Pengikut

Ahad, Mei 09, 2010

selamat hari ibu


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


   Selamat hari ibu diucapkan kepada semua para ibu di seluruh dunia yang banyak berkhidmat dalam membesarkan anak-anak mereka untuk menjadi seorang anak yang berguna.Ibuku lahir pada 19.04.1945 dan berkahwin pertama kalinya pada umur 13 tahun.Dalam kesusahan zaman dahulu dalam keadaan negara yang belum membangun,ibu bersama lagi ribuan ibu-ibu di Malaysia telah sedaya upaya untuk membesarkan anak-anak mereka.Namun sayangnya sebahagian dari kita tidak menghargai langsung jasa ibu sedangkan ibulah orang yang paling banyak berjasa dalam  menjaga dan mendidik anak-anak mereka.Menurut kajian seseorang anak lelaki lebih sayangkan ibunya berbanding dengan anak perempuan .Manakala anak perempuan pula lebih menyanyangi bapa berbanding ibu...Kepada ibu Malaysia ,,saya ucapkan selamat hari ibu

kepentingan fiqh aulawiyat

     Fiqh aulawiyat atau fiqh keutamaan merupakan satu ilmu yang diceduk oleh syeikh yusof al qaradawi dari al Quran dan Hadith.Ia berasal dari 2 perkataan yang digabungkan iaitu fiqh dan juga aula.Fiqh bermaksud pegetahuan yang mendalam dan aula ialah yang terlebih utama.
    Maka pengertian fiqh awlawiyat ialah memahami apa yang paling utama daripada beberapa perkara dari sudut pelaksanaan. Ini bermakna memberikan hak keutamaan didahulukan pada perkara yang mesti  didahulukan daripada perkara yang lain yang utama dikemudiankan, sesuai dengan masa dan waktu perlaksanaannya.Atau secara mudahnya disebut sebagai mendahulukan sesuatu yang lebih penting kerana yang lebih penting iatu lebih penting daripada yang penting.Pengetahuan keatas ilmu ini amat penting dalam keadaan suasana yang sibuk yang dialami oleh kebanyakan mahasiswa.Dalam fiqh ini kita hendaklah mendahulukan yang lebih penting contohnya antara peperiksaan dan meeting maka kita hendaklah mendahulukan peperiksaan kerana jika tidak hadir maka ia akan memberi mudarat kepada kita.Perkara utama dalam fiqh ini hendaklah kita tahu bahawa ada mudhorat dan ada kebaikan..Melalui fiqh ini menutup mudhorat lebih penting dari melakukan kebaikan.
Di dalam istilah fiqh atau ilmu usul ia disebut sebagai ‘khilaf awla’ yang bermaksud sekalipun berlaku khilaf (perselisihan)di dalam masalah atau hukum tersebut tetapi ia paling sesuai untuk dilaksanakan. Al-Fadhil Dr. Yusuf al-Qardawi memberikan takrif Fiqh Awlawiyat sebagai “menetapkan sesuatu pada martabatnya,tidak mengkemudiankan apa yang perlu didahulukan atau mendahulukan apa yang berhak dikemudiankan, tidak mengecilkan perkara yang besar atau membesarkan perkara yang kecil”.
Umat Islam mesti bijak dan pintar menyusun perancangan kerja dengan efektif dan berkesan selari dengan tuntutan Fiqh Keutamaan dan prioriti kerja sesuai dengan pedoman dan panduan yang telah digariskan oleh Rasulullah SAW. Oleh itu, perkara2 kecil, remeh temeh dan pinggiran tidak seharusnya dibesar2kan kerana ia akan menghambat gerak perjuangan. Tiba masanya bagi Ummah untuk melepaskan semua bentuk perselisihan pinggiran diantara sesama sendiri... sebaliknya berganding bahu dan bekerjasama untuk menyambut era kebangkitan dan kegemilangan islam sebagai satu2nya Addin "iaitu cara hidup" yang paling sesuai untuk kebaikan dan kebahagiaan seluruh insan di planet bumi ini...

Fiqh ini sesuai digunakan dalam apa jua bidang samada bidang pengajian, pengurusan, membuat keputusan, pentadbiran, perniagaan dan sebaginya. Fiqh ini lah yang akan membentuk keputusan yang paling utama daripada yang utama...

Buku Fiqh Al-Aulawiyat ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa malaysia yang diterbitkan oleh Thinkers Library yang diterjemahkan oleh Ahmad Muryadi Asmawi ini sangat berkesan untuk dibaca menambah ilmu pengetahuan dan panduan kepada semua umat...

Contohnya : Seorang pemandu lori sedang memandu dengan penuh etika... kemudian sebuah motosikal memotong lori tersebut dengan tiada etika... di hadapan lori tersebut terdapat sebuah kereta yang sedang bergerak perlahan dan di dalamnya terdapat penumpang yang ramai.... Persolannya : Sebagai seorang pemandu lori... samada melanggar kereta di hadapan ataupun merempuh motosikal yang memotong lori yang dipandu?

Contoh lain : Diantara kualiti dengan kuantiti... mana yang lebih Aula @ utama?..Oleh itu setiap orang islam sekurang-kurangnya mengetahui tentang fiqh aulawiyat walaupun sedikit..

  Aulawiyat ini bukan ditentukan mengikut kehendak kita tapi mengikut kehendak syarak yang terbaik.Antara yang perlu diketahui juga dalam fiqh ini ialah persoalan hajiriyat dan dururiyat..
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters