Pengikut

Sabtu, Mei 19, 2012

Universiti Singapura : Sejarah Penubuhan dan Sumbangan


Sejarah Perkembangan US

Sejarah Penubuhan

Universiti Malaya ( Singapura ) merupakan universiti gabungan daripada dua institut penting di Singpura iaitu Kolej Perubatan King Edward VII dan Kolej Reffles. Kolej Perubatan King Edward VII pada asalnya dikenali sebagai Sekolah Perubatan Kerajaan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Gabungan dua intitusi berpengaruh ini telah telah melahirkan universiti pertama di Singapura dan Tanah Melayu. Walaupun lebih awal dari itu telah lahir SITC ( Sultan Idris Training Collage ) namun ia hanyalah sebuah intitusi yang bertaraf kolej atau maktab bukannya universiti. Sekolah Perubatan Kerajaan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan pada tahun 1905 kemudiannya diubah nama menjadi Sekolah Perubatan King Edward VII pada 1912 dan sekali lagi diubah menjadi Kolej Perubatan King Edward VII pada 1921. Singapura pada masa itu tidak pernah memiliki sebuah intitusi yang bertaraf sebagai sebuah kolej sehinggalah wujudnya Kolej Perubatan King Edward VII pada tahun 1910. Kepentingan kedua-dua buah intitusi ini kepada penduduk Singapura dan Tanah Melayu adalah amat jelas apabila ramai tokoh kedua buah negara ini belajar di intitusi tersebut.
Selepas tamat perang, Sir Alexander Carr-Saunder telah mencadangkan penubuhan pendidikan universiti di Malaya. Beliau juga mengcadangkan penggabungan dua buah intitusi untuk mewujudkan universiti Malaya tersebut. Pembuatan undang-undang untuk mewujudkan universiti ini telah diluluskan pada Oktober 1949 yang memuatkan Fakulti Sastera dan Sains daripada kolej Raffles dan Fakulti Perubatan daripada King Edward VII College of Medecine. Universiti ini bermula daripada dua lokasi yang berbeza iaitu di Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. Kampus di Lembah Pantai Kuala Lumpur merupakan cawangan kepada Universiti Malaya di Singapura. Selepas 8 tahun beroperasi bersama, akhirnya pada tahun 1957 telah wujud cadangan untuk mengasingkan universiti ini kepada dua entiti yang berbeza. Menyahut perkara itu, pada 1958, prosedur perundangan telah diluluskan untuk pemisahan tersebut namun pemisan tersebut hanya berlaku pada 1 Januari 1962.

 Kolej Perubatan King Edward VII.
Kolej Perubatan King Edward VII merupakan sebuah intitusi tertinggi pertama yang wujud di Singapura. Disini, ramai tokoh telah berjaya dilahirkan antaranya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Ismail. Tun Dr Ismail bersekolah rendah di English Collage di Johor Bahru dan menyambung pelajaran menengah di Kolej Perubatan King Edward VII. Selain itu, Dr Mahathir Mohamad juga pernah belajar disini dalam bidang perubatan. Beliau juga telah menjadi presiden Persatuan Muslim Kolej Perubatan King Edward VII. Penubuhan kolej ini telah bermula dengan kemajuan yang dicapai dalam farmasi dan perubatan di Singapura pada waktu. Perkembangan ini telah menarik minat Sir Stamford Raffles untuk membina sebuah intitusi pendidikan dan penyelidikan kesihatan. Oleh itu, pada 1905, Federation Malay Stated Government Medical Collage telah dibina dan seterusnya dikenali sebagai King Edward Collage of Medicine.
Namun menurut Ng Beng Yeong melalui bukunya, pembinaan kolej perubatan ini bermula sejak September 1904 apabila Tan Jiak Kim wakil daripada masyarakat Cina dan bukan Eropah telah memohon Kerajaan Negeri Selat untuk membina sebuah sekolah kesihatan. Selepas penyubahsuaian dan memperbaharui dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya di bangunan Rumah Sakit Mental Perempuan di Sepoy Lines, intitusi tersebut telah diwujudkan dengan kelengkapan bilik pensyarah, kelas, pejabat dan bilik bedah. Sebelum itu, pesakit wanita di situ telah dipindahkan ke rumah sakit di Pasir Panjang sejak tahun 1903. Sekolah perubatan ini telah memulakan sesi pembelajaran pada 3 Julai 1905 dibawah ordinan untuk kegunaan pembelajaran perubatan, pembedahan dan pembidanan.
Walaupun kolej perubatan ini mula ditubuhkan pada 1905 namun pada 1911 barulah kolej ini mendapat tempat kekal untuk kampusnya. Bangunan tersebut ialah bangunan Tan Teck Guan yang mana nama tersebut diberikan sempena nama ayah kepada Tan Chay Yen pemilik kebun getah yang telah membayar kos pembinaan bangunan kolej.
Dr Lim Boon Keng telah memulakan King Edward VII Memorial Fund dan pada tahun 1912, tabung ini telah mencecah kutipan 120,000 dolar selat. Pada 1921, kolej ini telah ditukar namanya kepada King Edward VII Medical School tetapi bangunan baru hanya siap pada 1926 yang melihatkan ramai pelajar bergraduat di sini. Namun ada perbezaan pendapat mengenai tarikh penukaran nama tersebut. Ada yang menyatakan pada tahun 1912, nama kolej ini ditukar kepada King Edward VII Medical School bukannya tahun 1921. Pada tahun 1921 itu nama kolej ini telah ditukar daripada King Edward VII medical School kepada King Edward VII College of Medicine selepas mengalami zaman pengukuhan. Semasa pendudukan Jepun di Singapura, kolej ini melihatkan pembunuhan yang dilakukan oleh Jepun dimana seramai 11 orang telah mati ditembak dan kira-kira 25 orang pelajar yang mengebumikan mayat tersebut yang mana peristiwa ini berlaku pada 14 Febuari 1942. Sepanjang penjajahan Jepun,kolej ini telah ditutup dan hannya dibukan kembali pada tahun 1946 dan tiga tahun kemudian bergabung dengan Kolej Raffles untuk mewujudkan Universiti Malaya.

Kolej Raffles.
Stamford Raffles merupakan tokoh yang paling berjasa keatas Singapura. Beliau bukan sahaja menjadikan Singapura yang dahulunya tempat tinggal penyamun menjadi sebuah pelabuhan bebas yang kaya raya bahkan beliau turut mengambil berat keatas pendidikan di Singapura. Beliau ini menjadikan Singapura sebagai sebuah pusat ilmu bagi Singapura dan Tanah Melayu.
Pada tahun 1918, Panatia Maxwell telah mencadangkan pembinaan sebuah intitusi pengajian tinggi bagi memperingati seratus tahun Raffles membangunkan Singapura. Pada 1919, Panitia Firmstone telah menamakan intitusi tersebut sebagai “Raffles Collage”. Kewangan untuk membina intitusi ini datangnya daripada Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Negeri Melayu dan juga orang-orang awam, tauke Cina dan masyarakat Yahudi di Singapura. Manakala kerajaan Singapura pula menyediakan tapak,bangunan dan penyelenggaraan tahunan. Pembinaan bangunan dimulakan pada tahun 1922. Kerajaan Negeri-Negeri Selat telah memberi sebidang tanah dan duit sebanyak S$1000,000, penderma Cina sebanyak S$540,000, Kerajaan Negeri Melayu sebanyak S$500,000, pemilik firma Eropah dan individu sebanyak S$426,000, Sir Manasseh Mayer sebanyak S$150,000 dan Sultan Johor sebanyak S$50,000. Setelah sepuluh tahun beroperasi, Kolej Raffles telah menawarkan Sarjana Muda dalam masa tiga tahun yang meliputi bidang bahasa Inggeris, geografi,ekonomi, sejarah, matematik, dan fizik serta kimia dalam aliran sains. Setiap kos yang ditawarkan mengikut model Universiti London.
Selain aliran diatas, Lepasan Sarjana Pedagogi dijadikan guru pelatih untuk berkhidmat sebagai guru pelatih di sekolah menengah atas. Sir Hugh Clifford telah merasmikan kolej ini dan Sir Richard Winsted telah dilantik sebagai pengetua pertama Kolej Raffles.

 Universiti Singapura
Selepas berpisah dengan Universiti Malaya ( Kuala Lumpur ) pada tahun 1962, universiti ini telah dikenali sebagai Universiti Singapura. Universiti Singapura ini merupakan universiti yang terbesar di pulau tersebut dari segi pendaftaran pelajar dan juga kurikulum yang ditawarkan. Pada tahun 1980, sekali lagi perubahan telah dilakukan terhadap Universiti ini dilakukan apabila digabungkan dengan Universiti Nanyang      ( 1956 ) yang beraliran Cina dan hanya sedekad kemudian barulah intitusi disusun semuala untuk menjadi intitusi pengajian tinggi yang berasingan. Hubungan antara universiti ini telah bermula pada tahun 1978 apabila menyediakan kampus bersama di Bukit Timah dibawah Skim Kampus Bersama. Banyak perkembangan yang berlaku kepada Universiti ini sehingga mampu meninggalkan jauh Universiti Malaya Malaysia daripada segi ranking universiti terbaik dunia. Pada tahun 2001, Universiti ini telah berjaya mendapat ranking ke 28 dunia dan ranking yang ke 3 asia bagi universiti terbaik.  Pelbagai usaha bersungguh-sungguh telah dilakukan oleh setiap staf dan pelajar di universiti ini untuk meningkatkan mutu pembelajaran mereka. Banyak sumbangan-sumbangan juga telah berjaya ditabur oleh universiti ini dalam pembangunan modal insan dan material samada untuk pembangunan Malaysia atau untuk pembangunan Singapura itu sendiri. Sumbangan yang diberikan oleh universiti yang bersejarah ini tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja.

Sumbangan Universiti Singapura
Universiti Singapura telah melalui sejarah perjalanan yang panjang dengan bermula daripada penggabungan antara King Edward VII Collage dengan Reffles Collage kemudian berpecah dengan Universiti Malaya Kuala Lumpur dan sekali lagi bergabung dengan Nanyang Universiti untuk membentuk Universiti Nasional Singapura. Sebagai sebuah intitusi pengajian tinggi yang terawal di Singapura dan Tanah Melayu, universiti ini telah melahirkan banyak tokoh-tokoh penting dalam pelbagai bidang. Contohnya,

Kolej Perubatan King Edward VI dan Kolej Raffles ( 1905-1949 )

Universiti Malaya Singapura ( 1949-1962 )

Universiti Singapura
( 1962-1980 )

Universiti Nasional Singapura
( 1980- Sekarang )

- Benjamin Sheares     ( Presiden k-2 Singapura )
- Goh Keng Swee       ( Bekas Timbalan Perdana Menteri Singapura )
- Mahathir Mohammad                ( Perdana Menteri Malaysia )
- Toh Chin Chye        ( Bekas Timbalan Perdana Menteri Singapura )
 Tun Abdul Razak       ( Bekas Perdana Menteri Malaysia )

-Sellapan Ramanathan ( Presiden Singapura dan Canselor NUS )
- Wang Gungwu         ( Pengarah IntitutAsia Timur di NUS )

- Goh Chok Tong       ( Bekas PM Singapura dana Menteri Kanan Singapura )
- Wong Kan Seng       ( TPM Singapura )
- Abdullah Tarmugi    ( Speaker Dewan Singapura )
- Ong Keng Yong       ( Setiausaha Agung ASEAN )
- Yaacob Ibrahim       ( Menteri Alam Sekitar dan Hal Ehwal Muslim Singapura )
-Arthur Yap (Ahli bahasa terkenal )
- Shunmugam Jayakumar ( Menteri Hal Ehwal Luar Negeri )


- Woon Cheong Ming Walter ( Duta Besar Singapura ke Blanda,Luxemberg, Belgium dan Vatican City )
- K. Shanmugam ( Ahli Parlimen Sembawang )
- Vivian Balakrishnan ( Menteri Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan )

Senarai diatas merupakan sebahagian kecil sahaja daripada tokoh-tokoh yang berjaya dilahirkan oleh universiti ini berdasarkan kepada tahap pembentukan universiti tersebut. Banyak tokoh penting Singapura berjaya dilahirkan disini bahkan bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdul Razak dan Tun Dr Mahathir juga pernah menyambung pelajaran di sini. Dr Mahathir telah menyambung pelajaran di Kolej Perubatan King Edward VII dalam bidang perubatan apabila gagal mendapatkan biasiswa untuk menyambung pelajaran di luar negara. Manakala Tun Abdul Razak telah terpilih menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Raffles pada tahun 1940. Namun setahun kemudian beliau terpaksa menangguhkan pengajian tersebut apabila Jepun menyerang Tanah Melayu. Selepas tamat perang beliau menyambung pelajaran dalam jurusan undang-undang di England selepas berjaya mendapatkan biasiswa. Semasa menyambung pelajaran di England ini, Tun Abdul Razak telah bertemu dengan Tunku Abdul Rahman yang pada masa itu sedang membuat percubaan yang ketiga untuk memperoleh Ijazah Undang - Undang.
Universiti Singapura juga banyak menyumbang kepada pembangunan sistem pendidikan tinggi kepada Tanah Melayu dan Singapura. Walaupun Tanah Melayu merupakan dua entiti yang berbeza dengan Singapura namun kedua-dua wilayah ini saling bergantung dari segi simbolik sejarah dan kebudayaan. Oleh itu, Singapura masih dianggap sebagai sebuah entiti semenanjung Tanah Melayu walaupun hakikatnya tidak begitu. Buktinya, Banyak peristiwa yang berlaku di Singapura di ambil berat oleh orang Tanah Melayu seperti peristiwa Natrah. Orang-orang daripada Tanah Melayu khasnya orang Johor memberi sokongan penuh bahkan Dr Burhanuddin Helmi telah mengorganisasi massa untuk memberi sokongan kepada Che Aminah dalam menuntut penjagaan keatas Natrah atau nama sebenarnya  Maria Hertogh. Begitulah juga sumbangan orang Melayu dan Keling ( India Muslim ) Singapura keatas kemerdekaan Tanah Melayu.
Universiti Singapura merupakan gabungan dua buah Intitusi pengajian bertahap kolej di Singapura iaitu Kolej Perubatan King Edwar VII dan Kolej Raffles. Pada masa itu masih belum wujud intitusi pengajian tinggi di Tanah Melayu melainkan hanya sekolah menengah sebagai tahap tertinggi dan juga Sultan Idris Training Collage yang hanya menyediakan pembelajaran yang hanya meliputi pertanian, mengayam dan pendidikan asas untuk mereka dihantar mengajar di sekolah-sekolah di Tanah Melayu. Berlainan sekali dengan mata pelajaran di Kolej Perubatan King Edward VII dan Kolej Raffles. Kolej Raffles menawarkan kurikulum dalam bidang seni dan sains sosial manakala Kolej Perubatan King Edward VII pula menawarkan jurusan perubatan. Jika dibandingkan, terlalu jauh perbezaan antara pengajian tinggi di Tanah Melayu dengan Singapura tersebut.
Penawaran kurikulum dalam bidang seni dan sains sosial di Kolej Raffles misalnya lebih berprestij berbanding apa yang ditawarkan di SITC. Pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke sini mestilah lulus sekolah Inggeris. Mereka akan diberikan biasiswa untuk menyambung pelajaran di sini. Pengajaran sastera menyebabkan Kolej Raffles menjadi popular namun akibat terlalu ramai yang keluar dalam bidang ini menyebabkan mereka tidak mendapat kerja dan kerajaan British pada masa itu beralih kepada sekolah teknik dan vokasional.
Kemajuan dalam bidang perubatan telah mendorong Sir Stamford Raffles mencadangkan untuk menubuhkan sekolah perubatan dengan dua tujuan penting iaitu untuk pendidikan kesihatan dan juga tujuan penyelidikan kesihatan. Ia menunjukkan kelas yang tersendiri. Di kedua-dua kolej yang berprestij ini telah lahir pelbagai tokoh penting dalam negara Malaysia seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdul Razak, Tun Dr Ismail dan ramai lagi. Lebih teristimewa, kebanyakan tokoh-tokoh penting Singapura dilahirkan oleh Universiti ini seperti Goh Chok Tong, Wong Kan Seng, Chan Heng Chee dan banyak lagi.
Universiti Nasional Singapura juga banyak menyumbang kepada perkembangan ilmu di rantau ini dengan penyelidikan dan kajian yang dilakukan oleh kakitangan atau pelajar universiti ini. Taraf sesuatu universiti ini boleh diukur dengan kerja-kerja penyelidikan yang bermutu sehingga mendapat pengiktirafan antarangbangsa serta mendapat hak paten keatas hasil kerja yang telah dilakukan. Perkembangan yang memberangsangkan Universiti Singapura ini berlaku kerana pembangunan penyelidikan yang dilakukan. Sebagaimana yang disebutkan, pembinaan Kolej Perubatan King Edward VII dan Kolej Raffles antaranya bertujuan untuk menjalankan penyelidikan dalam pelbagai aspek. Universiti ini telah menubuhkan Pejabat Timbalan Presiden ( Penyelidikan dan Teknologi ) yang diketuai oleh Profesor Barry Halliwell untuk membentuk pasukan penyelidikan dan pembangunan penyelidikan sekaligus menubuhkan program penyelidikan yang terkemuka di dunia.
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters