( James Wheeler Woodford Birch )
Sistem
Residen yang diperkenalkan British di Perak juga telah menimbulkan konflik
antara Sultan Abdullah dan juga British.Perjanjian Pangkor yang ditandatangani
pada 20 Januari 1874 telah membawa kepada pengenalan sistem residen di Perak
pada bulan November 1874. British pada masa itu diwakili oleh Sir Andrew Clark.
Sememangnya pemerintahan Sultan Abdullah adalah lemah apabila baginda terpaksa
berhutang sehingga terpaksa menjual daerah Kerian.Selain itu,baginda juga telah
memajakkan hak memungut cukai kepada sahabat baginda iaitu Lee Cheng Tee 26 000
dolar.Ramai pembesar pada zaman baginda tidak taat antaranya ialah Ngah Ibrahim
bahkan alat kebesaran diraja juga masih berada ditangan Sultan Ismail apabila
Sultan Ismail masih mengakui dirinya sebagai Sultan.Residen Perak yang pertama
bernama J.W.W Birch yang pernah berkhidmat di Ceylon Sri Lanka.Semasa tiba di
Perak,Birch berpendapat Perak merupakan negeri yang mundur dan perlu dimajukan
segera demi kepentingan British.Pembaharuan yang cuba dibawa oleh Birch inilah
yang telah mengguris hati orang Melayu dan menimbulkan dendam dalam kalangan
pembesar Perak pada masa itu.Banyak perubahan drastik yang dilakukan oleh Birch
antaranya ialah penghapusan hamba abdi,hak memungut cukai sehingga wujud
konflik dan pertelingkahan.
Perkara yang pertama dilakukan oleh
J.W.W.Birch ialah mendapatkan hak memungut cukai.Birch mahu cukai dikutip oleh
pegawai kerajaan negeri bukannya oleh wakil sultan.Tujuan utama dilakukan
perkara begini ialah bagi memperbaiki kewangan Perak yang gawat,menjelaskan
hutang Perak dan juga membayar gaji kakitangan kerajaan termasuklah juga
Residen.Satu lagi perubahan yang dilakukan oleh Birch sehingga menimbulkan
kemarahan orang Melayu ialah menghapuskan amalan hamba abdi yang mana selama
ini telah menjadi tunjang kepada adat masyarakat Melayu.Beberapa hamba hutang
telah melarikan diri kerumahnya dan sebahagiannya adalah hamba wanita.Birch
berpendapat bahawa keadaan hamba abdi di Perak amat buruk dan perlu dihapuskan
Sikap Birch berlawanan dengan arahan Gabenor Andrew Clarke yang memerintahkan
supaya sabar melayani karenah orang Melayu terutamnya pembesar.
Tindakan gopoh dan melulu J.W.W.Birch telah
menyebabkan berlakunya pertelingkahan antara British dan sistem Kesultanan.Selepas
lebih kurang 3 bulan memegang jawatan Residen,Birch telah memaksa Sultan
Abdullah supaya menandatangani satu pengistiharan supaya beliau dapat memungut
cukai.Pada 20 Januari 1875,Birch telah memberi amaran kepada Sultan Abdullah
supaya menandatangani pengistiharan tersebut jika tidak baginda akan dilucutkan
dari takhta.Sultan Abdullah telah menulis surat kepada Andrew Clarke supaya
Birch ditukar ataupun dihadkan kuasanya dan tindakan.Sultan Abdullah juga cuba
menulis surat kepada gabenor namun dihalang oleh Andrew Clarke kecuali surat
tersebut melalui Birch.Akhirnya pada 24 Julai 1875,Sultan Abdullah telah
menandatangani surat pengistiharan yang membolehkan British memungut
cukai.Walaupun baginda menandatangani sengistiharan tersebut,namun baginda dan
pembesar mersakan hak yang selama ini dipegang oleh Sultan telah
dicabul.Selepas Andrew Clarke,William Jervois menjadi gabenor dan cuba
menguasai Perak sepenuhkan.Oleh itu,pada September 1875,William Jervois telah
melawat Perak dan memaksa Sultan Abdullah bersetuju dengan cadangan British
itu.Sultan Abdullah dan para pembearnya tidak bersetuju berlainan pula dengan
Raja Yusuf dan Raja Idris yang akhirnya diangkat menjadi hakim.British terus
mendesak Sultan Abdullah supaya bersetuju dengan cadangannya dalam masa 15 hari
sahaja.Pada 2 Oktober 1875,Sultan Abdullah telah menandatangani 2 pengistiharan
untuk melantik hakim British serta menyerahkan semua aspek pentadbiran kepada
British termasuklah dalam bab melantik penghulu.Sebelum dari itu,iaitu 21 Julai
1875,Sultan Abdullah bersama pembesarnya telah mengadakan perbincangan di
Kampung Durian Sebatang bagi menyekat pengaruh British.Dalam perbincangan
itu,Datuk Maharaja Lela dan Dato Sagor telah bersetuju unutk membunuh
Birch.Wakil juga dihantar ke Pulau Pinang untuk mendapat senjata.Ini bermakna
walaupun British bertindak jauh terhadap negeri Perak,Sultan Abdullah sudahpun
bersedia untuk menggunakan kekerasan terhadap British.
Dengan pengistiharan bertarikh 21 Oktober
1875 itu,British gembira kerana berjaya menjadi pentadbir Perak secara
sepenuhnya.Frank Swetteham telah ditugaskan untuk memberitahu rakyat Perak
tentang pengistiharan itu.Pengistiharan tersebut juga turut ditampal di hadapan
kediaman Residen British.Ini telah menyebabkan kemarahan pembesar Perak.Pada 11
November 1875,Birch telah tiba di Pasir Salak bersama dengan pembantunya Mat
Arshad.Mat Arshad diperintah oleh Birch supaya menampal pengistiharan itu
sementara dia pergi mandi.Datuk Maharaja Lela telah melarang Mat Arshad menampal
pengistiharan tersebut tetapi Mat Arshad tetap berkeras sehingga
dibunuh.Sementara itu,sekumpulan orang Melayu lagi ke tempat Birch mandi untu
membunuhnya.Seputum telah mengambil tindakan dengan merejam Birch dengan
lembing kemudian menetaknya.Dengan tindakan itu,British telah membawa ramai
tentera dari India dan Hong Kong dan berjaya menawan Pasir Salak.Perintah
tentera berlarutan sehingga Mac 1876.Pihak British menawarkan 6000 dolar kepada
orang yang berjaya menangkap Datuk Maharaja Lela dan masing-masing 3000 dolar
kepada yang berjaya menagkap 2 orang lagi yang terlibat.Perang Perak yang
berlaku ini hanya bertahan selama setengah tahun sehingga pemimpin Melayu
tersebut berjaya ditangkap.Semua pembesar negeri Perak terlibat dalam peristiwa
ini kecuali Raja Yusuf dan Raja Idris.Datuk Maharaja Lela,Dato Sagor Pandak
Enduk beserta 3 orang lagi dihukum gantung di Matangpada 1876.Manakala Sultan
Abdullah,Menteri Larut,Datuk Laksamana dan Datuk Syahbandar dihukum dibuang ke
Pulau Seychelles.Manakala Raja Ismail dibuang ke Johor.
1 ulasan:
Sultan Ismail tidak terlibat dalam pembunuhan Birch..tapi apasal dibuang ke Johor?
Catat Ulasan