Pengikut

Sabtu, Februari 26, 2011

Sejarah Ringkas Badminton


    
Badminton bukanlah sukan baru tetapi merupakan salah satu sukan terawal dalam sejarah tamadun manusia.Permainan ini dikatakan mula dimainkan di Yunani silam dan juga di Mesir.Namun begitu,sejarah telah mencatatkan bahawa permainan ini sudah dimainkan pada zaman China kuno dengan menggunakan raket kayu dan bulu tangkis.Permainan ini juga telah dimainkan di Istana England pada abad ke 12 dan juga di Poland pada abad ke 18.Namun permainan ini hanya popular di eropah sekitar abad ke 19.Di Jepun pula,sukan seakan-akan Badminton iaitu Hanetsuki telah dimainkan sejak abad ke 16 lagi.Sukan ini bukan sahaja bermula di Eropah namun ia telah bermula dikebanyakan tamadun manusia.Dikawasan Barat,Badminton berasal dari permainan yang dipanggil Battle and Shuttlecock.Permainan ini melibatkan 2 atau lebih pemain yang akan memukul bola di udara dengan menggunakan raket kecil.Di India pula ia dikenali sebagai Poona semasa abad ke 18.
    Sukan ini,mula berkembang di Eropah apabila tentera British yang pulang ke tanah airnya telah mengembangkan permainan ini di Britain sekitar tahun 1860.Pada awalnya sukan ini dimainkan oleh kelas atasan di rumah kediaman Kebangsaan.Pada 1860,seorang penjual anak patung telah mengarang sebuah buku yang bertajuk Badminton Battledore-a new game namun tiada cetakan yang dilakukan terhadap karya tersebut.Sukan ini diperkenalkan pada 1873 di Gloucestershire yang dimiliki oleh Duka of Beaufort.Pada masa itu sukan ini dikenali sebagai The Game of Badminton yang akhirnya diringkaskan kepada badminton sahaja.Sehingga 1887,sukan ini dimainkan di Britain berdasarkan kepada undang-undang di India.Versi permainan Inggeris hanya berlaku apabila Bath Badminton Club telah mempiawaikan peraturan sukan ini.Undang-undang permainan ini telah dicipta pada 1887 dan disemak semula pada 1895 dan 1905.Pada 1893 pula,Badminton Association of England telah menerbitkan set peraturan pertama mengikut ketetapan.Ia seakan-akan menyamai peraturan sekarang dan secara rasminya sebuah peraturan iaitu di ‘Dunbar’ di  Waveley Grove,Portsmouth,England pada 13 September tahun yang sama.Pada 1899.pertandingan badminton terbuka pertama dunia telah diadakan iaitu Kejohanan Badminton Terbuka England atau juga dipanggil sebagai All England.Pada 1934,Pertubuhan Badminton Dunia telah ditubuhkan yang pada awalnya dianggotai oleh Kanada,Denmark,England,Perancis,Belanda,Ireland,New Zealand,Scotland dan Wales sebagai Negara pengasas.India hanya menyertinya pada 1936.Sekarang IBF dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia.
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters