Pengikut

Sabtu, November 20, 2010

Nota buat Diri


Kaedah Pemujukan/ Persuasif dalam Kemahiran Komunikasi



    Kemahiran pemujukan merupakan salah satu komponen yang terkandung dalam kemahiran antara perorangan.Antara kemahiran perorangan ialah kemahiran memujuk,kemahiran membimbing serta kemahiran membimbing.
    Peranan Kemahiran Memujuk kepada kita amat penting kerana  pemujukan mampu untuk mempengaruhi orang lain untuk mempercayai kita.Kita seringkali mendengar kemahiran pemujukan ( persuasif ) ini terutamanya yang melibatkan urusan jual beli.Antara lain ialah iklan itu sendiri sudah menunjukkan cubaan penjual untuk mempengaruhi pengguna.Tujuan utama pemujukan ialah untuk mempengaruhi pendapat dan reaksi seseorang.Selain melalui lisan,kemahiran pemujukan boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti dalam blog,facebook mahupun e-mail.Dalam kemahiran pemujukan ini,suasana persekitaran amatlah penting,oleh sebab itulah seseorang yang ingin menggunakan kemahiran pemujukan perlu melihat keadaan samada sesuai atau tidak kita menggunakan kaedah ini.Secara mudahnya,kemahiran pemujukan jarang memberi implikasi negatif sekiranya penggunaanya dilakukan secara betul.Contoh kemahiran pemujukan ialah,apabila seseorang penceramah memberikan penerangan tentang dadah maka itu adalah penerangan tetapi apabila penceramah meminta untuk kita menjauhi dadah maka itu adalah pemujukan.
   Teknik pemujukan ini berlaku hampir di semua bidang samada dalam bidang pengiklanan,rumah tangga,mahupun dalam bidang politik.Dalam bidang pengiklanan sebagaimana yang dijelaskan tadi,ia bertujuan untuk mendorong pengguna untuk membeli barangann yang diiklankan.Dalam proses pengiklanan ini,tidak semua barangan yang ditawar sama sebagaimana yang diiklan kerana tujuan pemujukan melalui iklan ini hanyalah untuk melariskan jualan semata-mata.Manakala kemahiran pemujukan dalam intitusi kekeluargaan pula berlaku apabila anak atau isteri merajuk.Biasanya si ibu akan menggunakan kemahiran pemujukan bagi memujuk anak yang sedang menangis.Biasanya bagi kemahiran pemujukan ini,banyak kata-kata manis ditabur bagi menyedapkan hati.Begitulah juga sisuami akan menggunaakn kemahiran pemujukan apabila siisteri merajuk.Dalam kaedah ini juga,si pemujuk biasanya tidak akan menggunakan kata-kata yang kasar kerana ini boleh menyebabkan semakin kuat merajuk.Pemujukan ini boleh berlaku dalam kaedah memujuk ataupun dalam kaedah mengancam.Contohnya jika isteri merajuk,bagi memujuknya ada sesetengah suami mengugut untuk berkahwin lain yang semestinya akan menyebabkan siisteri tadi berhenti dari merajuk.Bagi ahli politik pula,kemahiran memujuk amat penting.Ini kerana kaedah memujuk ini akan menarik sokongan kepada ahli politik berkenaan.Kemahiran Pemujukan dalam kalangan ahli politik banyak berlaku semasa pilihanraya.Banyak janji-janji manis ditabur kepada pengundi dengan hanya satu tujuan yang nyata iaitu bagi menarik sokongan pengundi untuk mengundinya.
    Kaedah pemujukan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat,pelbagai laras bahasa digunakan dalam kaedah pemujukan ini.Kemahirang pemujukan ini dikatakan berkait rapat dengan bidang komunikasi dan juga Linguistik.Bahasa yang baik dan dengan cara yang betul penggunaanya akan mampu  untuk diakui oleh dunia.Selain perkara yang dinyatakan diatas,pemujukan juga bertujuan untuk memujuk pembaca,pendengar atau oenerima komunikasi untuk berbuat sesuatu yang diharapkan oleh pemujuk.Terdapat 3 langkah atau ciri khusus yang perlu ada dalam kemahiran pemujukan ini.Ciri yang pertama ialah pemberi komunikasi perlu mengusulkan tindakan atau langkah kepada audien.Ini bermakna,jika pemberi pemujukan itu ingin mengaharapkan tindakan penerima sama sebagaimana yang dikehendaki maka pemberi komunikasi tersebut perlu memberitahu langkah atau tindakan yang perlu dilakukan.Yang kedua ialah pemberi pemujukan perlu mengemukan bukti dan tujuan yang perlu diadun kemas.Ini bermakna pemujuk perlu mengemukan bukti supaya penerima terbabit lebih yakin dan percaya kerana sudah mempunyai bukti yang jelas dan tujuan yang jelas kenapa perlu melakukan perkara tersebut.Dan yang terakhir ialah gaya pemujukan mestilah berkesan ,imaginatif dan juga emotif.Dalam tiga cara ini,teknik emotif amat berkesn kerana mampu untuk mempengaruhi orang ramai.

Pemujukan Rasional

    Pemujukan rasional merujuk kepada perlakuan memujuk oleh seseorang dengan menggunakan fakta atau bukti yang lojik bagi mencapai sesuatu hajat.Pemujukan rasional boleh berlaku didalam pelbagai sektor dan ia amat mudah sekali untuk dikenal pasti.Contohnya seorang bos mahu anak buahnya bekerja dengan lebih kuat lagi maka ganjaran dijanjikan oleh bos tadi kepada anak buahnya.Pemujukan rasional merupakan salah satu daripada pemujukan yang bersifat positif kerana ia mempunyai perangsang kepada yang dipujuk.Ganjaran yang diberikan tidak semestinya bersifat material semata-mata seperti kenaikan gaji atau kenaikan pangkat sahaja bahkan ia juga melibatkan mempelajar ilmu yang baharu.Kita sering menggunakan pemujukan rasional ini tanpa kita sedari,oleh itu,kita boleh menyemak kembali samada kita telah menggunakan pemujukan rasional ini dengan melihat kepada beberapa aspek seperti adakah kita menggunakan alasan alasan yang lojik bagi memenuhi permintaan kita.Jika kita menggunakan alasan yang lojik maka itulah sebahagian daripada pemujukan rasional.
    Alasan yang lojik sering digunakan bagi menguatkan hujah kita supaya berjaya mempengaruhi orang yang dipujuk.Selain itu,kita juga dapat menyemak penggunaan pemujukan rasional ini dengan memerhatikan samada kita pernah menggunakan bukti yang kukuh bagi memastikan hasrat kita terlaksana.Dalam Parlimen,bukti amat penting bagi memastikan hasrat kita tercapai.Contohnya suatu masa dahulu negara kita diriuhkan dengan pendedahan video klip V.K.Lingam.Pihak pembangkang menggunakan pelbagai bukti yang ada di parlimen bagi memastikan Datuk V.K.Lingan disiasat.Jika kita perhatikan disini pihak pembangkang telah menggunakan pemujukan rasional.Selain itu,pemujukan rasional ini berlaku apabila kita menggunakan pendapat yang lebih baik daripada orang lain.Kita akan berusaha untuk memujuk orang lain supaya bersetuju dengan rancangan kita dengan menggunakan hujah yang lebih kuat daripada pencabar kita.Sudah menjadi lumrah manusia untuk menerima pendapat yang lebih baik.Maka disini sebenarnya telah berlaku pemujukan rasional.Selain itu,pemujukan rasional dapat dikenal pasti apabila kita menerangkan masalah dan cara mengatasi masalah tersebut.Cara menyelesaikan masalah tersebut telah menunjukkan kita cuba memujuk orang lain supaya menyokong cadangan kita.

Ucapan Pemujukan
   
    Ucapan pemujukan ialah ucapan yang boleh disifatkan sebagai cuba mengetengahkan idea kita atau dalam erti kata lain ingin menjual idea kita.Ucapan pemujukan mestilah disampaikan melalui nada bahasa yang lembut supaya dapat menarik orang untuk mempercayainya.Ucapan pemujukan adalah jenis ucapan yang paling banyak mempengaruhi orang.Ini kerana ia disampaikan dalam kelompok yang ramai bagi mengubah persepsi pendengar tentang sesuatu perkara.Ucapan pemujukan paling kerap digunakan oleh ahli politik dalam kempen mereka.Ceramah politik adalah pemujukan yang berjaya menarik pendengar audien kerana manusia ini sememangnya bersifat menyokong sesuatu pihak.Ahli politik menggunkan pentas ini bagi memujuk rakyat atau audien untuk melakukan sesuatu seperti mengundi parti mereka dan sebagainya.Seorang pengucap yang hebat mampu mempengaruhi orang ramai untuk mempercayainya.Dalam kaedah pemujukan ini,kaedah psikologi perlu digunakan bagi menakutkan,mengembirakan ataupun menyuruh audien melakukan sesuatu.
    Pengucap perlu mengetahui beberapa perkara mengenai audien tersebut seperti status pendidikan mereka,umur audien,kepercayaan audien dan perlu juga mengetahui tahap penguasaan audien terhadap sesuatu isu.Biasanya,audien yang kurang pendidikan lebih mudah untuk dipengaruhi kerana mereka ini biasanya tidak mengetahui latar sesuatu isu dengan baik.Berlainan pula dengan audien yang berpendidikan tinggi yang memerlukan penggunaan hujah yang kukuh dan kuat bagi meyakinkan mereka.Cara ucapan pemujukan juga perlu mengambil tahu umur audien tersebut.Jika audien yang disampaikan adalah kanak-kanak maka teknik memujuk mestilah halus,tidak berat dan interaksi perlu sentiasa dilakukan.Bagi golongan remaja atau belia,pendekatan pemujukan secara formal boleh dilakukan.
sumber : Dari Asigment yang tak dihantar.
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters