Pengikut

Jumaat, Mac 25, 2011

Permaisuri Dou Yi Fang


Permaisuri Dou Yi Fang ( Dinasti Han mangkat 135 SM ) merupakan salah seorang wanita yang paling berpengaruh dalam sejarah berdinasti China. Suaminya Liu Heng ( Maharaja Wen ) dan anaknya Maharaja Jing sering meminta buah fikirannya dalam melaksanakan pentadbiran negara. Zaman Permaisuri Dou ini boleh dikatakan sebagai zaman keemasan bagi dinasti Han. 
Beliau telah lahir dalam sebuah keluarga yang miskin di Qinghe Hebei. Beliau memiliki 2 orang saudara iaitu Dou Zhangjun dan Duo Gangguo . Beliau telah terpilih keistana untuk dipilih untuk dipilih menjadi gundik maharaja. Tetapi tidak lama kemudian beliau telah diperintahkan oleh Maharani Li untuk menjadi perisik di Dai. Disini raja Dai iaitu Liu Heng telah meminatinya dan mereka telah jatuh cinta dan melangsungkan perkahwinan walaupun ditentang oleh Maharani Bo yang merupakan ibu kepada Liu Heng. 
Beliau telah melahirkan seorang puteri iaitu Liu Piao dan seorang lelaki Liu Qi dan seorang anak angkat iaitu Liu Wu. Liu Qi telah diangkat menjadi maharaja selepas kematian maharaja Wen. Permaisuri Dou adalah pengikut Tao yang taat . Beliau mengikut banyak ajaran Tao termasuklah dalam perkara Wu Wei. Beliau juga mampu mempengaruhi suaminya Liu Heng untuk turut mengamalkan ajaran tersebut.
Semasa pentadbiran anaknya yang memakai gelaran Maharaja Jing,beliau banyak mempengaruhi kerajaan,dasar kerajaan mengikut garis jalurnya dan kebanyakan dasar hanya diteruskan dengan dasar Maharaja Wen. Liu Wu telah diangkat menjadi Raja Liang dan akhir sekali telah dibunuh oleh Liu Piao kerana dikatakan Raja Liang ingin memberontak. Tindakan tersebut telah menyebabkan maharani Dou amat berdukacita dan telah menyebabkan beliau amat marah kepada anaknya maharaja Jing yang beliau percayai mengarahkan pembunuhan raja Liang.
Semasa pemerintahan cucunya Maharaja Wu fungsi beliau telah dikurangkan apabila maharaja Wu dihasut oleh beberpa orang pegawai. Ajaran Tao juga telah dibuang dan diganti dengan Konfusius namun ia hanya berlaku selpas kematian maharani Dou.
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters