Pengikut

Khamis, November 17, 2011

Kerajaan Syiah dan Sunni Perlak ( 840-1292 )

Simbol Syiah di Perlak atau Peureulak.
Abu Ishaq al Mekrani al Parsi telah menulis dalam buku yang bertajuk Kitab Izhar al Haqq fi Silasilat Raja Perlak menyatakan pengaruh pertama yang datang ke Perlak ialah golongan Syiah Alawiyyin yang kedatangannya di pimpin oleh nahoda khalifah. Kedatangan mereka ini didorong oleh kekalahan mereka dalam perang dengan Khalifah Makmum di Timur Tengah di bawah pimpinan Muhammad Jaafar as Sadiq. Mereka telah berjaya mengsyiahkan raja Meurah Syahir Nuwi. Oleh itu,salah seorang rombongan iaitu Ali bin Muhammad bin Jaafar as Sadiq telah dikahwinkan dengan puteri baginda iaitu puteri Makhdum Tansyuri. Melalui hasil perkahwinan ini maka lahirlah raja Perlak yang pertama iaitu Sayyid Abdul Aziz yang bergelar Sultan Alaidin Sayyid Maulana Abdul Aziz Syah. Fahaman Syiah berkembang tanpa saingan di Perlak sehinggalah Sultan ke-3 Perlak iaitu Sultan Maulana Sayyid Abbas Syah. Dalam zaman pemerintahan baginda, Khalifah Abbasiah yang berpusat di Baghdad telah bertindak menghantar utusan yang berfahaman Sunni ke Perlak.
Disebabkan fahaman Islam yang berbeza,maka berlaku pertempuran antara golongan Sunni dan Syiah di Perlak dimana menyaksikan Perlak tidak mempunyai raja selama 2 tahun selepas kematian Sultan Sayyid Maulana Abbas Syah. Golongan Sunni telah berjaya menawan Perlak semasa pemerintahan Sultan Sayyid Maulana Ali Mughayat Syah dan kerajaan Syiah ini telah digantikan dengan kerajaan Sunni yang dikenali sebagai Dinasti Makhdum Johan yang mana raja pertamanya ialah Sultan Makhdum Alaidin Malik Abdul Qadir Syah Johan Berdaulat pada tahun 928 M. Golongan Syiah yang kalah masih tidak berpuas hati. Mereka telah melancarkan pemberontakan pada zaman pemerintahan Sultan Makhdum Alaidin Abdul Malik Syah Johan Berdaulat ( 956-983 ) selama 4 tahun yang mana telah menyebabkan Perlak terbahagi kepada 2 iaitu golongan Syiah menguasai bahagian pesisir dan golongan Sunni menguasai kawasan pedalaman. 
Perpecahan ini telah menarik minat Sriwijaya untuk menguasai Perlak dimana pada 986 M dan pada 1006 M Sriwijaya telah bertindak keluar daripada Perlak untuk mempertahankan diri dari serangan Dharmawangsa di Jawa. Pengunduran ini telah menjejaskan kerajaan Syiah Perlak dan terus jatuh. Kejatuhan Syiah ini merupakan kejatuhan mutlak mereka dan Perlak telah menguasai sepenuhnya kerajaan Perlak. 
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters