Pengikut

Sabtu, Februari 04, 2017

Teknik Pengajaran sejarah KSSM


Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun pertama pelaksanaan kssm di sekolah seluruh negara.
Mungkin ada cikgu yang stress dengan pelaksanaan ini,. Jika ada cikgu yang stress, seharusnya cikgu perlu menarik nafas dan mengubah mindset semula. Sebenarnya mengajar kssm jauh lebih seronok daripada mengajar kbsm semakan. Kenapa seronok?

1. Semestinya RPH yang sudah ada panduan, Cikgu2 sudah tidak perlu pening kepala nak fikir mengenai rph, hanya salin je daripada rph yang diberi, cuma cikgu perlu fikirkan aktiviti je, xkan xboleh fikir kot,.

2. Buku teks yang lebih ringkas, warna warni dan solibus yang makin kurang. Maknya cikgu tak payah nak pening nak kejar solibus, Kalau cg mengajar mcm ajar kbsm semakan, bulan mei dah habis 1 buku teks tu. Jadi ajar je perlahan3. yang penting pelajar faham.

3. Tidak terlalu terikat dengan buku teks, Maknanya buku teks hanyalah sebagai panduan. Yang penting aktiviti yang menjurus kepada buku teks.


Apa aktiviti yang saya buat untuk sejarah kssm?

Sekarang standard kandungan 1 belum habis lagi.. huhuuhu.. lambatnya... Jadi saya nak kongsikan aktiviti yang dibuat dalam kelas...

1. Semasa ajar sumber primer dan sekunder ( sekarang dah xboleh panggil sumber pertama dan kedua dah ) , saya bawa budak pusing sekolah, suruh mereka senaraikan sumber sejarah yang mereka jumpa... contoh keratan akhbar, batu bersurat jika ada, monumen, seni bina , bangunan, dll... Masuk je kelas saya sruh budak cerakinkan sumber yang dia jumpa kepada sumber primer atau sumber sekunder... Yang penting sebelum itu, budak kena faham apa itu sumber pertama dan sumber kedua.

2. Semasa ajar kaedah penyelidikan, kaedah  lisan contohnya , saya bawa budak keluar cari cg, untuk bertanyakan mengenai sejarah sekolah .. budak bukan main seronok lagi, soalan yang ditanya pun diluar akal fikiran kita,.. macam3 soalan ada sampai xcukup masa. untuk kaedah arkelogi mungkin cg boleh suruh budak buat gali cari. tapi sebelum itu tanam la dlu pinggan ke apa ke... 

3. Saya xbanayak bercakap dalam kelas... saya banyak buat aktiviti... PAK 21 ni guru sebagai fasilitator.. semua budak buat sendiri.... huhu

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters