Pengikut

Khamis, Oktober 13, 2011

Memoir A.Samad Ismail Di Singapura

Kulit Depan
Tajuk: Memoir A. Samad Ismail di Singapura
Pengarang: A. Samad Ismail (lahir 1924)
Penerbit: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia
Tahun: 1993 (Cetakan pertama)
Mukasurat: 275 halaman
Design kulit: Hassan Majid

Memoir A.Samad Ismail memuatkan kisah sejarah kehidupannya semasa berada di Singapura. Selepas menamatkan pengajian di sekolah Inggeris, beliau telah diminta untuk bekerja di Utusan Melayu yang pada masa itu baru ditubuhkan. Antara orang kuat Utusan Melayu ialah Rahim Kajai dan Yusof Ishak. Rahim Kajai telah berhenti daripada menjadi pengarang di Warta Malaya kerana semangatnya untuk memperjuangkan nasib orang Melayu. Antara sebab keluarnya Rahim Kajai daripada Warta Malaya adalah kerana warta Malaya dimiliki oleh orang Arab bukannya orang Melayu. A.Samad Ismail sebenarnya lebih berminat untuk menjadi kerani yang pada masa itu memiliki gaji yang mahal berbanding menjadi seorang wartawan. Tetapi beliau telah bekerja tanpa gaji di utusan kerana permintaan daripada Kesatuan Melayu Singapura yang telah menaja pengajiannya selama ini. Banyak dugaan yang dihadapi olehnya semasa bekerja dibawah Rahim Kajai yang dikenali sebagai seorang yang garang dan suka mencarut. Dalam memoir ini juga banyak memuatkan mengenai masalah sosial orang Melayu yang berada di kawasan bandar. Boleh dikatakan semua pengarang atau pekerja akhbar adalah kaki botol dan kaki perempuan. Dalam memoir ini, kita seolah-olah dibawa untuk menyelami keadaan sosial masyarakat pada zaman sebelum merdeka. Pelacuran dalam kalangan orang Melayu,Cina dan Jawa adalah perkara biasa bahkan antara pelanggan tetap mereka adalah pekerja akhbar itu sendiri. A.Samad Ismail tanpa berselindung menceritakan kisahnya yang diminta oleh kawannya minum arak dan juga menceritakan kisahnya yang dibawa oleh Kadir Yahudi ke rumah pelacuran. Banyak peristiwa yang akan kita fahami dengan membaca buku memoir A.Samad Ismail ini. Ia adalah antara buku yang boleh dijadikan bahan kajian untuk mengetahui budaya masyarakat Melayu sebelum zaman perang.
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters