Pengikut

Rabu, April 20, 2011

Apakah Maksud Kata Kerja


Kesan Exam Morfo


Kata kerja dalam bahasa Melayu ialah perkataan yang menunjukkan perbuatan,seperti menulis,berlari,berfikir dan tidur. Kata kerja terbahagi kepada dua jenis yang besar,iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif ( Abdullah Hasan dan Ainon Mohd ,1994:238 ).
    Menurut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ( 2008:88 ) golongan kata kerja merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan,iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada kata kerja tak transitif tak berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Kata kerja transitif dapat pula dibahagikan kepada kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif dan kata kerja transitif yang wujud dalam ayat pasif.
    Manakala terdapat empat bentuk pembentukan kata kerja dalam morfologi bahasa Melayu. Ahmad Khair Mohd Nor ( 2007:78 ) menjelaskan bahawa terdapat terdapat empat bentuk kata kerja, iaitu kata kerja tunggal,kata kerja terbitan,kata kerja majmuk dan kata kerja ganda. Ini adalah sama sebagaimana dalam Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008: 150 ).  Kata kerja tunggal ialah kata yang terbentuk tanpa imbuhan yang mana boleh hadir sebagai predikat tanpa imbuhan ( Safiah Karim et al. 2008:150 ) manakala Ahmad Khair Mohd Nor mendefinisikan kata kerja tunggal sebagai kata kerja yang tidak terikat pada sebarang imbuhan dan dapat berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya untuk bertugas sebagai predikat dalam ayat. ( Ahmad Khair 2007:78 ) . Kata kerja terbitan pula ialah kata kerja yang menerima imbuhan. Mengikut Ahmad Khair Mahd Nor ( 2007:105 ) menyatakan bahawa kata kerja ganda boleh menghasilkan bentuk kata ganda penuh,kata ganda berentak,kata ganda separa. Ini sama juga dengan Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:222 ). Abdullah Hasan dan Ainon Mohd ( 1994:252 ) pula menyatakan bahawa kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif boleh digandakan dan ia berlaku pasa bentuk akarnya sahaja. Kata kerja majmuk pula terdiri daripada rangkaian dua morfem bebas atau lebih ( Safiah Karim et al. 2008:218 ).
   Dapatlah difahami bahawa kata kerja merupakan kata yang menunjukkan sesuatu perbuatan yang dilakukan. 

Panduan Memilih Suami


Jika anda salah seorang perempuan yang masih kompius untuk memilih calon suami,saya cadangkan anda untuk memilih pelajar sejarah untuk dijadikan suami. Pelajar Sejarah amat berkualiti untuk dijadikan suami terutamanya   Lelaki Ini...
. Saya mempunyai alasan kukuh berkata demikian kerana terbukti,perempuan yang berkahwin dengan pelajar sejarah semua bahagia.. Apakah sebabnya?

1. Anda akan lebih masa tidur.

Orang sejarah bila membebel akan mengeluarkan semua fakta sejarah yang sudah berusia 2000-2500 tahun lampau. Jika anda tidak berminat dengan sejarah saya jamin anda akan cepat terlena. Disebabkan terlena,anda tidak perlu marah akan suami anda bahkan mampu menyelamatkan rumah tangga daripada pertengkaran dan yang lebih penting anda tidak derhaka kepada suami anda.

2. Menyelamatkan masa tidur selama 2 tahun.

Mengikut kajian yang dilakukan, ibu yang melahirkan anak biasanya akan menghabiskan masa tidur untuk 2 tahun untuk membesarkan anak. Dengan berkahwin dengan bersuamikan lelaki sejarah anda sudah dapat menjimatkan masa 2 tahun tersebut. Dengan hanya mengeluarkan sedikit suara,bayi anda yang menjerit akan terus tidur kerana bosan mendengar suara suami anda dan yang paling penting takut suami anda mengeluarkan fakta sejarah.

3. Seorang yang setia

Biasanya suami yang mempunyai latar belakang sejarah adalah seorang yang setia. Suatu malam semestinya dia akan meminta anda berjanji supaya tidak berkahwin lagi jika dia mati kerana tidak mahu anda menduakannya. Dan jika anda meminta suami anda tersebut berbuat perkara yang sama, saya yakin suami anda akan menarik selimut mengabaikan kemahuan anda kerana walaupun sayangkan anda,didalam hatinya tetap mempunyai hasrat untuk mengambil madu....

4. Menjimatkan kewangan keluarga

Pelajar sejarah biasanya tidak suka bergaya ( jika ada yang bergaya,tu mesti pelajar celup punya ) . Biasanya dia akan memakai baju yang tidak bergosok ( menjimatkan elektrik ) , Seluar hanya dibasuh selepas sebulan dihimpun atau lebih tepat sudah habis pakaian ( jimat air ). Kredit tepon biasanya akan diminta dengan kawan tetapi kebiasaannya anda yang menjadi mangsa.

5. Suka Mengkritik

Pelajar sejarah sudah diasuh untuk melakukan kritikan. Biasanya anda akan menjadi mangsa utama tambahan lagi jika hobi anda adalah berkemban.

Ini merupakan sedikit sebanyak petua yang boleh saya berikan untuk anda. selamat mencuba...

Apakah Akronim Dan Singkatan

Bahasa Jiwa Bangsa

Kebanyakan ahli bahasa tidak bersependapat mengenai Akronim dan Singkatan. Akronim. Singkatan dan pelambangan terletak di bawah proses abreviasi iaitu proses morfologis yang mengubah leksem atau gabungan leksem menjadi kependekan Prof.Dr.E. ( Zaenal Arifin,M.Hum dan Dra.Junaiyah,H.M. M.Hum, 2007 : 13 ). Ada ahli bahasa yang meletakkan akronim dalam ayat tunggal manakala ada yang tidak bersetuju meletakkan akronim dalam ayat tunggal. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2008 : 47)  menyatakan bahawa kata tunggal ialah kata yang terdiri daripada satu bentuk dasar. Kamus Dewan Edisi Ketiga turut menyatakan bahawa akronim tergolong dalam kata tunggal ( 2008 : 48 ). Menurut Asmah Haji Omar dalam bukunya Nahu Kemas Kini, akronim terdiri daripada kata selapis dan boleh mengalami proses morfologi sebagaimana kata selapis.

Akronim pada asasnya terbentuk daripada proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Menurut Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008: 66 ) menyatakan akronim boleh terbentuk menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan kemudiannya dilafazkan menjadi seperti perkataan. Indonesia contohnya memiliki banyak sistem akronim dan singkatan. Oleh itu mereka memiliki cara khas untuk mewujudkan singkatan dan akronim dalam bahasa mereka. Dalam melakukan rujukan mengenai singkatan dan akronim biasanya mereka akan melakukan rujukan pada buku Pedoman. Dalam buku Karya Tulis Ilmiah Sosial : menyiap, menulis, mencermati ( 2004 : 184 ) membawakan contoh pemilu atau pimilihan umum untuk rakyat Indonesia. Dalam buku itu, penulis telah mempersoalkan ejaan Pemilu yang ditulis dengan huruf besar (atau dalam bahasa Indonesia disebut sebagai p kapital ) sedangkan pemilu bukan nama diri.

Dalam buku yang bertajuk Pedoman Umum Pembentukan Istilah (1993:21)  menyatakan bahawa istilah akronim ialah gabungan huruf awal perkataan,gabungan suku kata atau gabungan kombinasi huruf dan suku kata dari baris kata yang diperlakukan sebagai kata contohnya :

a ) Felda – Federal Land Development Authority ( Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ).
b ) Mara – Majlis Amanah Rakyat
c ) Pernas – Perbadanan Nasional Berhad.
Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:66 ) menyatakan akronim boleh terbentuk melalui tiga proses, iaitu daripada gabungan huruf awal rangkai kata yang membentuk kata nama Khas contohnya
a ) ABIM – Angkatan Belia Islam Malaysia

Kedua,akronim boleh terbentuk daripada gabungan suku kata dengan huruf awal atau gabungan suku kata dengan suku kata dan merupakan kata nama khas contohnya,
a ) Mara – Majlis Amanah Rakyat

Ketiga, gabungan suku kata dengan suku kata yang ditulis dengan huruf kecil kerana buka kata nama khas contohnya
a ) tadika – taman didikan kanak-kanak,
b ) pemilu – pemilihan umum.

Dalam buku teks untuk Sekolah Menengah Atas Indonesia iaitu Cendikia Berbahasa, memuatkan juga proses pembentukan akronim yang juga terdiri daripada tiga cara,iaitu:

1 ) Akronim nama diri yang merupakan gabungan huruf awal deretan perkataan dengan huruf kapital ( huruf besar ) dan cara ini sama dengan cara yang dikemukan oleh Kamus Dewan pada contoh satu, contohnya
a ) LAN – Lembaga Administrasi Negara

2 ) Akronim hasil gabungan suku kata atau gabungan suku kata dengan huruf contohnya
a ) Iwapi – Ikatan Wanita Pengusaha Indonesia

3 )  Akronim yang bukan nama diri yang berpa gabungan huruf, suku kata daripada baris yang ditulis dengan huruf kecil contohnya
a ) pemilu – pemilihan umum.


Menurut Asmah Haji Omar, akronim merupakan singkatan yang terhasil daripada penggabungan daripada huruf-huruf atau suku-suku kata dalam urutan dua kata atau lebih. Menurut Asmah Haji Omar lagi, akronim terdiri daripada kata selapis dan boleh mengalami proses morfologi sebagaimana kata selapis.

Singkatan ialah bentuk istilah yang dipendekkan melalui tiga cara ( Pedoman Umum Pembentukan Istilah, 1993 : 20 )  iaitu:

i. Istilah yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tetapi bentuk lisannya sesuai dengan bentuk istilahnya contohnya:
a ) kg – Kilogram
b ) cm – centimeter
c ) mm – millimeter

ii.  Istilah yang memiliki satu huruf tetapi dilisankan dengan satu huruf ke satu huruf contohnya :
a ) Dap – Democratic Action Party
b ) Mca – Malayan Chinese Association
c ) Mic – Malayan Indian Conggress

iii. Istilah yang dibentuk dengan meninggalkan sebahagian unsurnya contohnya sebagaimana yang dinyatakan dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah:
a ) ekspress – kereta api ekspress
b ) lab – labotarium
c ) harian – surat khabar harian.

    Tujuan penutur menggunakan akronim dan singkatan ialah supaya penutur kalimat yang dituturkan tidak terlalu panjang ( Prof.Dr.E. Zaenal Arifin,M.Hum dan Dra.Junaiyah,H.M. M.Hum, 2007 : 14 ).


The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters