Pengikut

Selasa, Mac 01, 2011

Isu Penyerahan Pulau Pinang kepada Inggeris


Penulisan ini berdasarkan ulasan pengarang kepada sebuah Jurnal yang dihasilkan oleh Prof Dr. Abdullah Zakaria Ghazali pensyarah Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi di email berikut.. azdha@um.edu.my..


    Isu pertama yang dikemukan oleh penulis/Abdullah Zakaria ialah isu berkenaan dengan penyerahan Pulau Pinang kepada Francis Light.Dalam menerangkan isu ini,Prof Dr Abdullah Zakaria  menerangkan secara ringkas yang mana memungkinkan pengkaji tidak faham mengenai peristiwa yang berlaku:
Penentangan terhadap British telah dilakukan kerana Syarikat Hindia Timur Inggeris yang menduduki Pulau Pinang tidak memenuhi syarat yang dikemukan oleh Sultan Abdullah.Syarat yang tidak dipenuhi oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris ialah membantu Kedah jika diserang oleh Burma atau Thailand,dan memenuhi 30,000 peso Sepanyol setahun yang dituntut oleh Sultan Abdullah kerana melepaskan monopoli perdagangan baginda di Kedah”.
    Dalam menerangkan peristiwa terbabit,Abdullah Zakaria memulai peristiwa terbabit dengan perasaan tidak puas hati Sultan Abdullah kerana British tidak menunaikan janji..Francis Light merupakan pegawai Inggeris yang fasih berbahasa Melayu sehingga menyebabkan ia disenangi oleh pembesar dan bersahabat baik dengan Sultan Muhammad Jiwa.Bahkan semasa istana Kedah sedang bergolak,Francis Light cuba sedaya upaya untuk membantu Sultan Muhammad Jiwa dengan menghantar surat kepada pihak berkuasa Inggeris di Madras namun tidak mendapat jawapan.
    .Perundingan pengambilan Pulau Pinang telah bermula sejak zaman Sultan Muhammad Jiwa lagi dimana Sultan Muhammad Jiwa telah menawarkan Kuala Kedah untuk pusat perdagangan British.Kemudian Sultan Muhammad Jiwa telah cuba menawarkan sepanjang pantai Kedah sehingga Pulau Pinang untuk diberikan kepada British namun tidak menjadi apabila British tidak dapat member jaminan keselamatan kepada Kedah sebagaimana yang terdapat dalam buku Alfred P.Rubien yang bertajuk Personaliti Antarabangsa Semenanjung Tanah Melayu.
    Rundingan semula hanya dilakukan oleh Sultan Abdullah sekitar Ogos 1785 melalui Francis Light.Antara syarat perjanjian ialah British hendaklah membayar 30,000 peso Sepanyol atas penamatan beberapa monopoli Sultan dan British menjamin keselamatan Kedah jika diserang.Namun mengikut sumber British iaitu M.Stubbs Brown melaui bukunya A History of Penang 1805-1819 menyatakan bahawa British sememangnya tidak dapat memberi bantuan pertahanan kepada Kedah kerana perlu mendapat kelulusan dari pejabat di Madras.Jika sumber ini benar,maka Sultan Abdullah sememangnya telah tahu bahawa Kedah tidak akan mendapat bantuan British.Ini bersalahan dengan pendapat daripada Abdullah Zakaria yang lebih banyak menggunakan sumber yang bias kepada Melayu:
Tanpa memenuhi syarat membantu Kedah sekiranya diserang dari darat dan laut serta bayaran 30,000 peso Sepanyol setahun kepada Sultan Abdullah,Francis Light menduduki Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786”.
Jika di teliti ayat yang digunakan maka jelaslah kita bahawa dalam petikan tersebut seolah-olah Sultan Abdullah tidak mengetahui bahawa British tidak dapat membantu Kedah sekiranya diserang.Francis Light menduduki Pulau Pinang sebenarnya tanpa kebenaran dari Pejabat Tanah Jajahan di London. Pada masa itu kita mengetahui bahawa British menghadapi ancaman paling besar di Asia Tenggara daripada Belanda yang berpusat di Betavi. Oleh itu,British sedaya mungkin untuk menjaga hubungan dengan Siam mahupun Burma.Adakah secara igonisnya British akan membantu Kedah jika mengatakan bagi menghadapi ancaman Siam?..Perbahasan ini sepatutnya diambil berat oleh Prof Dr.Abdullah Zakaria dalam membincangkan isu Kedah ini.Dalam menghantar surat permohonan mendapatkan Pulau Pinang daripada Pejabat Tanah Jajahan di London,Francis Light tidak pernah menyatakan melindungi Kedah dari ancaman Siam mahupun Burma.Ini bagi mengelakkan Pejabat Tanah Jajahan tidak meluluskan permohonan tersebut.Bahkan dalam soal bayaran kepada Sultan Abdullah,Francis Light hanya menyatakan bahawa Sultan Abdullah sanggup menerima 10,000 peso Sepanyol.
    .Kebanyakan sejarah negara yang dibicarakan adalah perkara yang sama berdasarkan rujukan tempatan dan sedikit sumber Inggeris.Dr Mohd Isa Othman dari Universiti Sains Malayisa dalam artikelnya bertajuk Sejarah Hubungan Kedah-Pulau Pinang banyak menjelaskan sejarah Kedah itu sendiri melalui sumber Inggeris.
    Dalam perbahasan kertas kerja ini,Prof Dr Abdullah Zakaria mendatangkan hanya 3 syarat perjanjian Kedah-Inggeris sahaja.Walaupun ketiga perjanjian ini merupakan perkara penting yang menyebabkan berlakunya krisis antara British dan Sultan Abdullah namun hakikatnya kesemua perjanjian yang termaktub dalam perjanjian Kedah-Inggeris memainkan peranan penting dalam mewujudkan krisis tersebut.Dalam kertas kerja Prod Dr.Abdullah Zakaria ini menyatakan tentang isi perjanjian secara tidak langsung:
Tanpa memenuhi syarat membantu Kedah sekiranya diserang dari darat dan laut serta bayaran 30,000 peso Sepanyol setahun kepada Sultan Abdullah…..
Dan
Penentangan terhadap British telah dilakukan kerana Syarikat Hindia Timur Inggeris yang menduduki Pulau Pinang tidak memenuhi syarat yang dikemukan oleh Sultan Abdullah.Syarat yang tidak dipenuhi oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris ialah membantu Kedah jika diserang oleh Burma atau Thailand…..”.
.Antara isi kandungan penuh perjanjian Kedah-Inggeris tersebut ialah:
1) Kompeni Inggeris akan menjaga Pantai Laut negeri Kedah,sebarang musuh yang menyerang Sultan Kedah ialah musuh kepada Kompeni Inggeris dan perbelanjaan melawan musuh itu tertanggung kepada Kompeni Inggeris.
2) Semua kapal,tongkang,perahu besar-kecil dari Timur atau Barat yang dating ke pelabuhan negeri Kedah tidak boleh ditahan atau diganggu oleh Wakil Kompeni Inggeris,melainkan hendaklah dibiarkan sahaja ikut suka hati mereka sama ada hendak berjual beli dengan kami ( yakni pihak Kedah ) atau dengan Kompeni Inggeris di Pulau Pinang sebagaimana mereka fikirkan patut.
3)Barang-barang seperti candu,timah dan rotan ialah sebahagian daripada hasil negeri Kedah.Oleh sebab Kuala Muda,Perai dan Kerian yang mengeluarkan hasil-hasil itu terletak dekat dengan Pulai Pinang tentulah larangan kepada hasil-hasil itu diberhentikan dan Gabenor Jenderal hendaklah membenarkan beta menerima wang daripada Kompeni Inggeris sebanyak 30,000 peso Sepanyol setiap tahun.
4) Sekiranya wakil Kompeni Inggeris member wang kepada sebarang keluarga Kedah,menteri-menteri,pegawai-pegawai atau rakyat Kedah maka tidaklah boleh wakil Inggeris itu membuat sebarang tuntutan kepada Sultan Kedah.
5) Sebarang orang calon negeri Kedah dengan tiada kecuali,samada ia putera atau saudara beta ( yakni Sultan Kedah ) yang menjadi musuh beta,menjadi juga musuh Kompeni Inggeris dan wakilnya Kompeni Inggeris tidak boleh melindungi mereka.
6) Jika ada sebarang musuh datang menyerang beta ikut jalan darat,beta minta pertolongan askar-askar,senjata-senjata atau peluru dan Kompeni Inggeris akan member benda itu atas perbelanjaan beta ( Sultan Kedah ).
Jika dilihat dari segi susunan perjanjian ini,pembayaran ganti rugi sebanyak 30,000 peso tersebut hanyalah berada pada perkara ketiga dan mengenai musuh yang dating menyerang dari laut mahupun darat itu berada pada perkara ke 6.Jika perjanjian ini disusun mengikut kepentingannya, maka kertas kerja ini telah meninggalkan perkara yang penting ini sama sekali.
     Krisis ini berakhir apabila Sultan Abdullah tewas dan terpaksa berundur apabila kalah dalam peperangan tersebut.Kelengkapan Kedah ada dinyatakan didalam kertas kerja ini:
“Pada 19 Mac 1791,kira-kira 20 buah perahu tiba di Perai dan 20 Mac 1791 pula kira-kira 90 perahu dibawa oleh Bendahara dan Laksamana bergabung disini.Tunututan dibuat supaya Francis Light membayar 10,000 peso sebagaimana yang dijanjikan.Francis Light pula hanya menhantar 5 000 Sepanyol dan baki 5 000 Sepanyol lagi akan dihantar sebaik sahaja pasukan di yang ada di Seberang Perai dibubarkan”.
Namun tanpa menerangkan secara lebih lanjut kertas kerja ini terus pergi kepada peristiwa penghantaran kapal perang oleh Inggeris bagi mengalahkan Kedah:
“……..Francis Light telah menghantar kapal Dolphin,Princess Augusta,Valliant dan empat buah perahu perang ( gun boat ) menyerang pasukan Kedah di Seberang Perai…..Kekalahan ini menyebabkan Sultan Abdullah menandatangani Perjanjian dengan SHTI pada 1 Mei 1791 dan sanggup menerima bayaran 6000 peso setahun”.
   
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters