Pengikut

Jumaat, Februari 11, 2011

Konflik di Selangor Abad ke 19

     Negeri Selangor merupakan sebuah negeri baru kerana tidak mempunyai rekod lama.Antara kawasan yang paling awal dibuka di Selangor ialah Kelang yang diperintah oleh wakil dari Melaka.Menurut Misa Melayu,raja pertama Selangor adalah Raja Lumu yang dirajakan oleh Sultan Perak yang membawa gelaran Sultan Salahuddin.Pada 1822,Selangor telah membantu Perak mengusir Siam dan mengistiharkan kemerdekaan Perak.Perang saudara di Selangor berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad yang menggantikan Sultan Ibrahim yang mangkat pada 1864.Sultan Abdul Samad yang merupakan menantu Sultan Ibrahim telah menyingkirkan Raja Mahmud dari takhta kerajaan.Pergaduhan sebenarnya bermula disebabkan pengutan cukai timah di Sungai Kelang.Sultan Muhammad telah memberikan hak mengawal Sungai Kelang kepada Raja Sulaiman namun raja Sulaiman tidak memajukan kawasan terbabit sehingga kurnia tersebut telah ditarik balik pada 1853 dan diberikan kepada Raja Abdullah.Raja Abdullah telah bertindak membawa masuk pelombong cina untuk memajukan kawasan terbabit.Disebabkan kawasan Kelang kaya dengan hasil bijih Timah,maka anak kepada Sultan Sulaiman iaitu Raja Mahadi mengaku bahawa Kelang merupakan miliknya.
     Raja Abdullah telah memberikan kepada Mahadi elaun bulanan bagi mengelakkan berlaku pertelingkahan sehingga merugikan hasil Kelang.Namun Raja Mahadi masih merasa tidak puas hati dan sering mencari peluang untuk menentang Raja Abdullah.Peluang ini terbuka apabila berlaku peperangan antara orang Bugis dan Mandaling.Suatu ketika,Seorang Mandaling telah terbunuh dan Raja Abdullah tidak menyebelahi pembunuh terbabit dan menyebabkan Orang Mandaling menyebelahinya.Dengan sokongan yang ada termasuk sokongan anak Bendahara Pahang yang teringkir,Raja Mahadi telah mendapatkan bantuan kewangan daripada saudagar cina dari Melaka iaitu Teck Chiang.Raja Mahadi menyerang Kelang sehingga Raja Abdullah terpaksa berundur ke Melaka.Sultan Abdul Samad tidak dapat berbuat apa-apa terutama sekali apabila dijanjikan elaun 500 dolar sebulan.Apabila Raja Mahadi menghentikan bayaran elaun tersebut,Sultan Abdul Samad telah membatalkan pertunangan Raja Mahadi dengan anaknya dan mengjodohkan anaknya dengan Tengku Kudin adik kepada Sultan Tajudin Kedah.Pada 1868,Tengku Kudin menjadi wakil Sultan dalam memberi keamanan kepada rakyat dan dikurniakan daerah Langat.Pertelingkahan berlaku apabila Raja Mahadi tidak mahu menerima pentadbiran Tengku Kudin.Raja Ismail anak kepada Raja Abdullah menyerang Raja Mahadi setelah dibantu oleh cina Melaka.Dalam peperangan ini juga,Tengku Kudin bersama 500 orang pengikutnya turut membantu Raja Ismail.
    Bagi membalas serangan itu,Raja Mahadi telah menyerang dan berjaya menawan Kuala Selangor dan melaporkan ke Siam bahawa adik kepada Sultan Kedah telah membuat onar di Selangor.Disebabkan itu,Tengku terpaksa kembali ke Kedah untuk menerangkan kepada Siam bahwa beliau merupakan wakil Sultan Selangor dalam mentadbir Selangor.Pada 1871,lanun cina telah menyamun sebuah tongkang sehingga menyebabkan 34 orang terbunuh.British telah bertindak menghantar kapal H.M.S Rinaldo dan Pluto untuk menghapuskan lanun itu.Kerjasama tidak diberikan oleh Raja Mahadi sehingga menyebabkan British membedil kubunya di Kuala Selangor menyebabkan Raja Mahadi melarikan diri ke Bernam,Sumatera dan juga ke Johor.Di Johor,Raja Mahadi telah mengaturkan kembali pasukannya untuk menawan kembali Selangor.Namun selepas tewas,beliau telah dibuang ke Singapura dan diberikan pencen dan sebuah rumah.
    Pada 1869,berlaku pula masalah pergaduhan antara  Cina.Ini berikutan kematian Ah Sze yang dibunuh oleh Chong Cheng.Yap Ah Loy bersama 2000 orang askar Melayu dan Cina telah pergi mendapatkan mayat kawannya itu.Apabila mengetahui Chong Cheng berada di Rawang,Yap Ah Loy bersama angkatannya telah berangkat untuk menangkap Chong Cheng tetapi Chong Cheng melarikan diri.Tidak lama selepas itu,Yap Ah Loy bersama dengan seorang ketua Melayu telah pergi ke Kanching untuk meminta hutang daripada mereka yang pernah berhutang dengan Ah Sze namun berlaku pergaduhan sehingga menyebabkan pembunuhan 136 orang oleh Yap Ah Loy  namun dimaafkan oleh Sultan.Chong Cheng telah membuat perkiraan untuk memblas dendam atas pembunuhan itu,Chong Cheng mendapatkan bantuan anak raja Dari Pontianak iaitu Syed Mashhor yang diberi kuasa oleh Tengku Kudin untuk mengawal Kubu di Kuala Selangor.Pergaduhan Syed Mashhor bermula apabila ipar kepada Tengku Kudin membunuh saudara lelaki Syed Mashhor di Langat.September 1870,Chong Cheng dan Syed Mashhor telah menyerang Tengku Kudin dan berjaya.Tetapi akhirnya mereka juga turut diusir oleh Yap Ah Loy.Chong Cheng telah berundur ke Kuala Langat dan Syed Mashhor ke Ulu Selangor.Pada 1871,serangan dilakukan pula oleh Chong Cheng dan Syed Mashhor keatas Kuala Lumpur namun gagal.Pada April 1872,Yap Ah Loy yang bersekutu dengann Tengku Kudin telah menyerang Syed Mashhor di Kuala Kubu namun gagal.Pada Mei 1872,Kuala Lumpur sekali diserang oleh Syed Mashhor sehingga memaksa Yap Ah Loy terpaksa berundur.Angkatan Pahang seramai 1000 orang yang dipohon oleh Tengku Kudin juga gagal untuk menyekat kemaraan Syed Mashhor.Tengku Kudin hanya berkuasa di Kelang sahaja selepas Kuala Lumpur ditawan pada 1872 dan Kuala Selangor juga ditawan.Orang Pahang yang kalah itu,seterusnya menyerang Kuala Lumpur pada November 1872 dan pada Mac 1873 Kuala Lumpur berjaya ditawan kembali.Selepas itu berlaku sekali lagi pertempuran 6 bulan selepas itu dan tamatlah kekacauan di Selangor.

Lanun Selat Melaka Abad ke 19


    Sekitar 1800-1837 merupakan tahun yang mana lanun  berleluasa di perairan Tanah Melayu.Kegitan perlanunan ini dikukan oleh Orang Laut yang datang dari Johor Selatan dan orang Sikarna yang berasal dari Riau-Lingga.Selain itu,terdapat juga orang Mindanao,Orang Sulu dan juga orang Siam.Pelanun cina hanya muncul sekitar tahun 1840.Terdapat 3 cara melanun dilakukan iaitu merompak sekali-sekala di kawasan sungai-sungai,selat-selat,Pulau mahupun ceruk.Cara kedua ialah melakukan rompakan secara besaran yang melibatkan sehingga 20 buah perahu yang diketuai oleh seorang kapten.Yang paling ganas ialah dilakukan oleh orang Balanini,orang laut dan orang Sikarna.Mereka ini bukan sahaja merompak pedagang tetapi juga kapal-kapal eropah.Kawasan penting pelanunan ialah di kawasan Sg Merbok,Sg Muda,Sg Kerian,Sg Kurau,Pulau Ujung Salang,Pulau Langkawi,Pulau Bunting,Pulau Nikobar.Di Perak pula dari Sg Kerian sehingga ke Sg Bernam.Negeri Selangor pada masa itu digelar sebagai negeri Lanun.Perlaunan dianggap sebagai perkara baik yang bukan sahaja dilakukan oleh orang jahat bahkan turut dilakukan oleh pedagang,bangsawan bahkan sultan sendiri.Pada 1826,Residen Councillor di Singapura mengatakan bahawa pantai di Singapura dengan Melaka dipenuhi dengan perahu lanun.
    Kerajaan Negeri-Negeri Selat tidak mempunyai kekuatan laut untuk mengatasi masalah perlanunan itu bahkan jika tertangkap mereka perlu dibawa ke India untuk dibicarakan.2 buah kapal Syarikat Hindia Timur telah bawa bagi mengatasi masalah ini namun sehingga 1831 tiada lanun yang berjaya ditangkap.Lanun ini hanya ditentang oleh kapitan Low dikawasan Province Wellesly dan Perak sahaja.Daerah Dinding yang menjadi sarang lanun telah diserahkan oleh Sultan Perak kepada British pada 1826..Pada 1837,satu tindakan penting diambil dimana kapal api Diana boleh belayar menyongsang angin.6 buah perahu lanun yang sedang menyerang Tong kang cina di perairan Terengganu merasa hairan dengan kapal Diana yang menyongsang angin menuju kepada mereka dan kapal Diana berjaya memusnahkan banyak kapal lanun.Selepas itu,kebanyakan lanun menjadi gerun kepada kapal Diana.Lanun yang tewas itu tidak pernah bangkit kembali.Pada 1837,Kuasa kerajaan Selat telah diperluaskan ke kawasan laut bagi membolehkan mereka membicarakan lanun yang ditangkap.Walaupun begitu,kegiatan lanun masih berlaku sekali sekala.

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters