Pengikut

Isnin, April 18, 2011

Kedatangan Imigran India Ke Tanah Melayu


Gambaran Buruh India


Waktu yang sebenarnya untuk menentukan kedatangan kaum India tidak dapat dipastikan dengan jelas. Ini kerana sejak zaman Melaka lagi sudah ada catatan mengenai kedatangan kaum India ke negara ini. Namun kedatangannya ke negara ini pada masa itu adalah untuk berdagang semata-mata. Namun tidak mustahil ada sebahagian daripada mereka yang tinggal/menetap terus di negara ini kerana sudah berkahwin dengan penduduk tempatan. Namun jumlahnya mungkin terlalu kecil sehingga diabaikan oleh ahli sejarah. Maka wujud pelbagai andaian mengenai bila tarikh terawal kedatangan kaum ini ke negara ini. Pada pandangan R.O.Winsted,orang India mula dating ke Tanah Melayu sejak kurun ke 14 lagi jauh mendahului daripada kaum Cina. Menurut Winsted lagi,oleh sebab kedatangan mereka dalam kelompok yang kecil,mereka tidak menggunakan bahasa Prakrit tetapi menggunakan bahasa penduduk tempatan.
    Imigran Tamil yang datang ke Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai jenis keturunan bukannya daripada satu keturunan sahaja sebagaimana yang fahami oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia. Antara keturunan India yang datang ke Tanah Melayu ialah Tamil dari Tamil Naidu,Malayali dari Karala/Malabar,Telegu dari Andra Pradesh,Sikh dari Punjab,Tamil Chettiar dari Tamil Naidu,Gujrati dari India Utara. Kebanyakan mereka yang datang ialah daripada pelbagai golongan Chettier,golongan professional seperti doctor,askar terutamanya Gurkha,pekerja di ladang dan juga untuk membina jalan keretapi.
    Selepas berlakunya perkembangan ladang ,kopi,tebu dan getah telah memaksa British untuk mengambil pekerja dari India untuk mengusahakannya. Perkembangan dalam industri getah adalah berlaku dalam keadaan mendadak. Pada 1900 hanya terdapat sekitar 50 000 ekar sahaja tanaman getah namun dalam masa 11 tahun sahaja iaitu pada 1911 ladang getah telah meningkat kepada 543 000 ekar iaitu peningkatan lebih 10% dan pada tahun 1938 terus meningkat kepada 3 272 000 ekar.  Namun tidak semua orang India yang dibawa masuk bekerja di ladang getah namun ada juga antara mereka yang bekerja di landasan keretapi. Pada 1921,dianggarkan seramai 8009 orang India telah bekerja di landaan keretapi.
Jadual 1 : Kedatangan kaum India ke Tanah Melayu antara 1911-1931
            Negeri
     1911 ( orang )
      1921 ( orang )
      1931 ( orang )
Negeri-Negeri Selat
         82 055
         104 628
          132 277
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
         172 465
          305 219
           379 996
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
        12 639
          61 781
           110 951
Jumlah
        267 159
         471 628
           623 224

(  Sumber : Daripada buku . Sejarah Masih Relevan m/s 243 )

    Kemasukan kaum India ke Tanah Melayu secara mendadak ini kerana mempunyai sebab penarik dan sebab penolaknya. Antara sebab penarik kedatangan mereka kesini ialah faktor peluang pekerjaan yang ada di negara ini. Selain itu,mereka merasakan hidup dinegara ini lebih selamat berbanding di negara sendiri. Faktor penolak pula ialah keadaan masyarakat di India yang rata-rata hidup dalam kemiskinan dan kebuluran yang banyak berlaku. Ini dapat dibuktikan apabila berlakunya kemelesetan ekonomi pada masa itu. Kemasukan mereka ke negara ini semasa  berlakunya kemelesetan ekonomi ialah berkurangan sama sekali.
    Ini menunjukkan kedatangan mereka ialah semata-mata kepentingan ekonomi. Kemasukan masyarakat India ke negara ini melalui beberapa cara iaitu melalui sistem buruh bebas,sistem kangani dan juga sistem kontrak. Melalui sistem buruh bebas,mereka bebas untuk memilih pekerjaan di Tanah Melayu. Dalam sistem kontrak pula,mereka akan dibawa ke Tanah Melayu dengan pembiayaan tetapi mereka perlu bekerja antara 1- 3 tahun dengan gaji antara 9 hingga 13 sen sehari sahaja. Sistem ini begitu menindas pekerja semata-mata untuk membayar balik hutang untuk datang ke sini. Disebabkan itu, sistem Kangani telah diperkenalkan. Sistem Kangani bermaksud ketua atau mandul . Mengikut sistem ini,mereka yang diberi lesen akan mencari buruh di India untuk bekerja di Tanah Melayu namun pelaksanaanya tidak lama apabila diharamkan oleh kerajaan kerana ada penyelewengan.
     Oleh itu,boleh dikatakan bahawa wujudnya sekolah vernakular tamil ini kerana perkembangan dalam  pembukaan ladang getah dan kopi. Pendidikan Vernakular Tamil hanya disediakan pada peringkat rendah sahaja semata-mata untuk membasmi buta huruf dalam kalangan masyarakat itu. Kebanyakan pekerja dari India ini berasal daripada India Selatan yang mana kebanyakan daripada mereka ini buta huruf dan dating ke Tanah Melayu dengan satu tujuan iaitu mencari kehidupan yang lebih baik tambahan lagi sistem kasta yang diamalkan di India telah menyebabkan mereka berhijrah terutamanya mereka yang berkasta rendah. Namun tidak semua orang India yang datang ke Tanah Melayu menetap di kawasan Ladang. Ini kerana ada sebahagian daripada mereka menetap di kawasan Bandar dan lebih cenderung kepada pendidikan Inggeris.
      Sebelum wujudnya sekolah vernakular Tamil,lebih awal dari itu telah wujud sekolah Tamil yang dikenali sebagai Tinnai Pali yang mana guru-guru dan buku teks dari India telah dibawa masuk. Sekitar abad ke 19 dan awal abad ke 20,Industri getah telah berkembang pesat dan ini telah mendorong British mengambil buruh dari India Selatan dan dibayar dengan gaji yang murah. Oleh itu kebanyakan daripada sekolah Tamil berada jauh kedalam ladang getah. Semasa penjajahan Jepun, Jepun tidak menghapuskan sekolah vernakular Tamil dan Melayu namun menambahnya dengan bahasa Jepun. Namun sekolah vernakular Cina dan Inggeris telah dihapuskan dan digantikan dengan Nippon-Go yang menekankan lagu klasik Jepun dan kebudayaan Jepun.

Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters