Pengikut

Khamis, Mac 10, 2011

Teori Masyarakat Asia Tenggara


Mengikut teori, penduduk Asia Tenggara bukanlah penduduk asal sebagaimana yang dilihat pada hari ini. Terdapat teori yang menyatakan bahawa penduduk Asia Tenggara pada asalnya adalah daripada China iaitu daripada wilayah Yunnan yang kemudiannya berhijrah ke Asia Tenggara sekitar 2500 S.M sehingga 1500 S.M. Pandangan yang di kemukakan oleh P.E dan F.Sarasin dan juga R.V.Heine Geldern begitu adalah yang paling popular dan digunapakai. Mengikut teori yang dikemukan ini,masyarakat Yunnan datang ke Asia Tenggara melalui dua gelombang yang besar yang berlaku sekitar 4000 tahun lampau. Kelompok pertama yang tiba dikenali sebagai Melayu Proto. Kedatangan masyarakat Melayu Proto ini menyebabkan masyarakat Vedda iaitu masyarakat awal di Asia Tenggara telah masuk jauh kedalam hutan. Masyarakat Melayu Proto ini telah menjadikan kawasan pesisir pantai sebagai kawasan kediaman. Melayu Proto dikatakan nenek moyang kepada masyarakat Melayu Polinesia. yang tersebar dari kepulauan Madagaskar kemudian ke kawasan kepualauan paling timur di pasifik dan dikatakan berhijrah dari kepulauan paling selatan China ke Indonesia. Mereka ini dikatakan berasal daripada Yunnan kemudian imigrasi ke Indo-China,Siam dan kekawasan-kawasan pulau Asia Tenggara.
    Gelombang kedua dikenali sebagai Melayu Deutro. Kedatangan mereka ini telah menyebabkan Melayu Proto pula masuk kedalam pedalaman dan semakin ke selatan. Melayu Deutro ini dikatakan berasal daripada kawasan utara Indo China dan ia merupakan satu bangsa yang sudah mempunyai teknologi besi sebagai senjata. Kemasukan orang Melayu Proto keselatan dan pedalaman ini disebabkan budaya yang dibawa oleh orang Melayu Deutro lebih terkedepan menyebabkan masyarakat Melayu Proto tidak dapat menerimanya sekaligus terus meminggirkan diri daripada masyarakat yang baru itu. Pendapat yang dikemukan ini berpandukan kepada penemuan kapak batu. Mengikut hipotesis ini,alam Melayu telah bertindak sebagai laluan utama dalam proses penhijrahan ini.
    Namun begitu, Peter Bellwood berpendapat lain daripada pendapat yang dikemukan oleh F.Sarasin dan R.V.Heine Geldern. Peter Bellwood menerima kedatangan masyarakat ini daripada China namun menolak teori kedatangan yang dikemukan oleh tokoh sejarah tersebut. Peter Bellwood berpendapat, pergerakan penghijrahan ini berlaku melalui Taiwan, kemudian ke Filifina dan kemudiannya ke Borneo dan seterusnya melebar ke kawasan yang lain. Peter Bellwood berpendapat demikian kerana persamaan yang wujud antara suku Goshan di Taiwan dengan masyarakat Asia Tenggara.
    Selepas penemuan lebih banyak bukti maka lebih banyak teori mengenainya. Pendapat tokoh sejarah awal telah disanggah oleh ahli sejarah seperti William G. Solheim, James T Collins dan Chester Gorman. Menurut tokoh sejarah ini,penduduk Asia Tenggara merupakan penduduk asal bagi kawasan ini. Ini dibuktikan dengan penemuan kebudayaan masyarakat Asia Tenggara telah wujud sejak 10,000 tahun dahulu di Gua Spirit Siam. Penemuan Java Man telah menyebabkan ahli sejarah berpendapat bahawa manusia awal Asia Tenggara telah menyebarkan pengaruh ke kawasan sekitarnya.  James T.Collins menggunakan linguistik dalam kajiannya dan beliau berpendapat bahawa manusia awal berasal daripada Borneo dan menyebarkan pengaruhnya sehingga ke Filifina.
    Berlakunya perkembangan masyarakat di Asia Tenggara tidak terlepas daripada pertanian. Perkembangan teknologi pertanian tidak boleh ditolak sebagai unsur utama dalam membantu perkembangan petempatan dan kemajuan penduduk Asia Tenggara. Daripada pertanian sawah padi ini telah menyebabkan lahirnya kerajaan dan politi-politi awal di Asia Tenggara seperti Funan. Perkembangan pertanian menyebabkan berlakunya lebihan dalam hasil pertanian menyebabkan mereka mula memikirkan bagaimana hendak menggunakan lebihan tersebut untuk mendatangkan hasil. Oleh itu,wujud pula sistem ekonomi dan sekaligus mengembangkan sektor perdagangan dalam kalangan politi-politi awal.

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters