Pengikut

Isnin, April 18, 2011

Ekonomi Berdasarkan Nilai Wang


Duit Pisang Zaman Jepun


Pada abad ke-19,sistem ekonomi kewangan atau lebih dikenali sebagai sistem ekonomi bebas mula diperkenalkan di Asia Tenggara. Negara-negara jajahan telah diberi kebebasan untuk terlibat dalam sistem ekonomi atau dengan kata lain,sistem ekonomi liberal telah dilaksanakan setelah beberapa peristiwa berlaku seperti penentangan di parlimen atas monopoli yang dilakukan pihak penjajah. Oleh itu,untuk menjayakan projek ini kerajaan memerlukan modal untuk membangunkan bidang pertanian,perlombongan mahupun infrastruktur.
    Oleh itu,cukai telah diperkenalkan untuk mendapatkan kewangan kerajaan. Cukai dikutip daripada kedai,lombong,rumah judi,pajak gadai,ladang dan sebagainya. Di Tanah Melayu,muncul bandar-bandar baru terutamanya dikawasan yang mempunyai biji timah kerana cukai yang dikutip melalui perlombongan tersebut. Burma sejak dahulu lagi adalah pengeluar padi dan penjajah hanya menggiatkan lagi penanaman padi buktinya pada 1870,British telah membina kilang padi dan padi Burma telah dieksport ke India dan negara sekitarnya. Selain beras,beberapa komoditi lain dilombong seperti timah hitam dan perak dan telah menggiatkan pembinaan jalan raya dan jalan keretapi buktinya pembinaan keratapi antara Rangoon ke Promme dan pada 1884 telah disambung ke Toungu dan sekali lagi disambung ke Mandalay pada 1889.
    Wujudnya golongan liberal di barat telah mengurangkan penindasan penjajah di tanah jajahan mereka. Di kawasan Indochina,Perancis juga telah menggiatkan perusahaan dalam bidang pertanian dan juga perlombongan. Pada 1890,lombong arang batu telah dibuka di Tonkin dan pada tahun yang berikutnya,ladang kopi pula telah dibuka Perancis juga tidak ketinggalan untuk membina jaringan jalan keretapi pada 1895 dan jaringan darat telah diperkenalkan lebih awal sekitar 1881. Pembinaan terusan air telah merancakkan lagi industri penanaman padi ,jagung dikawasan delta Mekong kerana berlakunya pertambahan penduduk dikawasan itu.
    Jika dulu ekonomi di Asia Tenggara menjurus kepada ekonomi paksa dan semata-mata untuk memenuhi kantung negara penjajah namun perubahan mula berlaku terutamanya sekitar abad ke-20 dimana ekonomi Asia Tenggara telah mengalami satu lagi fasa pembaharuan dimana semua pelabur dan rakyat boleh terlibat dalam sektor ekonomi secara bebas dan pasaran ekonomi Asia Tenggara mula bergantung kepada pasaran dunia. Cara hidup tradisi telah diganti dengan sistem kewangan dan memudahkan pertukaran barangan berdasarkan nilai wang tersebut. Disetiap jajahan telah diperkenalkan pelbagai sistem tanah dan dasar perlindungan tanah untuk petani telah diperkenalkan oleh penjajah. Namun akibat penggunaan sistem kewangan telah mendorong masyarakat untuk memiliki kekayaan dan kebanyakan tanah telah dijual kepada kroni penjajah untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan sedangkan mereka pula terpaksa menjadi kuli kepada ladang-ladang penjajah. Namun di Tanah Melayu dasar yang berbeza telah dilaksanakan dimana petani dikawasan kampung dan kawasan pedalaman dilarang sama sekali menjual tanah mereka terutamanya kepada orang asing dan mengekalkan mereka sebagai petani yang miskin untuk mengekalkan hegemoni penjajah. Mereka ditugaskan untuk membekalkan hasil makanan untuk kegunaan penduduk dikawasan bandar dan dasar ini sebenarnya telah merugikan masyarakat apabila mereka tidak dibenarkan untuk terlibat dalam perniagaan eksport import sebagaimana yang dilakukan oleh orang Cina. Bukti bahawa kawasan kampung dan pedalaman dikekalkan sebagai kawasan untuk membekalkan tanaman makanan ialah pengenalan undang-undang bahawa tidak boleh menukar tanah padi kepada mana-mana tanaman lain walhal getah sekalipun sedangkan harga getah pada waktu itu cukup tinggi. Undang-undang tersebut ialah Undang-Undang Tanah Simpanan Melayu 1913 dan dipindaaan 1933. Penggubalan ini berlaku akibat daripada kehilangan tanah orang Melayu yang mendadak ketangan orang Cina yang memiliki kuasa ekonomi pada masa itu.
    Namun begitu,pelakasaanaan Undang Undang ini hanya terhad kepada kawasan hutan yang tidak berpotensi untuk dimajukan ataupun tidak wujud bahan mentah untuk dilombong. Bagi kawasan yang maju dan ekonomi giat,kawasan tersebut dikeluarkan daripada senarai Tanah Simpanan Melayu. Tanah yang berpotensi untuk dimajukan disediakan untuk pemodal eropah untuk melombong mahupun menanam getah. Pengeluaran hasil yang dahulunya hanya melibatkan pertanian kecilan dan perlombongan secara kecilan telah berubah setelah kemasukan pemodal dan juga sistem kewangan. Pertanian yang dahulunya secara kecilan telah berubah kepada sistem yang lebih berskala besar dan ekonomi perdagangan pada masa itu telah mendominasi sistem ekonomi pada masa itu. Masyarakat petani dan nelayan walaupun perubahan cara ekonomi mereka tidak banyak berubah namun sedikit perubahan tetap diterima contohnya mereka sudah mula menanam tanaman yang mampu untuk menjana ekonomi kewangan seperti getah,kopi,koko,kelapa dan tebu walaupun mereka tidak digalakkan untuk menanam secara skala besar seperti di Tanah Melayu. Namun pengenalan sistem kewangan ini telah menimbulkan satu lagi masalah baru kepada masyarakat Asia Tenggara iaitu masalah hutang.
    Masalah kepada pertanian seperti bencana alam telah menyebabkan pekebun kecil yang sudah rata-rata miskin telah meminjam wang daripada golongan cetti.  Masalah ini serius berlaku dalam kalangan masyarakat Burma Hilir,Jawa,Melayu dan Vietnam. Petani yang tidak mampu membayar hutang tersebut akan dirampas tanah mereka. Selain itu,buruh-buruh yang bekerja diladang-ladang digalakkan main judi jika tidak keladang dan mereka digalakkan untuk meminjam daripada majikan yang banyak berlaku kepada pekebun getah dan juga tebu.
    Pengenalan kepada sistem kewangan ini telah menyebabkan perubahan kepada nilai sosial masyarakat dimana masyarakat di Asia Tenggara mula bersifat material dan pentingkan diri sendiri. Pengenalan sistem kewangan ini juga walaupun dilihat baik namun masih banyak gejala negatif yang berlaku dimana masyarakat mula berhutang untuk tujuan tertentu.



Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters