Pengikut

Isnin, April 25, 2011

Apakah Kata Kerja Terbitan



Menurut Abdullah Hasan dan Ainon Mohd ( 1994:248 ) kata kerja terbitan ialah kata sifat,kata kerja transitif,dan kata kerja sendi  yang boleh menjadi kata dasar untuk menerbitkan kata kerja transitif. Abdullah Hasan dan Ainon Mohd turut menyatakan bahawa terdapat tiga imbuhan yang membentuk kata kerja transitif,iaitu ‘per-‘.’-kan’,dan ‘-i’. Setiap daripada satu itu boleh berlaku secara sendirian ataupun bergabung.
    Manakala Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:151 ) medefinisikan sebagai kata kerja yang terhasil daripada proses pengimbuhan,iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan melahirkan perkataan-perkataan terbitan.
    Menurut Arbak Othman ( 1984:14 ), imbuhan kata kerja terdiri daripada awalan ber-,me-,ter-,di-,ke-, kemudian imbuhan terbahagi ber-.....-an,ber-.....-kan,me-......-kan,me-....-I,memper-...,memper-....-kan,memper-...-i,ke-....-an imbuhan akhiran –kan,-i dan –an.
    Kata kerja imbuhan adalah kata kerja yang menerima sebarang imbuhan samada daripada kata nama,kata kerja,kata adjektif,kata tugas. Selepas imbuhan kata-kata ini menjadi sifat kata kerja walaupun berasal bukan daripada kata kerja. Kebanyakan kata kerja terbitan ialah kata kerja transitif namun ada juga yang bertindak sebagai kata kerja terbitan pasif.

.Kata kerja terbitan awalan

Kata kerja terbitan dengan imbuhan awalan terdiri daripada meN-,beR-,teR-,di-,mempeR-,dan dipeR-.
Menurut Kamus Tatabahasa Dewan, awalan meN- ialah awalah yang membentuk kata kerja aktif,sama ada transitif atau tak transitif. Awalan ini mempunyai empat bentuk varian,iaitu me-,mem-,mem-,dan meng- ( Nik Safiah Karim et al. 2008:151 ).

Mengikut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ,imbuhan meN- boleh dipecahkan kepada bahagian tertentu mengikut maksud tertentu.
( a ) melakukan sesuatu,contohnya:
i.                    memasak - Ibu memasak nasi
ii.                   menggaul - Kakak menggaul ulam dengan ikan untuk dibuat kerabu.
( b ) mengeluarkan bunyi, contohnya:
         mengembek - Kambing itu dari tadi lagi mengembek.
( c ) membuang,mencari atau mengumpulkan sesuatu,contohnya :
              mencandan - Ismail mencandan sebagai mata pencarian.
( d ) menuju sasaran, contohnya :
            mendarat - Kapal terbang itu mendarat di landasan.
( e ) berlaku seperti atau menyerupai sesuatu,contohnya:
               membelit - Soalan itu telah membelit fikirannya.
dan akhir sekali yang memberi makna menyatakan keadaan. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu
( a ) hidup sebagai,contohnya:
             menjanda - Aisah telah lima tahun menjanda.
( b ) menjadi,contohnya:
              membujur - Ali duduk dalam keadaan membujur untuk sembahyang.

 Awalan beR- juga boleh membentuk kata kerja. Perkataan yang menerima awalan ini menjadi kata kerja yang bersifat tidak transitif. ( Nik Safiah Karim et al. 2008:161 ). Manakala menurut Arbak Othman ( 1984 : 14 ) kata kerja dengan awalan ber- boleh berupa kata kerja tak transitif atau kata kerja yang menerima pencukup sesudahnya.Menurut Kamus Tatabahasa Dewan,apabila awalan ber- bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r maka dua r tadi akan berubah menjadi satu r melalui proses peleburan bunyi,contohnya:
       ber + rantai = berantai
      ber + ranjau = beranjau.
Awalan beR- boleh digabungkan pada kata dasar daripada kata nama,kata kerja,kata adjektif,dan kata tugas. Awalan beR- mempunyai banyak makna mengikut golongan kata yang bergabung dengannya. Awalan beR- boleh membawa makna melakukan perbuatan,mengenai diri sendiri,perbuatan bersalingan,keadaan yang sudah sedia berlaku,membawa makna mempunyai,makna memakai,mengerjakan sesuatu,membawa makna menghasilkan,meminta bantuan,berada dalam keadaan,memperoleh,membawa pengertian menjadi,bersama-sama,dan beroleh. Manakala pencukup yang dimaksudkan oleh Arbak Othman ialah kata dasar yang berada sesudah imbuhan ber- tersebut,contohnya;
                  berlari. ber- merupakan imbuhan manakala lari itu merupakan pencukup.

 Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:170 ) menyatakan bahawa hanya terdapat satu bentuk awalan teR-,iaitu ter- yang digabungkan dengan kata dasar,contohnya:
nampak – ternampak
jatuh – terjatuh
Bagi kata dasar yang bermula dengan huruf r maka satu daripada r tersebut akan digugurkan. Terdapat dua jenis kata kerja awalan ter- ,iaitu kata kerja aktif dan kata kerja pasif. Kata kerja aktif pula terbahagi kepada kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
( a ) kata kerja transitif
         terlihat – Ali terlihat kucing dilanggar.
( b ) kata kerja tak transitif
         terjatuh -  Ali terjatuh dari katil
Bagi kata kerja pasif pula ialah:
        terlanggar- Kereta itu terlanggar oleh Ali.
Imbuhan teR- mempunyai makna tidak sengaja,keupayaan dan keadaan tersedia.

 Awalan di- akan membentuk kata kerja pasif,contohnya;
jahit – dijahit
    Baju itu dijahit oleh Abu.
Mengikut Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:177 ) tidak terdapat makna khusus untuk awalan di-.

 Awalan mempeR- juga awalan pembentuk kata kerja wujud dalam satu bentuk,iaitu memper-.Dalam bahasa Melayu bentuk ini hanya dirujuk sebagai awalan per-.( Nik Safiah Karim et al. 2008:177 ). Awalan per- bergabung dengan kata dasar bagi menerbitkan kata kerja transitif. ( Abdullah Hasan dan Ainon Mohd ( 1994: 248 ). Menurut Abdullah Hasan lagi,bentuk ejaan awalan per- tidak berubah. Contoh kata kerja imbuhan mempeR- ialah;
hamba – memperhamba
   Majikan itu memperhamba pekerja.
lebar -  memperlebar.
    JKR telah memperlebar jalan raya itu.
Kata kerja berimbuhan mempeR- ini boleh membawa makna menjadikan,menjadikan lebih atau bertambah,dan mendapat sesuatu.

 Awalan dipeR- ialah awalan yang membentuk kata kerja pasif. ( Nik Safiah Karim et al 2008:181 ). Awalan dipeR- wujud dalam satu bentuk sahaja ,iaitu diper- contohnya:
halus – diperhalus
    Cadangan itu akan diperhalus oleh Menteri Besar.
Awalan diper- mempunyai beberapa makna,iaitu dijadikan,dijadikan lebih atau bertambah dan terdapat sesuatu

Akhiran kata kerja.

Hanya terdapat dua akhiran yang membentuk kata kerja bahasa Melayu ,iaitu
i. -kan
ii. –i
2  Akhiran –kan.
Akhiran –kan membentuk kata kerja transitif dan hanya wujud dalam dua jenis ayat sahaja,iaitu
( a )dalam ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan kedua contohnya:
tuliskan – saya tolong tuliskan untuk artikel itu.
( b ) jenis yang kedua,iaitu dalam ayat suruhan,contohnya:
pastikan – pastikan lampu dipadam.
Akhiran –kan dikaitkan dengan dua makna khusus,iaitu menyebabkan jadi dan melakukan sesuatu untuk manfaaat orang lain.

. Akhiran -i.
Akhiran -i membentuk ayat transitif. Akhiran –i wujud hanya dalam dua bentuk,iaitu
( a ) dalam ayat pasif orang pertama dan kedua,contohnya:
sertai – Majlis itu akan saya sertai.
( b ) dalam ayat suruhan,contohnya:
sayangi – tolonglah kasihani anak itu.
Akhiran – i mempunyai dua makna khusus iaitu memberi makna menyebabkan jadi dan juga menyatakan unsur tempat.

Apitan kata kerja

Apitan ialah unsur imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar,iaitu dua bahagian imbuhan hadir pada awal dan akhir perkataan secara serentak. Imbuhan apitan juga dikenali sebagai imbuhan terbahagi ( Nik Safiah Karim et al. 2008:190 ).
Kata kerja apitan terdiri daripada : meN-...-kan,beR-...-kan,beR-...-an,di-...-kan,memper-...-kan,memper-...-I,meN-...-I,di-...-I,ke-...-an,diper-...-kan,diper-...-i.
( i ) Imbuhan meN-...-kan terdiri daripada me-...-kan,mem-...-kan,men-...-kan,meng-...-kan, dan menge-...-kan. Kebiasaannya,kata kerja yang bergabung dengan apitan meN-...-kan ialah kata kerja transitif. Kata kerja apitan meN-...-kan terdiri daripada dua jenis, iaitu;
( a ) yang menerima satu objek,contohnya:
         Abu melontarkan lembing kepada Ali.
( b ) yang menerima dua objek, contohnya:
         Ibu menjahitkan baju untuk saya dan kakak.
Apitan meN-...-kan membawa beberapa makna,iaitu membuat sesuatu,menyebabkan jadi,dan manfaat.
( ii ) Pada dasarnya hanya satu sahaja imbuhan beR-...-kan iaitu ber-...-kan. Imbuhan ber-...-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja dan membentuk kata kerja tak transitif berpelengkap,contohnya:
( a )  beratapkan – Rumah yang dibina itu beratapkan daun nipah.
Imbuhan apitan ber-...-kan memberi makna menjadikan sesuatu sebagaimana contoh diatas,
beratapkan – memberi makna menjadikan atap.
( iii ) Apitan meN-...-i boleh bergabung dengan kata nama,kata adjektif,kata tugas dan kata tugas untuk membentuk kata kerja. Imbuhan meN-...-i membentuk kata kerja transitif yang terdiri daripada dua jenis,iaitu:
( a ) ayat aktif yang menerima satu objek,contohnya:
menjahiti -  Ibu menjahiti kami sepasang baju.
( b ) ayat aktif yang menerima dua objek,contohnya:
menolongi – Saya menolongi makcik membaiki motor.

 Sisipan kata kerja
Dalam bahasa Melayu tiada sisipan yang dapat membentuk kata kerja. Namun demikian,bentuk perkataan yang terdiri daripada kata nama dan kata adjektif yang mempunyai sisipan dapat dijadikan kata kerja dalam proses pengimbuhan                                ( Nik Safiah Karim et al.2008:217 ). Mengikut Arbak Othman ( 1984:7 ) pula,sisipan adalah imbuhan yang tersisip di tengah kata. Menurutnya lagi,imbuhan sisipan dianggap ditinggalkan oleh sejarah dan pemakaian dalam bahasa Melayu tidak lagi produktif. Dalam kedua-dua buku tatabahasa ini,imbuhan sisipan tidak dibincangkan secara mendalam kerana penggunaannya amat jarang. Bahkan Abdullah Hasan juga mengatakan bahawa imbuhan sisipan tidak lagi produktif kerana bilangannya yang sedikit.
Dalam sisipan kata kerja terbitan hanya ada tiga sisipan yang membentuk kata kerja terbitan,iaitu sisipan -el-,-er-, dan –em-. Contohnya,
guruh – gemuruh
sabut – serabut
getar – geletar
contoh ayat :
        Jantung Ahmad gemuruh dengan majlis pertunangan yang akan diadakan.

Apakah Imbuhan



Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada kata dasar ,iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang bentuk imbuhan,atau bentuk terbitan ,iaitu bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas kata dasar tadi melalui pelbagai cara pembentukan kata. Imbuhan dimaksudkan unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya (  Safiah Karim et al. 2008:45 ).
    Ahmad Khair Mohd Nor ( 2007:10) menjelaskan kata terbitan ialah kata yang berasal daripada kata tunggal yang telah mengalami proses penambahan atau dengan kata lain menggunakan imbuhan.
    Dalam Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:45 ) menjelaskan bahawa kata terbitan mempunyai empat bentuk,iaitu awalan,akhiran,sisipan,apitan,morfem kosong,dan bentuk fleksi. Namun Arbak Othman ( 1985:3 ) pula menyatakan imbuhan terbahagi kepada empat jenis berdasarkan lingkungan atau tempat yang didudukinya,iaitu awalan,sisipan,akhiran dan imbuhan terbahagi. Imbuhan berlaku dalam pelbagai jenis kata sama ada kata nama,kata kerja,kata adjektif dan kata tugas. Kata-kata ini jika menerima imbuhan boleh menjadi makna yang berlainan daripada kata dasarnya. 

Sabtu, April 23, 2011

Kes Pembunuhan Isteri Saudagar


Bao Zheng/Bao Qingtian


Selepas menyelesaikan kes babi yang mencuri,Bao Zheng bergegas ke tempat ibunya membuat autopsy seorang mayat isteri lelaki yang kaya. Ibu Bao Cheng yang merupakan seorang tabib memeriksa mayat tersebut dan mendapati isteri saudagar tersebut dibunuh bukannya mati kerana penyakit jantung yang dialaminya.
“Saya mendapati mayat ini telah dicekik dan ia mati dalam keadaan yang terseksa” kata ibu Bao Zheng kepada penyiasat pegawai daerah. Dengan tidak semena-mena saudagar kaya tersebut telah meluru masuk ke kawasan pemeriksaan mayat seolah-olah tidak mengetahui punca kematian isterinya.
“Puan,Puan” saudagar tersebut menjerit.
Namun ibu Bao Zheng melarang saudagar tersebut daripada mendekati mayat kerana takut segala bukti berkenaan kejadian tersebut akan hilang. Ibu Bao Zheng lantas menepuk belakang mayat tersebut dan mendapati terdapat cecair yang keluar daripada mulut mangsa yang dipercayai sebagai ubat penyakit jantung.
Tidak lama kemudian Bao Zheng ampai dan terus menanyakan kepada ibunya hasil autopsy yang dilakukan. Bao Zheng telah menguatkan lagi hujah bahawa perempuan tersebut dibunuh. Buktinya leher mangsa tersebut mempunyai kesan digantung selepas dibunuh oleh pembunuhnya.
Soal siasat terus dijalankan oleh pegawai di pejabat daerah tersebut.
“Saya tidak tahu. Semalam saya telah pergi mengutip hutang,dan apabila pulang melihat isteri saya sudah meninggal” kata saudagar Kun.
“ Bagaimana dengan kamu pula” tanya pegawai terbabit kepada seorang pembantu rumah.
“ Sebelum kekuil,puan telah mnyuruh saya membeli cangkir untuk sembanhyang. Tetapi selepas itu saya telah melihat pua sudah meninggal” kata pembantu rumah tersebut.
Pegawai penyiasat tersebut buntu untuk mencari jawapan kerana semua pekerja termasuk saudagar tersebut mempunyai alasan dan alibi masing-masing. Tiba-tiba Bao Zheng telah melihat dua orang pembantu rumah perempuan dan terus bertanya
“ Berapa lama kamu bekerja di sini? “
“ Saya disini telah bekerja disini selama tujuh tahun” kata salah seorang pembantu tersebut.
“Kamu pula?”
“Saya telah bekerja disini selama setengah tahun” kata seorang pembantu lagi.
Bao Zheng lantas tersenyum dan berkata “ kalau begitu saya sudah tahu siapa pembunuhnya”.
Bao Zheng lantas menunjukkan tangan kepada saudagar tersebut. “ Kamulah pembunuh” katanya.
“Bukan saya,bukan saya” saudagar tersebut cuba menafikan tuduhan Bao Zheng.
“Tadi bukanlah kamu kata kamu mengutip hutang diluar dan baru sahaja sampai disini?” kata Bao Zheng.
“ Betul,betul” kata saudagar tersebut mengiakan kenyataan Bao Zheng.
“Tapi saya melihat kasut kamu bersih,bukan seperti orang yang berjalan jauh. Melainkan engkau telah balik malam tadi dan membunuh isteri engkau”.
“Bukan saya,bukan saya,saya betul-betul tidak melakukannya” kata saudagar tersebut tegas.
“Baik kamu masih tidak mahu mengaku ya,aku akan kemukakan bukti” kata Bao Zheng lantas menakutkan saudagar tersebut.
“Bukti apa?” kata saudagar tersebut dengan suara yang gementar.
“ Saya melihat cap jari kamu di leher isteri kamu. Lehernya ada lekukan yang dicekik oleh orang yang memakai cincin dan disini hanya kamu yang memakai cincin” kata Bao Zheng tegas.
“Jadi kamulah pembunuhnya,pengawal tangkap dia” tambah Bao Zheng.
“Jadi adakah kamu tahu kenapakah isterinya dibunuh” tanya ibu Bao Zheng.
Bao Zheng lantas menunjukkan tangan kearah seorang pembantu rumah yang baru bekerja selama setengah tahun tersebut jika ingin mengetahui sebab isteri saudagar tersebut dibunuh.
“Saya,saya,saya tiada urusan dengannya,kenapa harus saya bunuhnya,saya tidak tahu siapa pembunuhnya” kata pembantu rumah tersebut dengan nada yang takut bercampur gementar.
“Saya juga tidak tahu... Tapi kenapa yang sudah tujuh tahun bekerja tetapi masih memakai baju yang buruk tetapi kamu yang baru bekerja setengah tahun sudah memakai baju yang cantik” sindir Bao Zheng.
Ibu Bao Zheng terus pergi dekat dengan pembantu rumah tersebut dan mendapati pembantu rumah tersebut menyimpan sejenis ubat untuk menggugurkan janin dalam perut. Ibu Bao Zheng lantas memeriksa nadi pembantu rumah tersebut dan mendapati perempuan tersebut telah hamil angkara hubungan sulit yang dilakukan dengan saudagar tersebut. Selepas rahsianya tersingkap,pembantu rumah tersebut terus melutut dan mendedahkan rahsianya. Dalam nada kesal dan penuh tangisan pembantu rumah tersebut berkata
“Ini bukan urusan saya, tapi tuan besar berjanji jika puan mati saya akan menggantikan tempatnya,kamu tolonglah jangan tangkap saya,saya merayu” rayu perempuan tersebut.
Pengakuan yang dilakukan oleh pembantu rumah tersebut sudah cukup untuk merungkai kes tersebut. Kedua-dua penjenayah tersebut telah dihukum gantung oleh mahkamah atau Yamen. Pegawai penyiasat tersebut mengucapkan terima kasih kepada Bao Zheng dan ibunya kerana berjaya menyelesaikan kes tersebut kerana dengan akal yang dimilikinya adalah mustahil kes tersebut diselesaikan olehnya.
Semasa pulang dari tempat kejadian penduduk pekan tersebut telah riuh dengan kehebatan seorang pengawal daerah tersebut yang berjaya membunuh seekor harimau di Hutan Syaitan Perempuan. Hutan Syaitan Perempuan adalah hutan yang paling ditakuti oleh penduduk kerana mereka mempercayai ada syaitan didalam hutan tersebut. Namun dalam hutan tersebut tinggal seorang perempuan yang disisihkan oleh masyarakat kerana ibu perempuan tersebut telah dijangkiti penyakit anjing gila dan memakan daging manusia.

Jumaat, April 22, 2011

Cara Mengelakkan Stress Exam

Bila musim exam pasti akan banyak berlaku kes histeria sehinggakan bekas pengetua Khar meminta untuk diwujudkan pasukan rawatan histeria. Sebenarnya ada cara mudah untuk mengelakkan anda daripada tertekan menghadapi exam. Gunakan petua sahaja...

Tangan Kosong
1.Pergi Exam Dengan Tangan Kosong

Anda dinasihatkan untuk tidak membawa apa-apa bahan bacaan semasa pergi exam. Kalau boleh semua barang seperti dompet,ketik kuku,make up dilarang daripada membawanya. Jika anda melihat rakan anda memegang apa-apa bahan bacaan untuk exam pastikan anda menjauhinya kerana ia boleh mendatangkan kesan stress kepada anda. Sebolehnya semasa pergi exam cukuplah anda membawa kad matrik,pen,pensil,pemadam,gorek untuk menajamkan pensil dan juga slip exam. Pastikan semasa menuju ke tempat exam anda tidak membawa apa-apa dan berjalan melenggang....

Pastikan Target Anda
2. Pastikan Terget Anda

Bila menghadapi peperiksaan,pastikan anda meletakkan target untuk lulus bukan utnuk mendapatkan A. Apa ada pada A sehingga orang berebut untuknya. Anda perlu berfikir dengan waras, Jika anda tidak mendapat A adakah ada apa-apa kesan kepada anda?. Tetapi jika anda tidak lulus anda perlu repeat semula subjek tersebut dan jika tersilap haribulan boleh dibuang universiti. Jadi pastikan matlamat anda betul.. Letakkan target serendah mungkin. Dalam meletakkan target ini anda kena pastikan bahawa anda tidak akan kecewa/cemburu jika rakan anda mendapatkan A.....


Jangan Baca Saya
3. Jangan Membaca 

Petua mudah untuk mengelakkan stress ialah jangan membaca atau jika anda takut untuk tidak dapat menjawab soalan pastikan anda membaca dengan kadar jumlah yang sedikit. Rasionalnya, tidak semua soalan yang anda baca itu akan masuk dalam exam. Dan jika soalan  yang anda baca tidak masuk sekurangnya anda tidak menghabiskan masa dengan sia-sia dengan membaca sesutau yang tidak keluar dalam exam maka secara tidak langsung anda akan senyum dan stress pun hilang.


Keluar Sekarang
4. Fikir untuk Keluar Awal  

Semasa masuk kedalam dewan pastikan perkara pertama dilakukan ialah melihat masa menjawab. Kemudian tengok soalan dan tentukan jangkamasa anda dapat menyiapkan jawapan anda. Pastikan anda menjawab dengan laju dan jangan sesekali melihat kembali jawapan anda melainkan hanya memeriksaan no matrik dan beberpa perkara yang perlu dikertas jawapan. Selepas siap,terus angkat kaki meninggalkan dewan. Pasti anda kagum dengan diri anda ...

Pastikan Anda Dalam kedudukan selamat
5. Jangan berada didepan Orang Yang Anda Cintai  

Satu perkara yang tidak dapat dielakkan bila berada sekelas dengan orang yang anda anggap bakal isteri anda ialah kemungkinan anda akan berada dekat dengan dia semasa berada didalam dewan. Jika anda tidak pemali x apa tapi bagaimana dengan mereka yang pemalu..... Saya tiada penyelesaian kepada masalah ini cuma pastikan anda siap awal dan pastikan orang yang anda anggap bakal pasangan anda itu tunduk tidak melihat anda terutamanya sekali bila anda keluar dewan .. Yang penting jangan difikir apa yang nak dikata... Hidup dengan diri kita sendiri jangan jadi orang lain.....

Gunalah petua ini bagi mengelakkan anda stress dalam menghadapi peperiksaan tetapi saya tidak berani jamin dengan pointer anda....
~ngee~ slmt mencuba


Khamis, April 21, 2011

Bao Zheng - Kisah Pencuri Wang Penjual Pau


Bao Zheng


Gongsu Ce merupakan seorang yang pintar. Sebagai seorang cendiakawan beliau sering sahaja dicabar oleh cendiakawan lain untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat dari segi keilmuannya dalam bidang muzik,sastera,catur. Sedang asyik beliau bertanding tiba-tiba keadaan menjadi riuh apabila orang ramai dikeadai terbabit menjerit bahawa ada seorang yang bijak ingin mengadili seekor babi yang dikatakan mencuri. Lelaki yang bijak tersebut ialah Bao Zheng yang memiliki kulit yang hitam dan dan mempunyai bulan sabit di dahi sebagai tanda lahir. Beliau telah dipanggil oleh ibunya untuk menyiasat satu kejadian bunuh di rumah seorang kaya di pekan tersebut. Dalam perjalanan Bao Zheng telah melihat orang ramai di sebuah kedai di pekan tersebut sedang bergaduh mengenai kejadian kecurian tersebut.
Seorang pakcik yang menjual pau telah mendakwa seorang lelaki yang membawa babi tersebut mencuri wang perniagaannya namun lelaki tersebut menafikannya dan menuduh babinya yang mencuri. Ini telah menyebabkan kekecohan berlaku di pekan tersebut. Bao Zheng yang kebetulan lalu secara sukarela ingin menyelesaikan masalah tersebut.
Bao Zheng dengan selamba mengatakan bahawa babi itulah yang mencuri duit pakcik yang menjual pau tersebut. Perkara ini telah menyebabkan keriuhan dalam kalangan masyarakat pekan tersebut. Bao Zheng telah menggunakan kaedah psikologi untuk mengumpan pencuri tersebut.
Bao Zheng telah bertindak memukul babi tersebut supaya babi tersebut mengaku bahawa dialah mencuri wang terbabit. Pakcik yang mencuri wang tersebut terpedaya dengan helah yang digunakan oleh Bao Zheng.
“Kenapa kamu mencuri?” Tanya Bao Zheng kepada babi tersebut.
Bao Zheng telah merapatkan telinganya ke mulut babi untuk mendengar apakah sebabnya babi tersebut mencuri. Keadaan ini telah menambahkan lagi kepercayaan penduduk bahawa Bao Zheng boleh berkomunikasi dengan binatang.
“ooo.. kamu mencuri kerana miskin” kata Bao Zheng sendirian setelah mendengar apa yang dikatakan oleh babi tersebut.
“Tuan-tuan,mari kita menderma untuk diberikan kepada babi ini” tambah Bao Zheng lagi.
Orang ramai yang melihat aksi Bao Zheng tersebut telah serta merta dengan sukarela menghulurkan derma untuk babi tersebut tanpa banyak bertanya kerana orang ramai masih tertanya-tanya apa yang akan dilakukan oleh Bao Zheng seterusnya . Bao Zheng telah mengarahkan supaya derma tersebut diberikan dalam sebuah bekas yang berisi air. Gongsu Ce sudah lama berada ditempat kejadian telah menjadi orang pertama yang menghulurkan derma tersebut untuk melihat tindakan yang akan dilakukan oleh Bao Zheng tersebut. Mereka berdua adalah cendiakawan paling pintar dalam provinsi Anhui. Cuma Bao Zheng lebih sedikit pintar dalam merungkaikan kes yang sukar. Mereka bersekolah di sekolah yang sama dan Bao Zheng lebih diminati kerana bersifat merendah diri mungkin disebabkan keluarganya miskin berbanding dengan keluarga Gongsu Ce yang merupakan keluarga pegawai daerah.
Orang ramai telah menghulurkan derma masing-masing namun pemilik babi yang dikatakan mencuri tersebut teragak-agak untuk mengeluarkan derma namun selepas desakan orang ramai akhirnya pakcik tersebut menghulurkan derma tersebut. Apabila duit tersebut mencecah air sahaja maka Bao Zheng berkata
“Pakcik inilah yang mencuri”.
Orang ramai yang setia menunggu pada waktu itu menjadi hairan kerana dengan hanya memberi derma sudah boleh mengetahui siapa pencurinya. Bao Zheng pantas menjelaskan bahawa pakcik yang menjual pau tersebut menjual pau dan sering menerima wang hasil jualannya. Disebabkan pau memerlukan minyak untuk proses pembuatannya semestinya wang yang dipegang oleh pakcik penjual tersebut turut berminyak. Semua wang yang didermakan oleh orang ramai tidak berminyak sedangkan hanya wang pakcik tersebut sahaja yang berminyak sekaligus menandakan bahawa pakcik yang membawa babi tersebut yang mencurinya. Untuk mengukuhkan lagi dakwaannya,Bao Zheng telah mengarahkan supaya pakcik tersebut memasukkan semua wang yang ada padanya kedalam magkuk yang berisi air dan keadaan air tersebut semakin jelas ia berminyak. Pakcik penjual pau tersebut lantas mengucapkan terima kasih kepada Bao Zheng.
“Kamu pasti akan menjadi pegawai suatu hari nanti” kata pakcik tersebut.
Namun keadaan itu tidak disukai oleh Gongsu Ce kerana akan mengurangkan popularitinya sebagai seorang cendiakawan.







3 Katogeri Anak dalam Islam...

Mas Kahwin rm 1000

Dalam Islam terdapat 3 jenis anak yang dikatogorikan. Mungkin 2 daripadanya kita sudah sering mendengarnya dan satu lagi hanya orang-orang tertentu je yang tahu terutamanya mereka yang menuntut ilmu pada jalannya.

1. Anak Sah Taraf

Anak sah taraf merupakan anak yang dilahirkan selepas berlakunya akad nikah. Katogeri ini paling banyak terdapat didunia umat Islam. Tetapi tahukah anda bahawa jima' selepas akad nikah adalah haram kerana pada masa itu masih ada imam yang tengok dan juga sanak saudara. Jadi kepada anda berhati-hatilah kepada anda. Pastikan tiada orang dulu baru on. Bagaimana pula jika perkahwinan kita ditentang oleh ayah. Dalam kes ini kita boleh mewakilkan wali hakim atau imam untuk meminta keizinan ayah untuk mengahwinkan anda dan jika si ayah tetap tidak mahu maka boleh diteruskan dengan wali yang lain seperti abang atau datuk. Tetapi sebaiknya jika sudah ada tentangan keluarga baik xpayah nak diteruskan ye.....


2. Anak ibu bapa Haram

Anak Ibu bapa haram merupakan kategori anak kedua paling banyak. Ia berlaku apabila melahirkan anak dalam keadaan belum akad nikah. Menurut rekod di Malaysia, setiap 17 minit akan ada bayi luar nikah ini yang dilahirkan. Semua ini berlaku atas beberapa faktor yang lebih suka saya sebut sebagai mangsa sistem. Tidak semua mereka yang terlibat dalam gejala haram ini kerana kurangnya kesedaran agama, dan saya yakin jika ia islam bukannya tidak tahu bahawa zina tu haram. Jadi antara faktor berlakunya zina ialah ...... Ibu bapa perempuan meletakkan mas kahwin yang terlalu tinggi ( kawe nok cari hok 1000 jah ),, dikatakan terlalu muda untuk kahwin,tentangan keluarga dan seribu sepuluh satu lagi alasan....

3. Anak Wati Syubhah

Anak wati syubhah merupakan bukan anak zina dan juga bukan anak kahwin.. Pelik kan kan kan... Tak payah nak pelik jom kita dengar cerita dahulu... Suatu hari, Abu berkahwin dengan si Mira. Sudah menjadi adat Melayu,malam pertama dan beberpa malam pengantin akan tido di rumah perempuan. Di rumah Mira pulak dia ada kakak dan adik yang sudah berkahwin yang duduk di rumah. Kisahnya bermula begini, pada malam pertama atau dua tama dan seterusnya pun,,, elektrik rumah mira telah terpadam. Dalam samar-samar gelap Abu telah masuk bilik kakak Mira kerana disangkanya sudah biliknya sendiri. Dalam suasana yang gelap gelita, Abu tanpa membuang masa telah melakukan aktiviti yang dilakukan oleh pengantin tanpa mengetahui yang dia lakukan dengan kakak mira bukannya mira. Kakak mira pun pada masa itu ingatkan dia melakukan perbuatan itu dengan suaminya ( walaupun kakaknya dah rasa sedikit pelik tapi x brani bersuara ) . Selepas selesai perbuatan tutttttt.... Tiba3 elektrik hidup semula dan mereka terkejut bahawa mereka bukan pasangan yang sah.. Dalam bab ini mereka bukannya berzina kerana mereka masing3 ingat bahawa ia pasangan masing3 semasa melakukannya. Dan jika hasil hubungan mereka itu melahirkan anak,maka anak itu dipanggil anak wati syubhah.... ( ia bukan dilakukan dengan sengaja ye.. jagan pandai3 nak buat sengaja plak.)

Rabu, April 20, 2011

Apakah Maksud Kata Kerja


Kesan Exam Morfo


Kata kerja dalam bahasa Melayu ialah perkataan yang menunjukkan perbuatan,seperti menulis,berlari,berfikir dan tidur. Kata kerja terbahagi kepada dua jenis yang besar,iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif ( Abdullah Hasan dan Ainon Mohd ,1994:238 ).
    Menurut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ( 2008:88 ) golongan kata kerja merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan,iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada kata kerja tak transitif tak berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Kata kerja transitif dapat pula dibahagikan kepada kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif dan kata kerja transitif yang wujud dalam ayat pasif.
    Manakala terdapat empat bentuk pembentukan kata kerja dalam morfologi bahasa Melayu. Ahmad Khair Mohd Nor ( 2007:78 ) menjelaskan bahawa terdapat terdapat empat bentuk kata kerja, iaitu kata kerja tunggal,kata kerja terbitan,kata kerja majmuk dan kata kerja ganda. Ini adalah sama sebagaimana dalam Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008: 150 ).  Kata kerja tunggal ialah kata yang terbentuk tanpa imbuhan yang mana boleh hadir sebagai predikat tanpa imbuhan ( Safiah Karim et al. 2008:150 ) manakala Ahmad Khair Mohd Nor mendefinisikan kata kerja tunggal sebagai kata kerja yang tidak terikat pada sebarang imbuhan dan dapat berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya untuk bertugas sebagai predikat dalam ayat. ( Ahmad Khair 2007:78 ) . Kata kerja terbitan pula ialah kata kerja yang menerima imbuhan. Mengikut Ahmad Khair Mahd Nor ( 2007:105 ) menyatakan bahawa kata kerja ganda boleh menghasilkan bentuk kata ganda penuh,kata ganda berentak,kata ganda separa. Ini sama juga dengan Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:222 ). Abdullah Hasan dan Ainon Mohd ( 1994:252 ) pula menyatakan bahawa kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif boleh digandakan dan ia berlaku pasa bentuk akarnya sahaja. Kata kerja majmuk pula terdiri daripada rangkaian dua morfem bebas atau lebih ( Safiah Karim et al. 2008:218 ).
   Dapatlah difahami bahawa kata kerja merupakan kata yang menunjukkan sesuatu perbuatan yang dilakukan. 

Panduan Memilih Suami


Jika anda salah seorang perempuan yang masih kompius untuk memilih calon suami,saya cadangkan anda untuk memilih pelajar sejarah untuk dijadikan suami. Pelajar Sejarah amat berkualiti untuk dijadikan suami terutamanya   Lelaki Ini...
. Saya mempunyai alasan kukuh berkata demikian kerana terbukti,perempuan yang berkahwin dengan pelajar sejarah semua bahagia.. Apakah sebabnya?

1. Anda akan lebih masa tidur.

Orang sejarah bila membebel akan mengeluarkan semua fakta sejarah yang sudah berusia 2000-2500 tahun lampau. Jika anda tidak berminat dengan sejarah saya jamin anda akan cepat terlena. Disebabkan terlena,anda tidak perlu marah akan suami anda bahkan mampu menyelamatkan rumah tangga daripada pertengkaran dan yang lebih penting anda tidak derhaka kepada suami anda.

2. Menyelamatkan masa tidur selama 2 tahun.

Mengikut kajian yang dilakukan, ibu yang melahirkan anak biasanya akan menghabiskan masa tidur untuk 2 tahun untuk membesarkan anak. Dengan berkahwin dengan bersuamikan lelaki sejarah anda sudah dapat menjimatkan masa 2 tahun tersebut. Dengan hanya mengeluarkan sedikit suara,bayi anda yang menjerit akan terus tidur kerana bosan mendengar suara suami anda dan yang paling penting takut suami anda mengeluarkan fakta sejarah.

3. Seorang yang setia

Biasanya suami yang mempunyai latar belakang sejarah adalah seorang yang setia. Suatu malam semestinya dia akan meminta anda berjanji supaya tidak berkahwin lagi jika dia mati kerana tidak mahu anda menduakannya. Dan jika anda meminta suami anda tersebut berbuat perkara yang sama, saya yakin suami anda akan menarik selimut mengabaikan kemahuan anda kerana walaupun sayangkan anda,didalam hatinya tetap mempunyai hasrat untuk mengambil madu....

4. Menjimatkan kewangan keluarga

Pelajar sejarah biasanya tidak suka bergaya ( jika ada yang bergaya,tu mesti pelajar celup punya ) . Biasanya dia akan memakai baju yang tidak bergosok ( menjimatkan elektrik ) , Seluar hanya dibasuh selepas sebulan dihimpun atau lebih tepat sudah habis pakaian ( jimat air ). Kredit tepon biasanya akan diminta dengan kawan tetapi kebiasaannya anda yang menjadi mangsa.

5. Suka Mengkritik

Pelajar sejarah sudah diasuh untuk melakukan kritikan. Biasanya anda akan menjadi mangsa utama tambahan lagi jika hobi anda adalah berkemban.

Ini merupakan sedikit sebanyak petua yang boleh saya berikan untuk anda. selamat mencuba...

Apakah Akronim Dan Singkatan

Bahasa Jiwa Bangsa

Kebanyakan ahli bahasa tidak bersependapat mengenai Akronim dan Singkatan. Akronim. Singkatan dan pelambangan terletak di bawah proses abreviasi iaitu proses morfologis yang mengubah leksem atau gabungan leksem menjadi kependekan Prof.Dr.E. ( Zaenal Arifin,M.Hum dan Dra.Junaiyah,H.M. M.Hum, 2007 : 13 ). Ada ahli bahasa yang meletakkan akronim dalam ayat tunggal manakala ada yang tidak bersetuju meletakkan akronim dalam ayat tunggal. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2008 : 47)  menyatakan bahawa kata tunggal ialah kata yang terdiri daripada satu bentuk dasar. Kamus Dewan Edisi Ketiga turut menyatakan bahawa akronim tergolong dalam kata tunggal ( 2008 : 48 ). Menurut Asmah Haji Omar dalam bukunya Nahu Kemas Kini, akronim terdiri daripada kata selapis dan boleh mengalami proses morfologi sebagaimana kata selapis.

Akronim pada asasnya terbentuk daripada proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Menurut Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008: 66 ) menyatakan akronim boleh terbentuk menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan kemudiannya dilafazkan menjadi seperti perkataan. Indonesia contohnya memiliki banyak sistem akronim dan singkatan. Oleh itu mereka memiliki cara khas untuk mewujudkan singkatan dan akronim dalam bahasa mereka. Dalam melakukan rujukan mengenai singkatan dan akronim biasanya mereka akan melakukan rujukan pada buku Pedoman. Dalam buku Karya Tulis Ilmiah Sosial : menyiap, menulis, mencermati ( 2004 : 184 ) membawakan contoh pemilu atau pimilihan umum untuk rakyat Indonesia. Dalam buku itu, penulis telah mempersoalkan ejaan Pemilu yang ditulis dengan huruf besar (atau dalam bahasa Indonesia disebut sebagai p kapital ) sedangkan pemilu bukan nama diri.

Dalam buku yang bertajuk Pedoman Umum Pembentukan Istilah (1993:21)  menyatakan bahawa istilah akronim ialah gabungan huruf awal perkataan,gabungan suku kata atau gabungan kombinasi huruf dan suku kata dari baris kata yang diperlakukan sebagai kata contohnya :

a ) Felda – Federal Land Development Authority ( Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ).
b ) Mara – Majlis Amanah Rakyat
c ) Pernas – Perbadanan Nasional Berhad.
Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:66 ) menyatakan akronim boleh terbentuk melalui tiga proses, iaitu daripada gabungan huruf awal rangkai kata yang membentuk kata nama Khas contohnya
a ) ABIM – Angkatan Belia Islam Malaysia

Kedua,akronim boleh terbentuk daripada gabungan suku kata dengan huruf awal atau gabungan suku kata dengan suku kata dan merupakan kata nama khas contohnya,
a ) Mara – Majlis Amanah Rakyat

Ketiga, gabungan suku kata dengan suku kata yang ditulis dengan huruf kecil kerana buka kata nama khas contohnya
a ) tadika – taman didikan kanak-kanak,
b ) pemilu – pemilihan umum.

Dalam buku teks untuk Sekolah Menengah Atas Indonesia iaitu Cendikia Berbahasa, memuatkan juga proses pembentukan akronim yang juga terdiri daripada tiga cara,iaitu:

1 ) Akronim nama diri yang merupakan gabungan huruf awal deretan perkataan dengan huruf kapital ( huruf besar ) dan cara ini sama dengan cara yang dikemukan oleh Kamus Dewan pada contoh satu, contohnya
a ) LAN – Lembaga Administrasi Negara

2 ) Akronim hasil gabungan suku kata atau gabungan suku kata dengan huruf contohnya
a ) Iwapi – Ikatan Wanita Pengusaha Indonesia

3 )  Akronim yang bukan nama diri yang berpa gabungan huruf, suku kata daripada baris yang ditulis dengan huruf kecil contohnya
a ) pemilu – pemilihan umum.


Menurut Asmah Haji Omar, akronim merupakan singkatan yang terhasil daripada penggabungan daripada huruf-huruf atau suku-suku kata dalam urutan dua kata atau lebih. Menurut Asmah Haji Omar lagi, akronim terdiri daripada kata selapis dan boleh mengalami proses morfologi sebagaimana kata selapis.

Singkatan ialah bentuk istilah yang dipendekkan melalui tiga cara ( Pedoman Umum Pembentukan Istilah, 1993 : 20 )  iaitu:

i. Istilah yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tetapi bentuk lisannya sesuai dengan bentuk istilahnya contohnya:
a ) kg – Kilogram
b ) cm – centimeter
c ) mm – millimeter

ii.  Istilah yang memiliki satu huruf tetapi dilisankan dengan satu huruf ke satu huruf contohnya :
a ) Dap – Democratic Action Party
b ) Mca – Malayan Chinese Association
c ) Mic – Malayan Indian Conggress

iii. Istilah yang dibentuk dengan meninggalkan sebahagian unsurnya contohnya sebagaimana yang dinyatakan dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah:
a ) ekspress – kereta api ekspress
b ) lab – labotarium
c ) harian – surat khabar harian.

    Tujuan penutur menggunakan akronim dan singkatan ialah supaya penutur kalimat yang dituturkan tidak terlalu panjang ( Prof.Dr.E. Zaenal Arifin,M.Hum dan Dra.Junaiyah,H.M. M.Hum, 2007 : 14 ).


The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters