Pengikut

Sabtu, Januari 16, 2010

KHASIAT HALIA

HALIA atau dalam bahasa Inggerisnya Ginger dan bahasa Indonesianya di kenal sebagai Jahe adalah adalah sejenis rempah ratus yang banyak digunakan dalam masakan orang melayu, orang-orang timur malam orang barat. Halia adalah dari keluarga Zingiberaceae atau nama botaninya Zingiber officinale Ross.

Pokok halia mempunyai batang berbentuk bulat, bewarna dan agak keras. Daunnya tersusun berselang-selang dan teratur. Tinggi tanaman ini di sekitar 30 – 60cm. Jika tumbuhan ini mendapat cahaya matahari yang mencukupi halianya akan menjadi lebih besar daripada biasa.

Halia adalah antara rempah ratus yang terpenting diperniagaan di dunia. Tanaman ini berasal dari Asia Tenggara dan sekarang di tanam secara meluas di seluruh dunia. Antara Negara yang mengeluarkan banyak halia ialah India. China, Nigeria, Australia dan Thailand.

Di Negara ini halia diusahakan secara kecil-kecilan dan menjadi tamanan selingan di antara tanaman utama seperti nenas, getah dan kelapa sawit.

Dikalangan orang melayu halia terkenal bahan makanan yang mempunyai nilai perubatan tradisional yang dipercayai dapat menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambah air mani dan membuang angina yang terdapat dalam usus besar dan kecil.

Ubat-ubatan yang dibuat daripada halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti demam, batuk, margin, sakit gigi, sakit tulang, segugut dan sakit dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat.

Halia boleh diproses untuk mengeluarkan minyak dan ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerois dan eleoresin. Minyak halia boleh dijadikan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubat-ubatan.

Lazimnya dalam peruibatan tradisional melayu halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia. Manakala dalam masakan pula halia digunakan dalam bentuk segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses menjadi sebuk halia, halia jeruk dan bahan perisa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters