Pengikut

Isnin, April 18, 2011

Perkembangan Sekolah Tamil di Tanah Melayu


Gambar Hiasan

Sebagaimana yang disebutkan diatas,kedatangan kaum India ke negara ini dengan tidak mendatangkan apa-apa kepentingan terhadap negara ini melainkan kepentingan ekonomi untuk mengubah taraf hidup dan taraf sosial. Ini kerana mereka yang berkasta rendah di India telah diabaikan dan tidak dianggap sebagai manusia. Kedatangan mereka ke sini telah menghilangkan sementara konsep kasta itu dan jika dilihat kebanyakan daripada mereka yang dating ke Tanah Melayu adalah mereka yang berkasta rendah. Walaupun jasad mereka di Tanah Melayu namun mereka tidak dapat menerasikan diri dengan orang Melayu oleh sebab menganggap belajar bahasa Melayu seperti masuk ke dalam Islam. Agama merupakan kekangan kepada perpaduan kaum pada masa itu. Tambahan lagi,imigran India masih menganggap negara India sebagai negara mereka dan menumpahkan taat setianya kepada negara tersebut. Sebagaimana kaum Cina,kaum India juga tidak berminat untuk menghantar anaknya ke sekolah Melayu dan lebih suka jika anaknya bekerja di ladang.
     Oleh itu pada awalnya British tidak mementingkan sangat sekolah Tamil kerana beranggapan bahawa orang India akan pulang pada suatu hari nanti. Namun sebahagian besar daripada orang India itu sendiri tidak mahu pulang ke negara mereka. Ini telah memaksa British untuk mewujudkan sekolah untuk orang Tamil ini. Ada pendapat mengatakan bahawa sekolah Tamil mula dibina di seberang Perai,Perak,Selangor dan juga Singapura atas daya usaha yang dilakukan oleh mubaligh Kristian dan juga pemilik ladang.  Terdapat kira-kira 4 jenis sekolah vernakular Tamil iaitu Sekolah Tamil yang mendapat bantuan daripada kerajaan Inggeris,Sekolah Tamil yang diurus oleh pihak  majikan,Sekolah Tamil yang diurus oleh masyarakat India dan juga Sekolah Tamil yang diurus oleh Mubaligh Kristian.
            Dalam tahun 1816 telah diwujudkan sebuah sekolah yang terawal di Tanah Melayu iaitu Penang Free School yang diasaskan oleh Eferan Kuching. Oleh itu,mereka merasakan perlu untuk mewujudkan “cawangan” sekolahnya yang berbahasa Tamil. Akhirnya pada 1950 telah diadakan mata pelajaran Tamil di sekolah itu serentak dengan penubuhan Sekolah Anggota di Melaka yang menjadi antara sekolah terawal Tamil di Tanah Melayu. Selepas British merasakan bahawa orang India perlu dikekalkan kerana untuk menjimatkan kos pentadbirannya maka mereka telah mewujudkan dan mengambil berat mengenai sekolah ini. Penubuhan sekolah vernakular India ini mungkin lebih awal daripada sekolah vernakular Melayu. Pada 1900-an dikatakan sudah ada 3 buah sekolah vernakular kerajaan dimana salah satu daripadanya ialah sekolah Tamil. Sekolah-sekolah Tamil mula dibina die stet-estet di Province Wenisly dan di kawasan Johor Utara. Sekolah vernakular Tamil menggunakan kurikulum daripada India.
    Pembinaan sekolah Tamil ini semakin rancak dengan wujudnya Kanun Buruh atau Labour Code yang digubal pada 1912. Antara sebab diwujudkan Kanun Buruh ini ialah permintaan kerajaan India yang mahukan orang India yang kebanyakan berada idi estet mendapat pendidikan sewajarnya. Jika sebuah ladang itu mempunyai 10 orang budak yang berumur antara 7 hingga 14 tahun maka pemilik ladang itu diwajibkan untuk membuat sekolah dan menyediakan guru. Namun dasar ini hanya dilaksanakan sepenuhnya oleh kerajaan British sekitar tahun 1923. Dengan terlaksananya dasar ini,ia menunjukkan bahawa sekolah Tamil akan berkembang dengan pesat. Ini kerana adalah hampir mustahil untuk mencari sebuah ladang yang tidak memiliki budak yang berumur 7-14 tahun tambahan lagi jika ladang yang besar.
    Berkembangnya sekolah Tamil itu dapat dibuktikan pada 1938,terdapat kira-kira 547 sekolah Tamil di kawasan Negeri-Negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu. Daripada jumlah yang besar itu,dapat dibahagikan pula kepada beberapa jenis sekolah Tamil itu. 13 buah daripada jumlah itu adalah sekolah Tamil kerajaan,511 buah pula adalah sekolah die estet-estet dan 23 daripadanya adalah sekolah Mubaligh. Jumlah yang besar ini sudah cukup untuk mengatakan bahawa masyarakat India telah meninggalkan masyarakat Melayu dalam bidang pendidikan jauh kedepan. Jika diperhatikan lebih daripada 90% daripada jumlah sekolah terbabit adalah sekolah di kawasan estet. Ini sekaligus menunjukkan bahawa Kanun Buruh telah berjaya dalam misinya. Sekitar 1947 pula terdapat 741 buah sekolah Tamil dan dalam masa 3 tahun sehaja berlaku peningkatan yang agak ketara iaitu kepada 881 buah sekolah. Namun tidak semua daripada sekolah ini beroperasi dalam bahasa Tamil sepenuhnya. Ini kerana masyarakat India Selatan itu sendiri mempunyai pelbagai dielek dan loghat bahasa tersendiri yang tidak difahami antara satu sama lain. Daripada jumlah besar itu,sebanyak 821 dikendalikan dalam bahasa Tamil,27 buah dikendalikan secara dwibahasa iaitu Tamil dan Telegu,11 buah dalam bahasa Gujerat,10 buah dalam bahasa Telegu sepenuhnya,5 buah sekolah Malayalam,2 buah dalam bahasa Hindi dan 4 buah dalam bahasa Tamil,Malayalam,Sinhala,Gurkha dan Gujerat.
    Dalam membicarakan mengenai masyarakat India,kita tidak boleh sesekali melupakan masyarakat India Muslim. Walaupun mereka “diakui” sebagai Melayu namun mereka tetap ingin mengekalkan identiti sebagai India. Mereka datang ke Tanah Melayu untuk menerokai peluang perdagangan. Mereka ini datang daripada India utara dan India selatan. Golongan India Muslim ini tidak bekerja sebagai buruh tetapi peniaga dibandar-bandar seperti di Pulau Pinang. Mereka ini menitikberatkan pendidikan agama buktinya kedatangan Haji Abdul Cader Alim sebagai utusan dari Persatuan Islam Daerah Tanjore telah datang ke Tanah Melayu dan tinggal di Pondok Lebuh Chulia yang menjadi kelas al Quran kepada kanak-kanak setempat. Mereka mendirikan masjid untuk menjadi pusat pengajian agama dan Abdul Qader menjadi imamnya. Kedatangan masyarakat India Muslim di Sarawak telah menggiatkan lagi penyebaran agama Islam dan mendirikan Madrasah Islamiah. Ini bermakna,masyarakat India Muslim tidak mementingkan pendidikan vernakular Tamil tetapi lebih kepada pendidikan agama.
    Pra-kemerdekaan dan pasca-kemerdekaan telah memaksa sekolah vernakular India ini menerima setiap laporan pendidikan yang dibuat. Ini kerana kebanyakan daripada sekolah vernakular ini adalah miskin di kawasan ladang.

Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters