Pengikut

Selasa, November 23, 2010

Mei Ren Xin Ji


     Drama ini mengisahkan tentang sejarah Dinasti Awal Han Barat.Ia mengisahkan mengenai Dao Yi Fang yang asalnya seorang puteri yang kalah dalam perebutan kuasa diistana.Ibunya telah lari dan terbunuh semasa melarikan diri. Dao Yi Fang yang dilakonkan oleh Ruby Lin akhirnya telah dibesarkan oleh seorang pengetua di sebuah kampung.Apabila istana ingin mencari 12 orang dayang baru ke istana beliau telah terpilih bagi mengcukupkan bilangan dayang tersebut.
    Daripada seorang dayang biasa akhirnya,Dao Yi Fang berjaya menjadi tulang belakang kepada maharaja kerana kepintarannya dalam banyak perkara....


ANDA BOLEH SAKSIKAN KEHEBATAN DRAMA INI DI TV2 SETIAP ISNIN-JUMAAT JAM 6 PETANG

Bahasa Kebangsaan - Konsep dan Pengertian




 Konsep

    Bahasa Kebangsaan bagi Malaysia adalah bahasa Melayu.Dalam memartabatkan bahasa Melayu banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh  oleh kerajaan mahupun pejuang bahasa.Bahasa Kebangsaan amat penting dalam sistem pendidikan negara kerana ia bukan sahaja menjadi penghubung komunikasi antara pelajar tetapi juga ia bertindak sebagai bahasa ilmu terutamanya bagi pelajar sekolah.Pentingnya bahasa kebangsaan ini telah mendorong kepada kenyataan bekas Menteri Pelajaran iaitu Tan Sri Khir Johari.Menurut beliau Polisi pendidikan di negara ini adalah untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum di negara ini.Tujuan utama adalah sepaya semua kaum di Malaysia merasa bangga dan taat kepada negara.Nilai ketaatan hanya dapat dicapai dengan Bahasa Kebangsaan.
    Sistem pendidikan negara sudah tentunya berbeza dengan sistem pendidikan negara lain.Ini berlaku disebabkan oleh masyarakat yang berbilang kaum.Jadi antara tujuan utama pendidikan di Malaysia adalah untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum.Ini tentunya bukan perkara yang senang terutamanya apabila mempunyai bahasa yang berbeza.Oleh itu,peranan yang dimainkan oleh bahasa Kebangsaan amatlah penting kerana  masing-masing masyarakat terutamanya pelajar boleh berhubung dan saling memahami antara satu sama lain.Bahasa Kebangsaan dalam hal ini menjadi wacana penghubung kepada toleransi masyarakat di Malaysia.
     Tun Abdul Razak pernah berkata bahawa “ sukacitalah saya berkata bahawa walaupun waktu persekolahan Melayu tuan-tuan disingkatkan  untuk merebut peluang belajar bahasa Inggeris tetapi janganlah lupa berjinak dengan persuratan Melayu.Peruntukkanlah masa setiap hari walaupun sekejap untuk membaca atau menulis menyiasat bahasa Melayu kita”.Saranan bekas Perdana Menteri ini menunjukkan peri pentingnya bahasa Kebangsaan terutamanya orang Melayu.Walaupun bahasa Inggeris dipelajari namun bahasa Kebangsaan tetap perlu juga dipelajari kerana mempunyai banyak kepentingannya sebagaimana yang disebutkan saya diatas tadi.Pentingnya bahasa Kebangsaan dijaga ini telah menyebabkan pejuang bahasa di Malaysia menentang keras pelaksanaan dasar PPSMI oleh pihak kerajaan sejak 2003.
Saya ingin memetik sedikit kata-kata pejuang bahasa tentang PPSMI ini antaranya Prof Dr.Awang Sariyan yang merupakan bekas Pengerusi Persatuan Linguistik Malaysia                 ( PLM ).Beliau telah berkata bahawa “Kita yang mencipta dasar itu,tetapi kita juga yang menentang dasar.Ini adalah sifat munafik.Kita yang buat Dasar Pelajaran Kebangsaan kita pula melanggar ia dengan formula tidak menguntungkan seperti PPSMI.Menurut Prof Diraja Ungku Aziz “pergantungan terhadap statistik seperti jumlah calon mendapat 5A atau menjawab soalan dalam bahasa Inggeris dalam menetapkan pelaksanaan dasar pendidikan tidak wajar kerana ia tidak menggambarkan keupayaan keseluruhan pelajar”.Ia merupakan sebahagian sahaja suara penentangan terhadap dasar PPSMI yang telah bermula sejak zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dulu.Komen penting tentang bahasa kebangsaan ini datangnya daripada Tan Sri Abdul Rahman Arshad.Menurutnya,Dasar PPSMI yang dilaksanakan kerajaan sebelum dimansuh tetapi tidak dihapus telah secara terang-terangan menidakkan keupayaan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu sains dan teknologi dalam keadaan negara ini yang sedang menuju kearah menjadi negara maju.Sememangnya kita mengakui bahawa,kebanyakan sumber maklumat mengenai sains dan teknologi datangnya daripada bahasa barat seperti bahasa Inggeris,bahasa Jerman,bahasa Rusia dan pelbagai lagi bahasa barat.Namun begitu,sebagaimana kata Tan Sri Abdul Rahman Arshad,kita tidak boleh sesekali menidakkan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengetahuan kerana sebagaimana kajian,seseorag itu lebih mudah untuk menerima ilmu dalam bahasa ibundanya.
    Kebangkitan semangat kebangsaan di kalangan rakyat negara ini bersifat holistikyang mana tidak terhad kepada politik mahupun ekonomi sahaja.Bahkan tanah air dibebaskan juga turut merangkumi aspek bahasa,pemikiran,falsafah,pendidikandan juga kebudayaan.Disebabkan kebangkitan menyeluruh ini maka lahirlah pelbagai istilah seperti nasionalis linguistik atau nasionalis bahasa dimana semangat kebangsaan ini adalah berteraskan kepada kepada perjuangan memartabatkan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa kebangsaan.Kewujudan Dewan Bahasa dan Pustaka sebenarnya hasil daripada perjuangan rakyat khususnya melalui Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke tiga.Pihak kerajaan pada waktu itu telah menubuhkan satu jawatankuasa yang diberi nama sebagai Jawatankuasa Pelajaran Razak sekitar tahun 1956 telah memperlihatkan bahawa peranan bahasa Melayu telah diperluaskan sebagai bahasa pengantar.Tunjang yang ditanam oleh jawatan Kuasa Pelajaran Razak dan juga Jawatankuasa Rahman Talib telah melahirkan Akta Pendidikan 1961 dan juga Akta Pendidikan 1996.
    Bahasa Melayu selaku bahasa Kebangsaan bukanlah bahasa yang lemah dari struktur kosa katanya kerana bahasa Melayu ini adalah bahawa jenis luwes atau anjal dalam menerima kosa kata bahasa lain.Penjajahan Belanda dan juga Inggeris di Tanah Melayu sejak abad ke 17 bukan sahaja membawa pengaruhnya dalam bidang kebudayaan tetapi juga membawa masuk pengaruhnya dalam bidang bahasa ini.Banyak bahasa eropah ini tercerap dalam bahasa Melayu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa moden dan antarabangsa.Banyak istilah Sains dan Teknologi telah diterjemah dan diterima sebagai bahasa Melayu.Oleh itu bahasa kebangsaan merupakan bahasa yang amat sesuai dan penting dalam sistem pendidikan negara dewasa ini.Sebagaimana kata Sasterawan Negara Dato’A Samad Said “ Jangan pandang ringan isu bahasa ibunda ini,kerana ia juga isu masa depan anak muda”.Ini merupakan kebimbangan Sasterawan Negara tersebut tentang ancaman yang berlaku terhadap bahasa Kebangsaan terutamanya yang berlaku dalam sistem pendidikan negara.
    Sistem pendidikan negara amat penting kerana ia menjadi wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat melalui penerapan nilai-nilai positif untuk mencapai perpaduan kaum di Malaysia.Oleh itu,Dasar Pendidikan Kebangsaan telah dilaksanakan di negara ini sejak tahun 1957 lagi.Dasar ini dilaksanakan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran dan pendidikan yang mampu memenuhi serta menggalakkan perkembangan kebudayaan,sosial,ekonomi serta politik.Selain itu,dasar ini dilaksanakan juga untuk mendisiplinkan pelajar serta memastikan pelajar menghormati kedua ibubapa dan seterusnya dasar ini juga bertujuan memastikan agar dapat melaksanakan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama.
    
Pengertian 
     Bahasa Kebangsaan merupakan bahasa yang diguna pakai oleh rakyat Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan mahupun sebagai bahasa perantaraan komunikasi.Dalam mendefinisikan bahasa Kebangsaan ini saya ingin memetik Perkara 152 Perlembagaan Negara yang menyatakan tentang bahasa Kebangsaan bagi negara Malaysia.Menurut Perkara 152 tersebut,Bahasa Kebangsaan adalah bahasa Melayu dan hendaklah dalam ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaiman  yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen.Walaupun Bahasa Kebangsaan adalah bahasa Melayu namun dalam Perlembagaan juga turut menyatakan bahawa mana-mana negeri atau individu ditegah sama sekali untuk menyekat penggunaan bahasa selain daripada bahasa Melayu.Ini bermakna walaupun bahasa Kebangsaan adalah bahasa Melayu namun bahasa ibunda kaum lain masih tetap boleh digunakan tanpa sebarang sekatan diatas prinsip kebebasan hak asasi. Mengikut tafsiran syeksen 2 Akta Pelajaran 1996,Bahasa Kebangsaan perlu menjadi bahasa pengantar didalam semua intitusi pembelajaran negara.Walaupun begitu,menyikut syeksen 17 ( 1 ) ada menyatakan bahawa seseorang menteri berhak untuk mengabaikan bahasa Melayu dan menggunakan bahasa lain sebagai perantaraan.Tetapi mengikut syeksen 2 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 pula,Bahasa Kebangsaan digunakan untuk maksud rasmi.Secara mudahnya,bahasa Kebangsaan merupakan bahasa Melayu dan terlindung dibawah perlembagaan negara.Namun begitu,bahasa ibunda kaum lain tidak diketepikan sama sekali bahkan bahasa Cina dan India turut menjadi perantara di sekolah jenis kebangsaan.
   
 ~hanya sedikit perkongsian~

Arwah Azmi dalam Kenangan..


     Bismillah wal Alhamdulillah,Bersyukur kepada Allah dengan sebenar-benar syukur atas nikmat yang diberikan kepada kita yang tidak tebilang banyaknya..Apabila berbalas mesej di facebook bersama kawan PLKN dulu,maka timbullah perkara yang agak menyedihkan bagi kami iaitu kehilangan arwah Azmi yang merupakan sahabat baik kami.Selepas 3 bulan kami balik dari PLKN,saya menerima mesej daripada cikgu/pelatih saya disana mengenai kewafatan kawan kami iaitu arwah Azmi yang berda di Felda Krau.Arwah yang berda di kiri barisan hadapan merupakan antara pelatih yang rapat dengan saya dan memiliki badan yang agak pendek dan besar.Sebelum kami berpisah beliau pernah berkata kepada saya iaitu apabila saya kenduri ajaklah dia namun kini semuanya dah berubah saya sudah tidak lagi boleh mengajaknya ke kenduri saya bahkan ia membuatkan saya berfikir bahawa mampukah saya berkenduri..Marilah kita sama-sama mensedekahkan Al fatihah kepada arwah dan semoga Allah akan menjadikan beliau antara hambanya yang soleh...--saya menulis rencana ini adalah kerana kerinduan saya kepadanya--semoga aman disana sahabatku...
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters