Pengikut

Ahad, Mei 02, 2010

Intifada ke 2 palestin tahun 2000

       Selepas tamatnya intifada pertama melalui perjanjian Oslo 1993 yang merupakan lanjutan kepada perjanjian Madrid 1991 palestin aman selama 7 tahun daripada perarakan dan demontrasi.Namun pada tahun 2000 Ariel Sharon selaku presiden parti likud israel yang merupakan seorang yang terlibat secara langsung dalam peristiwa pembunuhan sabra satillah telah melakukan lawatan ke baitul maqdis dengan iringan seramai 600 anggota keselamatan dan dengan keizinan perdana menteri pada waktu itu Ehud Barack.
       Peristiwa ini telah menyebabkan kemarahan rakyat palestin yang berada di masjidil aqs pada waktu itu.Mereka bangkit menetang dengan membaling batu dan juga selipar kearah pasukan keselamatan israel.Peristiwa ini telah mengorbankan 5 orang warga palestin dalam peristiwa tersebut.Secara keseluruhan 4130 warga palestin syahid dan 9000 daripadanya ditahan dipenjara israel kerana atas tuduhan mengancam keselamatan israel.

      Di baitul muqaddis mereka mengadakan perarakan besaran bagi mengecam tindakan sharon tersebut,dan demontrasi merebak keseluruh palestin.Israel telah bertindak menyerahkan Gaza kerana kebangkitan rakyat palestin tersebut.Dipihak palestin 4130 telah syahid dan 766 daripadanya adalah kanak-kanak yang kebanyakan ditembak dari jarak dekat oleh tentera israel atas alasan mempertahankan diri.Seramai 45487 warga palestin cedera yang terdiri dari kanak-kanak,belia serta orang tua.

   Israel juga bertindak menangkap seramai 8600 warga palestin yang mana 288 daripadanya adalah kanak-kanak bawah umur 18 tahun dan 800 daripadanya adalah warga wanita.Mereka merobohkan sebanyak 75105 buah rumah dan membuat tembok penghalang di sepanjang sempadan palestin.Mereka juga menebang 135 529 batang pokok dan membunuh binatang peliharaan warga palestin dengan hasrat supaya warga palestin kebuluran.Intifada kali ini menyaksikan pembunuhan israel keatas pemimpin hamas antaranya Syeikh ahmad yassin dan juga Aziz Rantisi.
    Di pihak israel pula 1068 warga israel berketurunan yahudi terkorban terutamanya askar yang melancarkan misi ke wilayah palestin.Warga israel yang cedera juga dijangka agak ramai namun bilangannya tidak didedahkan oleh israel.Ekonomi israel mengalami keadaan merudum sebagaimana tahun 1948 dimana sebanyak 11% pengangguran berlaku,dan sektor yang paling terjejas ialah pelancungan dimana 70% mengatakan israel tempat paling tidak selamat didunia.Disebabkan krisis ekonomi ini telah menyebabkan 550 000 warga israel kembali semula ke negara asal.Intifada kali ini telah melonjakkan populariti hamas sehingga mampu memenangi pilihanraya tahun 2006.
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters