Pengikut

Ahad, September 18, 2011

Pembunuhan Tengku Kao Li Part 6 ( Akhir )


“Aku mula menyedari adanya petugas yang lebih selepas melihat orang bermain catur dan petugas yang lebih tersebut adalah pembunuhnya” ujar Bao Zheng cuba merungkai cara pembunuh meloloskan diri dalam keadaan pintu terkunci dari dalam. Bao Zheng telah mengarahkan pengawal yang terlibat pada malam itu untuk mengingati kembali siapa disamping mereka.
“Jadi siapa pembunuhnya” tanya Tn Kungsun tidak sabar untuk mengetahui siapa pembunuhnya
“Dialah pembunuhnya” ujar Bao Zheng sambil menunjukkan jarinya kearah pengawal Sem.
Orang ramai didalam dewan tersebut seperti tidak percaya dengan kajian tersebut. Keadaan balai sidang tersebut menjadi hingar bingar. Mereka dalam keadaan percaya tidak percaya dengan tekaan Bao Zheng tersebut.
“Bukan..bukan malam itu aku baru sahaja kemari lagipun aku tiada alasan untuk membunuh mereka ” nafi pengawal Sem dalam nada ketakutan
“Ada..kamu ada..kamu membunuh mereka supaya tentera Gao Li datang menyerang Song dan membuatkan Song tersepit kerana engkau suku Liao” jawab Bao Zheng dalam nada yang lemah kerana pengawal Sem merupakan salah seorang kawan baiknya. Untuk membuktikan pengawal Sem suku Liao,Bao Zheng telah membuka lengan naju pengawal Sem dan menampakkan tatu yang melambangkan suku Liao.
“Bagaimana kamu tahu aku suku Liao..puluhan tahun aku hidup dinegeri Song..aku yakin mampu untuk mengelaburi mata sesiapa sahaja” soal pengawal Sem
“Aku mula tahu melihat cara engkau minum semasa keluar berkelah bersama Siang Ai..aku pernah mendengar cerita Tengku Lian yang pernah menjadi diplomat di Liao bahawa suku Liao amat berwaspada dengan binatang buas semasa mereka minum. mereka akan mengjongkokkan badan kerana dengan itu mereka akan tahu jika ada serangan haiwan atau musuh” ujar Bao Zheng
“Betul aku suku Liao tetapi itu tidak membuktikan bahawa akulah pembunuhnya” balas pengawal Sem.
“Apakah mereka boleh bangkit memberitahumu” soal pengawal Sem
“Ya.. kedua mayat tersebut bangkit memberitahuku ... Siang Ai yang kau bunuh telah memberitahuku” balas Bao Zheng.
Pengawal Sem telah meniru tulisan Siang Ai yang sangat tidak rapi tersebut. Tetapi malangnya tulisannya yang agak kemas mudah dikenali diantara tulisan-tulisan Siang Ai. Pengawal Sem mengajarkan Siang Ai menulis untuk melengkap kes pembunuhan tersebut bagi mengelakkan dikesan oleh Bao Zheng. Pada malam terakhir sebelum Siang Ai ditemui mati menggantung diri,pengawal Sem telah mengajarkan Siang Ai beberapa aksara sebelum membunuhnya. Pengawal Sem memang berniat untuk membunuh Siang Ai kerana Siang Ai telah mengetahui identitinya sebagai orang Liao. Selepas kes tersebut selesai dirungkai oleh Bao Zheng,pengawal Sem telah ketawa kerana segala muslihatnya selama ini telah terbongar.
“Tergamak engkau membunuh Siang Ai” ujar Chu Chu geram
“Wanita itu,benar-benar bodoh..bodoh yang tidak mampu ditolong oleh sesiapa” balas pengawal Sem sambil ketawa
“Saat itu,pada malam terakhir aku mengajarnya menulis,aku telah mencekiknya...hahaha” kata pengawal Sem mendedahkan perbuatannya
“Sheng Liang..cukup..engkau sudah tidak boleh ditolong lagi” tempik Chu Chu dalam keadaan yang marah
Tengku Lian telah sampai dan telah mengarahkan pengawal untuk menangkap pengawal Sem. Tidak mahu mengalah dalam keadaan yang tersepit,pengawal Sem telah menjadikan Puteri Kao Li sebagai tebusan.
“Abang Sem” jerkah Bao Zheng
“Baik..dalam keadaan ini kau masih sudi memanggil aku abang..kau memang seorang yang tulus” balas pengawal Sem
“Abang Sem .menyerahlah” pinta Bao Zheng
“Tiada istilah menyerah bagi suku Liao.... Bao Zheng mari kesini” pinta pengawal Sem kembali.
Keadaan menjadi semakin gawat. Gongsu Ce yang berada disitu cuba menghalang Bao Zheng daripada mendekati pengawal Sem takut akan diapa-apakan oleh pengawal Sem. Namun Bao Zheng dengan hati yang tenang telah pergi dekat dengan pengawal Sem.
“Bao Zheng ketahuilah namuku Yeriria daripada suku Liao berumur 30 tahun..Aku merupakan Jeneral Besar tentera Liao anak kepada Yeri Suron..telah 10 tahun menyelinap ke negeri Song untuk mewujudkan pertelingkahan dengan Kao Li bagi memudahkan Liao menyerang Song” beritahu pengawal Sem
“Ketahui namuku Bao Zheng,umur 20 tahun,tinggal di Lu Zhao,salah seorang siswa di Lembaga Dian Hung dan berkulit hitam sejak lahir” balas Bao Zheng dalam nada yang sedih
Selepas itu,pengawal Sem telah bertindak membunuh diri kerana tidak mahu menyerah kepada pihak berkuasa. Selepas peristiwa ini,hubungan antara negara Song dengan Kao Li pulih seperti biasa. Tentera Kao Li yang bersiap sedia untuk menyerang Song telah menarik kembali tentera 50 kilometer keluar kawasan sempadan manakala tentera Liao yang telah siap untuk bergabung dengan Kao Li telah mundur kembali kenegara mereka. Kes ini telah memberi kesan mendalam kepada Bao Zheng kerana melibatkan salah seorang yang karib dengannya. Mayat pengawal Sem telah ditanam ditepi kubur Siang Ai kerana hubungan cinta antara mereka yang pernah berputik. Pembunuhan keatas Siang Ai hakikatnya bukan atas kehendak peribadi pengawal Sem namun tugas negara telah menyebabkan beliau terpaksa bertindak demikian.


The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters