Penulisan ini berdasarkan ulasan pengarang kepada sebuah Jurnal yang dihasilkan oleh Prof Dr. Abdullah Zakaria Ghazali pensyarah Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi di email berikut.. azdha@um.edu.my..
Isu pertama yang dikemukan oleh
penulis/Abdullah Zakaria ialah isu berkenaan dengan penyerahan Pulau Pinang
kepada Francis Light.Dalam menerangkan isu ini,Prof Dr Abdullah Zakaria menerangkan secara ringkas yang mana memungkinkan pengkaji tidak faham mengenai
peristiwa yang berlaku:
“Penentangan
terhadap British telah dilakukan kerana Syarikat Hindia Timur Inggeris yang
menduduki Pulau Pinang tidak memenuhi syarat yang dikemukan oleh Sultan
Abdullah.Syarat yang tidak dipenuhi oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris ialah
membantu Kedah jika diserang oleh Burma atau Thailand,dan memenuhi 30,000 peso
Sepanyol setahun yang dituntut oleh Sultan Abdullah kerana melepaskan monopoli
perdagangan baginda di Kedah”.
Dalam menerangkan peristiwa terbabit,Abdullah Zakaria memulai
peristiwa terbabit dengan perasaan tidak puas hati Sultan Abdullah kerana
British tidak menunaikan janji..Francis Light merupakan pegawai Inggeris yang fasih
berbahasa Melayu sehingga menyebabkan ia disenangi oleh pembesar dan bersahabat
baik dengan Sultan Muhammad Jiwa.Bahkan semasa istana Kedah sedang
bergolak,Francis Light cuba sedaya upaya untuk membantu Sultan Muhammad Jiwa
dengan menghantar surat kepada pihak berkuasa Inggeris di Madras namun tidak
mendapat jawapan.
.Perundingan
pengambilan Pulau Pinang telah bermula sejak zaman Sultan Muhammad Jiwa lagi
dimana Sultan Muhammad Jiwa telah menawarkan Kuala Kedah untuk pusat
perdagangan British.Kemudian Sultan Muhammad Jiwa telah cuba menawarkan
sepanjang pantai Kedah sehingga Pulau Pinang untuk diberikan kepada British
namun tidak menjadi apabila British tidak dapat member jaminan keselamatan
kepada Kedah sebagaimana yang terdapat dalam buku Alfred P.Rubien yang bertajuk
Personaliti Antarabangsa Semenanjung Tanah Melayu.
Rundingan semula hanya dilakukan oleh Sultan Abdullah sekitar Ogos 1785
melalui Francis Light.Antara syarat perjanjian ialah British hendaklah membayar
30,000 peso Sepanyol atas penamatan beberapa monopoli Sultan dan British menjamin
keselamatan Kedah jika diserang.Namun mengikut sumber British iaitu M.Stubbs
Brown melaui bukunya A History of Penang 1805-1819 menyatakan bahawa British
sememangnya tidak dapat memberi bantuan pertahanan kepada Kedah kerana perlu
mendapat kelulusan dari pejabat di Madras.Jika sumber ini benar,maka Sultan
Abdullah sememangnya telah tahu bahawa Kedah tidak akan mendapat bantuan
British.Ini bersalahan dengan pendapat daripada Abdullah Zakaria yang lebih
banyak menggunakan sumber yang bias kepada Melayu:
“Tanpa
memenuhi syarat membantu Kedah sekiranya diserang dari darat dan laut serta
bayaran 30,000 peso Sepanyol setahun kepada Sultan Abdullah,Francis Light
menduduki Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786”.
Jika di teliti ayat yang digunakan
maka jelaslah kita bahawa dalam petikan tersebut seolah-olah Sultan Abdullah
tidak mengetahui bahawa British tidak dapat membantu Kedah sekiranya
diserang.Francis Light menduduki Pulau Pinang sebenarnya tanpa kebenaran dari
Pejabat Tanah Jajahan di London. Pada masa itu kita mengetahui bahawa British
menghadapi ancaman paling besar di Asia Tenggara daripada Belanda yang berpusat
di Betavi. Oleh itu,British sedaya mungkin untuk menjaga hubungan dengan Siam
mahupun Burma.Adakah secara igonisnya British akan membantu Kedah jika
mengatakan bagi menghadapi ancaman Siam?..Perbahasan ini sepatutnya diambil
berat oleh Prof Dr.Abdullah Zakaria dalam membincangkan isu Kedah ini.Dalam
menghantar surat permohonan mendapatkan Pulau Pinang daripada Pejabat Tanah
Jajahan di London,Francis Light tidak pernah menyatakan melindungi Kedah dari
ancaman Siam mahupun Burma.Ini bagi mengelakkan Pejabat Tanah Jajahan tidak
meluluskan permohonan tersebut.Bahkan dalam soal bayaran kepada Sultan
Abdullah,Francis Light hanya menyatakan bahawa Sultan Abdullah sanggup menerima
10,000 peso Sepanyol.
.Kebanyakan sejarah negara yang
dibicarakan adalah perkara yang sama berdasarkan rujukan tempatan dan sedikit
sumber Inggeris.Dr Mohd Isa Othman dari Universiti Sains Malayisa dalam
artikelnya bertajuk Sejarah Hubungan Kedah-Pulau Pinang banyak menjelaskan
sejarah Kedah itu sendiri melalui sumber Inggeris.
Dalam perbahasan kertas kerja ini,Prof Dr Abdullah Zakaria mendatangkan
hanya 3 syarat perjanjian Kedah-Inggeris sahaja.Walaupun ketiga perjanjian ini
merupakan perkara penting yang menyebabkan berlakunya krisis antara British dan
Sultan Abdullah namun hakikatnya kesemua perjanjian yang termaktub dalam
perjanjian Kedah-Inggeris memainkan peranan penting dalam mewujudkan krisis
tersebut.Dalam kertas kerja Prod Dr.Abdullah Zakaria ini menyatakan tentang isi
perjanjian secara tidak langsung:
“Tanpa
memenuhi syarat membantu Kedah sekiranya diserang dari darat dan laut serta
bayaran 30,000 peso Sepanyol setahun kepada Sultan Abdullah…..”
Dan
“Penentangan
terhadap British telah dilakukan kerana Syarikat Hindia Timur Inggeris yang
menduduki Pulau Pinang tidak memenuhi syarat yang dikemukan oleh Sultan
Abdullah.Syarat yang tidak dipenuhi oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris ialah
membantu Kedah jika diserang oleh Burma atau Thailand…..”.
.Antara isi kandungan penuh
perjanjian Kedah-Inggeris tersebut ialah:
1) Kompeni Inggeris akan menjaga
Pantai Laut negeri Kedah,sebarang musuh yang menyerang Sultan Kedah ialah musuh
kepada Kompeni Inggeris dan perbelanjaan melawan musuh itu tertanggung kepada
Kompeni Inggeris.
2) Semua kapal,tongkang,perahu
besar-kecil dari Timur atau Barat yang dating ke pelabuhan negeri Kedah tidak
boleh ditahan atau diganggu oleh Wakil Kompeni Inggeris,melainkan hendaklah
dibiarkan sahaja ikut suka hati mereka sama ada hendak berjual beli dengan kami
( yakni pihak Kedah ) atau dengan Kompeni Inggeris di Pulau Pinang sebagaimana
mereka fikirkan patut.
3)Barang-barang seperti candu,timah
dan rotan ialah sebahagian daripada hasil negeri Kedah.Oleh sebab Kuala
Muda,Perai dan Kerian yang mengeluarkan hasil-hasil itu terletak dekat dengan
Pulai Pinang tentulah larangan kepada hasil-hasil itu diberhentikan dan Gabenor
Jenderal hendaklah membenarkan beta menerima wang daripada Kompeni Inggeris
sebanyak 30,000 peso Sepanyol setiap tahun.
4) Sekiranya wakil Kompeni Inggeris
member wang kepada sebarang keluarga Kedah,menteri-menteri,pegawai-pegawai atau
rakyat Kedah maka tidaklah boleh wakil Inggeris itu membuat sebarang tuntutan
kepada Sultan Kedah.
5) Sebarang orang calon negeri Kedah
dengan tiada kecuali,samada ia putera atau saudara beta ( yakni Sultan Kedah )
yang menjadi musuh beta,menjadi juga musuh Kompeni Inggeris dan wakilnya
Kompeni Inggeris tidak boleh melindungi mereka.
6) Jika ada sebarang musuh datang
menyerang beta ikut jalan darat,beta minta pertolongan
askar-askar,senjata-senjata atau peluru dan Kompeni Inggeris akan member benda
itu atas perbelanjaan beta ( Sultan Kedah ).
Jika dilihat dari segi susunan perjanjian
ini,pembayaran ganti rugi sebanyak 30,000 peso tersebut hanyalah berada pada
perkara ketiga dan mengenai musuh yang dating menyerang dari laut mahupun darat
itu berada pada perkara ke 6.Jika perjanjian ini disusun mengikut
kepentingannya, maka kertas kerja ini telah meninggalkan perkara yang penting
ini sama sekali.
Krisis ini berakhir apabila Sultan Abdullah tewas dan terpaksa berundur
apabila kalah dalam peperangan tersebut.Kelengkapan Kedah ada dinyatakan
didalam kertas kerja ini:
“Pada 19 Mac 1791,kira-kira 20 buah perahu tiba di Perai dan 20 Mac 1791
pula kira-kira 90 perahu dibawa oleh Bendahara dan Laksamana bergabung
disini.Tunututan dibuat supaya Francis Light membayar 10,000 peso sebagaimana
yang dijanjikan.Francis Light pula hanya menhantar 5 000 Sepanyol dan baki 5
000 Sepanyol lagi akan dihantar sebaik sahaja pasukan di yang ada di Seberang
Perai dibubarkan”.
Namun tanpa menerangkan secara lebih
lanjut kertas kerja ini terus pergi kepada peristiwa penghantaran kapal perang
oleh Inggeris bagi mengalahkan Kedah:
“……..Francis Light telah menghantar kapal Dolphin,Princess
Augusta,Valliant dan empat buah perahu perang ( gun boat ) menyerang pasukan
Kedah di Seberang Perai…..Kekalahan ini menyebabkan Sultan Abdullah
menandatangani Perjanjian dengan SHTI pada 1 Mei 1791 dan sanggup menerima
bayaran 6000 peso setahun”.
1 ulasan:
as salam saudara falahiah. saya salah seorang pengkaji sejarah Kedah. di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk bertukar2 pandangan dengan saudara. Saudara, menyentuh tentang pandangan saudara tentang artikel jurnal drpd Prof. Dr Abdullah Zakaria Zakaria, saya ingin menyatakan ada sedikit kelonggaran tentang pendirian saudara tetang syarat2 yang menimbulkan konflik antara pihak Kedah dengan Francis Light. Bukankah syarat pertama mengenai tanggungjawab pihak Inggeris menjaga dan melindungi kawasan laut Kedah dari serangan musuh tetapi dalam kes ini pihak Inggeris telah melanggar syarat utama ini di mana serangan pihak Siam ke atas Kedah dilakukan dari jalan laut seperti mana yang berlaku di Pulau Langkawi pada ketika itu. Bagaimana pula saudara boleh mengatakan sebab musabah pihak Kedah menyerang pihak Inggersi berpunca daripada syarat 3 dan 6? perkara kedua, saudara menyatakan pandangan tentang penulisan beliau bias kepada sumber Melayu? cuba kita lihat kembali rujukan beliau dalam artikel berkenan, hampir 70% adalah sumber pihak Inggeris seperti C.O. dan S.S.R. Malah kebanyakan buku rujukannya daripada sarjana Barat. Sedangkan sumber tempatan hanyalah daripada Wan Yahya, Sharom Ahmat, Hj Abdullah, Hj Ibrahim Ismail dan Khoo Kay Kim. Pada pendapat saya, artikel beliau ini adalah untuk menujukkan tentang gerakan penentangan bangsa pribumi terhadap kuasa asing dari pandangan tempatan. Saudara, sebenarnya penulisan mengenai pendudukan Pulau Pinang ini dalam sumber Barat terlalu banyak, hampir 100-200 kajian termasuk dokumen, buku, jurnal dan surat persendirian yang ditulis sejak kurun ke-18 lagi. Sedangkan penulisan sejarah daripada sumber atau pengkaji tempatan baru bermula awal kurun ke-20 kecuali hikayat dan sumber sastera sejarah ( lebih awal dari tempoh itu).Dalam perkara ini, kita sama-sama bertukar2 pandangan. jika ada kesilapan, kita sama-sama betulkan. Harap kiriman saya ini diterima oleh saudara dengan hati terbuka, Mohon maaf sekiranya pandangan saya ini menimbulkan perasaan kurang senang di hati saudara. Kita sama-sama menuntut ilmu, makin banyak kita membaca, makin banyak yang kita tidak tahu. :)
Catat Ulasan