maka kita pasti merasa bangga!Apa tidaknya ,anggota polis yang seramai 6 orang lagi itu pun turut kecut perut bila melihat ketua mereka ditumpaskan dengan mudah oleh Tok janggut.

Tok janggut dan pengikutnya bergerak ke Pasir Puteh menyebabkan pegawai Inggeris di jajahan itu melarikan diri menggunakan bot ke Kota Bharu. Tok Janggut berjaya menawan Pasir Puteh dan menubuhkan pentadbiran sendiri dan beliau di isytihar Ketua Menteri dan Ungku Besar Jeram atau Tun Ahmad sebagai Raja. Haji Said menjadi Timbalan Perdana Menteri, Penghulu Adam menjadi Syahbandar dan Ishak menjadi Ketua Daerah. Perkembangan di Pasir Puteh membimbangkan pihak istana di Kota Bharu kerana sebelum ini sultan sudah memberi jaminan bertulis kepada Inggeris akan memastikan kekacauan tidak berlaku di Kelantan.

Pihak Inggeris telah menghasut dan melaporkan kepada Sultan bahawa Tok Janggut dan rakan-rakannya telah memberontak dan sedang menuju ke istana bagi merampas takhta. Pihak Inggeris turut menghalang Tok Janggut daripada menghantar utusan bagi menerangkan perkara sebenar kepada Sultan. Sultan Muhammad IV sangat murka terhadap Tok Janggut dan rakan-rakannya yang dianggap oleh Baginda sebagai orang yang menderhaka. Baginda telah mengeluarkan titah sesiapa yang dapat menangkap salah seorang daripada Engku Besar Tun Ahmad, Tok Janggut, Haji Said, Ishak dan Penghulu Adam akan diberi wang hadiah sebanyak RM 500.00. Harta benda Tok Janggut dan rakan-rakannya akan dirampas dan rumah mereka akan dibakar. Setelah mendengar titah tersebut, Tok Janggut dan rakan-rakannya telah menetapkan tidak mahu menyerah diri dan telah bersiap sedia dengan membuat sebuah kubu di Kampung Saring yang dikenali sebagai Batas Besar Kubu Tok Janggut.


Apabila Sultan Muhammad IV mendengar persiapan perang Tok Janggut, Baginda telah bermesyuarat dengan pembesar negeri termasuk juga Penasihat British dan mesyuarat telah mengambil keputusan untuk meminta bantuan kerajaan Inggeris untuk menghadapi ancaman Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya.

Ada juga di antara pakar sejarah kita yang cuba membuat kesimpulan bahawa motif utama penentangan Tok Janggut ialah kerana inginkan pangkat dan kuasa,malah penentangannya adalah secara setempat dan merupakan satu siri pemberontakan terpencil dan bukan menyeluruh juga tidak tepat.Ini adalah kerana pada waktu itu umur beliau sudah memasuki usia senja iaitu 65 tahun.Lagipun tawaran serta ganjaran wang RM500.00 pada tahun 1915 adalah satu ganjaran yang cukup lumayan jika kita bandingkan nilainya pada masa kini.Apalah gunanya Tok janggut berjuang menghabiskan sisa sisa kudratnya semata-mata untuk mendapatkan pangkat dan nama pada umur 65 tahun itu sedangkan kita tahu tugas dan amanah gurunya Sheikh Wan Ahmad semasa di Makkah yang dipikulnya untuh membebaskan Patani serambi Mekah adalah satu perjuangan jihad dan sememangnya itulah cita-cita terakhir perjuangannya.

Apakah perjuangan Tok Janggut ini adalah perjuangan peringkat kampung atau dia hanya seorang jaguh kampung dan sifatnya terpencil sedangkan Inggeris telah menghantar tenteranya dengan satu kapal perang yang lengkap dengan segala persiapan perang dari Singapura.Cuba-cubalah kita fikirkan bersama mengapa British mengarahkan kapal H.M.S Calmus mengawal Kuala Semerak. Mengapa harus mengawal perairan? Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menghalang bantuan asing tiba.Pada pendapat anda dari manakah bantuan asing itu akan tiba?.Jika kita kaji sejarah,ada dicatatkan bahawa Sultan Muhmmad IV juga pernah mengatakan bahawa tentera Jerman mesti menang dalam peperangan dengan British.Apakah makna tersirat disebalik kata-kata Sultan itu?.Bukankah tentera Jerman adalah sekutu Turki?.Maka dapat kita simpulkan disini bahawa Sultan Kelantan sebenarnya waktu itu menyokong Turki dalam diam-diam.Sebab itulah Inggeris tidak percaya dan meragui Sultan untuk menangkap atau membunuh Tok Janggut,lalu mereka menghantar pasukan tentera mereka sendiri dari Singapura untuk menghapuskan Tok Janggut.

Malah, menurut Wells, ketika beliau sedang mengukur keluasan Sungai Kelantan dengan tujuan untuk membina stesyen kereta api di tebing sebelah Kota Bharu. Ketika itu, Sultan Terengganu mudik dari kuala ke Kota Bharu. Kapal Sultan Terengganu telah melanggar bot peralatan mengukur Wells dan salah satu bot yang digunakan terbalik meskipun Wells telah berusaha supaya kapal Sultan itu mengelaknya. Sultan Terengganu tersenyum sahaja ketika kapalnya bertindak demikian. Wells juga mengatakan yang Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu selalu bertemu dan kedua-duanya tidak menyukai British.Apakah maksud yang tersirat dari Perbuatan Sultan Trengganu itu?.Adakah dengan sebab itu Inggeris telah menghantar pasukannya untuk mengawal Kuala Semerak? Mungkin mereka takut Sultan Terengganu menghantar tentera mereka melalui jalan laut untuk membantu perjuangan Tok Janggut di Kelantan.Kesimpulanya,Tok Janggut bukan hero kampung sebenarnya,malah dia adalah seorang pejuang jihad yang mempunyai satu agenda besar di Nusantara ini untuk menentang penjajah.Beliau bukan orang sembarangan,kalau tidak, masakan amanat untuk membebaskan Patani Serambi Mekah oleh gurunya Sheikh Wan ahmad ketika di Makkah terpikul dibahunya.Dia sebenarnya adalah calon paling sesuai waktu itu,namun sayang perjuangannya itu tidak kesampaian kerana akhirnya Sultan dan pembesar negeri sendiri sudah termakan umpan dan hasutan penjajah.

Sejurus selepas berunding dengan Langham-Carter, Sultan Muhammad ke-IV mengarahkan Datuk Menteri Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia Nik Mahmud Ismail bertolak ke Pasir Puteh untuk berunding dan mereka meminta bantuan Datuk Imam Lebai Kadir. Ungku Besar dan Tok Janggut menjelaskan kepada Datuk Imam Lebai Kadir bahawa beliau dan pengikutnya tidak berniat menderhaka tetapi bertujuan menghalau Latiff yang dianggap sebagai penindas.


Atas cadangan Penasihat British dan muslihatnya yang licik serta sokongan Datuk Bentara Setia dan Datuk Menteri, Sultan Muhammad ke-IV memutuskan untuk menangkap Tok Janggut dan pengikutnya atas kesalahan menderhaka.


Langham-Carter tidak yakin dengan kemampuan Sultan menghadapi kebangkitan Tok Janggut, selain mengesyaki baginda dan beberapa pembesar seperti Tengku Chik Penambang bersimpati dengan Tok Janggut. Beliau meminta Gabenor Singapura Sir Arthur Henderson Young menghantar bantuan tentera ke Kelantan dan seramai 239 askar Inggeris dihantar ke negeri itu pada 3 Mei 1915. Bagaimanapun pengikut Tok Janggut mengambil keputusan bijak dengan tidak berdepan pasukan Inggeris yang mempunyai kelengkapan senjata itu. Sebaliknya, mereka bersembunyi dan selepas seminggu, tentera Inggeris terpaksa kembali ke Singapura pada 17 Mei 1915.

Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan kembali menguasai Pasir Puteh, Inggeris kembali membawa masuk 100 orang tentera Sikh dan sukarelawan melayu. Setelah gagal sekali lagi untuk menemui Tok Janggut dan rakan-rakannya, askar tersebut telah mengambil tindakan merampas harta benda, membinasakan sawah padi serta membakar rumah penduduk di Jeram, Pasir Putih termasuk rumah Tok Janggut, Haji Said dan Ishak.Tindakan jahat itu mencetuskan kemarahan Tok Janggut lalu mereka pun menyerang khemah tentera di Pasir Puteh pada jam 3 pagi, 24 Mei 1915. Langham-Carter, Pepys, AG Maxwell dan beberapa pegawai Inggeris pula memimpin pasukan Malay State Guides memburu kumpulan Tok Janggut dan menggeledah rumah Khatib Abu Bakar di Kampung Merbol kerana mengesyakinya bersembunyi di situ. Khatib Abu Bakar cuba menghalang askar Sikh daripada mencerobohi rumahnya dan akibatnya beliau ditikam mati.

Askar Inggeris telah menyerang kubu tersebut yang menyaksikan pasukan Tok Janggut berjuang bermati-matian menghadapi serangan tersebut. Antara pejuang yang bersama Tok Janggut pada hari itu ialah Abbas Berani, Hassan Harimau, Awang Ngah dan Abdul Rahman Anak Kerbau. Pasukan Tok Janggut dan tentera Inggeris bertembung di Kampung Dalam Pupoh tidak jauh dari Kampung Merbol dan dengan laungan “Allahu akbar!”, Tok Janggut dan pasukannya bertempur hebat.

Akhirnya askar Inggeris yang lebih terlatih dan berpengalaman serta lengkap dengan peralatan perang yang moden, berjaya menewaskan pasukan Tok Janggut. Tok Janggut sendiri telah gugur manakala Engku Besar Tun Ahmad, Haji Said dan Ishak telah melarikan diri ke Reman di Selatan Siam.Ada pelbagai versi atau cerita kematian Tok Janggut ini.Ada yang mengatakan bahawa rahsia kekebalan diri Tok janggut ini dibocorkan kepada penjajah iaitu beliau hanya boleh dibunuh pada waktu malam sahaja.Cerita ini benar atau tidak,saya pun tidak pasti.Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung dengan kaki ke atas, kepala ke bawah beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan,Tumpat Kelantan.

Inilah satu kebenaran sejarah perjuangan yang pahit.Penghinaan dan kebiadaban penjajah dan para pembesar negeri iaitu pengkhianat bangsa yang bersekutu dengan Inggeris telah memperlakukan jenazah Hj Mat Hassan atau Tok Janggut yang mati syhid itu sedemikian rupa.Gambarnya dirakam oleh penjajah dan di abadikan dalam perpustakaan mereka iaitu di Bodleian Library,Oxford University,UK ,telah dijadikan contoh dan bukti kehebatan kononnya mereka dapat menghapuskan musuh-musuh politik mereka di Nusantara.

Dari blog SANGTAWAL

Isnin, Mac 15, 2010

hikayat Malayisa

Ramai rakyat Malaysia sendiri tidak tahu akan sejarah negara sendiri.Jika ditanya tentang sejarah negara mereka mesti terkebil-kebil untuk menjawabnya..Berbanding dengan negara yang terkehadapan dari segi pembangunan kita agak terkebelakang dari pengetahuan sejarah sedangkan sejarah merupakan satu aspek penting dalam nilai sesebuah bangsa...

















Rabu, Mac 10, 2010

Syeikh Tantawi wafat



KAHERAH: Ulama tertinggi Islam Sunni, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi, meninggal dunia selepas serangan jantung hari ini, ketika sedang menaiki tangga kapal terbang untuk ke Arab Saudi.

Agensi berita MENA, berkata Sheikh Mohammed, Imam Besar Al-Azhar (kedudukan tertinggi dari segi pembelajaran Islam Sunni), berada di Riyadh bagi menghadiri Majlis Anugerah Raja Faisal.

Televisyen Mesir berkata, tokoh kontroversi Mesir yang meninggal dunia pada usia 81 tahun itu, mengadu dalam kesakitan ketika menaiki kapal terbang awal pagi tadi sebelum rebah di tangga.
Allahyarham kemudiannya dikejarkan ke Hospital Amir Sultan di Riyadh, di mana doktor mengumumkan beliau meninggal dunia.

Sejurus selepas Sheikh Mohammed disahkan meninggal dunia, televisyen di Mesir mula menunjukkan rakaman video masjid Al-Azhar sambil diiringi muzik suram.

Anaknya, Amr Tantawi, berkata berita bapanya meninggal dunia adalah satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.

"Ahli keluarga Allahyarham sudah membuat keputusan, iaitu Allah sudah memilih beliau untuk meninggal di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, iaitu tanah suci kedua Islam Madinah," katanya. - AFP

Isnin, Mac 08, 2010

tangisan fathoni thailand

   Negara Fathoni merupakan satu daulat melayu Islam.Negara ini telah terjajah kepada negara siam pada kurun ke 19 selepas kalah perang melawan siam.Siam hanya berjaya menawan fathoni hanya pada peperangan kali kelima itupun selepas berlaku pergolakan di istana cabang.Fathoni merupakan kerajaan melayu terkuat sejak kerajaan langkasuka lagi.

Selepas siam menakluk patani,4000 orang melayu telah dibawa ke Bangkok untuk menggali sebuah terusan yang dikenali sebagai terusan sejuta derita dengan hanya hanya menggunakan jari sahaja.Selepas perjanjian sempadan 1909,patani telah terletak sepenuhnya dibawah kekuasaan siam.Sebelum itu pada 6 mac 1902,kesultanan melayu patani telah ditamatkan oleh siam dan rajanya yang terakhir tengku kader kamaruddin telah dibawa ke bangkok untuk di penjarakan.Selain petani beberapa kesultanan lain seperti legeh juga telah dipemjarakan.Selepas di bebaskan tengku kamaruddin telah meninggalkan patani dan tinggal ke kelantan sehingga magkat,Pembebasan patani telah diteruskan oleh anak nya tengku mahyudin...Semasa pemerintahan Pribul songram beliau telah melancarkan satu revolusi kebudayaan yang di panggil rattaniyom thai untuk mengbudhakan orang islam dan mengsiamkan orang melayu..Pada masa ini,masjid dibakar,ulama dibunuh dan rakyat patani diperlakukan seperti binatang sahaja,,kemudian perdana menteri telah diganti oleh pridi banomyong dan orang islam kembali aman.Namun selepas 3 tahun sahaja pribul songram kembali merampas kerajaan dan orang islam terus menderita hingga sekarang.Oleh itu,adalah wajar kita orang islam memberi bantuan untuk memerdekakan negara fathoni yang telah terjajah oleh siam/.

Jumaat, Mac 05, 2010

ADAB DENGAN NABI

 

   Sempena maulid Nabi ni,ingin saya masukkan artikel tentang adab dengan Nabi.Ini kerana manusia sekarang semakin  jauh dengan baginda semakin kurang adab dalam berkata dengan Baginda S.A.W.Ada manusia sekarang yang sudah berani menyamakan maqam Nabi dengan makam diri mahupun dengan orang lain sedangkan mereka telah keluar islam tanpa sedar.Saya ambil artikel ini tentang menjaga adab dengan Nabi yang mana sebahagian mereka yang mengaku Islam tetapi tidak mempunyai langsung adab dengan Nabi..


ust ..apakah hukum org yang panggil nabi dengan perkataan "DIA".kalau boleh kemukakan dalil sekali. Tq”

Ustaz Menjawab: Dalam Islam, selain bab akhidah, syariat, di sana ada bab akhlak. Dari Nabi Adam as sehingga Muhammad Saw, tauhid yang dibawa adalah satu, iaitu menyembah Allah swt tuhan yang satu. Selain itu, akhlak juga adalah sama. Dari Nabi Adam as sehingga Muhammad saw semuanya menyuruh melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang dilarang. Tiada satu pun nabi yang keluar dari landasan akhlak mahmudah ini. Akhlak ini adalah sebagai perhiasan dari kita untuk menunjukkan bahawa kita adalah orang yang beradab. 

Contohnya untuk orang lelaki sah sekiranya solat sekadar memakai kain sarung menutupi pusat dan lutut tanpa memakai baju. Tetapi dari segi akhlaknya adalah tidak beradab dengan Allah swt. Sekiranya ada janji temu dengan kekasih maka akan berhias, tetapi kenapa bila mahu bertemu dengan Allah swt dalam keadaan ala kadar sahaja. Begitulah juga adab dengan nabi kita Muhammad saw. Antara adab dengan baginda saw adalah bagaimana mahu memanggil nabi Muhammad saw. Adakah memadai sekadar memanggil nama baginda saw sahaja atau sebaliknya. Firman Allah swt  yang bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyadari. Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar. Sesungguhnya orang-orang yang memanggil kamu dari luar kamar (mu) kebanyakan mereka tidak mengerti.               (Qs. Al-Hujarat 49 : 2-4)

Dalam ayat tersebut Allah mengajarkan adab yang mulia kepada kaum mukminin, iaitu berupa larangan mengangkat suara keras di hadapan Rasulullah Saw, baik dalam mengucap salam atau selawat kepadanya, atau sedang membicarakan sesuatu yang lain. Ini adalah penghormatan dan pengagungan terhadap kedudukan baginda saw, sebab mengangkat suara di hadapannya bererti tidak menjaga rasa hormat kepadanya.Dalam surat An-Nur 24 : 63 Allah swt berfirman:


Janganlah kamu jadikan panggilan Rasul di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain). Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang beransur-ansur pergi di antara kamu dengan berlindung (kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih.

Para ulama menjelaskan, Allah swt menyerukan kepada kaum muslimin untuk tidak memanggil Nabi saw seperti memanggil temannya sendiri, misalnya dengan mengatakan wahai Muhammad atau Ahmad, gunakanlah suara yang perlahan, tenang dan beradab ketika memanggilnya, Yaa nabiyallah atau Yaa Rasulallah Saw.

Allah pun memberikan alasan di balik diisyaratkannya adab ini, (kerana bimbang akan gugur amal-amal kamu), yakni dilarang bersuara keras dan meninggikan suara, sebab hal itu bisa menyebabkan hilangnya amal tanpa si pelaku sedar akan keadaan itu.

Maka Allah mengajarkan adab yang mulia dalam memanggil Nabi-Nya dan memberikan pujian-Nya kepada orang-orang yang telah mempraktikannya dengan bersuara perlahan di hadapan Rasulallah saw, penuh ketenangan dan kesopanan. Allah kemudian menganugerahkan khabar gembira kepada mereka ini, berupa maghfiroh (ampunan) dan pahala yang besar iaitu Surga.

Adapun firman Allah selanjutnya ( sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu…), dalam ayat ini Allah mencela sikap dan perangai sesetengah golongan dan sekaligus mensifatkannya sebagai kaum yang tidak berakal, kerana kaum yang dimaksudkan itu tidak menggunakan adab yang semestinya memanggil Rasulallah saw, mereka meninggikan suara dari belakang kamar.

Nas-nas yang dibawakan menetapkan bahawa adab ini harus dilakukan sama ada ketika hayat Rasulallah saw ataupun sesudah baginda wafat. Abu Bakar Al-Siddiq ra berkata, “Tidak sewajarnya mengangkat suara dihadapan Nabi Saw, baik ketika masih hidup ataupun sesudah meninggal”.

Begitulah pendapat para ulama, bahawa meninggikan suara pada makam Nabi Saw sangat tidaklah disukai sebagaimana ketika baginda saw masih hidup, sebab kehormatan baginda Saw tetap harus dijaga dengan baik dalam kehidupan baginda ataupun selepas kewafatan.

Maka bagi para peziarah, hendaknya beradab dan tidak meninggikan suaranya di dalam Masjid Nabawi atau di makam Nabi Saw, ketika mengucap selawat dan salam, atau ketika membaca Qur’an, zikir atau bertasbih. Adab ini hendaknya dilakukan sebagai rasa tunduk terhadap perintah wahyu dan penghormatan terhadap penghuni kamar yang mulia (Rasulallah Saw).

Untuk itu, ketika mengucapkannya dia harus memulai dengan, “Assolatu wassalamu alaika ya Rasulallah way a Nabiyallah”, dan jangan mengucapkan “assolatu wassalamu ya Muhammad” atau ya Ahmad. Ayat berikut ini tertulis di atas gerbang makam Nabi Saw untuk mengingatkan para peziarah, iaitu ayat :



Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar.                         (Qs. Al-Hujarat 49 : 3)

Yang bertanya soalan itu adalah saya sendiri..Soalan ditanya kepada Ust  saipul barin..melalui blognya


Rabu, Mac 03, 2010

PROGRAM ILMU

 

KULIAH MINGGUAN MAGRIB SURAU AR-RASHIDIN  ( KHAR )


AHAD    :  SIRAH TOKOH-TOKOH ISLAM --OLEH UKASHAH BIN ZUBI

ISNIN    : BERSAMA PIMPINAN PELAJAR---JEMPUTAN                                   ( 8.3.10..BERSAMA YB ZAHAR )

SELASA : KULIAH PERUBATAN ISLAM ----OLEH SDR. AZMEE BIN SARAYON
 RABU    : TALAQQI KITAB MUNIYATUL MUSOLLI-----OLEH UST. RUSYDAN SIDEK

KHAMIS :   YASINAN DAN TAHLILAN

JUMAAT : TALAQQI AL QURAN BERTAJWID-----UST RUSYDAN SIDEK


KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG INGIN MENUNTUT ILMU BOLEHLA DATANG KE SURAU AR-RASHIDIN SETIAP HARI UNTUK MENGIKUTI KULIAH SEBAGAIMANA YANG DI JADUALKAN...SEMOGA SEGALA AMAL KITA DI TERIMA OLEH ALLAH..

                                         ABDULLAH SIDEK BIN SAAT

                                (  PENGERUSI SURAU AR-RASHIDIN )





Selasa, Mac 02, 2010

perjuangan golongan sufi


    Ramai dikalangan orang hari ini tidak mempunyai adab dalam bercakap tentang ulama.Mereka dengan senag menafikan ilmu ulama tersebut bahkan sanggup mengatakan sesuatu yang buruk tentang ulama.Antara yang termasuk dalam bidang ulama ini ialah ulama sufi.Dewasa ini ramai orang menghentam golongan sufi tanpa usul perikasa.Mereka ini hanya menggunakan hawa nafsu untuk untuik mengkritik orang yang mana tidak sekepala dengan mereka.Antara golongan yang sering menjadi sasaran ialah golongan sufi ini.Mereka mengatakan golongan ini tidak memberi perkembangan kepada pembinaan tamadun dan menolak dunia.Banyak mana ilmu yang kamu ada untuk bercakap soal kesufian?.Kalau setakat guna rujukan orang jahil dan juga rujukan barat hendak bercakap tentang dunia sufi baik x usahlah..Mereka ini ada dalil atas setiap perbuatan mereka.Adakah dengan kalian mengumpul harta bertimbun-timbun itu menandakan kalian telah membangunkan tamadun Islam.Kalau lah dunia ini ada nilai disisi Allah walaupun sebesar sebelah sayap nyamuk nescaya orang kafir tidak akan mendapat air walau setitis pun.Adakah kekayaan itu boleh mmbawa kamu ke syurga? adakah dengan kekayaan ini kamu membuat akuan bahawa kamulah yang mengikut Nabi.Saya bawakan tentang peranan orang sufi ini dalam mempertahankan Islam dari segi perjuangan..Senjata orang mukmin itu adalah doa...Dengan doa kan turun pertolongan Allah.Nabi sebelum berjuang baginda memulakan dengan doa..



Penglibatan Golongan Sufi dalam Jihad Melawan Musuh-musuh Islam


Ahmad bin ‘Ashim Al-Antoki [Shofwah As-Shofwah oleh Imam Ibn Al-Jauzi]


Ibu Yusuf Al-Shaghuli: Terlibat dalam peperangan dengan Rom [Shofwah As-Shofwah oleh Imam Ibn Al-Jauzi]


Abu Ishaq bin Al-Fazari [ibid]


 Isa bin Abi Ishaq As-Sabi’ie [ibid]


Yusuf bin Isbath [ibid]


Abu Mu’awiyyah Al-Aswad (199 H)


 Abdullah bin Al-Mubarak (181 H). Beliau terlibat dalam peperangan menentang tentera Rom [Tarikh Baghdad oleh Al-Khatib Al-Baghdadi 10/157]


 Ibrahim bin Adham (162 H). Beliau terlibat dalam peperangan melawan tentera Byzantine malah meninggal dunia ketika menjaga di perbatasan perang [Al-Bidayah wa An-Nihayah 10/44]


 Hatim Al-Ashom. Beliau seorang tokoh sufi yang terlibat dalam peperangan dan meninggal dunia di tempat perbatasan perang di atas bukit Sarwad. [Siyar A’laam An-Nubala’ 11/484]

 Abu Al-Qashim Al-Qahthi: Beliau juga terlibat dalam peperangan melawan Byzantine bersama-sama dengan sebahagian ulama’ sufi yang lain [Ghayyah Al-Tholab fi Tarikh Halab 10/4591]

 Imam Raslan (Arsalan) Ad-Dimaysqi (m: 541 H): Beliau terlibat dalam peperangan di Syam khususnya dalam melawan tentera salib. Antara karya beliau adalah Risalah At-Tauhid.


Imam Abu Al-Hasan As-Syazili (m: 656H): Beliau serta murid-muridnya terlibat dalam Ma’rakah Al-Manshurah (perang di Manshurah) pada tahun 647 H dalam melawan tentera Salib. [Abu Al-Hasan As-Syazili As-Shufi Al-Mujahid Al-‘Arif biLlah oleh Dr. Abdul Halim Mahmud: 60]


 Imam Abu Al-‘Abbas Al-Mursi r.a. (salah seorang murid Abu Al-Hasan As-Syazili). Beliau juga turut terlibat dalam peperangan melawan musuh-musuh Islam seperti gurunya. Beliau adalah guru kepada Imam Ibn ‘Atho’illah As-Sakandari [Wizarah As-Thaqofah Al-Mishriyyah 7/371]


 Sultan Muhammad Al-Fateh As-Sufi Al-Hanafi Al-Maturidi. Banyak riwayat yang menceritakan sudut kesufian beliau. Beliau terlibat dalam membuka kota Konstantinopel daripada jajahan tentera Salib.


 Imam Al-Izz bin Abdil Salam (660 H): Beliau seorang ulama’ sufi yang mashyur ytang hidup sezaman dengan Imam Abu Al-Abbas Al-Mursi dan sebagainya. Beliau terlibat dalam peperangan ‘Ain Jalut pada tahun 658 H. Sudut kesufian Imam Izzuddin jelas kerana beliau mengambil khirqah sufi daripada Imam Syihabuddin As-Sahrwardi (632 H). [Husn Al-Muhadarah 1/315]


 Sultan Nuruddin Mahmud Zinki (m 569 H). Beliau seorang pemimpin Islam yang terlibat dalam melawan tentera Salib dalam usaha untuk membebaskan Palestin daripada cengkaman mereka. Beliau sendiri seorang yang sangat rapat dengan golongan sufi dan menghormati golongan sufi. [Al-Kawakib Ad-Durriyyah 1/38] Beliau memuji golongan sufi dengan berkata: “Mereka (golongan sufi) adalah tentera Allah dan dengan doa merekalah kita berjaya menewaskan para musuh” [Al-Bidayah wa An-Nihayah 12/281]


 Sultan Solahuddin Al-Ayubi: Beliau terkenal sebagai seorang pahlawan dan pemimpin Islam yang membebaskan Al-Aqsa daripada cengkaman tentera Salib. Adapun dari sudut kesufian beliau, maka memang tidak dapat dinafikan. Malah, beliau bermesyuarat dengan para ulama’ sufi ketika berperang dengan tentera-tentera Salib.

Imam Ali bin Maimun (917 H): Beliau seorang ulama’ sufi yang terlibat dalam banyak peperangan melawan musuh Islam [Syazrat Az-Zahab 8/81]

 Al-Amir Abdul Qadir Al-Jaza’iri As-Sufi: Beliau terlibat dalam peperangan di Algeria dalam melawan penjajahan. Sudut kesufian beliau sememangnya tidak dapat dinafikan lagi bagi mereka yang membaca riwayat sejarah hidupnya.


 Al-Mujahid Muhammad Ahmad Mahdi (m:1885 M) Beliau mempelajari ilmu sufi sejak keci lagi lalu menjadi seorang murobbi sufi. Beliau terlibat dalam melawan tentera Inggeris ketika mereka menjajah Sudan. [Hilyah Al-Basyr 2/801]


 Al-Mujahid Umar Al-Mukhtar (m: 1931 M): Beliau seorang murobbi sufi bertariqat As-Sanusiyyyah. Beliau terlibat dalam peperangan melawan tentera penjajah khususnya di Libya lalu menemui syahid.

 As-Sayyid Muhammad Abdullah Hassan (m: 1920 H): Beliau seorang murobbi sufi tarikat As-Salihiyyah As-Syaziliyyah. Beliau terlibat dalam peperangan menentang penjajah yang cuba menjajah Somalia. [Silsilah Alam Al-Ma’rifah Al-Kuwaitiyya 223 oleh Dr. Abdullah Abdul Razak]

 Ahmad Arabi As-Sufi (1911M): Beliau terlibat dalam kebangkitan umat Islam dalam melawan penjajah. [Kitab Al-Islam wa Harakaat At-Taharrur Al-‘Arabiyyah m/s 42 oleh Dr. Syauqi Abu Khalil]

Sheikh Farhan As-Sa’di”: Beliau terlibat dalam peperangan di Palestin menentang penjajah Inggeris. Beliau dari keluarga As-Sa’diyyah Al-Jibawiyyah, suatu keluarga sufi di Palestin [Majalah Syu’un Falastin no 124 m/s 22]

 Sheikh Izzuddin Al-Qassam (m: 1935 M): Beliau seorang sufi yang terlibat dalam jihad di Palestin. Beliau seorang sheikh bagi tarikat Syaziliyyah. Ayahnya juga seorang sufi yang sangat beriltizam dengan tarbiah sufi. [Kitab Al-I’lam As-Syarqiyyah oleh Zaki Muhammad Mujahid 2/139]

 Sheikh Muhammad Badruddin Al-Hasani: Beliau berketurunan Imam Al-Jazuli. Beliau merupakan seorang murobbi sufi tarikat Qadiriyyah. Beliau terlibat dengan kebangkitan umat Islam melawan musuh-musuh Islam khususnya di Syria. [Tarikh Ulama’ Dimasyq 1/472]


Sheikh Muhammad Sa’id Al-Burhani (m: 1967 M) Beliau merupakan seorang murobbi tarikat Syaziliyyah di Damsyiq. Beliau terlibat dalam peperangan melawan musuh-musuh Islam dan penjajah di Syria [Al-‘Alaam 6/145]


 Sheikh Abu Al-Yasar ‘Abidin An-Naqsyabandi: Beliau terlibat dalam perperangan melawan musuh Islam di Syria [Tarikh Ulama’ Dimasyq 2/969]

 Sheikh Sufi Ali Ad-Daqar (m: 1943 M): Beliau seorang ulama’ sufi yang terlibat dalam pegerakan kebangkitan masyarakat Arab [Al-Islam wa Harakat At-Taharrur Al-‘Arabiyyah m/s147]


 Sheikh Izzuddin Al-Jaza’iri (cucu Sheikh Abdul Qadir Al-Jaza’iri): Beliau seorang ulama’ sufi yang terlibat dalam jihad melawan musuh Islam [Tarikh At-Thaurah As-Suriyyah m/s 619]

 Sheikh Muhammad Al-Hamid An-Naqsyabandi (m: 1969 M): Beliau juga seorang ulama’ sufi yang terlibat dalam jihad melawan penjajah dan musuh Islam [Silsilah A’laam Al-Muslimin Dimasyq m/s 37]


 Muhammad Abdul Karim Al-Khattobi: Beliau juga seorang ulama’ sufi yang terlibat melawan penjajah Perancis [Al-Maushu’ah Al-‘Askariyyah]


 Sheikh Manshur Asyramah An-Naqsyabandi: Seorang tokoh sufi yang terlibat dalam peperangan di Chehnya dengan melawan tentera Rusia pada tahun 1971 M.

 Sheikh Khos Muhammad Afendi An-Naqsyabandi: Beliau juga terlibat dalam peperangan di Chehnya.

Sheikh Fadhl Umar Mujaddidi An-Naqsyabandi: Beliau terlibat dalam jihad melawan British pada tahun 1921 M.

 Sheikh Arsyad Thawil Al-Bantani (m: 1935 M): Beliau seorang ulama’ yang terlibat dalam jihad di Banten [rujuk tulisan Al-Marhum Ustaz Wan Muhammad Shaghir Abdullah]

Sheikh Abdul Shamad Al-Falambani: Beliau seorang ulama’ sufi yang turut terlibat dengan jihad melawan musuh-musuh Islam [rujuk tulisan Al-Marhum Ustaz Wan Muhammad Shaghir Abdullah]

 Sheikh Raja Haji: Beliau antara tokoh sufi di tanah Melayu yang terlibat melawan penjajah di Nusantara

Dan sebagainya….
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters