Pengikut

Ahad, Januari 31, 2010

masjid sri petaling

    Alhamdulillah saya baru sahaja melawat Masjid Sri Petaling,walaupun telah berhajat sejak sem lepas lagi namun Allah hanya menunaikannya pada sem ini.Masjid Sri Petaling merupakan markas bagi gerakan tabligh di Malaysia.Masjid terletak bedekatan sahaja dengan stadium Bukit Jalil.Sesungguhnya Allah telah menurunkan rahmat dan barokahnya di Masjid ini dimana setiap kali solat tidak kurang dari seribu jemaah sembahyang jemaah.Setiap kali selepas solat akan diadakan kuliah yang disampaikan oleh maulana dari dalam mahupun luar negara.Semasa semasa kuliah disampaikan tidak kurang dari 7 kelompok bahasa pendengarnya.Tazkirah akan diterjemah kedalam bahasa ibunda masing-masing bahkan juga turut di terjemah kedalam bahasa isyarat unuk mereka yang pekak dan bisu.Masjid hidup 24 jam dengan amal ibadat.Makanan juga disediakan dengan 8 ringgit sedulang dan jika tambah hanya perlu tambah 2 ringgit sahaja.Hanya mereka yang pergi sahaja yang tahu tentang haibat yang diberikan oleh Allah ke atas masjid ini.
   Dibawah pada masjid ini juga disediakan banyak gerai untuk keperluan diri seperti jubah,kain sandang,serban,kopiah,minyak artar cincin dan sebagainya yang mana ia merupakan perkara sunnah.Bank Rakyat juga turut menyediakan mesin ATM bagi kemudahan para jemaah masjid ini...
   Hanya mereka yang pernah menjejakkan kaki kesini sahaja yang tahu akan kehaibatan yang Allah kurniakan pada masjid ini.

Sabtu, Januari 30, 2010

semekar

    Semekar adalah singkatan yang digunakan bagi singkatan Sekolah Menengah Kebangsaan Renek.Nama ini di berikan oleh cikgu Arsyad yang berpindah ke Sekolah Menengah Permaisuri Nur Zahirah Besut.Sebelum adanya sekolah lain seperti SMK Guntong Setiu,Smk Jabi Besut,SMK Tok Dor Besut,pelajar dari sekitar akan menyambung sekolah menengah disini.Jumlah pada waktu ini mampu melangkau lebih 2000 orang pelajar.
    Sekolah ini telah dirasmikan oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim pada tahun 1986 lagi.Setelah wajudnya sekolah di sekitar pelajar semakin berkurangan sehingga tidak mampu mencapai jumlah 1000 orang pelajar.Ruang dan peluang ini telah diambil kesempatan oleh tuan pengetua SMK RENEK untuk membangunkan sekolah sehingga sekolah ini menjadi antara sekolah harian biasa yang antara terbaik di Besut.
( pengetua SMK RENEK,bersongkok. )
   Tingkatan 6 hanya ditubuhkan hanya pada tahun 2007 dan saya adalah anak kedua sekolah ini yang mengambil STPM.Banyak kenangan yang kami dapat di sekolah ini yang tidak akan didapati di sekolah lainnya terutamanya pada hari guru dimana pada hari ini guru dan pelajar ibarat bersahabat.Guru dan pelajar akan saling membalas lontaran belon air kearah satu sama lain sehingga cikgu di sekolah lain pun pelik dengan keakraban yang di bina di sekolah ini.Tuan Pengetua Haji Abdul Rahman  Jusoh adalah pengetua yang berlainan dengan pengetua yang lainnya dimana walaupun usia lanjut beliau lebih suka berada diluar dengan melukis didinding berbanding berada di bilik.Beliau akan besara pada bulan 8 ini dan di harap yang menggantikannya mampu meneruskan perjuangannya memurnikan sekolah mengengah Renek.
( PK KANAN 1,En Zainuddin Salleh,bersongkok )   Dalam urusan akademik pelajar peranan penting dimainkan oleh PK kanan 1 en Zainuddin Salleh.Beliau amat mengambil berat soal akademik pelajar.Pidatonya amat ditunggu oleh pelajar terutamanya pelajar lelaki kerana ada mempunyai benda yang menarik perhatian.
Puan Salbiah bekas kaunselor SEMEKAR.
LENCANA SEMEKAR.

Jumaat, Januari 29, 2010

suasana di pusat perjumlahan undi

     Pengiraan undi diadakan agak awal dari jangkaan.Pengumuman kiraan undi dilakukan sekitar pukul 5:05 minit petang jauh awal dari jangkaan iaitu jam 5:30.Peratusan keluar mengundi agak memberansangkan dimana peratusan keluar mengundi ialah sekitar 80.1%.DImana Fakulti bahasa mencatatkan 820 orang keluar mengundi kira-kira 84.5%.Fakulti Seni Muzik sebanyak 1059 orang keluar menundi dengan peratusan 72.1%.Fakulti sains sukan sebanyak 271 iaitu kira-kira 80.8%.Fakulti sains sosial dan kemanusiaan sebanyak 2090 iaitu 80.7%.Fakulti Perniagaan dan ekonomi sebanyak 416 kira-kira 77.4%.Fakulti sains dan teknologi 828 iaitu kira-kira 89.6%.Fakulti kognitif dan pembangunan manusia 713 iaitu kira-kira 81.3%.Fakulti teknologi maklumat 101 iaitu kira-kira 64.7%.Secara keseluruhan seramai 7854 orang keluar mengundi dengan peratusan sebanyak 80.1% tanpa mengambil kira mereka yang sedang ROS mahupun praktikum.Jika diambil kira maka peratusannya ialah 60.45%.





SHAIHA sedang bersalaman dengan datuk VC.
Beliau memenangi undi terbanyak bagi calon umum.

Dalam proses pengumuman pemenang hanya sebilangan kecil penyokong aspirasi yang hadir.

Petugas dan penyokong mahasiswa pendidik.

Gaya seorang pemimpin.



Barisan calon aspirasi


Sedang berdoa atas kemenangan yang diberikan

Seorang penyokong fanatik mahasiswa pendidik

Orang kuat mahasiswa pendidik

nak balik dah

himpunan di pintu masuk ke KHAR.




Khamis, Januari 28, 2010

KEPUTUSAN TERKINI prk 2010

    Alhamdulillah,pengundian telah tamat dalam jam 5 petang tadi dan pada pukul 5:05 minit telah di umumkan keputusan pengundian dimana mahasiswa pendidik menang 6 dari 7 kerusi yang di pertandingkan.Nik Azrul mendapat undi kedua tertinggi bagi kerusi umum di ikuti zahar,khatijah,muzakkir,faizal dan priyatharsini.Undi tertinggi bagi calon umum ialah saiha dari pengajian sejarah dengan undi 5051 undi.
     Bagi kerusi FSSK Noranoo mendahului dan diikuti oleh shahril.Calon mahasiswa pendidik tunggal yang kalah dari fakulti ini iaitu Faiqah Ramli.Manakala fakulti bahasa dirangkul keduanya oleh mahasiswa pendidik melalui amin dan atiqah hasbi.Amin mendapat undi tertinggi.

selamat mengundi

   Salam,,,saya ucapkan selamat mengundi kepada semua mahasiswa dan mahasiswi.Semoga anda membuat pilihan yang betul dalam menentukan pimpinan kolej.Suasana umum terakhir pada malam tadi amat mendebarkan di mana penyokong kedua belah pihak saling mengata antara satu sama lain.Namun keadaan agak terkawal.Mungkin malam tadi merupakan rapat umum terakhir maka lebih ramai orang yang turun.Ada yang nak dengar manifesto,ada yang saja-saja turun.







    Semasa pimpinan bitara berucap suasana agak kecoh dengan hiruk pikuk dan laungan pimpinan bitara.Hadirin yang hadir di dataran Khar agak ramai dari yang biasa.Saya tidak menaruh harapan yang banyak bagi calon fakulti namun saya amat menaruh harapan yang tinggi kepada calon umum.Ini berdasarkan culaan saya dimana rata-rata mahasiswa akan memilih calon dari pro kebajikan.Namun masih ada mahasiswa yang tidak tahu untuk memilih siapa pada esok hari dan hanya mengundi munkin berdasarkan pengaruh rakan.










PATIKAN ANDA MEMBERI UNDI KEPADA YANG BETUL...HIDUP!!!HIDUP!!! MAHASISWA..UNDILAH MAHASISWA PENDIDIK



Rabu, Januari 27, 2010

undilah mahasiswa pendidik

    Walau siapapun diri anda,walau dari mana pun diri anda berasal,walau siapapun anda pangkah jangan lupa turut memangkah calon dari mahasiswa pendidik iaitu calon umum Mohd Zahar dan Nik Azrul.














The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters