Pengikut

Isnin, April 18, 2011

Perkembangan Sekolah Tamil di Tanah Melayu


Gambar Hiasan

Sebagaimana yang disebutkan diatas,kedatangan kaum India ke negara ini dengan tidak mendatangkan apa-apa kepentingan terhadap negara ini melainkan kepentingan ekonomi untuk mengubah taraf hidup dan taraf sosial. Ini kerana mereka yang berkasta rendah di India telah diabaikan dan tidak dianggap sebagai manusia. Kedatangan mereka ke sini telah menghilangkan sementara konsep kasta itu dan jika dilihat kebanyakan daripada mereka yang dating ke Tanah Melayu adalah mereka yang berkasta rendah. Walaupun jasad mereka di Tanah Melayu namun mereka tidak dapat menerasikan diri dengan orang Melayu oleh sebab menganggap belajar bahasa Melayu seperti masuk ke dalam Islam. Agama merupakan kekangan kepada perpaduan kaum pada masa itu. Tambahan lagi,imigran India masih menganggap negara India sebagai negara mereka dan menumpahkan taat setianya kepada negara tersebut. Sebagaimana kaum Cina,kaum India juga tidak berminat untuk menghantar anaknya ke sekolah Melayu dan lebih suka jika anaknya bekerja di ladang.
     Oleh itu pada awalnya British tidak mementingkan sangat sekolah Tamil kerana beranggapan bahawa orang India akan pulang pada suatu hari nanti. Namun sebahagian besar daripada orang India itu sendiri tidak mahu pulang ke negara mereka. Ini telah memaksa British untuk mewujudkan sekolah untuk orang Tamil ini. Ada pendapat mengatakan bahawa sekolah Tamil mula dibina di seberang Perai,Perak,Selangor dan juga Singapura atas daya usaha yang dilakukan oleh mubaligh Kristian dan juga pemilik ladang.  Terdapat kira-kira 4 jenis sekolah vernakular Tamil iaitu Sekolah Tamil yang mendapat bantuan daripada kerajaan Inggeris,Sekolah Tamil yang diurus oleh pihak  majikan,Sekolah Tamil yang diurus oleh masyarakat India dan juga Sekolah Tamil yang diurus oleh Mubaligh Kristian.
            Dalam tahun 1816 telah diwujudkan sebuah sekolah yang terawal di Tanah Melayu iaitu Penang Free School yang diasaskan oleh Eferan Kuching. Oleh itu,mereka merasakan perlu untuk mewujudkan “cawangan” sekolahnya yang berbahasa Tamil. Akhirnya pada 1950 telah diadakan mata pelajaran Tamil di sekolah itu serentak dengan penubuhan Sekolah Anggota di Melaka yang menjadi antara sekolah terawal Tamil di Tanah Melayu. Selepas British merasakan bahawa orang India perlu dikekalkan kerana untuk menjimatkan kos pentadbirannya maka mereka telah mewujudkan dan mengambil berat mengenai sekolah ini. Penubuhan sekolah vernakular India ini mungkin lebih awal daripada sekolah vernakular Melayu. Pada 1900-an dikatakan sudah ada 3 buah sekolah vernakular kerajaan dimana salah satu daripadanya ialah sekolah Tamil. Sekolah-sekolah Tamil mula dibina die stet-estet di Province Wenisly dan di kawasan Johor Utara. Sekolah vernakular Tamil menggunakan kurikulum daripada India.
    Pembinaan sekolah Tamil ini semakin rancak dengan wujudnya Kanun Buruh atau Labour Code yang digubal pada 1912. Antara sebab diwujudkan Kanun Buruh ini ialah permintaan kerajaan India yang mahukan orang India yang kebanyakan berada idi estet mendapat pendidikan sewajarnya. Jika sebuah ladang itu mempunyai 10 orang budak yang berumur antara 7 hingga 14 tahun maka pemilik ladang itu diwajibkan untuk membuat sekolah dan menyediakan guru. Namun dasar ini hanya dilaksanakan sepenuhnya oleh kerajaan British sekitar tahun 1923. Dengan terlaksananya dasar ini,ia menunjukkan bahawa sekolah Tamil akan berkembang dengan pesat. Ini kerana adalah hampir mustahil untuk mencari sebuah ladang yang tidak memiliki budak yang berumur 7-14 tahun tambahan lagi jika ladang yang besar.
    Berkembangnya sekolah Tamil itu dapat dibuktikan pada 1938,terdapat kira-kira 547 sekolah Tamil di kawasan Negeri-Negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu. Daripada jumlah yang besar itu,dapat dibahagikan pula kepada beberapa jenis sekolah Tamil itu. 13 buah daripada jumlah itu adalah sekolah Tamil kerajaan,511 buah pula adalah sekolah die estet-estet dan 23 daripadanya adalah sekolah Mubaligh. Jumlah yang besar ini sudah cukup untuk mengatakan bahawa masyarakat India telah meninggalkan masyarakat Melayu dalam bidang pendidikan jauh kedepan. Jika diperhatikan lebih daripada 90% daripada jumlah sekolah terbabit adalah sekolah di kawasan estet. Ini sekaligus menunjukkan bahawa Kanun Buruh telah berjaya dalam misinya. Sekitar 1947 pula terdapat 741 buah sekolah Tamil dan dalam masa 3 tahun sehaja berlaku peningkatan yang agak ketara iaitu kepada 881 buah sekolah. Namun tidak semua daripada sekolah ini beroperasi dalam bahasa Tamil sepenuhnya. Ini kerana masyarakat India Selatan itu sendiri mempunyai pelbagai dielek dan loghat bahasa tersendiri yang tidak difahami antara satu sama lain. Daripada jumlah besar itu,sebanyak 821 dikendalikan dalam bahasa Tamil,27 buah dikendalikan secara dwibahasa iaitu Tamil dan Telegu,11 buah dalam bahasa Gujerat,10 buah dalam bahasa Telegu sepenuhnya,5 buah sekolah Malayalam,2 buah dalam bahasa Hindi dan 4 buah dalam bahasa Tamil,Malayalam,Sinhala,Gurkha dan Gujerat.
    Dalam membicarakan mengenai masyarakat India,kita tidak boleh sesekali melupakan masyarakat India Muslim. Walaupun mereka “diakui” sebagai Melayu namun mereka tetap ingin mengekalkan identiti sebagai India. Mereka datang ke Tanah Melayu untuk menerokai peluang perdagangan. Mereka ini datang daripada India utara dan India selatan. Golongan India Muslim ini tidak bekerja sebagai buruh tetapi peniaga dibandar-bandar seperti di Pulau Pinang. Mereka ini menitikberatkan pendidikan agama buktinya kedatangan Haji Abdul Cader Alim sebagai utusan dari Persatuan Islam Daerah Tanjore telah datang ke Tanah Melayu dan tinggal di Pondok Lebuh Chulia yang menjadi kelas al Quran kepada kanak-kanak setempat. Mereka mendirikan masjid untuk menjadi pusat pengajian agama dan Abdul Qader menjadi imamnya. Kedatangan masyarakat India Muslim di Sarawak telah menggiatkan lagi penyebaran agama Islam dan mendirikan Madrasah Islamiah. Ini bermakna,masyarakat India Muslim tidak mementingkan pendidikan vernakular Tamil tetapi lebih kepada pendidikan agama.
    Pra-kemerdekaan dan pasca-kemerdekaan telah memaksa sekolah vernakular India ini menerima setiap laporan pendidikan yang dibuat. Ini kerana kebanyakan daripada sekolah vernakular ini adalah miskin di kawasan ladang.

Kedatangan Imigran India Ke Tanah Melayu


Gambaran Buruh India


Waktu yang sebenarnya untuk menentukan kedatangan kaum India tidak dapat dipastikan dengan jelas. Ini kerana sejak zaman Melaka lagi sudah ada catatan mengenai kedatangan kaum India ke negara ini. Namun kedatangannya ke negara ini pada masa itu adalah untuk berdagang semata-mata. Namun tidak mustahil ada sebahagian daripada mereka yang tinggal/menetap terus di negara ini kerana sudah berkahwin dengan penduduk tempatan. Namun jumlahnya mungkin terlalu kecil sehingga diabaikan oleh ahli sejarah. Maka wujud pelbagai andaian mengenai bila tarikh terawal kedatangan kaum ini ke negara ini. Pada pandangan R.O.Winsted,orang India mula dating ke Tanah Melayu sejak kurun ke 14 lagi jauh mendahului daripada kaum Cina. Menurut Winsted lagi,oleh sebab kedatangan mereka dalam kelompok yang kecil,mereka tidak menggunakan bahasa Prakrit tetapi menggunakan bahasa penduduk tempatan.
    Imigran Tamil yang datang ke Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai jenis keturunan bukannya daripada satu keturunan sahaja sebagaimana yang fahami oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia. Antara keturunan India yang datang ke Tanah Melayu ialah Tamil dari Tamil Naidu,Malayali dari Karala/Malabar,Telegu dari Andra Pradesh,Sikh dari Punjab,Tamil Chettiar dari Tamil Naidu,Gujrati dari India Utara. Kebanyakan mereka yang datang ialah daripada pelbagai golongan Chettier,golongan professional seperti doctor,askar terutamanya Gurkha,pekerja di ladang dan juga untuk membina jalan keretapi.
    Selepas berlakunya perkembangan ladang ,kopi,tebu dan getah telah memaksa British untuk mengambil pekerja dari India untuk mengusahakannya. Perkembangan dalam industri getah adalah berlaku dalam keadaan mendadak. Pada 1900 hanya terdapat sekitar 50 000 ekar sahaja tanaman getah namun dalam masa 11 tahun sahaja iaitu pada 1911 ladang getah telah meningkat kepada 543 000 ekar iaitu peningkatan lebih 10% dan pada tahun 1938 terus meningkat kepada 3 272 000 ekar.  Namun tidak semua orang India yang dibawa masuk bekerja di ladang getah namun ada juga antara mereka yang bekerja di landasan keretapi. Pada 1921,dianggarkan seramai 8009 orang India telah bekerja di landaan keretapi.
Jadual 1 : Kedatangan kaum India ke Tanah Melayu antara 1911-1931
            Negeri
     1911 ( orang )
      1921 ( orang )
      1931 ( orang )
Negeri-Negeri Selat
         82 055
         104 628
          132 277
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
         172 465
          305 219
           379 996
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
        12 639
          61 781
           110 951
Jumlah
        267 159
         471 628
           623 224

(  Sumber : Daripada buku . Sejarah Masih Relevan m/s 243 )

    Kemasukan kaum India ke Tanah Melayu secara mendadak ini kerana mempunyai sebab penarik dan sebab penolaknya. Antara sebab penarik kedatangan mereka kesini ialah faktor peluang pekerjaan yang ada di negara ini. Selain itu,mereka merasakan hidup dinegara ini lebih selamat berbanding di negara sendiri. Faktor penolak pula ialah keadaan masyarakat di India yang rata-rata hidup dalam kemiskinan dan kebuluran yang banyak berlaku. Ini dapat dibuktikan apabila berlakunya kemelesetan ekonomi pada masa itu. Kemasukan mereka ke negara ini semasa  berlakunya kemelesetan ekonomi ialah berkurangan sama sekali.
    Ini menunjukkan kedatangan mereka ialah semata-mata kepentingan ekonomi. Kemasukan masyarakat India ke negara ini melalui beberapa cara iaitu melalui sistem buruh bebas,sistem kangani dan juga sistem kontrak. Melalui sistem buruh bebas,mereka bebas untuk memilih pekerjaan di Tanah Melayu. Dalam sistem kontrak pula,mereka akan dibawa ke Tanah Melayu dengan pembiayaan tetapi mereka perlu bekerja antara 1- 3 tahun dengan gaji antara 9 hingga 13 sen sehari sahaja. Sistem ini begitu menindas pekerja semata-mata untuk membayar balik hutang untuk datang ke sini. Disebabkan itu, sistem Kangani telah diperkenalkan. Sistem Kangani bermaksud ketua atau mandul . Mengikut sistem ini,mereka yang diberi lesen akan mencari buruh di India untuk bekerja di Tanah Melayu namun pelaksanaanya tidak lama apabila diharamkan oleh kerajaan kerana ada penyelewengan.
     Oleh itu,boleh dikatakan bahawa wujudnya sekolah vernakular tamil ini kerana perkembangan dalam  pembukaan ladang getah dan kopi. Pendidikan Vernakular Tamil hanya disediakan pada peringkat rendah sahaja semata-mata untuk membasmi buta huruf dalam kalangan masyarakat itu. Kebanyakan pekerja dari India ini berasal daripada India Selatan yang mana kebanyakan daripada mereka ini buta huruf dan dating ke Tanah Melayu dengan satu tujuan iaitu mencari kehidupan yang lebih baik tambahan lagi sistem kasta yang diamalkan di India telah menyebabkan mereka berhijrah terutamanya mereka yang berkasta rendah. Namun tidak semua orang India yang datang ke Tanah Melayu menetap di kawasan Ladang. Ini kerana ada sebahagian daripada mereka menetap di kawasan Bandar dan lebih cenderung kepada pendidikan Inggeris.
      Sebelum wujudnya sekolah vernakular Tamil,lebih awal dari itu telah wujud sekolah Tamil yang dikenali sebagai Tinnai Pali yang mana guru-guru dan buku teks dari India telah dibawa masuk. Sekitar abad ke 19 dan awal abad ke 20,Industri getah telah berkembang pesat dan ini telah mendorong British mengambil buruh dari India Selatan dan dibayar dengan gaji yang murah. Oleh itu kebanyakan daripada sekolah Tamil berada jauh kedalam ladang getah. Semasa penjajahan Jepun, Jepun tidak menghapuskan sekolah vernakular Tamil dan Melayu namun menambahnya dengan bahasa Jepun. Namun sekolah vernakular Cina dan Inggeris telah dihapuskan dan digantikan dengan Nippon-Go yang menekankan lagu klasik Jepun dan kebudayaan Jepun.

Pengenalan Tanaman Baru



Kemasukan barat telah berjaya menambahbaik sistem tanaman sedia ada. Tanaman yang sudah secara tradisi telah digalakkan untuk ditanam untuk tujuan eksport manakala barat juga telah memperkenalkan tanaman baru kepada penduduk Asia Tenggara iaitu getah dan kelapa sawit. Tanaman tersebut mendapat tempat kerana kerancakan pembinaan kenderaaan berenjin dan juga keperluan terhadap minyak sayuran yang meningkat.
    Getah pada asalnya tumbuhan liar yang tumbuh melata di Brazil dan pedalaman Amerika. Penduduk asli mengambil getah dengan menebang pokok tersebut untuk dibuat bola yang boleh melenting. Royal Botanic Garden di Kew Londoh telah memainkan peranan besar dalam mengembangkan tanaman ini ketanah jajahan British. Percubaan penanaman getah di Asia Tenggara telah dimulakan terutamanya di Malaysia,Singapura dan Bogor Indonesia. Penanaman getah di Bogor semasa penjajahan Belanda pada asalnya adalah sebagai koleksi sahaja. Namun bermula dari situ,Belanda telah cuba mengembangkan perusahaan getah kerana komoditi pada masa itu iaitu kopi dan tembakau mengalami kejatuhan harga pasaran sehinggakan ramai penanaman tembakau beralih untuk menanam kopi sedangkan harga kopi turut mengalami kejatuhan. Belanda mula menyebar luaskan penggunaan penanaman getah pada 1864 lagi oleh Hofland di kawasan Pamanukam dan Ciesem di Jawa Barat. Kerajaan Belanda pada masa itu,belum mempunyai kewangan yang kukuh untuk membuka kebun getah sehingga terpaksa membuka perusahaan itu untuk pelabur Belanda,Amerika,Belgium dan British.
    Pada 1873,satu ekspedisi telah dilakukan untuk membawa biji getah dari Brazil untuk ditanam di India. Sebahagian kecil telah ditanam di Kew dan pokok getah yang dibawa ke Culcatta telah mati. Getah yang ditanam dikebanyakan di Asia Tenggara merupakan anak benih daripada Ceyclon yang telah dibawa ke Singapura dan merebak ke kawasan lain. Antara syarikat yang terlibat dalam pemodalan tanaman getah di Tanah Melayu ialah syarikat Guthrie sejak tahun 1896.


Ekonomi Berdasarkan Nilai Wang


Duit Pisang Zaman Jepun


Pada abad ke-19,sistem ekonomi kewangan atau lebih dikenali sebagai sistem ekonomi bebas mula diperkenalkan di Asia Tenggara. Negara-negara jajahan telah diberi kebebasan untuk terlibat dalam sistem ekonomi atau dengan kata lain,sistem ekonomi liberal telah dilaksanakan setelah beberapa peristiwa berlaku seperti penentangan di parlimen atas monopoli yang dilakukan pihak penjajah. Oleh itu,untuk menjayakan projek ini kerajaan memerlukan modal untuk membangunkan bidang pertanian,perlombongan mahupun infrastruktur.
    Oleh itu,cukai telah diperkenalkan untuk mendapatkan kewangan kerajaan. Cukai dikutip daripada kedai,lombong,rumah judi,pajak gadai,ladang dan sebagainya. Di Tanah Melayu,muncul bandar-bandar baru terutamanya dikawasan yang mempunyai biji timah kerana cukai yang dikutip melalui perlombongan tersebut. Burma sejak dahulu lagi adalah pengeluar padi dan penjajah hanya menggiatkan lagi penanaman padi buktinya pada 1870,British telah membina kilang padi dan padi Burma telah dieksport ke India dan negara sekitarnya. Selain beras,beberapa komoditi lain dilombong seperti timah hitam dan perak dan telah menggiatkan pembinaan jalan raya dan jalan keretapi buktinya pembinaan keratapi antara Rangoon ke Promme dan pada 1884 telah disambung ke Toungu dan sekali lagi disambung ke Mandalay pada 1889.
    Wujudnya golongan liberal di barat telah mengurangkan penindasan penjajah di tanah jajahan mereka. Di kawasan Indochina,Perancis juga telah menggiatkan perusahaan dalam bidang pertanian dan juga perlombongan. Pada 1890,lombong arang batu telah dibuka di Tonkin dan pada tahun yang berikutnya,ladang kopi pula telah dibuka Perancis juga tidak ketinggalan untuk membina jaringan jalan keretapi pada 1895 dan jaringan darat telah diperkenalkan lebih awal sekitar 1881. Pembinaan terusan air telah merancakkan lagi industri penanaman padi ,jagung dikawasan delta Mekong kerana berlakunya pertambahan penduduk dikawasan itu.
    Jika dulu ekonomi di Asia Tenggara menjurus kepada ekonomi paksa dan semata-mata untuk memenuhi kantung negara penjajah namun perubahan mula berlaku terutamanya sekitar abad ke-20 dimana ekonomi Asia Tenggara telah mengalami satu lagi fasa pembaharuan dimana semua pelabur dan rakyat boleh terlibat dalam sektor ekonomi secara bebas dan pasaran ekonomi Asia Tenggara mula bergantung kepada pasaran dunia. Cara hidup tradisi telah diganti dengan sistem kewangan dan memudahkan pertukaran barangan berdasarkan nilai wang tersebut. Disetiap jajahan telah diperkenalkan pelbagai sistem tanah dan dasar perlindungan tanah untuk petani telah diperkenalkan oleh penjajah. Namun akibat penggunaan sistem kewangan telah mendorong masyarakat untuk memiliki kekayaan dan kebanyakan tanah telah dijual kepada kroni penjajah untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan sedangkan mereka pula terpaksa menjadi kuli kepada ladang-ladang penjajah. Namun di Tanah Melayu dasar yang berbeza telah dilaksanakan dimana petani dikawasan kampung dan kawasan pedalaman dilarang sama sekali menjual tanah mereka terutamanya kepada orang asing dan mengekalkan mereka sebagai petani yang miskin untuk mengekalkan hegemoni penjajah. Mereka ditugaskan untuk membekalkan hasil makanan untuk kegunaan penduduk dikawasan bandar dan dasar ini sebenarnya telah merugikan masyarakat apabila mereka tidak dibenarkan untuk terlibat dalam perniagaan eksport import sebagaimana yang dilakukan oleh orang Cina. Bukti bahawa kawasan kampung dan pedalaman dikekalkan sebagai kawasan untuk membekalkan tanaman makanan ialah pengenalan undang-undang bahawa tidak boleh menukar tanah padi kepada mana-mana tanaman lain walhal getah sekalipun sedangkan harga getah pada waktu itu cukup tinggi. Undang-undang tersebut ialah Undang-Undang Tanah Simpanan Melayu 1913 dan dipindaaan 1933. Penggubalan ini berlaku akibat daripada kehilangan tanah orang Melayu yang mendadak ketangan orang Cina yang memiliki kuasa ekonomi pada masa itu.
    Namun begitu,pelakasaanaan Undang Undang ini hanya terhad kepada kawasan hutan yang tidak berpotensi untuk dimajukan ataupun tidak wujud bahan mentah untuk dilombong. Bagi kawasan yang maju dan ekonomi giat,kawasan tersebut dikeluarkan daripada senarai Tanah Simpanan Melayu. Tanah yang berpotensi untuk dimajukan disediakan untuk pemodal eropah untuk melombong mahupun menanam getah. Pengeluaran hasil yang dahulunya hanya melibatkan pertanian kecilan dan perlombongan secara kecilan telah berubah setelah kemasukan pemodal dan juga sistem kewangan. Pertanian yang dahulunya secara kecilan telah berubah kepada sistem yang lebih berskala besar dan ekonomi perdagangan pada masa itu telah mendominasi sistem ekonomi pada masa itu. Masyarakat petani dan nelayan walaupun perubahan cara ekonomi mereka tidak banyak berubah namun sedikit perubahan tetap diterima contohnya mereka sudah mula menanam tanaman yang mampu untuk menjana ekonomi kewangan seperti getah,kopi,koko,kelapa dan tebu walaupun mereka tidak digalakkan untuk menanam secara skala besar seperti di Tanah Melayu. Namun pengenalan sistem kewangan ini telah menimbulkan satu lagi masalah baru kepada masyarakat Asia Tenggara iaitu masalah hutang.
    Masalah kepada pertanian seperti bencana alam telah menyebabkan pekebun kecil yang sudah rata-rata miskin telah meminjam wang daripada golongan cetti.  Masalah ini serius berlaku dalam kalangan masyarakat Burma Hilir,Jawa,Melayu dan Vietnam. Petani yang tidak mampu membayar hutang tersebut akan dirampas tanah mereka. Selain itu,buruh-buruh yang bekerja diladang-ladang digalakkan main judi jika tidak keladang dan mereka digalakkan untuk meminjam daripada majikan yang banyak berlaku kepada pekebun getah dan juga tebu.
    Pengenalan kepada sistem kewangan ini telah menyebabkan perubahan kepada nilai sosial masyarakat dimana masyarakat di Asia Tenggara mula bersifat material dan pentingkan diri sendiri. Pengenalan sistem kewangan ini juga walaupun dilihat baik namun masih banyak gejala negatif yang berlaku dimana masyarakat mula berhutang untuk tujuan tertentu.



Penanaman Modal di Asia Tenggara


Sir H.N.Ridley


Kestabilan politik dan keamanan yang berjaya diwujudkan oleh barat di Asia Tenggara telah berjaya menarik pelabur asing terutamanya daripada eropah dan juga China. Perkembangan dan aliran ekonomi yang berlaku di Asia Tenggara ditentukan oleh kehendak dan keperluan penjajah terhadap negara tersebut. Negara Thailand walaupun pada dasarnya tidak pernah dijajah oleh Barat namun sistem perekonomiannya banyak dipengaruhi oleh barat. Thailand bersempadan dengan negara yang dijajah oleh Perancis dan juga British. Oleh itu,bagi mengekalkan kuasanya kedaulatannya banyak perjanjian telah dibuat untuk membenarkan kemasukan modal dan pelabur dari barat. Perjanjian penting yang melibatkan perdagangan yang dilakukan oleh Siam ialah pada tahun 1855,1896,1909. Melalui perjanjian ini,pelabur eropah dan juga Cina boleh terlibat dalam ekonomi Siam dalam bidang perkapalan,penangkutan,kewangan,perdagangan,pembalakan dan perlombongan.
    Di Burma,British telah menggunakan kesempatan penjajahan ini telah mengaut keuntungan dalam bidang pelombongan biji timah,timah hitam,perak,tungsten dan minyak. Kemudahan infrasruktur telah moden telah dibina secara pesat untuk memudahkan pengeluaran sehingga tahun 1930,British telah menanam modal sebanyak 50 juta pound.
     Di Tanah Melayu,British telah pesat melabur modal dalam bidang pertanian,penanaman getah dan paling utama perlombongan bijih timah. Dua komoditi utama yang menarik perhatian pemodal di Tanah Melayu iaitu getah dan biji timah. Sehingga 1905,eksport getah ialah 200 tan dan bertambah mendadak pada 1920-an kepada 196,000 tan. Sehingga 1935,penanaman modal oleh British di Tanah Melayu ialah sekitar 55juta Pound.
    Pelaksanaan dasar pertanian terbuka selepas pertanian kultur dihapuskan telah menyebabkan kemasukan pelaburan Belanda agak mendadak. Selepas tahun 1880,penanam modal Belanda dan asing digalakkan untuk menanam modal terutamanya dalam perusahaan tebu di Jawa dan pulau sekitarnya seperti Sumatera dan sebagainya. Di kawasan luar daripada tanah Jawa,kebanyakan yang menanam modal adalah bukan daripada pelabur Belanda tetapi dimiliki oleh orang Perancis,Amerika serta Belgium yang menanamgetah,the dan tebu. Bermula dengan abad ke-20,Belanda mula membina sistem pengangkutan yang lebih canggih untuk pengangkutan hasil dan ia telah meningkatkan pengeluaran hasil buktinya pengeluaran gula pada tahun 1900 ialah 700 000 tan dan telah bertambah kepada 1.4 juta tan pada 1914.



The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters