Pengikut

Ahad, April 22, 2012

Sejarah Negara Besut


Papan Tanda Masjid Kampung Raja 

Untuk menjelaskan mengenai daerah Besut secara jelas adalah sesuatu yang agak mustahil. Ini kerana kurangnya sumber yang menerangkan mengenai daerah ini melainkan hanya beberapa sumber seperti penulisan Hikayat Abdullah Munsyi dalam Pelayaran Abdullah ke Kelantan juga kitab karangan seorang Bugis iaitu Raja Ali Haji yang bertajuk Tuhfat al Nafis serta juga sumber-sumber lisan daripada masyarakat tempatan.
Asal-Usul Nama Besut.
Besut bukanlah perkataan dielek yang digunakan oleh masyarakat tempatan. Oleh itu, Besut kemungkinan Besar tidak merujuk kepada sesuatu peristiwa atau tanda tempat seperti Kg Pengkalan Kastam, Kg Raja yang jelas menunjukkan tanda sesuatu tempat. Oleh itu, ada beberapa pendapat yang menyatakan bagaimana Besut mendapat nama. Sumber pertama menyatakan bahawa nama Besut diperolehi daripada perkataan Siam iaitu Be bermaksud “ daerah” dan Sut bermaksud “ yang jauh”. Dikatakan bahawa pada masa ini, Besut merupakan sebuah daerah dibawah naungan kerajaan Siam. Sebuah daerah yang jauh mungkin merujuk kepada jauhnya daerah ini daripada pusat pengtadbiran Siam yang berada di Bangkok. Namun sumber ini masih boleh diperdebatkan lagi. pertama sekali dalam sumber ini tidak menyatakan secara jelas bilakah jangkasamasa dan waktu pentadbiran Siam keatas Besut. Dan bagaimana Siam boleh menguasai Besut sedangkan beberapa negeri di utara Besut  masih  merupakan negeri yang merdeka seperti Patani sekurang-kurangnya sehingga abad ke-19.
Pendapat kedua pula menyatakan nama Besut diperoleh daripada nama seorang ketua suku kaum Pangan yang bernama Besut.  Suku kaum tersebut dikenali sebagai suku kaum Sakai yang telah mendiami kawasan Besut lebih awal sebelum kedatangan en Latif. Besut telah dating dan mendiami kawasan ini selepas Raja Sang Nyanya yang merupakan seorang lanun yang kejam dan zalim meninggal dunia.
Dalam catatan Abdullah Munsyi dan Tuhfat al Nafis pula menyatakan mengenai kisah en Latif yang telah membeli daerah ini dengan segantang mata kail dan permata. Dikisahkan bahawa Cik Latif merupakan seorang saudagar yang sering berulang alik dari Patani untuk menjalankan kegiatan jual beli. Beliau dikatakan berasal daripada Sumatera Indonesia. Dengan menawarkan segantang mata kail dan permata, orang Pangan daripada suku Sakai tersebut telah diminta untuk berpindah daripada situ. Dengan itu, Besut dan pengikutnya telah mudik ke Teluk Bida dan dikatakan mendiami kawasan Hulu Besut sekarang ini. Dengan itu, Cik Latif dan pengikutnya telah membina petempatan dikawasan Sungai Besut dan memberi nama kawasan tersebut Palembang mungkin disebabkan tempat asal beliau ataupun kawasan tersebut seperti Palembang di Sumatera. Palembang telah dijadikan pusat pentadbiran pertama di Besut sebelum Kampung Raja.
Selepas Cik Latif meninggal dunia, Palembang pada masa itu telah menghadapi ancaman lanun yang serius. Pemerintah ketika itu iaitu Cik Kamat telah gagal menyelesaikan masalah tersebut sehingga beliau terpaksa untuk meminta bantuan kerajaan Terengganu untuk menumpaskan lanun di kawasan perairan Palembang pada masa itu. Sultan Mansur 1 ( 1726-1793 ) telah menghantar anak baginda iaitu Tengku Kadir sebagai panglima untuk menghapuskan lanun di kawasan tersebut.Tengku Kadir telah berjaya dalam peperangan tersebut yang mana telah memaksa lanun untuk meninggalkan kawasan Palembang ke kawasan Pulau Perhentian. Tengku Kadir telah dilantik oleh Baginda Sultan Terengganu sebagai pemerintah di kawasan Besut dan Cik Kamat telah dilantik menjadi Orang Besar Besut dan diberikan kawasan Pulau Rhu.  Sepanjang pemerintahan Tengku Kadir beliau telah cuba memperkuatan lagi pertahanan di kawasan ini dengan membina benteng-benteng dikawasan sekitar Sungai Besut dan kawasan sekitar Kota Palembang. Baginda telah memindahkan kawasan pentadbiran dan juga mendiami kawasan yang dikenali sehingga sekarang sebagai Kampung Raja.
Membebaskan Diri Dari Pengaruh Terengganu
Selepas kemangkatan Tengku Kadir, Tengku Ali telah dilantik sebagai pemerintah seterusnya. Tengku Ali pada masa itu telah cuba untuk membebaskan Besut dari pengaruh Terengganu yang dikenali sebagai Perang Besut. Tengku Ali telah bertindak secara sulit untuk memerdekakan Besut dengan cuba mendapat bantuan daripada Kelantan. Beliau telah melakukan pemberontakan keatas Kerajaan Terengganu di Kuala Terengganu pada tahun 1876. Tindakan ini diambil apabila Sultan Omar pada masa itu telah mengawal secara langsung Negeri Besut sehingga minimbulkan rasa tidak puas hati Tengku Ali. Semasa upacara perlantikan Tengku Ahmad sebagai Yam Tuan Muda Terengganu, Tengku Ali tidak hadir dalam majlis tersebut sehingga baginda menghantar rombongan ke Besut dan mendapati Tengku Ali sedang mengumpul kekuatan untuk melakukan pemberontakan dengan bantuan Kelantan. Dengan itu baginda telah menghantar surat kepada kerajaan Singgora, Siam dan Kelantan untuk tidak campur tangan dalam urusan hal-ehwal tanah jajahan Terengganu. Baginda juga telah menyediakan angkatan tentera seramai 8000 orang untuk menyerang Besut dari jalan laut.
Tengku Ali telah melarikan diri ke Kelantan. Dengan itu, Sultan Terengganu telah melantik Tengku Ngah sebagai pemerintah di Kampung Raja. Selepas berlakunya krisis meruncing di Besut antara Tengku Ngah dan Tengku Muda di Kampung Lampu maka Tengku Ngah telah menyerahkan pemerintahannya kepada adiknya Tengku Chik Haji. Bagi menyelesaikan kemelut ini, Sultan telah turun sendiri dan melantik Tengku Chik Haji sebagai Raja Besut kerana kedudukan Kampung Raja yang seperti matahari naik. Tengku Ngah merupakan Raja Terakhir Besut dan baginda telah meneruskan legasi Tengku Chik Haji. Baginda telah mangkat selepas 19 tahun memerintah iaitu pada tahun 1899. Selepas itu, Besut telah diperintah oleh pesuruhjaya yang dilantik oleh Sultan Terengganu.
Benarkan Besut Pernah Berada Di Bawah Kelantan?
Cerita rakyat banyak menyebut bahawa Besut pada mulanya merupakan wilayah Kelantan. Selapas Sultan Kelantan kalah judi maka Besut telah diserahkan kepada Terengganu. Cerita rakyat ini bukan hanya tersebut di kawasan Terengganu dan Kelantan sahaja namun saya pernah mendengar cerita ini daripada orang yang luar daripada Kelantan dan Terengganu bahkan ada pensyarah jabatan Sejarah Upsi sendiri yang berpendapat demikian. Sehingga sekarang saya tidak menemukan peristiwa laga ayam sebagaimana yang dimaksudkan itu.
Namun kisah laga ayam tersebut pernah berlaku semasa pemerintahan Sultan Mansor Terengganu yang juga dikenali sebagai Tun Dalam. Pertandingan laga ayam ini antara baginda dengan orang Bugis dan mempertaruhkan sebahagian daripada negeri Terengganu. Baginda Sultan Mansor amat membenci Bugis kerana Bugis telah menguasai pemerintahan Johor pada masa itu dibawah Sultan Sulaiman Badrol Alam Syah. Sultan Sulaiman Badrol Alam Syah merupakan ayah ipar kepada Sultan Mansor. Semasa pertandingan laga ayam itu, ayam Sultan Terengganu telah mengalami kekalahan dan Besut telah diserahkan kepada Bugis. Semasa Long Yunus ( pewaris raja Kelantan yang diabaikan, namun kemudian menjadi raja Kelantan juga ) dan Long Ghafar dating ke Besut, beliau berdua berasa sedih kerana Besut telah jatuh kepada Bugis. Oleh itu dalam senyap-senyap mereka berdua telah berpakat untuk sekali lagi laga ayam dengan Bugis dengan taruhannya ialah Besut.,Kali ini mereka berdua berjaya mengalahkan Bugis dan Besut sekali lagi di serahkan kepada Terengganu. Kisah kedua menyebut bahawa Sultan Terengganu telah meminta ayam sabung Long Yunus yang terkenal hebat itu. Long Yunus telah membantu Terengganu sebagai membalas jasa Terengganu kerana menolongnya merampas kembali takhtha Kelantan.
Melalui peristiwa ini, dapatlah dirungkaikan bahawa Besut tidak pernah berada dibawah kerajaan Kelantan bahkan hanya dibawah pengaruh Terengganu sehinggalah sekarang. Cerita-cerita yang tersebar dalam kalangan masyarakat itu kemungkinan merupakan salah faham dalam kalangan masyarakat dalam menentukan hakikat sejarah. Mungkin disebabkan Long Yunus yang mengalahkan Bugis maka penduduk dan masyarakat pada masa itu menganggap Besut telah berada dibawah Kelantan dan cerita ini telah diperturunkan dari generasi ke generasi sehingga cerita ini seolah-olah menjadi fakta sejarah….


12 ulasan:

Don Balon berkata...

Assalamualaikum Tuan Abdullah..

Hamba ini sangat berminat dengan sejarah besut ini, terutamanya kisah Perang Besut kerana hamba lahir di kawasan Mahang, Kedah yang mempunyai keluarga-keluarga kerabat pelbagai negeri yang berlindung di sana terutama pada penghujung 1800-an.
Tok teh hamba Tengku Hasan berkahwin dengan keluarga Tuan Jusoh yang dilaporkan keturunan Besut/terengganu yang berundur ke Kedah sewaktu perang Besut, mungkin juga berperang dengan Inggeris. Ramai sungguh keturunan ini di Mahang, Kulim, kedah. Masih lagi golongan kaya di sana. Moyang saya Tengku Saleh dipercayai dari kelantan, anaknya Tengku Daie (datuk saya) juga berundur ke Mahang dari Kuala Muda. Mahang ini terletak di hulu sungai Kerian, sungai penanda sempadan Kedah-Perak. Mohon hubungi saya di emel saya atau blog saya "Sembang Berapi".

Terima kasih Tuan Abdullah.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikom..
segala puji bg tuhan..
saya anak besut,tp ibu dan bapa saya berasal dr kelantan,yg telah lama bermastautin di besut.
pernah dicatatkan satu pertempurang/perang yg sejarahnye di catit di sejarah kerajaan kelantan.
di zaman pemerintahan long ghafar(1760) iaitu d zaman peperangan kota kubang labu.
sepeninggalan long ghaffar dan long yunus blk dr trg(sabung ayam dgn org bugis dan di menangi long ghaffar,tanah trg jth ke tng sultan trg kembali),di inringi 300hulubalang trg yg di hantar sultan trg berangkat blk ke pusat pemerintahannye di kota limbat.sekumpulan penyerang hendap di hantar oleh musuh(tentera long muhammad).serangan hindap ini di hidu oleh dato' kadok ,pendekar kundur berserta hulubalang dan pengikut mereka(pendekar2 dr bukit abal dan hulubalang2 dato kadok).serangan hendap itu berjaya di patahkan.peperangan tercetus dan berlaku di kuala besut,sebelom penyerang2 hendap itu berundur ke semarak dan pembunuhan itu berakhir di sana.
itu salah satu kisah berkait sejarah keluarga kami.
kesahihan sajarah ini boleh di rujuk dr sejarah kelantan.
mungkin perang besut yg tuan mksudkan adalah satu peperangan yg bermula di zaman pemerintahan sultan mansur 1,yg di ketuai putera baginda tenku kadir.peperangan itu kerana keadaan besut yg huru hara dr perompak dan lanun(kaum pangan)yg pd mase itu setengahnye baru diislamkan oleh golongan dr pattani.
sebab itu jika anda lakukan kajian mendalam,tokoh2 ulama besut ramai yg berasal dr ulama pattani (kerajaan pattani),sesetenghnye membuktikan mereka dr golongan pemerintah istana dr nasab soheh kitab2 lama dan cerita mulut ke mulut keturunan mereka.sesetengah dr org besut sekarng dr nasab soheh mereka tampa mereka sedari..
tentera tengku kadir berjaya menghalahkan lanun2/perompak dan memaksa mereka berundur hingga ke pulau perhentian.di katakan lanun2 itu di ketuai oleh panglima garang dan panglima ebeh..
tengku kadir mengambil alih pemerintahan besut bg meredakan ketegangan pd masa itu..
cik kamat yg pd masa itu memerintah besut(sebelum peperangan),dilantik sbg memerintah dgn gelaran org besar besut,dan mendapat hak ke atas pulau rhu.
kediaman/pemerintahan tengku kadir bermula di kg raja,besut.
pemerintahan tengku kadir berakhir pd tahun 1835 selepas baginda mangkat,dan di gantikan oleh anaknya tengku ali.di zaman pemerintahan tengku ali inilah bermulanya dikenali peperangan besut.ianya bermula pd 23 syawal 1292/1876 masihi.


-mckimi_et@yahoo.com

Madisa berkata...

Kisah di atas afa unsur2 cerita salasilah keturunan arwah ayah saya, katanya nenek moyangnya bernama wan ahmad dari selangor. Selangor ramai bugis.semasa belajar di perak, Junior saya dari johor pernah tanya saya ni bugiskah kerana katanya wajah dan kulit saya mcm bugis.

Madisa berkata...

Menarik.

Madisa berkata...

Menarik.

Madisa berkata...

Kisah di atas afa unsur2 cerita salasilah keturunan arwah ayah saya, katanya nenek moyangnya bernama wan ahmad dari selangor. Selangor ramai bugis.semasa belajar di perak, Junior saya dari johor pernah tanya saya ni bugiskah kerana katanya wajah dan kulit saya mcm bugis.

Unknown berkata...

Mengenai sejarah besut dan keturunan raja besut.salasilah raja besut semua ada.. Bole hubungi sy.. Dekanas83@gmail.com

Unknown berkata...

Mengenai sejarah besut dan keturunan raja besut.salasilah raja besut semua ada.. Bole hubungi sy.. Dekanas83@gmail.com

Unknown berkata...

Hebat Kerajaan Terengganu dulu..dan Terengganu sekarang masih pewaris kerajaan Johor Riau yg diasaskan sultan Sulaiman badrul alam shah dari keturunan bendahara Johor..sementara kesultanan Johor skang sudah berganti kepada keturunan temenggung yg merampas dari keturunan bendahara..beauty Terengganu

Unknown berkata...

Hebat Kerajaan Terengganu dulu..dan Terengganu sekarang masih pewaris kerajaan Johor Riau yg diasaskan sultan Sulaiman badrul alam shah dari keturunan bendahara Johor..sementara kesultanan Johor skang sudah berganti kepada keturunan temenggung yg merampas dari keturunan bendahara..beauty Terengganu

Unknown berkata...

Muhammad naim bin mohammad...ibu.che hasmah bt.che tawang

Tanpa Nama berkata...

Kg tengah ke

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters