Pengikut

Jumaat, Mac 18, 2011

Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari


Nasab Keturunan
Nama sebenar Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari ialah Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah bin Abdul Rahman al Banjari telah dilahirkan di sebuah tempat yang dikenali sebagai Lok Gabang pada hari khamis 17 march 1710 bersamaan 15 Safar 1122 Hijrah. Menurut Abdulrahman Siddiq yang merupakan seorang mufti Inderagiri, Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari merupakan berjalur nasab daripada Alawiyyin daripada Sultan AbdulRashid Mindanao. Beliau merupakan antara sekalian banyak ulama dinusantara yang berketurunan Rasulullah S.A.W. Jalur nasab beliau ialah Muhammad Arsyad al Banjari bin Abdullah bin Abu Bakar bin Sultan Abdurrasyid Mindanao bin Abdullah bin Abu Bakar al Hindi bin Ahmad ash Shalaibiyyah bin Hussien bin Abdullah bin Syeikh bin Abdullah al Idrus al Akbar bin Abu Bakar as Sakran bin Abdurrahman as Saqaf bin Muhammad Maula Dawilah bin Ali Maula Ad Dark bin Alwi al Ghoyyur bin Muhammad al Faqih Muqaddam bin Ali Faqih Nuruddin bin Muhammad Shahib Mirbath bin Ali Khaliqul Qassam bin Alwi bin Muhammad Maula Shama’ah bin Alawi Abi Sadah bin Ubaidillah bin Imam Ahmad Muhajir bin Imam Isa ar Rumi bin Imam Muhammad an Naqib bin Al Imam Ali Uraidhy bin Imam Ja’far As Shadiq bin Imam Muhammad al Baqir bin Imam Ali Zainal Abidin bin Imam Husain bin Ali dan Siti Fatimah binti Muhammad S.A.W.
    Bapanya Abdullah merupakan salah seorang tokoh yang menentang penjajah kuffar Portugis dan kemudiannya menentang Belanda. Namun disebabkan oleh beberapa faktor,beliau telah melarikan diri daripada ditangkap oleh penjajah sehinggalah beliau sampai ke Lok Gabang bersama isterinya. Semasa ibunya sedang hamilkan Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari,bapanya Abdullah sering berdoa kepada Allah supaya dikurniakan seorang anak yang soleh dan zuhud.

Kisah Hidup
Dikisahkan bahawa semasa beliau masih kecil sekitar berumur 7 tahun Sultan Banjar pada masa itu iaitu Sultan Tahlilullah yang memerintah dari tahun 1700-1734 M telah melawat kawasan Lok Gabang. Dikhabarkan pada masa itu, Syeikh Muhammad asyik melukis dan menggambarkan sesuatu dan dikisahkan juga bahawa pada masa itu tuan syeikh sudahpun diberi Allah Taala kelebihan untuk membaca Al Quran. Ini telah menarik perhatian Sultan Tahilullah untuk mengambil Syeikh Muhammad Arsyad untuk tinggal diistana untuk belajar bersama dengan anak dan cucu baginda. Syeikh Muhammad Arsyad telah mendapat didikan langsung daripada istana sehinggalah beliau berumur 30 tahun. Disebabkan umur Tuan Syeikh pada masa itu boleh dikira agak lanjut maka Tuan Syeikh telah dikahwinkan dengan seorang perempuan yang diberi nama Tuan Bajut.
    Syeikh Muhammad Arshad merupakan seorang yang suka menuntut ilmu agama sehinggakan semasa isterinya mengandungkan anak pertama beliau telah mengutarakan keinginan menuntut ilmu di Mekah kepada isterinya dan dengan berat hati isterinya telah merelakan kepergian Syiekh Muhammad Arsyad ke Mekah.
    Di Mekah Syeikh Muhammad Arsyad telah tinggal di sebuah tempat bernama Samiyah yang dibeli oleh Sultan Banjar dan beliau banyak  belajar dengan  guru-guru disana  antaranya ialah Syeikh Muhammad bin Sulaiman,Syeikh Athoillah Ahmad Mishry dan seorang ulama tasauf yang terkenal di kota Mekah pada waktu itu iaitu Arifbillah Syeikh Muhammad bin Abdullah Karim al Samman. Syeikh Muhammad Arsyad telah tekun mempelajari ilmu tasauf daripada itu sehingga beliau mendapat ijazah daripada gurunya itu setelah melalui beberapa latihan rohani dan mujahadah dengan melakukan suluk dan khalwat. Selain daripada ulama yang berketurunan arab,beliau juga banyak belajar dengan ulama Melayu disana seperti Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Mubin Pauh Bok Al-Fathani (Thailand Selatan), Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin Aceh dan Syeikh Muhammad `Aqib bin Hasanuddin Al-Falimbani. Ilmu yang dituntut beliau merupakan ilmu yang sahih dimana setiap ilmu yang dipelajari olehnya mempunyai sanad.
Setelah 30 tahun beliau menuntut ilmu di Mekah dan 5 tahun di Madinah yang mana perbelanjaannya ditanggung sepenuhnya oleh Sultan akhirnya ,beliau telah mengambil keputusan untuk kembali ke kampung halaman di Banjar. Beliau telah sampai ke kampung halaman di Martapura pada bulan Ramadhan 1186 H.
    Pemerintahan pada masa itu telah diambil alih oleh cucu kepada Sultan Tahlilullah iaitu Sultan Tahmudullah II yang mana Sultan ini merupakan seorang sultan yang amat mengambil berat perihal perkembangan ajaran Islam didalam pemerintahan kerajaan Banjar. Kepulangannya itu telah disambut secara besar-besaran oleh Sultan Tahmidullah II kerana ketinggian agama yang dimiliki oleh Syeikh Muhammad Arsyad. Beliau telah mengajarkan segala ilmu yang didapati di tanah suci Mekah kepada segenap lapisan masyarakat di Banjar. Sehingga kini belum ada seorang ulama Banjar pun yang mampu menandingi kehebatannya. Kitannya yang bernama Sabilal Muhtadin telah menjadi rujukan ribuan ulama dan orang awam dalam permasalah hukum agama dalam fiqh Syafie. Nama 2 buah kitabnya telah diabdikan pada nama masjid di Banjarmasin iaitu kitab Sabilal Muhtadin dan juga kitab Tuhfatul Raghibin. Walaupun begitu,Syeikh Muhammad Arsyad banyak mengarang kitab yang semua dalam bahasa jawi kerana ini akan memudahkan orang Banjar untuk memahami isi agama. Antara kitabnya ialah :
1.        Tuhfah ar-Raghibin fi Bayani Haqiqah Iman al-Mu’minin wa ma Yufsiduhu Riddah ar-Murtaddin, diselesaikan tahun 1188 H/1774 M
2.        Luqtah al-’Ajlan fi al-Haidhi wa al-Istihadhah wa an-Nifas an-Nis-yan, diselesaikan tahun 1192 H/1778 M.
3.        Sabil al-Muhtadin li at-Tafaqquhi fi Amri ad-Din, diseselesaikan pada hari Ahad, 27 Rabiulakhir 1195 H/1780 M
4.        Risalah Qaul al-Mukhtashar, diselesaikan pada hari Khamis 22 Rabiulawal 1196 H/1781 M.
5.        Kitab Bab an-Nikah.
6.        Bidayah al-Mubtadi wa `Umdah al-Auladi
7.        Kanzu al-Ma’rifah
8.        Ushul ad-Din
9.        Kitab al-Faraid
10.     Hasyiyah Fat-h al-Wahhab
11.     Mushhaf al-Quran al-Karim
12.     Fat-h ar-Rahman
13.     Arkanu Ta’lim as-Shibyan
14.     Bulugh al-Maram
15.     Fi Bayani Qadha’ wa al-Qadar wa al-Waba’
16.  Tuhfah al-Ahbab
17.  Khuthbah Muthlaqah Pakai Makna.

Keturunannya
Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari telah berkahwin sebanyak 11 kali dan melalui 6 orang isterinya beliau telah mendapat anak yang banyak. Perkahwinannya dengan isteri pertamanya iaitu Tuan Bajut telah dikurniakan seorang anak yang bernama Syarifah. Syarifah telah berkahwin dengan seorang yang bernama Usman dan telah dikurniakan seorang anak yang bernama Muhammad As’ad. Dan perkahwinan keduanya dengan Allamah Syeikh Abdul Wahab Bugis telah dikurniakan dengan seorang anak yang bernama Fatimah. Syeikh Muhammad Arsyad telah mengasuh sendiri cucunya dengan pelbagai jenis ilmu.
    Muhammad As’ad telah dilantik menjadi mufti kepada Sultan Martapura dan beliau sendiri memperoleh banyak anak lelaki yang akhirnya turut menuruti jejak langkahnya menjadi ulama antaranya Alimul-Allamah Haji Abu Thalhah, Alimul-‘Allamah Haji Abu Hamid, Alimul-Allamah Haji Ahmad, Alimul-Allamah Mufti Haji M.Arsyad dan Alimul-Allamah Haji Sa’adud-din.
    Hasil perkahwinan Syeikh Muhammad Arsyad dengan isteri keduanya Tuan Baiduri,beliau telah dikurniakan dengan ramai anak yang akhirnya turut menjadi ulama iaitu Kadi Haji Abu Su’ud,Kadi Abu Naim dan Kadi Haji Syihabuddin. Kadi Haji Abu Su’ud merupakan kadi pertama bagi kerajaan Banjar.
    Keturunan Syeikh Muhammad Arsyad sememangnya telah dikurniakan Allah dengan ilmu yang melimpah. Oleh itu banyak daripada keturunannya telah menjadi ulama yang dirujuk oleh orang ramai. Antara keturunannya yang menjadi ulama ialah :
1 . H. Jamaluddin,
2. H. Yusein, anak kandung,
3. H. Fathimah binti Arsyad
4. H. Abu Naim, Qadhi.
5. H. Ahmad, Mufti.
6. H. Syahabuddin, Mufti.
7. H.M. Thaib, Qadhi.
8. H. As’ad, Mufti.
9. H. Jamaluddin II., Mufti.
10. H. Abdurrahman Sidiq,
11. H.M. Thaib bin Mas’ud bin H. Abu Saud
12. H. Thohah Qadhi-Qudhat,
13. H.M. Ali Junaedi, Qadhi.
14. Gunr H. Zainal Ilmi.
15. H. Ahmad Zainal Aqli, Imam Tentara.
16. H.M. Nawawi, Mufti.




The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters