Pengikut

Sabtu, Mei 05, 2012

Ajaran Maria Lionza


Upacara Perbomohan oleh pengikut
Maria Lionza

Maria Lionza merupakan tokoh utama salah satu agama campuran yang dianuti secara meluas di kawasan Venezuela. Agama ini tidak diakui oleh pihak gereja Khatolik sebagai pengikut Kristian kerana agama ini telah mencampurkan ajaran Khatolik dengan kepercayaan Afrikan,dan  kepercayaan penduduk asal. Maria Lionza dihormati oleh penganutnya sebagai dewi dalam alam semulajadi yang membawa simbol keamanan, kasih sayang dan keharmonian dalam kehidupan. Ajaran Maria Lionza mendapat dukungan yang hebat dalam kalangan masyarakat di negara Venezuela daripada masyarakat di kampong-kampung terpencil hinggalah kepada masyarakat Bandar di negara tersebut. Banyak patung-patung Maria Lionza telah dibawa sbagai penghormatan kepada Maria Lionza. Bahkan penyanyi Ruben Blades dan Devendra Banhart telah mencipta lagu untuk kehormatan Maria Lionza.

Menurut lagenda masyarakat tempatan. Maria Lionza telah dilahirkan pada tahun 1502. Maria Lionza ialah anak kepada ketua masyarakat Indian di wilayah Yaracuy. Patung atau imej Maria Lionza digambarkan sebagai seorang perempuan mempunyai anugerah dan kuat dengan menunggang seekor binatang iaitu Tapir yang besar. Ia digambarkan sebagai seorang yang berotot dan berpakaian hanya menutup bahagian bawah sahaja dengan kedua tangan yang terangkat ke atas.

Beliau dikatakan masih tinggal di atas Gunung Sorte di Venezuela yang merupakan gunung suci bagi pengikut ajaran ini. Pengikutnya akan datang ke gunung ini untuk memberi penghormatan kepada Maria Lionza dengan memanggilnya sebagai Queen atau permaisuri. Kerana tradisi yang dilakukan oleh masyarakat ini, Gunung Sorte telah diwartakan oleh kerajaan sebagai Taman Negara pada tahun 1980-an. Nama Maria Lionza ini berasal daripada Santa Maria de la Onza ( Saint Mary of the Jaguar ) daripada nama penuhnya iaitu Santa Maria de la Onza Talavera del Prato de Nivar. Nama ini telah diberi oleh Gereja Khatolik Kristian . Akhirnya beliau hanya dipanggil sebagai Maria Lionza.

Agama Maria Lionza bertapak di gunung Sorte dalam negeri Yaracuy di Venezuela. Sebagai pusat bagi agama ini, disini terletak altar Maria Lionza yang utama. Disini merupakan tempat bagi jemaah “haji” dari seluruh Venezuela untuk memberi penghormatan. Walaupun sepanjang tahun dikunjugi oleh pengikut ajaran ini, namun tarikh yang paling penting ialah pada 12 Oktober kerana pada hari ini bomoh-bomoh utama dan pemimpin-pemimpin utama dalam ajaran Maria Lionza ini akan berhimpun di Gunung Sorte. Mereka akan melakukan pertunjukkan puak yang dipanggil “ Baile de las Brasas” dimana mereka akan melakukan tarian tradisional masing-masing. Di gunung Sorte, para bomoh akan melakukan perbomohan untuk mengubati penyakit penduduk . Ramai daripada penduduk Venezuela mendapatkan rawatan tradional disini. Bomoh akan menyeru kuasa halus dan menyakiti diri sendiri sebelum melakukan pengubatan seperti bedah batin dan sebagainya.


The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters