Pengikut

Selasa, Januari 18, 2011

The tales of the royal seamstress

   
Bidang perniagaan sememangnya menjadi pilihan ramai untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Sejak dahulu hingga kini situasi sama berlaku malah kini semakin berkembang luas lagi. Namun jika sekiranya perniagaan itu didorong oleh rasa minat yang mendalam terhadap bidang yang diusahakan itu, ianya impak diterima lebih bermakna lagi.
RTM menerusi slot tontonan ramai, Golden Pheonix mulai 14 Januari 2011, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di TV2 muncul dengan drama rantaian menarik bertajuk Tale of The Royal Seamstress yang bukan sahaja membawakan tema kekeluargaan malah plot ceritanya berlatarkan zaman dinasti Cina lama yang mana minat watak utamanya terhadap pengusahaan bidang tekstil.
Drama bersiri Kantonis 40 episod lakonan Janine Chang, Lu Zi Yi, Yuan Hong dan Liu Shi Shi ini mengangkat kisah tentang watak Huang Dao Po, seorang wanita yang merevolusikan kilang kain Cina. Ayahnya meninggal dunia pada usia muda dan ibunya pula menghidapi penyakit.
    
Dao Po telah dihantar kepada kawan ibunya – Xiu Man untuk menjaganya. Sewaktu Dao Po memasuki kilang tekstil, dia tertarik dengan tekstil dan sutera yang berwarna-warni, lalu menjadi tukang jahit di kilang tersebut.
Dao Po membesar dengan empat tukang jahit yang bernama Xiao Mei, Qian Qian, Xiao Yi dan Nian Xiang.
Pada masa sama Tuan Muda Kilang bernama Fang Ning memendam perasaan terhadap Dao Po sejak kecil lagi. Dao Po pula berkenalan dengan Puteri Jia Yi and mereka menjadi kawan baik. Dao Po bercinta dengan Mu Fei , seorang Jeneral. Tanpa disedari, Jia Yi juga menyimpan perasaan terhadap Mu Fei, dan ini telah menjejaskan hubungan antara Jia Yi dan Dao Po.
Dao Po diugut oleh Zhao Zhe. Fang Ning menjadi tempang kerana menyelamatkan Dao Po. Dao Po mendengar nasihat ibunya lalu berkahwin dengan Fang Ning. Mu Fei berasa kecewa selepas mengetahui Dao Po berkahwin dan membuat keputusan untuk menumpu sepenuh perhatian terhadap pekerjaannya. Jia Yi menyokong Mu Fei pada setiap masa dan akhirnya berjaya menyentuh hati dan perasaan Mu Fei.
Apabila peperangan bermula, enam wanita tersebut berpisah dan menghadapi kesukaran dalam kehidupan mereka. Dao Po melarikan diri ke sebuah tokong dan berkenalan dengan seorang guru tekstil. Zhao Zhe menganiayai Dao Po dan gurunya, lalu mereka melarikan diri ke Ya Zhou (sekarang Pulau Hainan).
Di Ya Zhou, Dao Po membuat penyelidikan dan membangunkan teknik tekstil. Walaupun Dao Po telah berjaya dalam indutri tekstil, dia tidak pernah lupa akan kampung halaman dan kawan-kawannya. Dia beryakinan bahawa dia pada suatu hari nanti dia akan kembali ke tempat permulaan impian tekstilnya.
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters